Sabtu, 24 Januari 2009

Marah Si kecil bila mengantuknya tidak dilayan...

Setahun 8 hari.Semasa majlis akad nikah Asyraf dan Yusni di dalam mahkamah. Yusni guna wali hakim kerana ayahnya telah tiada...Al- Fatihah..

Rindu menatap blog yang belum lagi dipublish pada sahabat-sahabat..baru sahaja membaca posting Saifulislam.com..ada karenah si kecil yang kadangkala membuat kita rasa gembira, marah,sayu dan terharu...pagi tadi,abushifa' ada program di Gombak. Anakku, shifa' bangun dan terus meminta susu. Setelah selesai munum susu bio lac sebotol, dia bermain sementara aku mula memasak bubur..Syukur, seleranya pada susu dan makan nasi,bubur dan biskut semakin bertambah selepas demam chicken pox baru-baru ni.Cuti Sabtu dan sempena Sambutan Hari Raya Cina ni, memberi ruang padaku mengemas rumah yang seminggu aku abaikan... selesai ummi masakkan bubur buat si comelku shifa',dia macam tau-tau sahaja makanannya dan siap.."mi,nak mamam" disebut berulang kali..ummi pun bawa semangkuk bubur ikan merah campur sayur sawi dan daun sup sebagai pewangi ke ruang tamu. Ummi pun minta shifa' duduk...

Apalagi, sicomel tu cepat-cepat mengangkat kerusi bunyinya itu dan duduk sambil senyum sebab selain bunyi kerusi, dia suka dapat makan..syok tengok dia macam tu.."ok, baca doa" umminya mengarah..Shifa' pun menadah tangan sambil mulutnya terkumat-kamit entah apa yang dibacanya..akhir sekali dengar "amin" sahaja..Ummi pun tolong bacakan doa.."Allahumma baarik lanaa fi ma razak tana waqina a'zaabannarr" masih lagi menadah tangan dan disambut dengan aminnya itu.."nak air" terang pemintaannya sambil menunjuk ke arah cawan berisi air bio aura tu..ummi pun bagi shifa' air dahulu sebelum makan nasi buburnya yang sedikit kasar. Shifa' memang dah boleh makan nasi, cuma umminya tak nak menunggu lama dia mengunyah nasi kasar. Lagipula,bila nasi kasar depan dia, mulalah nak berdikari makan sendiri..biasanya, sebelah petang baru dia ada peluang nak makan sendiri. Kalau tengahari kena makan betul-betul.

Sedang asyik menyuap Shifa', terdengar suara orang memberi salam..Ohh..rupanya abangchik dan Kak Bahiyah datang ke rumahku. Abangchikku sudah telefon terlebih dahulu. Tujuan kedatangan merpati sejoli ini ialah untuk menyerahkan borang dan surat tawaran pinjaman/biasiswa MARA adikku, Aida. Alhamdulillah, syukur dan dia minta aku jadi penjamin pertama..alamak, tak mahulah sebab dah jadi penjamin kepada anak saudaraku di ILP, Kuchai Lama. Abangku mengalah, akhirnya dialah menjadi penjamin pertama dan aku kedua.Pengorbanan kami untuk adik bongsu kami yang sedang berjihad menjadi seorang doktor di Ukraine.

Kebetulan sungguh, tengahari aku dah siap masak nasi dengan lauk sambal udang,kobis campur cekur manis masak lemak labu dan telur dadar akhirnya memikat abang dan kakak iparku yang tergesa-gesa nak ke Nilai kerana ada hal kata mereka.Mereka makan sambil ditemani anakku yang suka sangat teman orang makan. Pakcik pun bagi dia sepiring nasi putih. Sambil makan dia pun cakap macam-macam yang butirannya membuatkan orang tertawa. Pakcik dan makcik terhibur dengan shifa' yang keletah itu. Ummi pun tunjuk gambar pakcik pakai baju ijazahnya di UITM, shifa' terus minta dan mengambil lantas diciumnya gambar itu.." Terharunya!" kata pakcik. Gambar yang di kecilkan saiz pasport itu telah lama kusimpan dalam wallet sebagai sumber inspirasi. Cabaran abang chikku belajar sehingga dia menjadi pegawai Tadbir dan Diplomatik di SPP bagiku ada makna untuk keluarga kami.

Seusai mengurup, mereka bergegas ke Nilai rumah kakak kepada kakak iparku yang namanya hampir sama denganku itu.Kulihat shifa' leka bermain dan aku kemudian menyambung mengadap rezeki tetamu.Sedang aku sibuk mengemas dapur dan mengelap meja, aku dengar bunyi kertas di siat dan dikoyakkan. Hampir terjerit bila tengok shifa' mengoyakkan kertas dinding rumahku...alamak, dah koyak...apalagi..tengahari yang panas, ummi pun dah penat mujur agaknya ummi baru je makan nasi..perut kenyang tak jadi marah sangat..ummi marah sikit sebelum berpura-pura menggigit tangan shifa'. Agaknya nadaku sedikit marah dan tindakanku mem"babap" kakinya, shifa' pun nangisla...alahai sian pulak anak ummi ni...

Memangla si dia ni menangis sebab dah mula mengantuk..bila di beri susu, umpama orang mengantuk disorongkan bantal..terus terlelap..ummi yang sedikit sebak terus mencium pipi si kecil ini..anakku tidak tahu apa..umminya yang kena bersabar banyak..kes mengoyakkan kertas dinding selalu menjadi modal anakku sebab ummi selalu "sound" bila dia mula mengetis kertas..kertas dinding memang cantik..tapi kalau dah koyak..alamat cacatla pemandangan cantik dinding tu. Alahai ummi, kerana kertas dinding sahaja...Tapi Ummi tetap sayang Shifa' tak mengapalah kalau shifa' besar nanti, ummi nak shifa' tau, Shifa' kuat mengusik dan menyakat ummi dan abi walaupun masih kecil..budak cerdik..

Tiada ulasan: