Khamis, 19 Februari 2009

Sibuk? Tapi kenapa...

Salam buat semua

Ada perkara yang boleh difikir selagi belum ketemu jawapan yang jelas dan tepat...
Apa tandanya bila anak kecil menunjukkan pelbagai ragam?Pelbagai sikapnya yang berubah dari masa ke semasa menunjukkan kehidupannya semakin matang. Dia mula membesar dan mengenal dunia.Dari suka makan sendiri,nak minum sendiri, nak pakai kasut sendiri hinggakan dah pandai tanggal baju sendiri bila nak mandi. Di rumah pengasuhnya, ada sedikit "renovation" di dapurnya dan tempat itulah yang paling di sukai oleh anakku ini. Kerisauan pada habuk dan simen halus menyebabkan "mak"nya selalu menegahnya ke situ. Almaklum sajalah, budak ada ekzema memang sensitf dengan habuk.
"Ummi penat ye..kalau shifa' dah besar, shifa' tolong urut ummi ye...erm,ummi sibuk ke? " agaknya, kalaulah si kecil ini dah bijak memahami umminya, adakah ayat ini yang akan ditanya?Ummi tak sibuk sayang, ummi cuma letih sahaja..tapi ummi mesti teringat dengan pengorbanan besar nenek dan tok ummi yang bela 8 orang anak kecil-kecil..pasti mereka sibuk,penat,letih dan hati keduanya sentiasa teruji. Akhirnya sabar mereka dibalas dengan anak-anak yang bijak, soleh dan solehah, insyaAllah..alhamdulillah..

Belajar mengenali pelbagai kerjaya dalam satu masa
Dalam 2 minggu kebelakangan ini sahaja kesibukan kerjaya seorang guru amat terserlah. Ada reaksi yang ku terpaksa terima bila si comelku itu terlalu ingin bermanja-manja..tapi kenapa ya? Layananku buat si comelku ini seperti biasa malah sabarku cukup bertambah bila dia mula menerbalikkan baju yang telah kulipat kemas,menarik semua baju dalam almari,mengeluarkan periuk dan mangkuk yang kususun di rak pinggan mangkuknya di aras bawah yang memang jenis terbuka. Memang sengaja kususun barang kaca di tingkat yang tidak tercapai oleh anakku sebelum semunya menjadi mangsa kerajinannya itu.MEmangla kerja akan bertambah, hanya sabar sahaja pengubatnya...Selain itu kerap pula menggaru muka dan badannya yang gatal atau tidak itu. KAdangkala dia minta "nak tulis" dan "nak tass." Rupanya nak menulis dan nak kertas. Mulalah dia tekun menulis dan melukis bulat-bulat kecil..itupun masih guna tangan kirinya itu..secara psikologinya, normal bagi kanak-kanak memulakan sesuatu dengan tangan kiri...Dan macam biasa,bila masa ummi nak solat, si dia inilah yang dah dok depan sejadah sambil mengangkat takbir lantas buat aksi rukuk (tp macam orang tunduk ucap terima kasih sambil tangan dua-dua ke belakang)tapi ada sikapnya yang menunjukkan seperti ada yang tidak kena...aku berfikir dan terus berfikir..sambil mengusap kepalanya tatkala matanya lelap disisi saban malam. Tak lupa juga badang dan kakinya ku urut perlahan-lahan, pasti lenguh badannya bermain di siang hari..kelenguhan kita boleh diungkap, kelenguhan si kecil hanya tahu menangis sahaja...kemudian ku terusi dengan bacaan selawat tafrijiyyah dan perlahan-lahan ku baca kemudian kuhembus lembut di ubun-ubunnya. Polos sungguh tidurnya..Alhamdulillah...Lelap dan mula kucari ruang berbual bersama suami yang baru sahaja sampai dari ofis..kesian, abang pun keletihan nampaknya..kerja yang belum tentu masanya..Moga sentiasa dimudahkan urusan, amin!

AKTIVITI KECILKU

AGEN "APA KATA SURVEY"
Dari sekecil-kecil perkara seperti mengambil nama pelajar yang terlibat latihan dan acara sukan, kawad dan menyediakan segala keperluan lain seperti perhiasan khemah,perhiasan pelajar kawad,maskot rumah sukan,menyiapkan bunga manggar,mewarna dan melukis,budget makanan,membuat kupon,mengutip yuran dan membeli segala barang-barang di pelbagai tempat semata-mata nak cari tempat termurah,masih menjaga khasiat dan kualiti serta menyiapkan khemah dengan kos terendah!
Alhamdulillah, di pasar besar selangor akhirnya bersama Cikgu Naemah kami menjumpai air minuman seamaster Rm6.00 sekotak lalu kami mengambil 6 kotak untuk pelajar rumah biru yang bayar duit yuran seramai 106 orang, buah lai 112 biji sengan harga RM40. Memang itulah budget kami. Beli pula 2 dozen air 100plus dengan harga RM26.00 sedozen. Agak mahal, tapi ok.Minuman ini khas untuk atlit rumah sukan kami sahaja.Penuhla kereta VIVA naemah itu dengan barang-barang...kesian kereta baru itu...
BENDAHARI?
Mengutip duit ni bukanlah kerja seorang guru semata kerana dibantu AJK tingkatan,tetapi apalah nak diharap sangat pada pelajar untuk menyimpan duit yang melebihi RM200. Bukan kerana tidak percaya tetapi takut ada masalah lain pula yang timbul. Beberapa kejadian memberi pengajaran bermakna bila meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pelajar terutama melibatkan kewangan yang besar. NAmun, tidak dinafikan, memang ada pelajar yang cukup beramanah.
MANAGER?
Minggu depan pula nak launch Science math week..dilantik pula mengurus kuiz matematik tingkatan 2,3 dan 4.Dari membuat soalan,menjual dan menyebarkan kepada pelajar,mengutip soalan dan duit RM0.10 sehelai kertas, menanda seterusnya memilih pemenang adalah tugas semestinya. Mujur, kerjasama guru math yang lain amat dihargai.Duit dikutip untuk membiayai photostat kertas dan menampung perbelanjaan Minggu sains dan MAth yang langsung tiada dana. MAsing-masing guru guna duit sendiri..biasala tu..Sambutan hangat kuiz math bagi pelajar tingkatan 2 amat menggalakkan dan terasa nak memujuk ketua panitia menambah bilangan hadiah khas untuk pelajar tingkatan 2. Alhamdulillah, Kak Rose setuju tambah hadiah.
SUPIR
Semasa sedang sibuk-sibuk sukantara dan acara-acara lain sepanjang minggu itulah, tugas menghantar dan mengambil pelajar bola jaring yang terpilih ke latihan daerah di kompleks sukan Bandar BAru Salak Tinggi tergalas di bahu..Kiriman faks dari PPD yang sampai petang Rabu hanya diketahui pagi Khamis itu! Sabar je la..Rupanya Kak Ina kerani sekolah cuba menelefon untuk memberitahuku, berulangkali namun yang jawab adalah mesin suaraku. BAruku teringat, hari itu handset tertinggal di rumah dan aku pula sibuk bersama naemah membeli barang-barang di pasar selangor.KArenah budak bola JAring ini,erm biasala..macam-macam sikit..perlahan-lahan kuterapkan pelbagai nasihat sepanjang perjalanan kami dengan keretaku itu. Bertambah rancak pesan-pesanku kerana Ustazah Anizah menemaniku. Sepanjang perjalanan banyak pula soalan dan luahan mereka pada kami.Rupanya, memang begitulah mendekati pelajar...tidak semua mampu kita kenal dan rapat kecuali yang ada sebab untuk itu. NAtijah kebaikan yang diharapkan bukan ingin segera hasilnya namun, harapan supaya mereka menjadi lebih baik adalah sentiasa dihati.Perjalanan pergi dan balik sudah mengambil masa 1 1/2jam kerana singgah di rumah ustazah mengambil barang untuk khemah rumah sukannya pula.Sempat jugak beramah mesra dengan anak-anak kucingnya yang "ramai". Memanglah "ummu hurairah" ni peminat kucing.
TENAGA PENGAJAR
Sampai sahaja di sekolah terus masuk ke kelas. Mujur sempat kerana masa P&P ku pada hari Khamis bermula selepas rehat iaitu jam 11.20 pagi. Alhamdulillah.MAsa itu berterusan sehingga masa bali jam 1.05 petang.Huhh..rutin yang letih.
ON CALL MACAM DOKTOR JUGAK LE
Fikirku, selepas solat Zohor sempatla nak menanda buku latihan pelajar, menyiapkan rekod mengajar esok dan menaip minit mesyuarat Pusat Sumber, tiba-tiba dapat call dari Kak MAhani (jurulatih Bola Jaring) mengatakan, hujan di Kompleks Sukan dan pelajar nak balik awal..ishh..lari dah plan..mujur sangat dah terbiasa kerja ad hoc ni. Tanpa banyak bicara, terus mengambil mereka. Memang itu yang lebih utama kerana bimbang pelajar merayau entah ke mana...Cikgu juga yang kena..Cikgu oh cikgu..Sekadar aktiviti kecilku pada hari-hari yang tidak terduga!

SYUKUR
Alhamdulillah,ada perkara yang dimudahkan dan ada perkara yang kita perlu belajar menanganinya dengan bijak. Keluarga adalah sebahagian kehidupan selain kerjaya dan perkara lain yang kita lakukan.Moga Allah terus memberkati kehidupan kita. Doakan terus istiqamah. Usaha dengan sabar dan solat!

" Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..."

Selasa, 10 Februari 2009

Selamat Hari Lahir...My dear hubby!


Ketika menghadiri dinner ukp.Kepala shifa' sempat diusap Tok Guru.Alhamdulillah.Cuba tengok sebelah kanan, seorang lagi bapa mithali memegang anaknya...cuba teka siapa?jawapannya cari di bawah...

Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Moga ALLAH merahmati dan melimpahkan kurniaan terbaik sepanjang kehidupan kita. Terima kasih atas kasih sayangmu buat kami semua. Moga kita dikurniakan anak-anak soleh dan solehah penyejuk hati dan menerus perjuangan. Moga terus Istiqamah dalam perjuangan Islam! Kau sahabat kaulah teman...
 
Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Suami dan jua Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
 
Dari Ummushifa' dan Amiratushifa' with love...

jawapan:Safwan dan anaknya aliyah husna..

Isnin, 9 Februari 2009

Berdoaku menanti...Allah tempat mengadu segalanya!

AYAT SERIBU DINAR



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu"
(At-Thalaq:2-3)


Allah pasti ada jawapan terbaik atas setiap peristiwa yang sedang kita hadapi. Semoga Teguh hati dan tabah jiwa para pejuang Islam walau di mana mereka berada. Amin.

Kesabaran Nabi Ayyub dan Tuntutan berdoa..

Memohon doa kepada ALLAH selama-lamanya adalah satu keperluan terutama kita sebagai umat Islam yang meletakkan Ad-dinul Islam sebagai agama yang hak.
" Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu " Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Mukmin ayat 60.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)menunjukkan bahawa doa menjadi penting dan perlu bagi setiap ummat.

Nabi Ayyub menghadapi ujian


Ujian kesabaran yang paling tinggi martabatnya bagi seorang nabi dihadapi oleh Nabi Ayyub apabila baginda mengidap penyakit kulit yang menghabisi seluruh kecantikannya, menghilangkan kekayaannya, menyentap kasih sayang anak dan isterinya seterusnya merenggut kekuatan para pengikutnya. Nabi Ayyub di tinggalkan bukan kerana benci mereka tetapi tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami oleh nabi Ayyub alahissalam.

Malaikat Jibril simpati

Penderitaan Nabi Ayyub amatlah menyayat hati sesiapa yang melihatnya apatah lagi malaikat yang sering menziarahi selain menunaikan perintah menyampaikan wahyu iaitu malaikat Jibril. Malaikat Jibril meminta Nabi Ayyub berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Allah Maha Pengasih dan PEnyayang pasti akan melayani doa dari kekasihnya itu...Namun, NAbi Ayyub dengan tegas menyatakan " Aku tak minta penyakit. Ini Allah yang beri dan aku perlu bersyukur!"..MAlaikat Jibril memujuk lagi..Nabi Ayyub masih dengan pendirian baginda " Ini Anugerah! Aku hamba yang bersyukur maka aku perlu terima..." Maka Malaikat Jibril bertemu Allah meminta supaya disembuhkan Nabi Ayyub. Dan Allah SWT meminta supaya nabi Ayyub berdoa kepadaNYA. Malaikat Jibril turun dan menyampaikan pengkhabaran tersebut.

Keadaan ini telah digambarkan dalam Firman Allah dalam surah As-Shaad ayat 41-44.
" Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya : Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".(Allah berfirman) : "Hentakkan kakimu; inilahair sejuk untuk mandi dan untuk minum. dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari kami dan pelajraan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah engkau melanggar sumpah. Dan sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat ta'at (kepada Tuhannya)"

Pengkisahan kepayahan hidup nabi Ayyub boleh dibaca di sini.

Maka, setiap daripada kita, layak dan harus berdoa selagi kita mengimani keperluan berdoa adalah milik setiap individu muslim.

Selasa, 3 Februari 2009

Kenapa Rempah Ratus?




1)Apakah anda kenal setiap nama dalam kotak ini?
2)Anda gunakan ini dalam masakan?
3)Atau digunakan dalam sebarang kegunaan harian yang lain?
4)Kenapa penting?
5)Bolehkah kalau tiada bahan seperti di atas?

Cuba jawab?

Air Zam-Zam Semakin kering?

Kelas semalam Ustaz HArun bercerita sedikit kisahnya ketika sedang menunggu flight untuk pulang selepas mengerjakan umrah. Ustaz sempat menyelak akhbar Saudi. Majlis FAtwa Saudi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan Air Zam-zam diperniagakan...Ianya adalah kerana...AIR ZAM-ZAM SEMAKIN KERING...suara ustaz direndahkan..riaknya menampakkan sedikit rasa terkilan..Air Zam-zam dalam botol 500ml pernah dijual dengan harga sehingga RM12 malah ada yang lebih mahal dari itu dan dijual di merata dunia. Alamat ini diberikan kepada orang-orang soleh di Mekah iaitu para penggubal fatwa. Aktiviti komersil ini telah menghilangkan keberkatan air Zam-zam yang suci.
Mulanya nada ustaz bercerita amat kami risaukan..apatah lagi berita itu up to date kerana ustaz baru sahaja pulang menunaikan umrah minggu sebelum cuti raya cina..Bila sedar bahawa keberkatan Air Zam-zam yang amat sempurna bentuk molekulnya dan kelihatan seperti permata itu tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan atas tujuan komersil.. Takjub bukan bila mengetahui bentuk molekulnya? Ianya hampir sama dengan air yang telah di bacakan dengan ayat-ayat suci AL-Quran.


Penemuan itulah yang telah dibuktikan sebelum ini oleh seorang profesor dari Jepun yang pernah saya ketahui ketika zaman belajar di kampus.Artikel itu boleh di baca di sini.

Namun, apabila keluar sahaja fatwa tersebut air zam-zam terus keluar semula...Alhamdulillah.Semoga ada pengiktibaran terbaik buat kita semua supaya kurniaan Allah itu tidak disalahgunakan....Sesungguhnya..AllAh Maha Luas PemberianNya... Bersyukurlah..

Sehari ini agak letih tapi cerianya bila...

Seharian masa p&p ku bertukar relief lantaran menjadi jurulatih bola jaring. Tidak lupa ku bekalkan kerja kepada para pelajarku di kelas. Bila bagi tajuk perbahasan antara pencadang dan pembangkang,mulalah pelajarku yang sudah tingkatan 2 itu menyebut..Oh, antara Umno dengan PAS ke cikgu? Bijak..bijak..Itupun sibuk dah menegur, eh cikgu datang tapi kenapa cikgu tak masuk kelas..." Cikgu train pelajar bola jaring.." Ooo...angguk mereka. Tapi itu bagi kelas yang ok dan ada kesedaran nak belajar, mereka akan risau, namun kelas yang hujung..hooray cikgu takde!...aku bagi gak kerja..apalagi latihan maths laa..so,siapkan..tak siap..kena!
Pagi lagi semua pemain buat larian 10 kali keliling padang.Warm up dan diteruskan latihan antara under 15 and under 18.Hari ini juga area jam 12.30,under 15 akan berlawan di kompleks sukan KLIA.Mereka akan lawan 2 buah sekolah, Sekolah seri Puteri dan SMK Dengkil. Esok, aku akan mengiring under 18 ke sana pula. MEreka akan berlawan dengan empat buah sekolah termasuk SMA Salak Tinggi dan SMK Teknik Sepang. Permainan secara liga. Kalau menang mungkin sampai ke petnag..If kalah pertengahan jalan, tengah hari kami dah balik! Moga ada cahaya untuk pecah rekod asyik kalah sebelum aku masuk sekolah ini lagi..huhu..InsyaAllah..SK Cyberjaya dah sampai suku akhir, alhamdulillah. RAbu lepas semasa cuti raya cina, mereka berlawan latihan dengan kakak-kakak sek menengah. Lepas jam 10, under 15 telah bertolak dengan Pn Mahani menaiki Trajet dan Avanza Cikgu Seri untuk pergi menyahut cabaran. salam dan minta doa restu cikgu! Doakan kami cikgu! Moga menang..lawan sekolah seri puteri tuu...
Aku meneruskan latihan under 18 hingga masa balik 1.10ptg. Di sambung dengan mesyuarat guru hingga jam 2.30 petang. Selesai solat zohor dan makan agenda hari ini disambung pula dengan latihan rumah sukan hingga jam 5...nampaknya sesi pagi petang keduanya sama...hari yang agak meletihnya..

Bila balik, sampai sahaja di rumah pengasuh, terlihat sahaja Amiratushifa' yang tersenyum comel..aduh..hilang sudah letihku..Mak Liza pula membekalkanku bubur kacangnya...nyumm..sedapnya.
"Ummi..." panggilnya dengan suara comelnya itu...Sehari yang letih tapi cerianya bila ku mendengar suara anakku yang semakin belajar hidup. Syukran Mak Liza sudi memberi kasih sayang buat Amiratushifa'!Moga diberkati kehidupanmu!