Dalam Mengenal Diri
Dalam kekalutan aku memikirkan
Suasana meriah menjemur minda
rebung diinjak mentah diserak
Asal kejadian ditelan kejahilan
Kuakui dalam meniti usia petang
Perlu pada interaksi mesra
Namun, batas perlu dibina
Agar yang tumbuh bisa menyubur
Dalam garapan yang utuh
Digalas iman disandang taqwa
Biar yang lahir buluh yang tegar mendamba
Merimbun untuk melindungi
Bukan meninggi sekadar mengabui
Insan lemah puaka di hati
Buluh kuning empunya erti
Seruas takkan jadi sebuku
Cantuman ruas paksi bervisi
Rimbunan serlah keagungan
Pasti yang tumbuh buluh berbudi
Yang kenal diri...!
oleh :
Ain Al-HAsanah
Al Jamaah PMIUM edisi November 1999
Menjana Kebangkitan Gerakan Ubudiyyah
Sajak pertamaku dipilih oleh ketua pengarang majalah Edisi 1.
Syukran.
TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH!
Selasa, 14 Oktober 2008
Khamis, 13 Mac 2008
Indahnya Menyulam Ukhuwah
Istimewanya mempunya ramai kenalan..bertambah istimewa apabila setiap keindahan kehidupan mampu memancarkan kebaikan buat semua insan disisi kita..Andai jalur lebar mampu membuat lintas langsung dalam setiap majlis..pasti kalian turut merasai kemeriahan yang turut di alami oleh setiap insan yang melalui hari bahagia...Alhamdulillah...Insya Allah, pasti mereka yang belum melaluinya, akan mengalaminya...yang pasti, bicara tentang keadaan manusia kita, saya mengambil contoh beberapa peristiwa sebagai renungan. Apa sahaja pandangan boleh di lihat dan di selamai melalui kacamata dan lubuk hati kalian sendiri..
UKHUWAH DIMAKAN USIA
Insan itu adalah sebaik-baik kejadian Tuhan..makna firman Allah dalam Al-Quran sekiranya direnung jauh akan membawa kita sentiasa menginsafi bahawa kita cukup bertuah dilahirkan menjadi umat Muhammad s.a.w.Lengkap dengan sistem Ibadah, syariat memahami hukum.mengamalkan sunnah dan sentiasa menyedari hakikat kejadian diri lantas di pilih menjadi sebahagian pengikut Muhammad yang mahu digelar Daie'. Maka kita mula merasai segala amanah yang terpikul di bahu kadangkala melebihi orang lain..rakyat marhaen (biasa) tidak seperti kita (rasa diri..). Kita diulit pula dengan ikatan janji setia yang bagi mereka yang redha, mereka akur dan cuba menuai ukhuwah menjulang rasa amanah, namun bagi mereka yang berat hati, jadi kedut nuraninya...merasai..segalanya tiada makna..tiada apa...kita mula terlerai ikatan di makan masa dan sedikit sebanyak menyumbang kepada kemusnahan ikatan yang terbina.Semoga ada yang terus berperanan mengisi ruang waktu dan meneliti akhir kalam janji yang kita pernah ukir bersama...
PERJALANAN WAKTU YANG MENGUBAH ARAH
Segala kebaikan akan datang bersama keberkatan dan rahmat dariNya bersama ujian yang bertimpa yang kadangkala kita sangka mengapa begini jadinya....Kebahagiaan dan keselesaan terhadap kehidupan akan kita rasai bila kita mengungkap masa yang dilalui sebagai saaat indah untuk dinikmati...semuanya bergantung pada fikiran dan sikap optimistik diri kita sendiri...
Segala kesedihan dan kegagalan sentiasa bersama kasih sayang dan ingatan dariNya jua lantaran setiap perkara ini menjadikan hidup kita lebih bererti...cukup bermakna.
Namun, percaya pada setiap ketentuan Tuhan bermakna kita redha atas segala yang menimpa..umpama banjir tatkala ini melanda di kawasan yang tidak di sangka. Musim tengkujuh sering dikaitkan di Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu..tapi Allah Maha Kuasa mengalih musim tengkujuh melanda negeri Selatan..Di Johor, Melaka dan Pahang...termasuk beberapa tempat di sekitar Negeri Sembilan..maka, arah angin membawa hujan dan perubahan "global warming" yang turut menjadi punca kian mengubah persepsi manusia terhadap apa sahaja keadaan melanda...setiap masa kita perlu bersedia...
Seorang sahabat yang mengalami ujian berat, kehilangan ahli keluarga, adik beradik ramai...besar tanggungjawabnya, namun di beri keringanan dalam hal rezeki..habis belajar, terus bekerja dengan gaji yang cukup besar. Di kurniakan masa menimba ilmu dan terus mengungguli nikmat waktu dengan menjadi pendidik dan pakar dalam bidang yang di ceburi.
Andaikata, kita kurang membendung nafsu, kurang kenal tanggungjawab...wang yang banyak mudah sahaja habis bukan pada tempat yang sepatutnya...
Berbeza dengan seorang yang tiada pekerjaan tetap, rezeki berkahwin awal, punya tanggunggan anak dan isteri, berjimat dan berpada dengan apa yang ada, percaya pada rezeki yang telah di tentukan Allah dan berusaha dengan kadar kemampuannya, pasti merasai saat manis kepayahan itulah nikmat yang indah kerana dia sentiasa di ajar untuk rasa sentiasa bersyukur.
Mungkin sahabat yang merasai begitu indahnya kehidupan apabila kita berjaya mencapai cit-cita dan mempunyai pekerjaan yang cukup baik, namun kita akan hadapi karenah dan keadaan manusia sekeliling yang cukup mencabar..moga segalanya dimudahkan...
Sedikit titipan buat kali ini sebagai buah tangan buat sahabat semua...Saya, kita dan sesiapa sahaja merupakan hamba Ilahi yang sedang bertatih menuju alam akhirat abadi. Moga-moga perjalanan kita ini terus dirahmati dan diberkati, dikurniakan saudara yang sentiasa mendoakan dan sahabat yang sentiasa memberi kebaikan..amien..
Alhamdulillah dan TAHNIAH buat sahabat yang selesai menjalani ibadah menuju kesempurnaan kehidupan..apa yang kurang, sama-samalah menampungnya dengan muafakat dan kesabaran.
Jumaat, 25 Januari 2008
Laluan pengalaman yang tidak boleh dijual beli..
Tarikh bersejarah : Jejakilah ilmu buat generasiku dengan sabar dan solat!
Allah bagi ujian dan Allah berhak memberi kegembiraan...hadiah belajar penuh makna di UM akhirnya di serikan dengan kehadiran suami dan anak di sisi. Hingga tatkala menyarung jubah konvokesyen, mereka yang tersayang setia dan sangat sudi menemani dan terus berkongsi saat duka dan gembiraku...
Meniti kehidupan di alam kampus merungkai banyak persoalan pada pelbagai bidang hidup manusia. Di lapangan inilah kita akan banyak belajar dan belajar. Jatuh dan bangun kembali. Menitip ilmu demi segenggam ijazah hadiah keperitan usaha mak dan abah serta keluarga yang terlalu banyak memberi kekuatan. Syukran buat kalian dan semua sahabat...Kehidupan di alam ini begitu asyik dengan kehadiran teman-teman yang sangat mengujakan kehidupan. Alhamdulillah, jatuh bangun dalam proses pentarbiyahan adalah lumrah. Iktibar bagi kehidupan seterusnya.
Langgan:
Catatan (Atom)