Sabtu, 21 Mac 2015

Ragam anak muridku...mencuit rasa di hati:)

Sham, wan dan Faroz

Sham,Wan,Faroz dan Amin

Amin, Faroz dan tengkorak
"Cikgu, cikgu..." panggil seseorang yang amat  dikenali suaranya itu, Amin. Baru sahaja cikgu benarkan "take 5" dia dah merayau dari tempat duduk ke hadapan kelas diikuti oleh beberapa orang rakan. Cikgu tahu kalian mesti teruja tengok tengkorak itu sebab kali pertama masuk makmal 1 selepas jadual ditukar.

"Ya,,kenapa Amin.." cikgu bertanya walaupun dapat mengagak keinginannya yang mula memegang tengkorak itu.

"Cikgu...ambillah gambar kitorang cikgu..cikgu kan ada kamera handphone.."pujuknya.

"Nanti cikgu send ye kat saya gambar tu.."pintanya lagi.

Mujur cikgu baik sebab diorang dah siapkan kerja yang cikgu bagi. (hihi..)

Aktiviti Sains Tingkatan 5

Pelajar sangat teruja bekerjasama membawa barang untuk ekperimen Sains!

Sham dan kumpulannya!

Gembira Akmal menguli tepung...Hazdrin, Wan dan Amir sebagai ahli kumpulan...Memang awesome hasilnya..Doh kumpulannya mencapai ketinggian maksima..tahniah Akmal yang berbakat!
Fatin,Ika,Amiera,Najwa (atlit sekolah) dan Syahidah tersenyum beraktiviti..

Wen Hong memasukkan tepung..diuli oleh Prwee yang bercita-cita membuka bakery dan diperhatikan oleh Ying Hui..mana Xin Yee?
Rafiq, Azizi dan Nabil (5PA2)
Gembira Ira beraktiviti. Syikin dan Ainin membantu.
Kumpulan Nurin, Afiqah, Azieqah dan Eliya
Kumpulan Ong, Wong, Wei Ann, Hui Yi dan Pui Yee
dan Adibah!
Kumpulan Amar, Hazim, Afdah, Saiful dan Nabil
Kumpulan Sharma, Yi Chian, Sim Le, Hui Min dan Yu Xin
Hasilnya!
Mengukur ketinggian doh!


Mengajar Sains Tingkatan 5 tahun ini sedikit mencabar. Ini kerana kali pertama diriku mengajar Sains Tingkatan 5 dengan "carry" kelas tingkatan 4 tahun lepas. Alhamdulillah, kelas 5 PA2, Kelas 5 Tasawur dan 5 Seni 2 adalah kelas yang baik dan sangat memberi kerjasama. Bagiku, anak2 ini adalah permata. Mereka ada ragam tersendiri. Yang Bijak, kita layan cara bijak. Yang sederhana, kita raikan pandangan dan kukuhkan pendirian. Yang lemah, kita puji dan kita laungkan semangat agar berbudi pekerti mulia. Saya selalu pesan, Allah sahaja yang boleh mengubah nasib kita. Walaupun mungkin dalam bidang pelajaran kita kurang pandai tetapi kelebihan lain pasti lebih banyak dan itulah nanti yang akan memberi kita erti bahagia.

Pesan Cikgu

Belajarlah dan terus belajar. Ilmu bukan di dalam kelas sahaja. Setiap perkara yang berlaku detik demi detik itu ilmu. Ambillah pengajaran bermakna. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga tahun ini mereka berjaya dalam SPM terutama matapelajarn Sains..insyaAllah!

Ammar check gigi!

'Ammar suka gosok gigi..pantang ummi tanya..kenapa gigi ammar kuning? Nanti masa mandi,dia akan gosok gigi dan tunjuk giginya yang telah di gosok pada ummi sambil bertanya..ummi dah putihkan? Hihi...gigi abang memang bersih!

Bila atuk bercerita...

 
Kuliah Maghrib Family Salima

Jumaat, 20 Mac 2015

Testimoni Qaseh Kekanda dan Adinda:)


 


Assignment Tahun Akhir : Kepimpinan Itu Suatu Seni









KEPIMPINAN ITU SUATU SENI
Oleh:
Siti Norbayah bt Haji Sayuti
Tugasan Akhir untuk Kertas Pembangunan Pendidikan
Fakulti Sains dan Pendidikan
Universiti Malaya













PENGHARGAAN

            Setinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi, Selawat dan salam atas junjungan Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda. Sesungguhnya segala kebaikan berpunca dengan keseluruhan kasih-sayang dan rahmat dari-Nya yang tidak terhitung banyaknya.
            Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah yang cukup berbudi, Encik Ahmad Zabidi bin Abd Razak atas segala ajaran dan tunjuk ajar yang berguna. Kepada ibu bapa dan keluarga tercinta serta sahabat yang memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Tajuk Kepimpinan itu Suatu Seni adalah tajuk yang menjadi kesukaan namun hakikatnya manusia itu lemah apabila kurangnya ilmu. Semoga segalanya mendapat keberkatan dalam usaha kita untuk memperbaiki diri dari hari ke hari.
           

"Jika hari ini seorang perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja yang menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oelah seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca."
                                                            Allahyarham Usman Awang



ABSTRAK

Usaha meningkatkan potensi kepimpinan individu memerlukan suatu kefahaman bijaksana mengenai hal berkaitan dengan manusia dan semangat yang akan  menyemarakkan harapan juga keyakinan yang pastinya mempunyai perspektif jangka masa panjang untuk sesuatu perubahan yang dikehendaki dalam situasi yang cukup kompetatif tetapi kondusif. Apabila dikaitkan kepimpinan itu suatu seni, ianya memperihalkan perkaitan atau integrasi setiap corak kepimpinan yang memenuhi kehendak dan aspirasi yang cukup signifikan dengan konsep kejiwaan bersifat implisit seterusnya dizahirkan dengan perangkaan yang strategik mahupun impuls bersahaja tetapi cukup istimewa sekali.  Seni itulah yang memaknakan kepimpinan agar ianya terserlah dengan minda, jiwa dan tubuh yang penuh sifat dan sikap yang sentiasa segar dengan kekuatan dan ketabahan untuk terus berjuang untuk diri sendir dan membawa manfaat untuk semua umat manusia.

PENGENALAN : DEFINISI

1. KEPIMPINAN
Kepimpinan merupakan satu unsur dan faktor terpenting dalam sesebuah organisasi atau badan-badan tertentu yang mempunyai objektif dan matlamat yang tersendiri. Fokus dan halatuju yang biasanya di bawa oleh tampuk kepimpinan adalah demi merealisasikan sesuatu tahap pencapaian yang telah ditentukan atau kejayaan yang gilang-gemilang. Kamus Dewan edisi Ketiga keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan kepimpinan ialah keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dsb) seseorang pemimpin. Contohnya dalam pentadbiran, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad berusaha membawa corak  kepimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Kata dasar kepimpinan berasal daripada perkataan pimpin yang bermaksud dibimbing, dipandu, dituntun atau ditunjuk. Pada amnya juga , kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian kejayaan organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai wawasan organisasi. Kepimpinan dalam Bahasa Melayu adalah satu istilah yang dianggap terbaik untuk memenuhi makna perkataan "Leadership" dalam Bahasa Inggeris. Salah satu makna yang dinyatakan ialah mengepalai, mengetuai, (badan, persatuan, pergerakan, mesyuarat dan lain-lain) dalam bentuk kiasan bermakna menunjukkan jalan. Ia juga bermaksud orang yang berada dalam keadaan memimpin, menasihati dan memandu satu-satu kumpulan ramai dalam banyak urusan, serta diberi kepercayaan dalam kumpulannya berkaitan urusan dunia dan akhirat.
Penulis cuba membawakan beberapa pendapat yang mahu memaknakan "Kepimpinan" dalam pelbagai konteks dan idea. Menurut Jennings, perkataan kepimpinan adalah berasal daripada dua perkataan Greek iaitu "akchein" bermaksud melalui, mencapai, menyudahkan. Makna ini mencadangkan maksud dalam tindakan antara pemimpin dengan pengikut melalui pemisahan kepada dua fungsi iaitu memberi perintah yang menjadi hak pemimpin dan yang menjalankan tugas pengikut. Idris Zakaria dalam bukunya menyatakan bahawa pemimpin ialah "orang" yang penting berhubung dengan urusan sosial dan kenegaraan. Dia merupakan seorang yang menjadi ketua atau pemimpin dalam sesuatu kelompok masyarakat atau negara, di tangannya terletak kuasa, tanggungjawab, tugas, bebanan dan kewajipan terhadap golongan yang dipimpinnya sama ada untuk masyarakat itu minoriti atau majoriti, seperti yang diterangkan oleh Webster's Third New International Dictionary.
Contoh lain kepimpinan dalam ruang lingkup yang lebih kecil iaitu dalam golongan minoriti seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu. Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan yang di ambil dari sumber internet. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernberi arahan tentang apa yang perlu dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.
Dalam tamadun Islam, ramai tokoh Islam turut serta membincangkan masalah ini. Ibn Taimiyah telah menerangkan bahawa dalam sesebuah masyarakat manusia tidak boleh tidak mesti ada seorang ketua atau pemimpin, dan hukumnya adalah wajib bahkan ia menjadi kewajipan yang paling besar dalam Islam, kerana menurutnya lagi segala amalan dan ajaran Islam andainya tiada kepimpinan, kebajikan ummah juga tidak akan tercapai kalau tiada penyatuan. Penyatuan ini hanya akan dicapai dengan adanya kepimpinan dan pemerintahan. Penegasan ini adalah sesuai dengan world-view Islam yang meletakkan persoalan pimpinan ini sebagai satu persoalan yang serius. Buktinya, dalam sejarah umat Islam selepas Rasulallah s.a.w. wafat, umat Islam terus mengangkat Sayyidina Abu Bakar Al- Siddiq r.a. untuk mengetuai pimpinan Negara Islam waktu itu, yang lebih terkenal dengan sebutan khalifah.

2. SENI
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itulah bahasa.

Pantun di atas cuba mengaitkan seni ialah suatu yang cantik dan indah apatah lagi apabila cuba diserapkan dalam perlakuan seperti berbahasa dan berbudi. Kerap kali berlaku atas nama seni disebarkan segala keburukan dan kebiadapan serta segala sesuatu yang menambahkan hati manusia menjadi keras, kasar dan rendah. Keadaan tersebut berlaku secara lumrah apabila berlaku kesilapan dalam memahami maksud seni itu sendiri. Kelalaian manusia akibat seni apabila konsep disalah erti dan disalah guna. Contohnya, seni dalam tingkahlaku yang boleh menarik perhatian. Bukanlah seni menarik perhatian seseorang wanita itu digunapakai untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim untuk mendekatinya. Selain itu seni dalam pertuturan yang rata-rata masyarakat masakini semakin hilang rasa hormat pada bahasa ibunda iaitu Bahasa Malaysia yang disebut juga Bahasa Melayu. Percakapan yang bertapis atau berlapik, susunan kata-kata yang indah didengar dan bahasa yang sedap didengar seolah-olah sudah ketinggalan zaman. Persoalan ini juga sering menjadi tabu dalam masyarakat kita dewasa ini. Perkara ini perlu diberi perhatian dan masyarakat perlu dibimbing untuk memahami maksud seni yang sebenar dari perspektif agama dan budaya masing-masing yang pastinya menyanjung peribadi murni dan kehalusan budi.


Masyarakat timur terutamanya, sangat mementingkan seni dalam setiap perbuatan dan ia merupakan suatu perlambangan sifat dan nilai yang mulia dalam kehidupan seseorang individu. "Seni" atau dalam bahasa Inggerisnya disebut art dengan makna literalnya ialah "halus", "indah" atau "permai". Dari segi istilah seni ialah segala yang halus dan indah serta menyenangkan hati dan perasaan manusia. Konsepsi seni yang cuba diimplementasikan mengikut ruang lingkup kepimpinan ialah seni dalam tingkahlaku, perbuatan, komunikasi, cara berfikir, cara bertindak dan segala setiap sesuatu zahir batin. Implikasi seni dalam kepimpinan adalah sangat besar. Kadangkala memberi kesan jangka masa panjang yang tidak terduga. Contohnya, seorang bapa yang tekun mengajar anaknya mengira dengan cepat dan cekap tetapi anaknya pada usia kecil lambat dan sukar mengikuti cara bapanya, akhirnya menjadi seorang yang bijak matematik setelah dewasa. Umpama, setitis air yang menitik atas sebuah batu, tindakan air sudah tentu halus dan perlahan namun bila berlaku secara berterusan, batu yang keras boleh melekuk jua akhirnya.Tindakan air yang cukup seni tersebut mampu menghasilkan suatu natijah yang hebat pada keadaan yang tidak di jangka.
Pada hakikatnya, secara semulajadi atau secara fitrah Allah s.w.t. sememangnya telah menganugerahkan benih seni kepada setiap individu manusia semasa ia dilahirkan ke dunia ini. Oleh sebab itu rasa seni itu akan tercerna (lahir) dan berkembang dari setiap diri individu manusia itu dalam bentuk rohani atau jiwa yang akan membuahkan pelbagai ciptaan kerana dorongan kemahuan (instinct) dan daya berfikir (akal) yang ada pada diri manusia itu sendiri. Para pengkaji seni ada yang memberi pendapat bahawa seni itu terbahagi kepada dua iaitu seni indera (Seni rupa/seni benda) dan seni rohani (kejiwaan). Konsep yang diterima pakai dalam aspek kepimpinan ialah kedua-duanya. Dengan adanya seni indera, manusia dengan serba kepandaiannya yang ada telah mencernai dan mewarnai kemajuan fiskal hidupnya (kemajuan zahir) dengan pelbagai ciptaan seni rasa indera yang cantik, menarik, indah, damai, tenang dan menepati jiwa. Ianya turut memberi serba kepuasan dan kesejahteraan sama ada untuk dirinya, manusia sejagat mahupun seluruh kehidupan di bumi. Manakala seni rohani pula ialah seni rasa kejiwaan yang mencernakan rasa beragama (rasa bertuhan), rasa berestetika, rasa etika, rasa intelek, rasa sosial dan rasa naluri (rasa diri sendiri) yang pastinya dipunyai oleh setiap manusia.
Maka, ungkapan kata sesuatu yang lahir dari hati akan masuk ke dalam hati sebenarnya adalah benar dan terbukti. Malahan jika dikaji, instrumen yang paling berkesan dalam kaedah penyampaian ilmu dan pendidikan ialah pengalaman yakni sesuatu perkara yang dialami diceritakan kepada orang untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Orang yang jujur sebenarnya mampu menggunakan rasa seni jiwanya untuk dipercayai oleh orang lain seterusnya diterima secara total. Apabila seseorang pemimpin itu telah hilang rasa seninya (jiwa seni) maka perilaku hidupnya akan menjadi kasar dan kejam serta merosakkan orang lain. Sebaliknya pemimpin yang memiliki rasa seni (jiwa seni) pula, perilaku hidupnya akan penuh dengan tarikan akhlak yang tinggi yakni berbudipekerti , rasional, berdaya maju, bertaqwa dan dapat menyumbang kebaikan untuk kemanfaatan hidup orang lain. Kepentingan seni dalam kepimpinan merujuk kepada pelbagai situasi abstrak. Secara tuntasnya, seni memainkan peranan yang cukup penting dalam sesebuah kepimpinan. Mana mungkin suatu kepimpinan yang melibatkan ruang lingkup organisasi yang mempunyai pelbagai latar belakang jiwa dan sifat di tuntuni tanpa melibatkan kesatuan hati dan juga fikiran demi mencapai suatu  kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

PEMIMPIN ITU KETUA ATAU KETUA ITU PEMIMPIN

Menurut Wan Liz Osman Wan Omar (1996), "Ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan, dan keberkesanan organisasi tersebut. Ketua suatu jabatan yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan jabatannya sudah tentu tidak dapat mengemudi organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat. Tidak syak lagi maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu bergantung kuat kepada kualiti dan gaya kepimpinan pemimpin-pemimpin yang memegang tanggungjawab tersebut. Namun, tidak semestinya seseorang pemimpin itu adalah ketua.
Menurut Mohd. Shauki Abd Majid, banyak sekali contoh di sekeliling kita pemimpin yang tipikal, memiliki daya dan prinsip masing-masing. Ada pemimpin yang sangat menonjol prestasi kerja dan integritinya, tetapi tidak disayangi oleh pengikutnya kerana kelemahan dalam membina hubungan baik dengan orang lain.  Setiap orang merupakan pemimpin terutama sekali bagi diri mereka sendiri.  Ahmad Zabidi dalam bukunya Memimpin Diri Sendiri (2004) mengupas bahawa walaupun tidak menjadi pemimpin kepada individu ataupun sesebuah organisasi, namun yang pasti kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri. Kepimpinan diri ialah proses seseorang individu menggunakan kekuatan dan kemahiran akal fikiran serta potensinya secara menyeluruh. Seseorang yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri tidak dapat memimpin orang lain ( Walter B. Pitkin). Ini seterusnya menyatakan makna bahawa kitalah ketua terhadap diri kita sendiri.
Bagaimana kita melahirkan suatu kepimpinan yang disenangi dan berintegriti? Adakah dengan menjadi pemimpin kita perlu memulakan segalanya?Adakah kita yang perlu bergelar perintis? Bagaimana menangani pengikut yang sentiasa memerlukan bimbingan dan perhatian kita sebagai seorang pemimpin yang berkaliber? Segalanya memerlukan seseorang yang bergelar pemimpin membuat suatu penelitian sikap dan tingkahlaku manusia. Apabila kita berurusan dengan manusia kita pasti perlu belajar memahami organisasi yang kompleks supaya kita boleh terlibat secara langsung dengan budaya organisasi yang sedang kita ladeni. Apabila kita belajar memahami orang lain dengan mengambil kira pelbagai faktor dan latar belakang, kita mungkin lebih fasih menjiwai mereka dalam pelbagai keadaan.

KEPIMPINAN ITU SUATU SENI?

"Mengapa dikatakan kepimpinan itu suatu seni? Apa kaitan seni dalam kepimpinan? Adakah dengan adanya seni, mampu membina kepimpinan yang berkesan? " Apabila kita merumuskan di sini bahawa seni itu adalah sesuatu yang indah dan luhur yang dapat melahirkan (memancarkan) pelbagai sifat dan bentuk hasil bagi setiap perbuatan, tingkahlaku, hasil seni (kesenian), amalan dan tuturkata yang indah dipandang, didengar, diamati, disukai dan dijadikan idola. Ianya merupakan hasil dari segala daya-ciptaan yang merangkumi karya lahir dan batin (perasaan dan akal) manusia bersumberkan dorongan atau getaran jiwanya. Seni itu sebenarnya sangat mempengaruhi kehidupan manusia kerana dalam diri manusia itu penciptaan yang cukup seni dan unik.

  1. Fitrah Manusia

Ee Ah Meng (2002) menyatakan dalam bukunya bahawa fitrah manusia merujuk kepada sifat semulajadi yang terdapat pada setiap insan. Menurut Hassan Langgulung, fitrah boleh dipandang dari dua sudut. Pertama, fitrah boleh dimaksudkan sebagai sifat-sifat semulajadi manusia atau sifat-sifat Tuhan yang menjadi potensi manusia sejak lahir lagi. Akan tetapi, fitrah juga boleh dilihat dari segi wahyu Tuhan yang diturunkan kepada Nabi-nabinya. Keadaan ini ibarat sekeping syiling; sebelah muka ialah sifat semula jadi manusia manakala sebelah lagi ialah wahyu. Antara sifat semulajadi manusia ialah ingin tahu, daya cipta, kepimpinan, ingin disayangi, ingin difahami, ingin merasa selamat, keterbukaan dan sifat ingin mencapai sesuatu. Sifat ingin tahu mendorong seseorang kanak-kanak untuk menerokai. Contohnya, apabila melihat sesuatu objek di hadapan kanak-kanak tersebut, mereka akan sedaya upaya ingin mencapai dan melihat dengan lebih dekat objek tersebut. Sifat ingin disayangi ialah apabila kanak-kanak berasa lapar dan rengekannya pasti mengundang rasa belas ibu bapanya dan mereka pasti memberi apa yang dirasakan perlu untuk kanak-kanak tersebut. Selain itu juga kanak-kanak akan menangis apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali dan sekiranya ibunya yang mendukungnya, mereka akan menguatkan lagi pautan tersebut. Begitu juga berlaku dalam sesebuah organisasi yang sedang mengalami krisis. Sekiranya pemimpin tersebut merupakan orang yang mereka percayai, para pengikut atau ahli akan terus menyokong mereka dan merasa selamat dengan keadaan tersebut kerana mereka berada bersama orang yang mereka percayai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contoh yang pernah berlaku semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir ialah keadaan Negara yang mengalami krisis matawang akibat kenaikan matawang dollar. Manipulasi matawang yang dilakukan barat ternyata mampu diatasi oleh keputusan Perdana Menteri yang ketika itu menyatakan bahawa negara kita akan bertahan tanpa meminjam wang daripada bank dunia (IWF). Ternyata usahanya berjaya dan ekonomi Malaysia kembali stabil. Begitu juga seorang anak murid lebih mempercayai seorang gurunya berbanding ibu bapa apabila perkara tersebut berkaitan dengan bidang ilmu yang mereka pelajari di sekolah.
Sifat kepimpinan dan ingin mencapai sesuatu juga jelas telah ada secara semulajadi dalam diri kanak-kanak sejak lahir lagi. Atas kebijaksanaan ibu bapalah, yang mampu memupuk sifat tersebut ke arah yang lebih baik dan terpimpin. Contohnya, sejak kecil lagi kita melihat seseorang bayi mempelajari cara memegang botol susu dan sudu yang digunakan untuk menyuap makanan.Setelah bayi boleh memegang botol susu, dia kelihatan begitu gembira sekali. Begitu juga mereka mempelajari kemahiran merangkak. Malahan, kepimpinan diri mereka terserlah apabila mula mempunyai seorang adik dan merasakan diri mereka sebagai pelindung. Sifat kasih-sayang yang lahir dalam diri menyebabkan kanak-kanak tersebut memiliki rasa tanggungjawab dan sifat prihatin. Segalanya bergantung juga kepada faktor ajaran dan didikan ibu bapa mereka. Oleh kerana itulah pepatah mengatakan anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mampu mencorakkan dan mewarnai kain putih tersebut dengan corak dan warna yang diingini.
Sifat seorang pendidik sebagai pemimpin yang di sekolah juga harus cukup berseni. Anak murid atau pelajar yang ramai pastinya memberikan pelbagai keadaan yang memerlukan seorang guru bersabar dan mempelbagaikan cara untuk menghadapi mereka.Seni atau skills yang seharusnya guru-guru miliki harus engan disesuaikan dengan tahap usia mereka.

2. Pemimpin itu dilahirkan atau "Leader Is Born".

Apabila menyatakan kepimpinan itu suatu seni, kita akan sedari bahawa kepimpinan itu dilahirkan atau telah berada di dalam diri seseorang individu. Di dalam bahasa Inggerisnya di sebut "Leader Is Born". Kenyataan ini merujuk kepada maksud seni itu sendiri apabila kita cuba mengaitkan dengan sifat semulajadi yang ada pada setiap individu dan latar belakang yang mencorakkan laluan kehidupannya. Contohnya, seseorang yang dilahirkan sebagai seorang anak sulung dalam sesebuah keluarga yang normal, pasti ibu bapanya akan mendidik mereka supaya lebih bertanggungjawab, lebih prihatin, lebih memahami seterusnya membina fizikal dan mental yang kuat untuk menghadapi cabaran. Contohnya, Nabi Muhammad s.a.w. yang membesar sebagai seorang anak yatim piatu menjadi seorang manusia yang mempunyai akhlak yang mulia, sangat berdikari, amanah, berpendirian teguh, empati, tabah, cekal dan sangat menghargai suatu perhubungan lebih-lebih lagi baginda telah diasuh oleh datuk dan bapa saudaranya.
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sangat terserlah apabila baginda menyelesaikan konflik yang berlaku di kalangan pembesar Mekah yang ketika itu bertelagah untuk merebut peluang meletakkan batu asas di Kaabah selepas peristiwa banjir besar di Mekah. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi pandangan saksama apabila pengaruh semulajadi sifat baginda yang sangat sukakan pendamaian dan toleransi menyimpulkan keputusan bahawa setiap orang berpeluang meletakkan batu asas tersebut tetapi baginda menjadi orang tengah yang mengalihkan batu tersebut di atas sebuah kain yang setiap bucunya di pegang oleh setiap pembesar yang terlibat. Mereka menerima dengan senang hati kerana semua merasa mengalihkan batu istimewa itu. Itulah antara sifat seseorang yang dipengaruhi didikan dan berada dalam diri secara semulajadi. Cara atau skills Nabi Muhammad harus dijadikan contoh terbaik seperti kata pepatah "Seumpama menarik rambut di dalam tepung. Rambut usah putus, tepung usah berselerak". Maksud yang mahu dikupas dalam pepatah ini ialah setiap tindakan kita, perlulah bijak membuat keputusan berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang boleh memastikan kesinambungan hasil keputusan tersebut berbaloi untuk semua. Seni kepimpinan yang dapat dicerna dalam peribadi Nabi Muhammad s.a.w  hampir sempurna apabila mengambil kira bahawa setiap rasul sifatnya adalah "maksum" yakni dilindungi oleh Allah dari melakukan sebarang dosa.. Sabda baginda :

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak "

Maka seharusnya Nabi Muhammad s.a.w dijadikan contoh ikutan tauladan yang baik oleh semua umat manusia umumnya dan umat Islam khususnya.

Ironinya, seseorang individu boleh juga bertukar sifat mengikut suasana persekitarannya yang mampu menjadikan seorang pemimpin itu adalah "manusia". Ungkapan kata seperti "seseorang yang mahu kita mengenali sifatnya, kenalilah sahabat mereka". Pepatah ada juga menyebut, "seseorang yang berkawan dengan pembuat minyak wangi akan mendapat kewangian tersebut dan seseorang yang berkawan dengan tukang besi, sedikit sebanyak, dia turut terkena percikan api". Kata-kata ini menggambarkan suatu proses kepimpinan yang mudah dipengaruhi pada peringkat pembinaan jati diri terutamanya pada peringkat awal remaja sehingga dewasa.
Prof Dr Mu'min Abd Ghani, pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (Bahagian Pengajian Syariah) mengulas tentang kepimpinan menurut perspektif Islam: "Bagi saya, kepimpinan adalah "gifted" daripada Allah. Tidak semua orang boleh jadi pemimpin. Hanya Tuhan yang menentukanya. Contohnya Nabi. Tidak semua orang boleh menjadi Nabi. Ada beberapa kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin seperti ilmu, iman, baik, soleh, berkebolehan dan ada "vision". Pemimpin juga adalah yang terpilih bukan dia yang memilih. Kalau dia yang memilih maka akan jadi seperti Fir'aun di zaman Nabi Musa a.s seperti pengakuannya dalam firman Allah, "Sesungguhnya aku adalah tuhan kamu yang paling tinggi." Pemimpin juga bukanlah yang selalu duduk di surau, berserban dan berkopiah tetapi dia mestilah seorang yang beragama "24" jam. Maksudnya yang mengaitkan akhirat dengan kehidupannya sebagai seorang pemimpin." (Al-Jamaah : Jilid 3 2001)

3. Potensi pemimpin yang berjiwa seni

"Seni itu Indah" sering menjadi suatu ideologi pemikiran golongan yang menjulang adab dan ilmu dengan perahan air seni. Maka tidak mustahil andainya kita mendengar seorang pemimpin agung yang merupakan seorang perawi hadis dan salah seorang Imam Besar empat mazhab agung iaitu Imam As-Syafie banyak mengungkap ilmu dan menterjemahkan kehidupan melalui bacaan sajak dan syair yang cukup mengusik hati. Begitu juga dengan Al-Farabi (Abu Nasr al-Farabi) ialah seorang ahli falsafah Islam yang banyak menyumbang fikiran dalam bidang Falsafah Politik. Teori kepimpinan yang cuba dinyatakan Al-Farabi ialah apabila menyentuh mengenai konsep Ketua Negara (Pemimpin) bagi Negara Terbaik ialah manusia sebagai makhluk bermasyarakat amat perlu kepada pempinan, kerana hidup bermasyarakat bererti hidup memerlukan perhubungan kemasyarakatan yang harmoni dan berpadu untuk mencapai kehendak dan tujuan sesebuah masyarakat. Perpaduan dan keharmonian sesebuah masyarakat itu tidak akan wujud, kiranya tidak ada kepimpinan yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang dapat menjamin institusi kepimpinan itu sendiri derta masyarakat. Pemikiran Al-Farabi ini dapat disifatkan sebagai lanjutan daripada yang pernah diutarakan oleh Plato dan Aristotle.
Seni dalam solat yang kita amalkan sehari lima waktu amat padu dengan sifat kepimpinan itu sendiri. Pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Johari Mat berpendapat bahawa solat adalah model kepada kepimpinan sebenar. "Agama Islam adalah agama yang diturunkan Allah dengan sistem-sistemnya. Ibadat solat contohnya. Solat mempunyai sistem yang tersendiri iaitu azan, iqamah, makmum, dan imam. Dalam solat, imam itu dipilih daripada orang yang paling baik di kalangan mereka. Kalau kita tersalah ambil model solat dalam memilih kepimpinan, kita akan tersalah pilih. Pasti yang jadi pilihan kita ialah orang yang beriman, berilmu, paling baik sifatnya, berwawasan caranya, beretika hidupnya, mempunyai perwatakan yang wara' serta mempunyai kelantangan dalam mengatakan yang benar."
Mitos mengenai kepimpinan bahawa pemimpin itu dilahirkan dan bukan dibentuk sebenarnya boleh diperbetulkan. Kebenaran yang terzahir ialah, pemimpin sebenarnya boleh dibentuk walaupun sifat kepimpinan itu dimiliki sejak dilahirkan kerana ia menepati fitrah manusia itu sendiri. Benih seni yang ada pada setiap individu manusia itu dianugerahkan Allah s.w.t. supaya dengannya kehidupan  manusia akan dapat dihiasi dengan sifat-sifat baik, halus pekerti dan akhlak mulia sesuai dengan maksud seni agar segala sesuatu itu indah dan disenangi oleh fitrah atau naluri kehidupan manusia itu sendiri. Dengan itu manusia dapat hidup dengan aman-damai, bahagia juga saling terdorong untuk menyumbang segala apa peranannya ke arah kebaikan bersama dengan penuh kenikmatan.
Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan penuh teliti  serta halus dalam tindakan.
1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, berinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan demi latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah.
2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain.  Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y,  McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.
4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.
5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.
6. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.

4. Bentuk-bentuk seni dalam kepimpinan
  1. Seni dalam komunikasi
  2. Seni dalam tingkahlaku
  3. Seni dalam membina pengaruh
  4. Seni dalam tindakan
  5. Seni dalam membuat keputusan
  6. Seni dalam menghadapi tekanan
  7. Seni dalam gaya dan penampilan
  8. Seni dalam membuat penilaian

SENI DALAM KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN DALAM ORGANISASI
"… orang memberi, kita merasa. orang berbudi, kita berbahasa..."

Seni dalam komunikasi ialah kehalusan dan keindahan dalam proses pertukaran pendapat atau maklumat yang mampu menarik perhatian serta mempengaruhi orang lain supaya dapat membina selain melaksanakan tugasan berdasarkan peranan dalam kepimpinan yang berkesan. Apabila pemimpin memenuhi ciri-ciri penting untuk kejayaan kepimpinan seperti berwawasan, kemahiran, kematangan, berpandangan luas, pengawalan diri, ketekunan, kebebasan bertindak, bercita-cita, boleh dipercayai dan adil maka mereka mampu melakukan perubahan yang diimpikan. Namun, usaha mencapai ciri-ciri tersebut amat perlu kepada komunikasi berkesan. Manusia berkomunikasi dalam pelbagai situasi iaitu dalam komunikasi dua orang, dalam temuramah, di hadapan khalayak ramai, dalam organisasi dan dalam kumpulan massa atau awam.
Perumpamaan pemimpin dan pengikut atau ahli yang dipimpin seperti seluruh anggota tubuh. Kedudukan pemimpin diumpamakan sebagai kepala manakala batang tubuhnya digazetkan sebagai para pengikutnya yang bersifat melengkapi dengan pelbagai fungsi. Pabila mengupamakan kepala sebagai pemimpin, kita pasti mampu membayangkan kedudukan kepala di bahagian atas abdomen dan tertinggi sekali.Mengandungi organ paling penting bagi manusia iaitu menempatkan otak dan di situlah berlaku segala proses pemikiran dan simulasi segala tindakan terkawal dan luar kawalan.
Seni komunikasi dalam kepimpinan berlaku apabila seseorang itu mendorong, memujuk, dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif tertentu dengan cara yang paling disukai dan "masuk" dengan situasi tersebut. Pilihan kata-kata yang baik dan memberi semangat mampu mendorang orang lain untuk berusaha keras terhadap tugas yang di berikan. Pemimpin yang baik juga tidak hanya bijak bercakap sahaja tetapi turut menunjukkan hasil selain sering "turun padang" untuk bersama dengan orang yang dipimpin.  Namun sifat yang membezakan kepimpinan dengan fungsi pengurusan amnya ialah tugas-tugas mendorong, memujuk dan mempengaruhi yang bercorak peribadi.  Umpamanya, di dalam tugas-tugas merancang atau membaca laporan, mereka tidak melibatkan interaksi peribadi. Seni komunikasi dalam kepimpinan pula terdiri daripada interaksi-interaksi yang jelas dan difahami yang berlaku dengan rakan-rakan sekerja, pekerja-pekerja bawahan, ketua, para pelanggan dan pihak-pihak lain. Boleh dikatakan bahawa di mana wujudnya seorang pengurus yang berkesan di dalam suatu sistem pengurusan yang cekap, di situ juga akan terdapat seorang pemimpin yang berkesan dan sangat memahami kalangannya.



SENI TINGKAHLAKU DAN GAYA KEPIMPINAN MEMBINA PENGARUH
"…bersatu kita teguh, bercerai kita roboh…"
Penerangan awal tentang gaya kepimpinan membahagikan gaya tersebut berasaskan kepada bagaimana pemimpin menggunakan autoritinya. Tiga gaya asas dapat dikenal pasti ialah pemimpin yang autokratik merupakan seorang yang dogmatik dan positif, memerlukan stafnya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau rnenarik balik ganjaran kerja serta hukuman  Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya. Gaya kepimpinan yang ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi staf penuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin sedemikian biasanya memberi kebebasan pekerja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya. Ia juga melihat peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya dengan memberi maklumat berhubung dengan persekitaran luaran kumpulan pekerjanya.
Ketiga-tiga komponen kepimpinan yang cukup halus dan dapat diterima manusia melalui sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan mengikut situasi memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpin-pemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja.  Apa yang diketahui tentang gaya-gaya kepimpinan juga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan dapat menjiwai pengikut dengan berkesan sekali, gaya pemimpin mestilah bersesuaian  dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru.
Kebanyakan daripada kajian tentang gaya kepimpinan mengikut sistem pengurusan klasik menunjukkan anggapan bahawa pekerja pada dasamya dilihat oleh pemimpin sebagai salah satu faktor pengeluaran. Dengan ini, gaya pengurusan untuk mencapai output yang menghayati kerja dan tugas biasanya berat sebelah sama ada mereka menekankan daya pengeluaran ataupun mereka menekankan kepuasan atau hal-ehwal pekerja semata-mata. Pakar-pakar penyelidik di Pusat Penyelidikan Universiti Michigan, Amerika Syarikat, telah membentuk suatu model kelakuan kepimpinan berasaskan dua dimensi. Mereka menggunakan konsep berorientasikan pengeluaran (kerja) dan berorientasikan pekerja untuk menerangkan model tersebuL Pemimpin yang berorientasikan kerja mementingkan kerja yang dilakukan, manakala pemimpin yang berorientasikan pekerja lebih mengutamakan penubuhan kerja dan terjalinnya perhubungan peribadi di kalangan pekerja.
            Mohd Shauki Abd Majid (2004) menyatakan kejayaan seseorang pemimpin sangat ditentukan oleh berapa besar dan luas pengaruhnya serta kesempurnaannya kepimpinannya. Begitu banyak pemimpin yang berkaliber serta popular yang dilahirkan di dunia ini, tetapi pengaruhnya hanya sedikit dan beberapa ketika sahaja. Sedikit demi sedikit pengaruhnya hilang sedikit demi sedikit di telan zaman. Nama-nama seperti Winston Churchill, Jeneral MacArthur, Ronald Reagen, Maharaja Hirohito hanaya tinggal kenangan, pengaruhnya boleh dikatakan hamper ruyup.
Namun para pemimpin yang diturunkan oleh Allah s.w.t sepertim Nabi Muhammad s.a.w. ,Daud a.s., Musa a.s.,Ibrahim a.s.,Isa a.s.,pengaruhnya begitu kuat hingga ke saat ini.Itulah disebut pemimpin abadi. NAbi Muhammd s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kau berpegang dengan kebenaran, kerana sesungguhnya kebenaran itu memimpin kepada kebaktian dan kebaktian itu memimpin ke syurga (kebahagiaan), dan hendaklah tetap seseorang itu bersifat benar dan memilih kebenaran hingga dia tertulis di sisi Allah sebagai orang yang sangat bener, dan hendaklah kamu jauhi kedustaan kerana kedustaan itu memimpin kepada kedurhakaan, dan kederhakaan itu membawa ke neraka (kehancuran) dan janganlah seseorang tetap berdusta dan memilih kedustaan hingga tertulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

SENI DALAM TINDAKAN
"....umpama menarik rambut dalam tepung. rambut tak putus, tepung tak berselerak... "

Kita boleh menyayangi orang lain tanpa memimpin mereka , tetapi kita tidak boleh memimpin orang lain tanpa menyayangi mereka. Kenyataan ini menggambaarkan bahawa seseorang pemimpin harus mampu berhubungan secara baik dengan orang lain, dengan cara mencintai mereka. Seorang pemimpin harus mengambil kira setiap tindakan, keputusan dan kesan kepada ahli yang mereka pimpin. KAdangkala setiap tindakan yang cuba diambil oleh pemimpin pasti mendapat perhatian terutama bagi pengikutnya dan yang paling memberi perhatian ialah musuhnya. Setiap pemimpin harus mengutamakan kecantikan dalaman yang begitu memukau tanpa cacat cela seperti baginda Muhammad s.a.w. Inilah formula kejayaan melalui teladan dan prinsip kepimpinan baginda. Hak setiap orang ditunaikannya dengan sedaya upaya. Pandangannya kepada orang yang lemah, terhadap yatim piatu, orang yang sengsara dan miskin melalui pandangan seorang bapa yang penuh kasih sayang, lemah lembut dan penuh mesra. Sikap rahman dan rahim Rasulallah itu yang menjadi landasan kepada detik-detik awal perjuangannya. Sikap ini terbukti efektif bagi membangun suatu pengaruh dan sebagai tangga pertama kepimpinannya. Nabi Muhammad telah melalui tangga tersebut untuk, menjadi pemimpin yang sangat dicintai.
Satu penelitian fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin dalam usaha dan tindakannya didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial).
Di antara usaha yang cuba menyelidik mana satu di antara gaya-gaya kepimpinan tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang paling berkesan, termasuklah kajian-kajian yang dilakukan di Universiti Ohio. Di sini, para penyelidik mengkaji keberkesanan kelakuan kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan mengutamakan hal ehwal  pekerja.
Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan kerja, penjadualan penubuhan matlamat, pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pernimpin lebih menghalusi dan mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi. Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberat dan menghormati idea-idea perasaan dan hal-ehwal pekerja dengan cara mendengar masalah peribadi pekerja dan membantu menyelesaikannya.
Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton.  petak ini digunakan di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik ini berasaskan kepada penyelidikan-penyelidikan awal yang menunjukkan betapa pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja. Mementingkan pengeluaran (di paksi mendatar) terdiri daripada sikap penyelia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu keputusan polisi yang diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan staf, kecekapan kerja, daya kreativiti penyelidikan dan jumlah output. Mementingkan pekerja (di paksi menegak) juga diberi pengertian yang luas. Ini merangkumi perkara seperti darjah komitmen peribadi yang ditanamkan ke arah pencapaian sesuatu target, mengekalkan kehormatan diri para pekerja, pemberian tanggungjawab berdasarkan kepercayaan dan bukan kesetiaan belaka, pemberian keadaan kerja yang baik dan menjaga agar perhubungan peribadi memuaskan.

SENI MENGHADAPI TEKANAN
"…kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai…"

Pemimpin harus menjelajahi dirinya sendiri dan mengenali secara mendalam siapa dirinya yang sebenar. Sebelum dia memimpin keluar, dia harus memimpin ke dalam dirinya sendiri. Pekerjaan inilah yang sebenarnya paling berat. Memimpin diri sendiri melawan hawa nafsu adalah satu displin diri. Pemimpin perlu mengetahui kelebihan dan kekurangan yang berada dalam dirinya untuk diatasi. Seandainya seseorang pemimpin itu kekurangan dari sudut menyerap tekanan, dia perlu belajar menghadapinya. Memang benarlah kata-kata bahawa, pemimpin yang terbaik itu lahir dari kelompoknya sendiri dan sifat kepimpinan itu hidup kerana pernah menghadapi realiti. Contohnya, pemimpin mahasiswa yang sering disebut dan menjadi sejarah kebangkitan gerakan mahasiswa di awal tahun 70-an ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, Syed Hamid dan beberapa yang lain lagi adalah kelompok yang lahir daripada suasana yang ditekan. Mereka bertindak untuk menjadi jurubicara masyarakat yang ketika itu mengalami masalah kemiskinan dan kebuluran akibat Negara yang menghadapi tekanan inflasi dan harga getah jatuh dengan teruk. Kesempitan hidup dan penderitaan petani mendapat perhatian masyarakat kampus. "Apabila sesuatu perkara menyentuh isi perut", pastinya perkara tersebut akan diperjuangkan walaupun ketika itu mahasiswa telah ditekan dengan undang-undang iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti !971 (AUKU) dan digubal semula pada 1975 yang menyekat kebebasan mahasiswa daripada. Mereka akhirnya berjaya membuka mata pemimpin untuk mendengar suara mereka apabila demonstrasi Baling (1974) diadakan. Pembinaan pengaruh pemimpin mahasiswa ketika itu berjaya mengadakan perarakan seramai 12 000 hingga 14 000 orang mengambil bahagian. Peristiwa ini menunjukkan kepekaan pemimpin mahasiswa terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakatnya. Tekanan ialah perkara biasa yang akan berlaku dalam hidup seorang pemimpin. Perkara penting menghadapi apabila tekanan ialah jiwa dan pemikiran yang sentiasa optimistik, sifat sabar, sentiasa bersedia menerima teguran, bertanggungjawab terhadap sesuatu tindakan, seimbang antara keperluan jasmani, rohani, intelek dan sosial serta mempunyai pemikiran yang reflektif iaitu sentiasa bermuhasabah diri.
Menyemai rasa kehalusan dan ketelitian dalam sebarang tindakan perlulah berdasarkan kefahaman yang baik. Pastinya setiap perkara yang besar itu boleh di atasi apabila seseorang pemimpin itu melengkapkan dirinya dengan ilmu. Ilmu sebagai cahaya dan penyuluh hidup boleh didapati dengan membanyakkan membaca, mengimbas kembali dan mengkaji masa depan. Menurut Ahmad Zabidi (2004) Islam menitik beratkan kajian masa depan. Setiap pemimpin yang sudah bersedia menghadapi tekanan ialah mereka yang telah menyediakan segala plan tindakan untuk mengatasi sebarang permasalahan yang timbul akibat daripada sesuatu keputusan yang telah dibuat pada masa kini dan kesannya pada masa akan datang. Kajian futuristik ini sangat dituntut untuk menyemai sifat pemimpin yang " up-to-date " dan " versatile ".
Selain itu juga dalam bidang kepimpinan, seni menghadapi tekanan boleh diatasi apabila pemimpin membuat pendekatan berdasarkan situasi dan membuat plan kontigensi. Salah seorang tokoh yang turut menyumbangkan kepada teori kepimpinan dari sudut situasi ialah Profesor Robert House. Beliau menyatakan bahawa fungsi utama seorang pemimpin ialah membentuk matlamat penting bagi para pengikut atau para pekerjanya serta menggariskan laluan-laluan ke arah pencapaian matlamat tersebut. Dengan ini teorinya dinamakan teori laluan matlamat.
Secara lojik, teori ini adalah mudah difahami dan diamalkan. Dalam situasi-situasi di mana struktur kerja adalah kompleks dan mengelirukan, tugas pernimpin ialah membentuk situasi pekerjaan yang kondusif dan relevan agar para pekerja dapat mengikuti suatu laluan yang jelas. Sebaliknya pula, jika tugas-tugas pekerja memang sudah jelas (umpamanya, di barisan pemasangan) seorang pemimpin autokratik dan yang berorientasikan tugas yang cuba menambahkan lagi struktur kerja, tentu sekali tidak akan menerima sambutan yang baik dan para pekerja bawahannya. Seorang pemimpin yang autokratik dan berorientasikan tugas biasanya disambut baik sebaliknya di dalam situasi-situasi di mana terdapatnya ketegangan individu, tekanan dan ketidakpuasan di kalangan pekerja.
Jika kerja berkenaan dilakukan berulang-ulang dan berstruktur, laluan-laluan ke arah pencapaian matlamat adalah jelas. ini bermakna bahawa jika pemimpin cuba menambahkan lagi struktur kerja, ini tidak akan menambahkan lagi kepuasan atau mempertingkatkan lagi prestasi kerja. Namun, jika tugas itu tidak jelas, pemimpin memanglah perlu bertindak dan menyelesaikan mana mana kekeliruan yang timbul. Dengan ini, pemimpin-pemimpin yang berkesan menggunakan dua dimensi kepimpinan sama ada untuk menjelaskan laluan ataupun memudahkannya untuk dijalankan.

SENI DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PENILAIAN

"Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin negeri,
Pertama elok, kedua pandai."

Apabila seorang pemimpin mahu membuat sesuatu keputusan , penilaian kepada situasi, usaha dan tindakan perlu bersesuaian. Jika segala tindakan sudah dilakukan, maka perubahan boleh dilaksanakan sekiranya perlu.
Mengikut Vroom dan Vetton, terdapat lima bentuk perbezaan di dalam corak kepimpinan demokratik yang menberi banyak kelebihan ketika keputusan mahu dicapai. Gaya atau bentuk kepimpinan yang tertentu bergantung kepada keadaan tertentu. Gaya kepimpinan ini adalah seperti berikut.
1. Pemimpin sendiri yang membuat keputusan dengan menggunakan maklumat yang ada pada waktu tersebut.
2. Pemimpin mendapatkan maklumat yang diperlukan dan staf di bawah arahannya, kemudian membuat keputusan sendiri. Peranan staf hanya setakat pemberian maklumat yang diperlukan sahaja dan mereka tidak terlibat di dalam persoalan menyelesaikan masalah.
3. Pemimpin menyampaikan masalah kepada mana-mana staf bawahannya yang relevan, secara individu, untuk mengambil sesuatu keputusan.
4. Sesuatu masalah disampaikan oleh pemimpin kepada staf bawahannya, untuk mendapatkan idea-idea dan cadangan-cadangan. Keputusan kemudiannya diambil tidak semestinya hasil daripada pengaruh staf.
5. Pemimpin membincangkan sesuatu masalah bersama staf bawahan untuk mencapai persetujuan tentang penyelesaian masalab tersebut. Pemimpin tidak cuba mempengaruhi apa juga keputusan yang perlu diambil, rnalah sanggup inenermia dan melaksanakan keputusan yang mendapat sokongan sekalian ahli kumpulan.


KEPIMPINAN SEBAGAI SUATU  PROSES SENI YANG BERTERUSAN
"…harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama…"

Persoalan mengenai kepimpinan memang suatu topik yang tidak pernah putus-putus dibicarakan oaring sejak zaman-berzaman. Persoalan ini memang dominan merujuk kepada keadaan masyarakat yang memerlukan pemimpin yang berkaliber dan berjiwa pejuang yang boleh mempertahan kedaulatan ummah dan Negara. Dr Idris Zakaria, ketika membentangkan kertas kerja sewaktu seminar kepimpinan di UKM, beliau telah memetik perbandingan antara Plato, Al-Farabi dan Ibnu Sina dalam menghurai makna kepimpinan dan sifat kepimpinan yang kekal diikuti hingga kini. Plato menyatakan dalam tradisi intelektual Greek terlebih dahulu membawa gagasan "mutual-help" dalam teori "Polis"nya. Sikap saling memenuhi dan tolong-menolong menjadi elemen penting untuk mencapai kesempurnaan. Tokoh falsafah Greek ini memperjuangkan kehidupan yang baik, tetapi ia bergantung kepada ilmu pengetahuan dan amalan keadilan. Teori keadilannya ialah menekankan kepada "moral-duty" dan amalan "mutual-help" serta pelaksanaan undang-undang. Dari asas ini, menurut Plato boleh memberi kebahagiaan kepada rakyat.  Dr. Idris memetik pendapat Al-Farabi yang bersetuju dengan Plato dengan menambah bahawa idea hidup lengkap melengkapi ini adalah untuk mencapai kesempurnaan hidup yang tidak pasti bila akhirnya. Inilah punca kemunculan hidup bermasyarakat dan bernegara. Ibnu Sina lebih jauh mengutarakan konsep "prophet" sebagai pemimpin unggul. Yakni ia memiliki "prophetic-power" dan "prophetic-intellect" serta unggul dalam akhlak. 
Melalui R. Tannenbaum dan W.H. Schmidt mengikut konsep seni dalam kepimpinan yang bersifat berterusan, mereka merakamkan bahawa kepimpinan melibatkan pelbagai jenis gaya, yang berkisar di antara gaya yang tertumpu kepada ketua sehinggalah kepada yang amat tertumpu kepada pekerja. Maka tidaklah semestinya wujud di antara yang bercorak autokratik, demokratik dan laissez-faire sahaja. Tannenbaum dan Schmidt rnenegaskan bahawa pengurus-pengurus perlu menimbangkan beberapa perkara yang praktik sebelum memutuskan bagaimana mereka akan melaksanakan tugas-tugas pengurusan mereka.
Mereka mencadangkan bahawa elemen-elemen terpenting yang mempengaruhi gaya kepimpinan pengurus di sepanjang proses berterusan ini adalah seperti yang berikut :
1. Kuasa-kuasa yang menentukan personaliti pengurus. Ini termasuklah sistem nilai dan latar belakang serta pengalaman. Misalnya, seorang pengurus yang mempercayai bahawa keperluan-keperluan organisasilah yang perlu diutamakan daripada keperluan-keperluan individu (pekerja), mungkin Iebih gemar memberi arahan dan kurang rnenggalakkan penglibatan pekerja dalam penentuan kegiatan-kegiatan pekerja sendiri
2. Sifat pekerja yang dipertanggungjawabkan kepada pengurus. Ia juga mempengaruhi kelakuan pengurus.
Mengikut Tannenbaum :

Pengurus membuat keputusan dan  mengumumkannya
Pengurus ‘menjual’ keputusannya
Pengurus menyampaikan masalah dan menggalakkan komen-komen
Pengurus membiarkan kumpulan membuat keputusan sendiri
Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja membuat keputusan

Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan penglibatan yang lebih kepada staf di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat berikut:

(a)        Mahukan tanggungjawab membuat keputusan;
(b)        Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari;
(c)        Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap;
(d)        Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi.

Tanpa sifat-sifat tersebut, para pengurus akan lebih mengamalkan gaya yang bermirip kepada corak autoritarian. Namun demikian, mereka boleh mengubahsuaikan gaya mereka apabila para pekerja mereka dapat memperoleh keyakinan diri setelah biasa bekerja bersama mereka.
Gaya kepimpinan yang dipilih oleh pengurus perlu juga mengambil kira kuasa-kuasa yang wujud di dalam situasi. Ini termasuk nilai dan tradisi organisasi, kecekapan bekerjasama sebagai  satu unit, keadaan tugas-tugas kerja kumpulan, sama ada pengendalian sesuatu masalah dapat didelegasikan atau tidak .Seperti juga manusia, organisasi rnempunyai nilai tertentu yang lama-kelamaan diterapkan ke dalam amalan bekerja. Kebanyakan pengurus baru cepat mempercayai bahawa terdapat beberapa tingkah laku yang diterima dan ada yang lain pula yang tidak diterima di dalam organisasi. Setengah-setengah organisasi, misalnya mempunyai struktur dan rangkaian komunikasi yang lebib formal dan sukar diubah-ubah, dengan adanya pembahagian dan perbezaan tugas yang jelas. Dalam keadaan demikian, gaya kepimpinan tentu sekali lagi berorientasikan tugas dan berasaskan pemberian arahan, danipada bergantung kepada penglibatan pekerja.
 
SENI DALAM GAYA DAN PENAMPILAN
"…biar papa, asal bergaya…"

Ketiga-tiga komponen kepimpinan (sifat-sifat, gaya dan kelakuan serta kepimpinan mengikut situasi) memberi implikasi yang penting di dalam pengambilan dan latihan ke arah mewujudkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Umpamanya, pemimpin-pemimpin berkesan yang diketahui biasanya mempunyai sifat-sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Maka calon-calon bolehlah diuji untuk mencari sifat-sifat tersebut serta sifat-sifat lain yang dikaitkan dengan prestasi kerja.  Apa yang diketahui tentang gaya-gaya kepimpinan juga menunjukkan bahawa latihan-latihan boleh diadakan dengan jayanya untuk menjadikan pemimpin lebih bertimbang rasa dan dapat menjiwai pengikut dengan berkesan sekali, gaya pemimpin mestilah bersesuaian  dengan tugas yang terlibat serta bersesuaian juga dengan staf bawahannya. Pernah dinyatakan oleh Fiedler bahawa biasanya lebih mudah untuk menyusun semula sesuatu tugas (kerja) daripada melatih semula pemimpin atau mengambil pemimpin baru.
Berdasarkan keterangan yang dibincangkan di dalam bab ini, garis-garis panduan berikut boleh digunakan untuk menjadi pemimpin yang berkesan.
1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, berinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal pemimpin dan juga pemimpin kini, Latihan demi latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri adalah berfaedah.
2. Mengetahui dan mengawal gaya anda. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada situasi berkenaan.
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain.  Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti andaian-andaian Teori Y,  McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif, sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan masalah, dapat meningkatkan lagi pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.
4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.
5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif. dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf, dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.
6. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, anda perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.
Penampilan yang baik pasti mengundang kepercayaan untuk kali pertama pertemuan. Seorang pemimpin yang berpakaian kemas dengan seorang pemimpin yang selekeh, pengaruh kepercayaan manusia pada mereka pasti punya jurang yang jauh. Penampilan penting untuk memberi satu pandangan pertama (first-impression) yang cukup baik dan positif. Seni penampilan juga harus disesuaikan dengan situasi. Contoh yang pernah diberikan oleh pensyarah ialah ketika pilihanaraya Kuala Berang, Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak telah turun kepada masyarakat kawasan tersebut dengan berpakaian biasa dan tidak formal seperti orang kampung  juga. Orang kampung juga dibenarkan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri itu bila-bila masa tanpa sekatan. Keadaan tersebut sangat menarik hati penduduk kampong terhadap kepimpinan yang cuba ditonjolkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

MEMBINA SIFAT SENI DALAM DIRI SEORANG PEMIMPIN
"…kepimpinan melalui tauladan…"

            Menjiwai rakyat dan bersifat empati dengan segala kehalusan sifat dan tingkah sebenarnya merupakan suatu sifat semulajadi. Ianya lahir dari dalam hati yang ikhlas dan naluri yang murni. Namun, bagi pemimpin muda yang baru ingin belajar memimpin, mereka perlu didedahkan dengan suasana yang akan merangsang sifat dan sikap kepimpinan itu supaya dapat berkembang dengan baik. Kepimpinan melalui tauladan adalah ungkapan kata yang menunjukkan bahawa setiap tingkahlaku dan perbuatan pemimpin diperhati malah sering menjadi ikutan. Sebab itu tidak mustahil, ramai di kalangan pemimpin muda yang tumbuh pada awal pembabitan mereka dalam bidang politik pada tahun 60-an suka meniru gaya hujah dan percakapan Sukarno yang begitu bersemangat dan berapi.

Lao Tzu's telah menukilkan dalam buku Tao of Leadership, karangan Heider (1985).

"The superficial leader cannot see how things happen, even though the evidence is everywhere. This leader is swept up by drama, sensation and excitement. All this confusion is blinding. But the leader who returns again and again to awareness-of-process has deep sense of how things happen"

Sememangnya menjadi hakikat bahawa pemimpin yang lahir di tengah-tengah masyarakatnya lebih memahami dan menyelami jiwa masyarakatnya. Jiwa halus mereka lebih mengerti. Dikatakan "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya." Jiwa masyarakat tidak boleh dibeli. Hanya yang mendekati dan memahami akan berjaya mencuri hati. Kita tidak harus selamanya menjadi pencuri tetapi belajarlah untuk menjadi diri sendiri dan pemimpin yang jujur serta bukan berpura-pura.











GLOSARI

1.     Rahman = pengasih
2.     Rahim = penyayang
3.     Up-to-date = terkini / masakini / terbaru
4.     versatile = serba boleh / serba guna.
5.     s.w.t. = subhanawataala
6.     s.a.w. = sallallahualaihiwasallam
7.     a.s = 'alaihissalam
8.      implisit = tersirat


















RUJUKAN

1.     Kamus Dewan, Edisi Ketiga Cetakan Ketujuh (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2.     Al-Ramaiah,1999. Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini, IBS Books Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
3.     Ahmad Zabidi Abd Razak, 2004. Memimpin Diri Sendiri. PTS Piblication & Distributors Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.
4.     Sulaiman Md Yassin,Mohd Salleh Lebar,Azlina Abu Bakar,2002.Komunikasi dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan, Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam. Susan R. Komives, Nuance Lucas, Timothy R. McMahon (1998), Exploring Leadership For College Students Who want To Make a Difference
5.     J. Patrick Conroy ,2000. Intellectual Leadership in Education, Kluwer Academic Publishers, USA.
6.     Junaidi Abu Bakar, 1993. Mahasiswa Politik dan Undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan.
7.     Abu 'Urwah, 1988. Risalah Usrah Jilid 3 (Unsur-Unsur Tanzim Dalam Harakah Islamiyyah), Pustaka Salam, Kuala Lumpur.
8.     Idris Zakaria, 1991. Teori Politik Al-Farabi dan Masyarakt Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
9.     Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 1993.Wawasan PEndidikan Agenda Pengisian.
10.  Kamarudin Hj Kachar, 1989. Siri Pengurusan Pendidikan: Starategi Pentadbiran Pendidikan, Teks Publishing Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
11.  Kamarudin Hj Kachar, 1989. Kepimpinan Profesional dalam Pendidikan. Asas Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
12.  Abd Ghani Samsudin, 2000. Kertas Kerja Seminar Kesenian dan Rekreasi Islam : Seni dan Rekreasi dari Perspektif Islam, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
13.  Sohibul Fathil Hj Sabikin, 2000. Kertas Kerja Seminar Kesenian dan Rekreasi Islan : Sejarah Kesenian Islam. Lajnah Sukan dan Kebudayaan, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.






















LAMPIRAN