Selasa, 21 Februari 2006

Mujahidah:Syafawati Jusoh dalam Ingatan


Dengan nama Allah yang Maha PEmurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sudah masuk hari yang ke-24 pemergian adik mujahidah kesayangan kita semua. Pemergian yang cukup menggamit rasa hati, memberi keyakinan pada janji Ilahi dan InsyaAllah, memberi ERTI yang cukup besar bagi kita semua...Sesungguhnya KEMATIAN adalah sebaik-baik peringatan...

"Ada suatu perkara yg tiada kau ketahui bila ia menemuimu, oleh itu bersedialah, ia datang secara mengejut, ia adalah kematian yang tidak pernah diundang.-Luqmanul Hakim..

Syafawati Jusoh, 22 merupakan anak ke 5 daripada 11 orang adik beradik..3 perempuan dan 8 laki2.Syukur, Alhamdulillah saya mengenalinya lewat massa di kampus, saya terus-terusan dihadapkan dengan pelbagai keadaan dan ujian. Allahyarhamah merupakan seorang yang sangat komit pada usrah, meeting dan sebarang program jamaah. Sebagai seorang ketua kumpulan e circle usrahnya, tanggungjawabnya terserlah dengan panggilan "mama" yang kekal dikalangan adik beradiknya yang sentiasa menjadikan dirinya sebagai tempat rujukan dalam pelbagai perkara. Kesungguhan dalam proses pentarbiyahan adik-adik dan terlibat sebagai trainer "Pengurusan Strategik" pada saat akhir kematiannya cukup memberi kesan. Sepanjang mengenalinya, dirinya cukup tabah. Ayahnya tidak bekerja kerana sakit darah tinggi dan lemah anggota badan. Ibunya sahaja yang bekerja menyara adik-adiknya...Peluang mengenali keluarganya ketika tamrin nilam puri pada bulan ramadhan semester lepas amat-amat berharga..Dalam kesusahan, keluarganya sangat meraikan kami..

Antara sifat-sifat dirinya yang dikenali:

1) Seorang yang taat mengerjakan amal fardhu dan sunnah. Kalau di RZ, dialah orang yang suka memanggil sahabat solat awal waktu..SOLAT! SOLAT! selain puasa Isnin & Khamis, Al-Quran, qiamullail dan amal mathurat.

2) Seorang yang suka meraikan orang lain
3) Suka mengembirakan orang lain
4) Cepat sedar kesilapan
5) Suka minta maaf
6) Periang, ceria
7) Tidak malu mengaku kelemahan
8) "On call" - jarang menghampakan orang yang meminta tolong daripadanya kecuali sebab-sebab yang diberitahu dengan jelas.
9) Seorang yang suka menegur "direct" dengan rasa penuh tanggungjawab untuk membaiki sahabtnya.
10) Seorang yang suka jadi diri sendiri tanpa peduli apa orang nak cakap tentangnya.
11) Berkongsi masalah dengan orang yang dipercayai
12) suka settlekan masalah dengan cepat selagi mampu
13) Punctual terutama program jamaah
14) Suka berkongsi dan bercerita kisah diri atau pengalaman untuk jadi pengajaran
15) Lasak,kasar dan cerdas pemikirannya -ikut situasi (mungkin faktor adik-adik semua lelaki)
16) Suka memasak dan menjahit


Antara tanda-tanda akhir kematian arwah..kenyataan yang dikumpul dari sahabt terdekat :

1) Selalu berusaha nak hafal 3 juzu' Al-Quran. Juz 28,29 dan 30. Teringat kata-katanya..."Ishh, sempat ke saya nak hafal sume ni..."
2) Selalu berebut nak baca buku tentang Qiamullail dengan kami...tapi biasanya buku tersebut pasti ada atas meja dia akhirnya..
3) Istiqamah bangun qiam 2 minggu sebelum kematian..
4) Result semester 1 2005/2006 cemerlang .... (sebenarnya kesilapan teknik...) PNG : 2.17 dan PNGK : 3.85. Saya pernah sebut, " Tak pela syafa...tak perlu baiki lagi..lepas ni boleh bertanding jadi calon MPMUM..." Sebenarnya, beliau juga menghadapi masalah akademik...(baru tukar pengkhususan )..Allah nak bagi dia gembira..
5) Seorang yang tak pernah ada kamera, tapi pada HAri Raya Haji, dia pinjam kamera abangnya yang baru balik dari Mesir untuk ambil gambar kami semua. Dan kodak habis pada 2 hari sebelum pemergiaannya..sempat ambik gambar time meeting post mortem Tamrin Nuqaba' 2..sahabat yang pelik mula bertanya.."Nape nak ambik gambar pulak ni..." Dia jawab.." takpe, kejap je.LEpas ni dah tak de dah..."
6) Pernah sebut dengan saya seminggu sebelum, "Akak, saya ni pelikla..saya asyik nak ambik gambar orang sahaja..entah-entah saya dah nak mati kot"..kata-kata tersebut memberi kesan sebab lepas tu saya marah kata dia melalut...tapi saya sedar, ada kebenaran pada kata-katanya..
7) Suka pakai baju yang cantik-cantik bertudung labuh.
8) Berusaha nak habiskan bacaan buku haraki..pantang nampak kami pegang buku, dia akan tanya, buku ape tu? Nak tengok...pasti lama diamati buku tersebut...
9) Suka menangis secara diam-diam..Hanya beberapa orang sahaja yang perasan keadaan tersebut.
10) Sehari sebelum kematian, seorang sahabat yang beli lab top dari ustaz najib menjerit.Rupanya Ustaz Najib save gambar desktop dengan satu gambar ngeri.Gambar yang di save mengguna nama file "Malaikat MAut" menunjukkan kepala orang yang accident dan tengkorak pecah padanya. Semua orang menjerit sebab takut. Dia tolong tutup file tersebut dengan tenang sambil kata, "Takpala...ustaz suruh kita ingat mati..." padahal, kami mengenalinya sebagai seorang yang agak penyeram dengan gambar-gambar ngeri..
11) Keluar rumah nak pegi meeting selepas solat Isya'.Biasanya dia punctual..kalau meeting jam 9, dia akan solat Isya' lepas balik meeting..mungkin bila fikir dah lambat, kebetulan Aiman nak ambik tesis kat Lab Biologi, dia tak nak lambat...Dia yang nak bawa motor...

Wallahu'alam...

KRONOLOGI Versi CERITA SAYA

Semester ini saya tak menginap di RZ...Hanya 3 semester sempat bersama tinggal satu bilik dengan Allahyarhamah..

Pada hari Khamis, 26 Januari.

Jam 3 pagi : Dia bangun Qiam (lebih awal dari hari biasa..)-perasan misscall namanya jam 3 pagi..
Jam 5 pagi : Miss call saya seperti biasa. Alhamdulillah sedar, sempat masak sahur untuk adik-adik yang tidur kat rumah...Nasi goreng, tapi tak habis...sebab ada yang terlewat sahur.

Saya ada makmal kimia bermula jam 10 pagi hingga 5petang. Kami hanya berehat pada jam 1-2 petang untuk makan dan solat.

Pada jam 1.30 ptg : Minta kunci motor dari saya. Kami bertukar motor kerana motor yang diguna (Moto Yana) tiada lampu. Katanya nak pegi tengok motor baru Ummu Aiman yang baru dibeli abangnya petang nanti dan malam nak pegi meeting. Nak pegi tengok motor kat Jalan Segambut dan meeting malam kat AI. Kami berjumpa dkt surau jabatan Kimia. Dia sempat ulang cerita peristiwa sahabat menjerit tengok gambar tengkorak pecah..sambil kami tertawa kerana membayangkan sahabat tersebut betul-betul terkejut. Dia banyak cerita sambil tertawa..hilang letih saya selama berada di makmal selama 3 jam tanpa duduk..kami solat zohor bersama.

Pada jam 4.50 ptg : Dia tunggu saya dekat tempat parking motor..terkejut juga sebab fikir dia dah pi tgk motor. Rupanya dia ada meeting pulak katanya. So, orang lain yang teman Aiman pegi tengok motor baru..Saya tanya, kenapa tak pi lagi ni? Saya, nak tunggu k ein...(sambil senyum).." Tak jadi teman Aiman sebab ada meeting pulak petang ni..Aiman pi dgn Wafa naik moto akak dan saya bawa moto kak Yana"... Abis tu, kak ein nak bawa moto sapa? (sbnrnye dapat agak..) Sambil tergelak, dia kata.."K ein bawa moto scooter Aiman lah.."suaranya dikecilkan macam suaran kambing smbil gelak-gelak.."ermm...aku dah agak dah.."senyumku kelat..sengaja tarik muka walaupun mmg x marah malah terhibur dengan keletah lucunya..hihi... Dia tahu, saya tak gemar bawa scooter, tapi terpaksa bawa...bukan ape, sebab scooter ni, payah nak letak barang..( xrock..ladiies sgt..hihi)..kebetulan aku bawa file yang perlu tempat untuk diletak...Saya tertawa sambil menyangkut file yang dimasukkan dalam plastik bag kemudian disangkut pada kepala kunci scooter tersebut.."haaa, kreatif pun..." katanya

Pesannye sebelum pergi meeting..."akak, datang RZ tau, iftar dengan saya...hari ni Umi Lah masak..sedappp..." "Ok, InsyaAllah..akak dtg..bawa moto baik-baik.."

(Itulah kali terakhir bercakap dengannya..)

Saya terlalu letih petang tersebut..Selepas panaskan nasi goreng dan siap-siap makanan yang nak di bawa ke RZ, saya bergegas nak solat..saya masak dahulu sebab ada 2 orang sahabat satu rumah nak pi Iftar petang tersebut dan nak keluar jam 6 ptg..Saya pelik dengan 2 orang teman saya ni, sebelum keluar pi Iftar, sempat salam jamaah dengan saya..selalu keluar je terus... Lepas solat Asar , terasa sangat letih dan tertidur. Bila sedar, kedengaran suara imam masjid bagi salam...Assalammualaikumwarahmatullah.."dah habis solat maghrib rupanya..." fikirku pabila melihat jam sudah menunnjukkan 7.50malam.
Di luar, suasana sudah gelap..Ya Allah, terlepas waktu berbuka..terus saya bergegas bangun minum air dan solat maghrib...memang teringat nak pegi Iftar dengan arwah tapi sayangnya tak sempat...Saya ada kelas jam 8-10 malam tersebut tapi hari tersebut terasa sangat letih. Kaki rasa kebas sebab terlalu lama berdiri di dalam makmal..Tak pernah lagi ponteng pegi kelas ni, untuk semester ni..Saya terlupa nak maklum keadaan saya yang tertidur kerana fikir, jam 10 akan ke RZ untuk ambil buku "Peranan Syura dalam Harakah Islamiyah" dan berjumpa dengannya..

Saya menunggu waktu Isya' sambil makan dan membaca artikel dalam komputer...Artikel yang di tulis oleh Imam Hassan Al-Banna bertajuk antara semalam, hari ini dan esok...artikel yang agak panjang kerana saya melepasi azan Isya' lebih kurang 10 minit..(sempat dapat sms, ada kawan tanya saya..ada yang nak sponsor video camera tak?) Ketika sedang membaca, saya mendapat panggilan telefon.Kira-kira jam 9.10 malm "Kak Ein kat mana ni?"tanya satu suara yang amat dikenali..Kami bertiga pernah sebilik..saya, Arwah dan Yana.."Kat umah akakla ni..kenapa yana?" Tanyaku agak keras kerana mendengar dia seolah-olah sedang tertawa..Rupanya dia menangis!! "Akak, datang PPUM sekarang.." setelah di amati suaranya, dia teresak-esak rupanya.."Kenapa ni Yana?" saya bertanya.."Syafa kak, Syafa..." Tertahan suaranya..."Haa, kenapa dengan Syafa" tanyaku tak sabar.."Akak datangla..."katanya mendayu."Ok, akak datang sekarang.."kataku pantas.

Saya tunaikan solat Isya' dan berdoa agar tenang hati hadapi sebarang perkara..Saya keluar rumah dengan scooter Aiman yang agak uzur...(sebab itu dia nak beli moto baru). Kebetulan ada 2 orang teman nak balik ke rumah, saya pesan terus ke PPUM. Saya bagitau mereka Syafa accident dan ada kat PPUM sekarang. Saya fikir dia accident walaupun Yana tak bagitau pun dia accident..Bila melalui jalan lurus daripada PD ke Vista Angkasa, saya temui moto saya yang telah tersadai di atas jalan pejalan kaki dengan keadaan yang cukup mengerikan. Berderau darah naik ke muka..hati saya cukup berdebar..Keadaan hadapan motor yang remuk cukup memberitahu saya, keadaan Syafa tika itu..Dalam hati saya hanya mampu berdoa.."YA Allah, kau selamatkan dia...aku perlu bersedia hadapi dirinya sama ada cedera atau sudah tiada..." Segala apa yang pernah disebut dengan saya, tergiang dalam fikiran. Saya tunggang motor Aiman dengan perlahan..lalu federal highway menuju ke PPUM..

Sampai sana, saya parking tepi jalan dan seorang pakcik menegur...
"Budak UM ke? kawan tu dah tak de dah..." 
Saya pelik lantas memandang pakcik dengan pandangan tajam sambil berkerut dahi..
"Kenape cakap macam ni..." 
Rasa mcm nak marah pun ada..terus saya meluru ke ICU..ketika itu abang kepada Aiman Syahid dan isterinya) dah sampai dan saya meluru mendapatkan Aiman...bila Aiman nampak saya sampai, dia pegang dan saya memeluknya..perlahan dibisikkan ke telinga saya...
"K Ein, Syafa...Syafa dah tak de..saya tak sedar bila dia dah dekat dengan kereta tu..saya tengah tunduk tengok hand set saya.Bila saya pandang depan, moto dah dekat sangat.." tuturnya perlahan dalam keadaan menahan sakit...
Tiada air mata ketika itu, saya cuba menenangkan dia..
"Takpe, Aiman rehatla, kita tak minta ini terjadi.Ada hikmah Allah, sabar dik..tak mahu nangis" kataku memujuk sambil mengesat airmatanya yang laju mengalir dan supaya dia tenang..
Perlahan saya leraikan pautannya lalu mendapatkan pembantu perubatan di situ...

"Macammana keadaan pelajar UM yang accident tadi?"tanyaku.
"Oh. student UM yang sorang tu..dah meninggal.."perlahan sahaja suara pembantu wanita itu. 
"Kat mana mayatnya sekarang?" tanyaku lagi.
Tiba-tiba ada seorang lelaki lalu belakang saya, barangkali pembantu perubatan juga..
" Kami dah hantar ke bilik mayat.."kata lelaki tersebut. 
Bila saya keluar dari kawasan ICU, dah mula dipenuhi dengan sahabat yang datang ziarah... Dapat call dari seorang orang adik bertanya, 
"K Ein kat mana?"..
Tiba di rumah mayat. ada beberapa orang yang telah menunggu..
"Dah tengok mayatnya?" tanyaku pada Anwar (sahabat baik Arwah-sekampung dengannya).Dia yang telefon saya tadi.
"Tak de lagi..."katanya. 
" Eh, belum sampai?"tanyaku..
"Belum, tadi dah pi belakang"..jelasnya. 
Saya terus ke dalam dan tengok dalam bilik menuntut jenazah. Tiada.

Terus pergi ke ICU semula dan bertanya. Mereka maklum baru hantar rupanya. Bila pergi semula, nampak tray mayat di usung dari arah bilik beku..
"Ooo, baru ditolak.."

Adik-adik siswa termasuk pimpinan masuk dahulu dan membaca doa dan kami mengaminkan. Kemudian, saya meluru masuk sebab nak tengok dahulu keadaannya..kututup rapat kain di bahagian kepala yang sedikit terbuka sambil merenung wajahnya..luka di bahagian tengah hidung antara mata.Ada nampak bahagian tulang hidung yang patah dan ada warna putih ku kira tulang tengkorak sedikit kelihatan. 
Darah tak berhenti mengalir..lama kurenung sambil berkata...
"BAwa moto macamana tadi? Kan akak dah pesan bawa baik-baik..sekarang, dah dapat rehat lama...kukucup dahinya perlahan..." 
Perasaan ingin menangis hilang seketika..saya ingin melihatnya sahaja..kering airmata...
Terus keluar telefon dan SMS pada sahabat yang ada kusimpan dan kuingat nombornya..kebetulan baru tukar nombor telefon baru...sama dengan nombor motor...4235...kereta yang dilanggar ialah kereta satria. Suami Isteri tersebut juga tidak menjangka perkara ini. Mereka sebenarnya nak pi ICU juga kerana kakak kepada suami sakit tenat...kereta di hentikan di tepi jalan dengan signal dinyalakan kerana pakcik tersebut ingin membuat panggilan telefon. Adik mereka follow dari belakang tapi kereta mereka tidak kelihatan....lebih kurang 3 minit berhenti, kereta mereka dilanggar dari belakang..semuanya menjadi asbab pada kejadian tersebut...

Kelihatan suasana pilu dan hiba di sekitar tempat tersebut.Ada adik siswi menangis dan kurapati mereka. Entahla, bila fikir,jadi kakak kita yang perlu menenangkan mereka...(dalam hati, hanay tuhan yang tahu). Ramai adik-adik siswa membaca yasin di luar rumah mayat dan siswi mendapat arahan untuk berkumpul di RM membaca yasin di sana. Keluarga Allahyarhamah yang terdiri dari pada kakak-kakaknya (2 orang telah berkahwin..yang sulung dan no 2) yang tinggal di Ampang sampai lewat.Mgkin tidak dikhabarkan kematiannya tetapi hanya diberitahu bahawa dia accident sahaja. Tiba lebih kurang jam 11.30malam namun sempat melihatnya yang telah dimasukkan dalam peti beku.Post moterm hanya boleh dilakukan pada esok hari kerana Dr tiada. Pas dan permit kematian, permit kubur perlu diuruskan segera..Alhamdulillah, polis (Insp. Maijor) cukup memahami kehendak kami yang mahu jenazah segera di uruskan walaupun dia bukan Islam.

Segala perkara tentang urusan kematian diuruskan pada malam tersebut. Saya berada di balai polis Trafik jalan bandar sehingga jam 4 pagi kerana membuat laporan, diambil kenyataan bersama keluarga Aiman...kasihan Aiman, laporan X-Ray hanya boleh diketahui selepas 24jam. Kasut Aiman hilang dan aku menanggalkan kasut lalu memberikan padanya. Mujur aku berstokin..Alhamdulillah..

Pagi JUMAAT, 27 hb....Penghuni RZ solat subuh di masjid PD dan memaklumkan kematian sahabat pada Imam masjid yang kebetulan jiran kami. Pada asalnya kami meminta buat solat ghaib untuk arwah.Rupanya pada petang tersebut, semua ahli yang tidak dapat menghantar jenazah berkumpul di masjid PD untuk tahlil arwah. Masjid memberi sumbangan makanan untuk jamuan dan adik-adik siswi berkumpul di RM dan bergotong royong memasak...seorang sahabat saya yang tak sempat melihat arwah, bersyukur kerana diberi peluang memasak untuk majlis tahlil..

Jangkaan habis Post moterm hingga selesai solat jenazah ialah selepas orang solat jumaat. Namun,, Alhamdulillah dipermudahkan dan dipercepatkan...selesai solat jenazah pada lebih kurang 12.30 tgh hari. Van bertolak lewat daripada bas Khas UM yang mengiringi perjalanan. Van jenazah yang ku naiki bersama teman kesayangan Mama..Cik Su..@ Mastura Mamat..Mereka bertolak awal lebih kurang jam 10 pagi.Namun, kuasa Allah, kami yang ikut van jenazah, sampai awal lebih kurang jam 9.30mlm.Dalam perjalanan, keadaan biasa yang selesa. Sepanjang perjalanan ku hadiahkan segala yang boleh buat arwah...zikir,ayat Al-quran... sambil membisikkan pelbagai perkara..umpama gambaran flashback kisah cerita dan pertemuan kami, kasih sayang kami, persahabatan kami dan segala peristiwa suka dan duka kami ditayangkan di ruang mata menemani perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri Serambi Makkah, Kelantan Darul Naim.. Kami solat jama' takhir di Gua Musang. Sempat terjumpa Wan Hazura. Bila tiba di rumah arwah di Beris Kubur Besar, Bachok,keluarga arwah telah menunggu dengan penuh persiapan.Rumah dipenuhi orang kampung yang bersedia menyambut jenazah. Saya turun dari van jenazah dan terus mencari emaknya..ku peluk emaknya, menyampaikan khabar cerita ringkas dan memujuknya dengan memberitahu urusan arwah terlalu mudah..arwah seorang anak yang sanagt baik...emaknya bergenang air mata..menyalamiku mengucapkan terima kasih.. Alhamdulillah, tengok emaknya cukup tabah..arwah ada ibu angkat (ibu maria sahabat kami teman sekampung)..ibu angkatnya yang menangis terlalu hiba..Urusan jadi mudah, selesai solat jenazah dan ahli keluarga mencium jenazah, terus ke tanah perkuburan dan terus dikebumikan pada malam tersebut.

Alhamdulillah...urusan sangat dimudahkan...saya bersyukur dan redha. Pemergian insan yang baik ini turut di akui oleh makcik yang turut memandikan jenazah...
"Baik budak ini.." katanya...
Iktibar terbesar buat kita semua...selang lima tahun kita dikejutkan dengan kematian sahabat yang accident ketika sedang berprogram atau berurusan jamaah. Sebelum ini pernah pada zaman-zaman abang dan kakak kita...

Pengalaman kematian sahabat kita Allahyarhamah Kak Arbi yang sakit buah pinggang pada awal 2 semester lepas telah ada gambaran yang mulia..Orang yg meninggal dengan suasana jamaah, Allah mudahkan banyak perkara...mula dan akhir..

Arwah nak sangat jumpa mak dia time cuti raya haji ni..saya tahu, dia kurang rapat dengan ibunya..fizikal sahaja..dia nak peluk dan cium mak macam kawan-kawan buat kat mak mereka..mak dia bukan macam tu..nak sayang, peluk dan cium anak-anak..mungkin tak biasa...mungkin faktor adik-adik bawahnya lelaki..tapi adik-adik boleh manja dengan mak, tapi bukan dia...kebetulan juga adik lelakinya nikah selepas cuti raya haji. Dia cukup gembira kerana pertama kali rasa ada adik perempuan walaupun adik ipar..belum pernah jumpa adik iparnya itu...tapi , tak diizinkan...

Arwah Syafawati pernah sebut dengan saya... " Saya risau dengan adik-adik badge mujahid dan mujahidah ni. Entah apa cabaran yang akan mereka hadapi nanti...dah la datang UM dalam keadaan UM penuh macam2 desakan, cabaran dengan mereka yang stail berani mati tu..."( untuk pengetahuan, adik-adik badge terakhir ialah badge Mujahid (Nilam puri+Fakulti)..kebanyakan mereka agak berani..biasa di expose dan terkenal di kolej...tapi sayang, sekatan mereka besar..bila semua orang2 BKM, MGM yang pernah dianggap "Lawan" menjadi orang-orang penting di setiap penjuru pentadbiran...HEP, kolej kediaman dsb..tapi, adik-adik macam kita time dulu-dulu...fikir dan rasa mereka sama macam kita dahulu...tak jauh beza...kadangkala melakukan kesilapan yang sama...macam kita...mengulang cerita yang hampir sama...hanya zaman dan situasi berbeza...

Jika ada satu kuasa atau suara pendorong dan panduan, mereka boleh menjadi lebih matang dan profesional dalam tindakan...tetapi kalangan kita hanya mampu beri apa yang kita tahu..mendokong jemaah dengan ilmu yang sedikit, pengalaman yang terhad dan selebihnya, kita berfikir apa yang sesuai dengan zaman mereka...cara pada zaman kita menjadi agak lapuk dan perlu stigma untuk emphasize tindakan kita...tapi siapa??? mungkin ada...Saya memang tidak mampu...

PErginya seorang MUJAHIDAH pada ketika semua adik-adik perlukan dia, amat terkesan...saya masih menyimpan mesej yang diberi pada simcard allahyarhamah yang di send oleh seorang adik..."A'kum..kak syafa. Apa kaba? Mcm mn kat sana?Mg2 k. Syafa dapat bertemu dgn Assiddiqin yang lain...K syafa, doakan ana dapat syahid macam kak Syafa. Ana byk dosa, byk sgt2..terlalu byk kak...smlm je dah buat dosa. tp, ana rasa terpukul dengan kehilangn k Syafa. Moga Allah Memberi Rahmat pada K Syafa..Inilah, kekuatan yg saya dpt dari perginya ukhti ke sana..doakan ana ye..." Saya tidak dapat tahan airmata..saya buka simcard ini setelah kakaknya memberi pada saya pada keesokan hari di rumahnya..

Barangkali, ada pertambahan di celah-celah cerita saya..ini yang mampu saya kongsi dengan sahabat sekalian...selalu sahaja dia sebut...dia nak sangat mati syahid...nak sangat...dia dah dapat...InsyaAllah...bahagian kita tak tahu pula...

Saya tahu, saya selalu bersemangat dengannya..tapi, Allah panggilnya pulang dahulu..dengan motor saya...saya fikir kenapa bukan saya? Saya terus bersangka baik..Allah akan izinkan saya terus bertaubat dan memberi peluang membaiki diri. Sungguh, motor tersebut memang banyak kenangan..saya tahu, saya tak boleh berfikiran negatif untuk perkara yang saya sendiri tidak mengetahui akan hikmah dan pengajarannya...Alhamdullillah, saya rasional..mgkin sebelum ni saya banyak dapat cerita mengejut...hingga kematiannya membawa saya kembali menjadi diri sendiri..Allah..Allah..

Kadangkala saya rasa bahawa saya tidak mampu hadapi saat akhir dalam kampus ini..tapi ingatan Allah beri dengan ujian yang terkena pada orang-orang yang rapat disisi...mungkin orang lain dah dapat dahulu...maka mereka lebih kuat untuk hadapi ujian demi ujian...kekuatan dan azam inilah yang meneruskan semangat saya untuk terus belajar dan menuntut ilmu.

Moga-moga Allah terus rahmati dan berkati kehidupan kita. Mengampuni dosa dan maksiat dahulu kini dan akan datang...yang disengajakan, disembunyikan dan yang tidak kita ketahui.... Moga rohnya di cucuri rahmat..Amin..

Al-FATIHAH...
3.00 petang
21 FEBRUARY 2006
Jabatan Kimia.