Jumaat, 26 November 2010

"ADA" YANG PERLU DIHARGAI...

Abah dan emak...kalian amat kusayangi...
Mok...alangkah besarnya pengorbanan dan kekuatan dirimu untuk dicontohi...Daku mengasihimu...


Intro konvensional


Seringkali masa dan keadaan dijadikan sebab dan alasan untuk kita tidak dapat menghulur sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada orang tua kita. Barangkali anak-anak akan menggunakan alasan paling logik untuk berjauhan dengan kedua ibu bapanya. Logik bererti mudah untuk semua orang berfikir dan menerima alasan tersebut. Logik kerana masa dan keadaan memaksa segala perkara tersebut terjadi dan selebihnya alasan hanya tinggal alasan. Anak-anak semakin lalai dengan logik tersebut dan menyalahgunakan alasan logik tersebut malahan menambah lagi dengan pelbagai situsi tambahan yang kadangkala tercipta, dicipta, tidak disengajakan dan disengajakan. Aduhai...ibu bapa ku...anakmu bekerja...anakmu ini sedang belajar...anakmu ini sedang sibuk mencari rezeki di rantau orang...anakmu ini sedang sibuk menimba ilmu di lembah keilmuaan...aduhai ibu bapaku..moga kalian mengerti kita berjauhan di mata namun dekat di hati...


Membina kasih sayang


Semua orang akan sibuk bekerja. Setiap hari ada sahaja kerja yang dibuat. Secara rasmi atau tidak rasmi. Ibu bapa kita pun sibuk bekerja. Ada ibu bapa yang tidak kisah pada perhatian anak-anak. Namun, bukan semua begitu. Ramai ibu bapa terutama yang sudah lanjut usia amat merindukan perhatian anak-anak. Sikap dan tanggungjawab anak-anak yang sudah berkeluarga pasti sudah bertambah terutama dengan kehadiran cucu-cucu mereka. Usia emas mereka mereka usia untuk menikmati kasih sayang keseluruhan ahli keluarga. Sikap dan teladan kasih sayang yang disemai bermula dari anak -anak kecik,sehingga melahirkan cucu dan seterusnya mewujudkan generasi-generasi yang terus berkasih sayang.Kemudahan teknologi kini memungkinkan segalanya. Telefon dan bertanya khabar pasti memberikan hasil komunikasi yang baik.Ibu bapa moden sentiasa bijak memastikan budaya telefon, khidmat mesej pesanan ringkas (sms) dan kemudahan internet memberi kesan kasih sayang segar dengan anak-anak mereka.


Harga "ada"


Bagaimana ye komunikasi kita dengan anak-anak kita suatu hari nanti? Moga-moga kita menjadi anak-anak yg terus berkhidmat dan menjaga sikap kita dengan ibu bapa yang kita miliki sekarang ini...


Sekelumit Kisah Tidak rasmi Abahku sayang....


Rindu ingin kembali ke zaman kanak-kanak...walaupun ada kisah yang akan aku ingati bila abah pernah kejar dengan kayu dan marah aku dan adik sebab lambat bersiap nak pergi kelas mengaji...hasilnya cukup baik kerana kami sudah pandai mengaji dan khatam al-quran dengan baik.. Abahku tidak garang tetapi tegas. Disebabkan abah jarang marah, sedikit sahaja nada suaranya tinggi, aku sudah mula ingin menangis dan sedih di hati. Ingin merajuk tetapi aku bukannya pandai merajuk. Pernah abah bersusah payah menghantar aku dan adik ke sekolah dengan kereta uzurnya yang terlalu besar khidmatnya kepada kami. Kereta uzur (JAF) abah itu berbau getah. Kereta abah ada sampai sekarang. Masih lagi setia berkhidmat untuk mengangkut getah sekerap abah. Dulu warna kereta biru, sekarang sudah di cat hijau. Alhamdulillah.


Abah tidak pernah bosan bercerita kepadaku mengenai kesusahan hidupnya zaman dulu. Abah dibesarkan dalam keluarga yang besar. Abahku anak kedua. Rutin semasa abah baru mencecah usia kanak-kanak, abah sudah menternak kambing dan lembu milik arwah atuk yang berhijrah dari tanah jawa. Sebab itulah aku ada darah keturunan jawa. Abah begitu minat membaca. Abah minat belajar. Abah belajar hingga darjah 7! Wah, dulu ada sampai darjah 7..abah diterima sebagai tenaga pengajar. JAdilah abah guru sementara. Apabila harga getah naik pada zaman abah sudah seronok menjadi seorang pendidik, desakan untuk mencari wang untuk kelurga menggamit hati abah yang baru mula bekeluarga untuk menambah pendapatan di estate. Maka Abah berhijrah dan menjadi seorang penoreh getah. Aku rasa dan aku anggarkan...sekiranya abah terus berkhidmat sebagai guru, abah boleh dapat jadi gurubesar! aku suka abah dapat jadi Jusa A..hihi..


Abahku seorang yang suka bekerja. Abah suka pada kerja kampung. Abah suka berkebun, menanam pokok buah-buahan,menebas, mencangkul, membuat aktiviti yang melibatkan tenaga yang bukan sedikit. Abah pernah memiliki dan menjayakan pertanian kelompok seingat diriku abah pernah mngerjakan sawah padi, menanam tebu ,durian, koko, mangga "Melaka Delite" , kelapa sawit , getah dan sekarang abah masih terus bekerja. Abahku pernah memenangi anugerah peringkat negeri dan kebangsaan atas usahanya terhadap pertanian kelompok di kawasan kampung. Hadiah wang tunai dan pembinaan Unit Peladang Kampung hasil dari titik peluh abah dan sahabat-sahabat seangkatan dengannya. Rezeki abah berbudi kepada tanah. Abah juga bercita-cita besar , luas dan tinggi pengalaman hidupnya...Orangnya tidak lokek dengan ilmu dan pertolongan.


Abah sudah mencecah usia emas..abah akan mencapai umur 73 tahun dan pernah abah bersuara, abah sudah tiada kawan...aku merasai kesedihan abah namun aku tahu abah orangnya kuat dan jelas matlamat..,kawan abah ialah mak. Itulah sahabat baik abah..aku ingin terus berdoa dan terus berdoa moga Abahku panjang umur dalam iman dan amal dan Allah memberkati kehidupan Abah dengan taufiq dan inyahNya. Abah terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kebahagiaan dengan kasih sayang anak-anak yang soleh dan solehah. Aku amat menyayangi abah yang sentiasa menggembirakan keluargaku dengan gelak tawanya...Abah adalah ganti ayah kepada suamiku...Abah ada sumber inspirasiku untuk terus kuat menabur bakti dan ikhlas dalam setiap kerja...


Sekelumit Kisah tidak rasmi emak yang kucinta...


Emak sakit lutut...kesian mak..Alhamdulillah semakin baik setelah makan ubat yang doktor bagi. Emak yang amat kukasihi orangnya tidak sepetah abah...emak orang yang berhati mulia...tidak pernah ku dengar emak mengata orang, mengumpat orang jauh sekali menyebut keburukan orang. Kalau emak ingin bercerita sekalipun ayat emak berlapik. Aduh, emak yang sanagt rajin bekerja ini adalah pembantu setia abah. Abah pernah memiliki sebuah kedai runcit dan emak adalah "tokey" kedai.


Emak tidak berpelajaran. Emak tidak pernah bersekolah. Sejarahnya kerana emak mengikut sahabat baiknya yang tidak bersekolah. Akhirnya emak tidak tahu membaca dan menulis rumi. Emak hanya dapat pendidikan tidak formal dengan mengaji sahaja. Sebab itulah emak lebih kenal huruf jawi. Kelebihan emak ialah emak rajin belajar. Emak pandai mengira dan boleh menulis angka dengan baik. Emak rajin belajar dengan kawan2 mak yang pergi ke sekolah. Walaupun tidak pandai menulis, mak rajin bertanya. Emak tidak malu untuk belajar dengan anak-anaknya. Masih ku ingat lagi, emak belajar menulis A-Z di dalam buku latihan semasa menjaga kedai. Bila mak tak tahu, maka akan bertanya padaku. PEnuh buku latihan emak. Aku pula berlagak cikgu dengan menanda buku emak..hihi...Itu semua berlaku 20 tahun yang lalu...Alhamdulillah...sekarang emak dah pandai membaca dan menulis rumi.


Emak suka memasak bila anak-anak balik dari asrama. MAsih ku ingat lagi, emak akan bekalkan aku sambal tempe goreng atau sambal ikan bilis campur kacang tanah semasa bukan ramadhan ketika aku belajar di asrama. Setiap kali ramadhan, hidangan emak menjadi makanan sahur yang paling enak di dunia...waduuhhh...bersama nasi panas di dewan makan asrama...Perkara paling aku sedih bila makanan yang mak telah masak, tidak habis di makan. Aku sanggup habiskan walaupun basi.... ada satu peristiwa, mee goreng yang emak masak emak bekalkan..masih panas dan sedap baunya...mak dan abah hantar ketika petang ahad di asrama...aku sibuk nak turun dewan makan dan bersiap untuk solat maghrib dan isya' berjamaah di surau..setelah itu kelas prep bermula..aku lupa dengan mee mak yang aku tutup bekas sdgkan mee masih panas..balik prep baru teringat mee mak..alangkah sedihnya bila tengok mee mak yang sudah sedikit lembik kerana wap panas...dengan doa dan hati yg sedih, aku makan (sebab mmg lapar) dan tak nak biarkan masakan mak tidak terusik...aku membayangkan susah payah mak masak dan mak datang hantar makanan ke asrama...alhamdulillah...perutku tak sakit..aku menikmati makanan tersebut tanpa ragu...(kalau org yg baca ni msti rasa geli..hihi). Kadang-kadang perangai tersebut masih terbawa-bawa sampai sekarang...aduhai mak...besar betul penangan air tangan mak yang penuh kasih sayang itu...(aku tahu semua adik beradikku pun begitu juga tanpa terkecuali!!)


Aku menyayangi mak...aku tahu mak ingin bercakap dan bercerita dengan anak-anak...tp mak lebih suka mendengar..barangkali...anak-anak mak semua banyak cerita bila balik ke kampung...kalau telefon akan tanya perkara yang sama..mak apakhabr?sihat?mak masak ape hari ni?kaki mak mcamana?


Emak juga masih sibuk bertanya samaada aku dah solat ke belum sama seperti aku kecil dan remaja....emak akan tanya dengan semua anak-anak mak...alhamdulillah...mak bukannya ustazah tapi mak mcm ustazah buatku...dalam keadaan kali mak sakit dan duduk antar dua sujudnya tidak sesempurna orang yang tidak sakit kaki dan lutut, emak tetap taat mengerjakan solat. Aduhai emak yang amat ku cinta...aku ingin terus berdoa...mudah-mudahan Allah limpahkan rahmat, keberkatan, kebahagiaan, mengabulkan doa emak dan memudahkan urusan dunia dan akhirat mak...


Emak tidak jemu berusaha. Emak tidak jemu belajar. Emak berusaha untul kembali sihat dan berjalan seperti sediakala untuk kembali menoreh getah dan membantu abah. Mujur cuti sekolah, abah sudah ada pembantu di kebun getahnya. Anak saudaraku Faiq Helmi yang baru habis PMR dan Mohd Hazim yang berumur 10 tahun.

Anak-anak emak insyaAllah hampir semua sudah berkeluarga. Anak emak yang bongsu juga akan mendirikan rumahtangga. Ingin sahaja setiap hari aku memeluk emak dan menciumnya kerana emaklah yang selalu memeluk dan menciumku ketika kami kecil. Emak sudah mempunyai 23 orang cucu. KAsih emak tetap hangat dan bila emak tersenyum, kau rasa sanagt bahagia...izinkan YA Allah, kami terus membahagiakan emak dan abah.....

Doa buat emak, abah dan keluarga yang amat kukasihi, kusayangi ku cintai dengan sepenuh hati...saudara mara yang jauh di mata, dekat di hati, sahabat yang sentiasa mendoakan diri ini...

"YA Allah, ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku..kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika aku kecil...Ya Allah, limpahkan rahmat,keberkatan,kemuliaan dan kasih sayangMu kepada ibu bapaku, ibu mertuaku, kaum keluargaku, saudara-maraku dan sahabat-sahabatku dengan iman dan kasih sayang berpanjangan. Panjangkan usia mereka dengan segala kebaikan dan kemuliaan kehidupan di dunia dan di akhiratMu Ya Allah... Peliharakanlah kami dari segala marabahaya dan petaka. Kurniakan kami keselamatan dan lindungi kami dari kejahatan jin dan manusia. Kurniakan rezeki yang berkat dan halal untuk kami berikan kepada keluarga dan anak-anak kami.Berikan kesempatan untuk kami beramal ibadah dan membuat kebaikan di dunia dan tunjuki kami jalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai ya Allah...Permudahkan urusan dunia dan akhirat kami YA Allah....



YA Allah , cucuri rahmat ke atas roh ayah mertuaku, arwah kakakku, atuk dan nenekku,pakcik dan makcikku dan arwah org2 yang telah meninggalkan kami. Tempatkan mereka di kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh..ameen ya rabbal 'alamin..."

Khamis, 22 Julai 2010

ummi sayang kalian...


"Ummi...peluk shifa'...nanti shifa' jatuh..." ujar kak long sambil duduk atas pangkuan ummi yang sedang menaip bbrp kertas kerja..leka dia melihat ummi menaip setiap perkataan dan akhirnya menjadi ayat-ayat...sementara itu,adiknya sudah tertido selepas menyusu tadi. Ummi peluk shifa' kemudian sambung menaip kerja lagi...shifa' senyap diam tengok ummi menaip..ummi tahu, shifa' ada permintaan dengan ummi...dia nak tengok kartun yang dia suka tengok..ada beberapa kartun yang ummi bagi shifa' tengok dalam youtube terutamanya kartun anak-anak islam dan A wise hen:) Tp buat masa ni, ummi nak guna komputer dulu ye sayang...shifa' sabar ye..:)

'Ammar pula baru je tertido selepas minum susu pegang botol sendiri. BAru je cekap nak pegang sendiri..Shafi menyusur mmg laju tp belum lagi merangkak, baru naik gigi bawah dua batang. Paling suka pergi dapur...huhu..Ummi memang usaha nak bagi 'Ammar breastfeed sepenuhnya namun hanya kekal hampir 8 bulan. Ummi dah mula bagi "Ammar minum susu kambing Hi-goat pada minggu ummi terpaksa ke kursus BTN di Maran, PAhang selama seminggu. Gusar stok susu tak cukup walaupun ummi dah standby 12 botol susu 8 ml menyebabkan ummi terpaksa ajar shafi susu kambing...ummi percaya kepada susu kambing kerana sunnah nabi minum susu kambing sejak kecil iaitu selepas putus susu dengan HAlimatus sa'adiah, ibu susuan nabi. NAmun, susu kambing mmg agak mahal..Hi-Goat dengan harga ahli, lebih kurang RM28 hanya ada 15 sachet satu packet bertahan 10-15 hari sahaja.Lebih-lebih lagi sekarang semua barang nak naik harga...tolonglah! Geram ummi..kesian pada orang yang semakin melarat dan miskin..yang kaya semakin kaya pula!! ( ter"emo" pulak!)

Bila Shafi masuk 9 bulan ummi akhirnya dengan sayu hati mula campur susu yang diminum kakaknya..biolac..susu homeophati...hati ummi sedih...teringat susah payah ummi menggalas beg susu Spectra 3 ke sekolah..siap ada cooler bag untuk ummi simpan susu...shafi membesar 6 bulan tanpa setitis susu formula..akhirnya Ummi ambil keputusan berat lantaran bekalan susu amat berkurangan..ummi tak pasti kenapa..Ummi cuba makan banyak,minum susu, makan jamu ASI,minta ubat tambah susu dari doktor,Maxolon (ubat tahan muntah/loya), minum susu soya,makan lobak putih namun tak menjadi..YA Allah, ummi pasrah bila tangok shafi menangis dan bila ummi sua susu kakak, dia minum dengan sepenuh hati...:)

Dan ummi yang masih berjaga menyiapkan soalan-soalan sempena persediaan percubaan PMR pada pertengahan Ogos nanti. Ummi sedang usaha menyiapkan modul-modul latihan yang ummi edit daripada soalan-soalan peperiksaan lepas. Ada yang ummi reka cipta berdasarkan contoh, ada yang ummi copy paste kerana ummi tiadalah pakar dalam membuat soalan yang menepati JSU (spesifikasi) Tugas ummi cukup memakan masa. Kesian pada kak long yang ingin ummi melayannya tika itu...Ummi pun pasang lagu nasyid kegemaran ummi...terhibur tengok kepala kak long mengangguk dan sesekali nak ikut bernasyid. (Lagu Alam Persekolahan-Mirwana).dan sebenarnya kanak-kanak sangat suka dengan muzik!(sekarang ni ada lagu yg ummi dengar dia slalu sbut..tarapapa..aissh..dpt kat mana le ni?!! Kat rumah ummi, TV dah rosak..sejak pertengahan piala dunia..kesian kat abi yg nak tgk Final tak dapat...dapat tengok ckit tu pun edisi sekerat nampak kaki, kepala kat bawah, hihi...TV rosak..Alhamdulillah..terliur juga nak tengok namun sedang tabahkan hati..terasa juga sunyi yang menghiburkan :)


Semalam kak long usik shafi sampai menangis..mula-mula memang tengok macam nak sayang dan bergurau dengan adiknya..tp rupanya dia belum mengetahui batas bergurau...habis dia wat "stongkol" dgn 'Ammar Shafi...Mula-mula adiknya diam...bila kakaknya tak tengok respon adiknya, dia buat kuat lagi..sampai 'Ammar nangis..tapi yang mmg menakjubkan macam selalu..'Ammar akan ketawa bila kakaknya ketawa...ketawa yang mmg kelakar sangat...aduhai..shifa' shifa'...shafi shafi..bukan itu sahaja, pernah kakak duduk atas badan shafi, ketuk kepala adik dengan semua permainannya...tp sama je gelagat shafi, nangis kejap, kemudian akan ketawa bila dengar ketawa kakaknya..:)


Ummi dan abi dah lama cuba training shifa' untuk diapers-free.tp usaha murni ummi masih belum nampak hasil yang memuaskan..kadang-kadang macam dah nak jadi tp ade je yang xjadi dan terpaksa dikira kena mula semula...sedih jugak sebab anak sahabat ummi, Muaz dah pandai wp umurnya lebih muda dari shifa' beberapa bulan...alahai ummi...pilih masa nak train mase cuti sekolah bulan 6 tp dua minggu bercuti di atas kereta dan dalam perjalanan..Kelantan-Terengganu-Melaka-KL..habis cuti, tak dapat lagi skill...aduhai..cuti 2 hari try jugak..kejap je..dah terlepas juga akhirnya...yang kelakar ayat shifa'.."Ummi, air tumpah..." huhu...ummi masih mencuba lagi setiap minggu ummi cuti..namun, setiap hujung minggu ummi sekarang amat penuh..Minggu ini sahaja ummi sekolah 7 hari seminggu! wooww...marvellous...Sabtu ini ada sekolah ganti tp tak jadi..(sbb xpasti..) tp diganti dengan LADAP..lagipun memang sekolah ummi ada Program terbesar sekolah tahun ini..SIHATON pada hari ahad..(TQ pada yg sudi derma untuk sekolah termasuk Kak Dah jiran, Mak Liza, Abi Muaz ,tauke-tauke dan hamba-hamba Allah..) dan Isnin kami cuti peristiwa..Alhamdulillah..esoknya nanti, adik ummi yg belajar kat Ukraine akan balik..insyaAllah..sudah tamat belajar nak jadi doktor...doakan yang terbaik untuknya:) PAsti dia paling rindu nak jumpa mak, abah adik beradik dan anak-anak sedaranya..termasuk 2 orang baby yang belum sempat jumpa live..'Ammar Shafi dan Farhah Liyana...

Opps...Shifa' belum tido lagi ye sayang, tadi dia diam je sebab ummi buatkan susu biolac + chocolatte..sedap melayan susunya...dan ummi nak taip sikit lagi dalam blog ini...kerja tadi dah selesai dan ummi rindu nk mencorat-coret blog ummi...


"Ummi, mana rantai shifa'?"tanyanye sambil pegang rantai ummi...

"erm, nanti shifa' pakai masa hari raya ok dengan baju cantik.."

Ummi sebut lagi...
"Shifa' nak raya, kena puasa dulu tau..."
"Nak!Nak puasa ummi.."
shifa' jawab gembira.

Er
rmm,ummi fikir...shifa' tahu ke agaknye puasa...
"MAsa bulan puasa nanti...shifa' tak boleh makan,minum dan minum susu tau.."...
"ok, boleh..."jawabnye cepat sambi membelek butang ketap tangan di baju ummi, ralit....

Ye la tu...budak baru pandai cakap ni belum tentu pandai buat...sama macam bila orang sebut dengan ummi, anak dah pandai cakap mesti dah pandai xpakai pampers...tp apa yang berlaku..mmgg pandai cakap..."ummi, shifa nak pakai pampers.."....huhu..
Ummi akan usaha lagi...

Scene sebentar tadi.....

Shifa' ambil tuala kecil 'Ammar shafi dan selimutkan adiknya yang tidur sambil menghisap jari...sambil menepuk-nepuk adiknya yang beralih arah tidurnya namun masih pulas....aduhai...sayangku shifa'...ummi sayang kalian.moga Shifa' jadi kakak dan anak yang solehah ye sayang:)


Dan masa untuk kakak tidur...muncul soalan dari mulutnya, "mana abi ummi?Abi kerja ye..." kesian dia sebelum tido nak tengok muka abi..tp mmg betul abi kerja..malam ni abi ada mesyuarat..lewat sikit baliknya..alahai anak abi ni:)

"ummiii... tepuk shifa'..."pintanya manja...

HAsbi RAbbi Jallallah...maafi Qalbi Ghairullah....nur Muhammad Sollallah....

Moga Allah pelihara kehidupan anak-anak kita dan pelihara diri mereka dari kejahatan manusia dan syaitan dan dari segala dosa dan maksiat...berikan keberkatan, rahmat dan segala kebaikan dunia dan akhirat dan juga jadikan mereka hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh...ameen ya RAbb... (ibu-ibu dan bakal ibu sambunglah dengan segala pengharapan yang baik-baik dan yang mulia kerana doa seorang ibu kepada anak-anaknya tiada terhijab nilainya di sisiNya...teruskan berdoa:)


Isnin, 5 Julai 2010

Karya Lama 2

Menongkah Musim

Dalam laluanku kini

Aku disapa deras arus zaman siber

Yang menghanyut dan menentang kayuhanku

Seorang wanita yang kerdil kuasa

Namun besar cita-cita

Wanita yang kecil dirinya

Namun luas saujana impiannya

Wanita yang nipis hatinya

Namun keras keping qalbi milikNya

Akulah itu

Wanita yang ralit menongkah musim

Yang kadangkala kalut

Tika sapaan menyongsang jerih keazamanku

Mencabar lalu mengoyah kelembutanku

Yang sedia menghias semaian budi

Sejak azali

Gagah nian aku menguatkan panji

Kekuatan diri

Namun segalanya tidakkan merobah

Ketetapan Tuhan

Setiap insan pasti punya kelebihan

Merantau luas alaf yang kian meruncing etika

Dengan amalan manusia

Yang celik mata

Namun hati gelap gelita

Yang diri mereka dibayangi

Jelmaan puaka nafsu dan material semata

Tanpa mengira status dan jantina usia

Pasti aku

Mencakna pemikiran bekalan Ilahi

Mengerti dan mengemudi kembali

Layar yang mengiringi

Pelayaran kali ini

Demi menempuh destinasi abadi

Dengan kejayaan hakiki

Ku yakin kini…

JanjiMu pasti.

Ain Al-Hasanah (2000)

UMKL

(An-Nisa Edisi 2)

Rabu, 26 Mei 2010

Mencari Cahaya dalam Gelita...karya lama..

Karya lama Ummi...


Mencari Cahaya dalam gelita...

Apabila falsafah pendidikan tiada di hayati
Falsafah Al-Quran kalam Tuhan dibiar pergi
LAntaran tipis iman dan tiada usaha faham dalam diri
kita perjudi kewujudan mulia insan
yang mahu dididik dengan segenap pekerti
mahu dituntuni

Setiap hari kita berhadapan masalah
ribuan gundah
cerita citra setiap kelakuan tingkah
anak murid pelajar yang sangat mencabar minda
kita jadi gelisah

Cukupkah sehari 70 minit mengadap muka renta
di dalam kelas seramai 26-30 jiwa mentah
Moga tuhan tunjuki jalan
laluan insan yang mahu mencari sinar
walau dalam kelam dan suram petang
mungkin itu lebih baik dari kemilau cahaya
walau terang kadangkala silap langkah
lantaran itu
sering sahaja manusia itu sesat
walau dalam cahaya!

Subang Jaya-9.30mlm
CC Gazebo
11 JUN 2006

Isnin, 11 Januari 2010

Kenapa STORMREADERS?

Salam buat semua...

Alhamdulillah,kita masih dipanjang umur dalam lingkungan iman dan Islam..Allah Maha Besar menjadikan kita sebaik-baik kejadian di alam ini...

"Walaupun usianya muda daripada saya, tapi dari segi ilmu, dia lebih tua daripada saya..." (Ustaz Zahazan)
Ayat ini antara isi pembuka bicara ketika mula menuturkan muqaddimah merasmikan pelancaran Stormreaders lembah kelang di Dewan Komuniti Manjalara. Saya kira ini memang ayat spontan seorang yang cukup merendah diri dan wibawa dalam bidangnya. Ayat ini cukup memuliakan orang lain yang berada bersamanya ketika majlis pelancaran tersebut iaitu sahabatnya sendiri yang berada di kerusi tetamu jemputan iaitu ustaz zamri (TV9).
Saya memilih untuk terlibat menjadi ahli stormreaders dengan kerelaan saya sendiri...pengaruhnya memang ada..apabila saya melihat beberapa orang tokoh agama yang saya hormati menjadi nadi perjuangan perniagaan ala baru ini...sudah lama saya mengintip peluang perniagaan internet..dan selama itulah saya amat berkira-kira untuk terlibat...takut untuk tersilap memilih..namun, saya bersyukur diperkenalkan dengan saluran baru perniagaan buku ini..mngkin ada sahabt yang telah lama terlibat dan berjaya..moga2 rezeki itu yang terbaik dan diberkati..
Sahabat2 boleh melayari www.stormreaders.net/sitinorbayah1 sekiranya ingin memahami perjuangan perniagaan ini...jika ingin terlibat,silakan ... jika tidak mahu memikirkannya, maka pilihan itu turut ada di tangan anda sendiri...
Moga-moga Allah Taala memelihara hati dan niat kita..ingin sekali berbicara dengan menulis dengan lebih panjang lebar namun, cukuplah dahulu buat masa ini..mudah-mudahan segala pencerahan akan kita dapati dengan langkah-langkah yang kita telah pilih dengan mengharapkan redha Allah semata-mata..amin..
"...dunia dan akhirat...segalanya dengan ilmu..."

Sabtu, 2 Januari 2010

Open your Eyes with Maher Zain


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

p/s : Rabbi Yassir wa la Tu 'Assir..kehidupan ini terlalu banyak untuk kita syukuri dan terus insafi...Subhanallah...Maha Suci Allah...