Saya punya Ammar.
Saya punya doa. Pada namanya ada doa saya.
"KUAT IMAN, LEMAH-LEMBUT, MEMAKMURKAN "
Usia Ammar saya hampir mencecah 6 tahun!
Saya mohon pada Allah agar memberikan kebaikan buat 'Ammar dan menganugerahkan segala rezeki terbaik buatnya. Didiklah dia Ya Allah...dalam pemeliliharaanmu sentiasa...
AMMAR YANG MAHU BELAJAR BERCAKAP DENGAN BAIK
"Ummi..abang da pandai belenang..." ceritanya selepas kami selesai bermandi manda di kolam Presint 6. "Ummi..hali adi abang da lekat...anti ummi bagi haliah tau..." pesannya lagi di tepi telingaku ketika kami sama-sama di dalam kereta mahu bergerak pulang.
"Errmm..macamana ummi nak bagi, abang cakap belum betul lagi..cuba cakap betul-betul.." nada ummi sedikit tegas..
"Haghi Jadi abang da deekaat..nanti ummi belikan hadiiiaah tau..abang nak basikal" perlahan menuturkan bicara cermat.. sambil giginya tersengih seperti kerang baru angka dari laut...:)
Ammar di hati kami orangnya manja, penyayang, protektif namun cerewet dan sensitif. Sayang yang tersembunyi dan jarang di tunjuk. Nampak seperti kurang nak bantu tapi suka buat tanpa orang lain tahu. Kuat merengek bila hajat tidak ditunai tetapi sedang belajar menerima rasional dan memahami keperluan.Sayang pada ummi, hormat pada Abi.. Menjaga adik dan sayang pada kakaknya walaupun menjadi teman bergaduh yang berkomplementari antara kakak dan adiknya jua..Suka makanan western dan cermat bila menghabiskan butir-butir nasi di pinggan.
Ummi suka ajar 'Ammar baca doa ini..
"Wakallamallahu Muusa taklima..." (al-Nisa` 4: 164).
Maksudnya: Dan Allah berkata-kata kepada Musa kata-kata
secara langsung (Tiada perantaraan).
dan.. 'Ammar hafal dengan baik..alhamdulillah dan semoga pelatnya semakin pulih..ameen ya Allah...
Duhai Ammar anakku sayang...padamu harapan agama..semoga dirimu menjadi insan mulia dunia dan akhirat.
Ammar minat cerita Ishan....macam Ishan juga!
walaupun bukan dyxlesia..
Aktif macam Ishan:)
'Ammar 4 tahun! |
Mengaji bersama kakak dan adik! |
Hihi...kek princess untuk my prince charming:) |
yang ke 4 tahun:)
2 tahun yang lepas...
Alhamdulillah 'ala kulli hal
wa astagfirullah 'ala kulli zanbin..
Doakan saya...doakan saya...doakan saya...
Doakan saya...doakan saya...doakan saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan