Jumaat, 20 Mac 2015

Guru Bermakna

Barangkali bidang pendidikan ini adalah ladang pahala buatku...insyaAllah...

Bukanlah aku yang bergelar guru...bukanlah aku yang lebih pandai...bukanlah aku yang mendidik...

Anak muridku adalah guruku...aku masih belajar dan terus belajar...aku terus dididik dan belajar mendidik...

Begitu besar amanah seorang guru..semoga Allah permudahkan segalanya buatku mendidik dan dididik..ameen ya rabb..

Diriku belajar dari sahabat pendidik yang suka beramal dengan ilmunya..alhamdulillah wa syukurlillah..:)

Kebaikan anak murid dan sahabat pendidik yang ringan tulang membekas di hati:)
Kenangan mengajar Sivik tingkatan 4 Tasawur 2013 SMKPP...mereka anak-anak yang baik:)
Latihan pementasan Drama Anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dengan tema Sambutan Hari Raya oleh 4PA2


Johan Drama Muzikal : 4PA2 2013 SMKPP
Indahnya untuk di kenang..tahun 2015 mereka semua telah mendapat keputusan SPM..alhamdullillah. Yang berjaya atas usaha, doa dan tawakalnya..syukur dan teruskan kejayaan..
Yang mendapat keputusan yang tidak memberansangkan...sesungguhnya Allah telah menetapkan perjalanan yang jauh lebih baik buat kita...sesungguhnya kegagalan itu adalah permulaan bagi sebuah kejayaan yang lebih bermakna..insyaAllah!

Tiada ulasan: