Khamis, 19 Februari 2009

Sibuk? Tapi kenapa...

Salam buat semua

Ada perkara yang boleh difikir selagi belum ketemu jawapan yang jelas dan tepat...
Apa tandanya bila anak kecil menunjukkan pelbagai ragam?Pelbagai sikapnya yang berubah dari masa ke semasa menunjukkan kehidupannya semakin matang. Dia mula membesar dan mengenal dunia.Dari suka makan sendiri,nak minum sendiri, nak pakai kasut sendiri hinggakan dah pandai tanggal baju sendiri bila nak mandi. Di rumah pengasuhnya, ada sedikit "renovation" di dapurnya dan tempat itulah yang paling di sukai oleh anakku ini. Kerisauan pada habuk dan simen halus menyebabkan "mak"nya selalu menegahnya ke situ. Almaklum sajalah, budak ada ekzema memang sensitf dengan habuk.
"Ummi penat ye..kalau shifa' dah besar, shifa' tolong urut ummi ye...erm,ummi sibuk ke? " agaknya, kalaulah si kecil ini dah bijak memahami umminya, adakah ayat ini yang akan ditanya?Ummi tak sibuk sayang, ummi cuma letih sahaja..tapi ummi mesti teringat dengan pengorbanan besar nenek dan tok ummi yang bela 8 orang anak kecil-kecil..pasti mereka sibuk,penat,letih dan hati keduanya sentiasa teruji. Akhirnya sabar mereka dibalas dengan anak-anak yang bijak, soleh dan solehah, insyaAllah..alhamdulillah..

Belajar mengenali pelbagai kerjaya dalam satu masa
Dalam 2 minggu kebelakangan ini sahaja kesibukan kerjaya seorang guru amat terserlah. Ada reaksi yang ku terpaksa terima bila si comelku itu terlalu ingin bermanja-manja..tapi kenapa ya? Layananku buat si comelku ini seperti biasa malah sabarku cukup bertambah bila dia mula menerbalikkan baju yang telah kulipat kemas,menarik semua baju dalam almari,mengeluarkan periuk dan mangkuk yang kususun di rak pinggan mangkuknya di aras bawah yang memang jenis terbuka. Memang sengaja kususun barang kaca di tingkat yang tidak tercapai oleh anakku sebelum semunya menjadi mangsa kerajinannya itu.MEmangla kerja akan bertambah, hanya sabar sahaja pengubatnya...Selain itu kerap pula menggaru muka dan badannya yang gatal atau tidak itu. KAdangkala dia minta "nak tulis" dan "nak tass." Rupanya nak menulis dan nak kertas. Mulalah dia tekun menulis dan melukis bulat-bulat kecil..itupun masih guna tangan kirinya itu..secara psikologinya, normal bagi kanak-kanak memulakan sesuatu dengan tangan kiri...Dan macam biasa,bila masa ummi nak solat, si dia inilah yang dah dok depan sejadah sambil mengangkat takbir lantas buat aksi rukuk (tp macam orang tunduk ucap terima kasih sambil tangan dua-dua ke belakang)tapi ada sikapnya yang menunjukkan seperti ada yang tidak kena...aku berfikir dan terus berfikir..sambil mengusap kepalanya tatkala matanya lelap disisi saban malam. Tak lupa juga badang dan kakinya ku urut perlahan-lahan, pasti lenguh badannya bermain di siang hari..kelenguhan kita boleh diungkap, kelenguhan si kecil hanya tahu menangis sahaja...kemudian ku terusi dengan bacaan selawat tafrijiyyah dan perlahan-lahan ku baca kemudian kuhembus lembut di ubun-ubunnya. Polos sungguh tidurnya..Alhamdulillah...Lelap dan mula kucari ruang berbual bersama suami yang baru sahaja sampai dari ofis..kesian, abang pun keletihan nampaknya..kerja yang belum tentu masanya..Moga sentiasa dimudahkan urusan, amin!

AKTIVITI KECILKU

AGEN "APA KATA SURVEY"
Dari sekecil-kecil perkara seperti mengambil nama pelajar yang terlibat latihan dan acara sukan, kawad dan menyediakan segala keperluan lain seperti perhiasan khemah,perhiasan pelajar kawad,maskot rumah sukan,menyiapkan bunga manggar,mewarna dan melukis,budget makanan,membuat kupon,mengutip yuran dan membeli segala barang-barang di pelbagai tempat semata-mata nak cari tempat termurah,masih menjaga khasiat dan kualiti serta menyiapkan khemah dengan kos terendah!
Alhamdulillah, di pasar besar selangor akhirnya bersama Cikgu Naemah kami menjumpai air minuman seamaster Rm6.00 sekotak lalu kami mengambil 6 kotak untuk pelajar rumah biru yang bayar duit yuran seramai 106 orang, buah lai 112 biji sengan harga RM40. Memang itulah budget kami. Beli pula 2 dozen air 100plus dengan harga RM26.00 sedozen. Agak mahal, tapi ok.Minuman ini khas untuk atlit rumah sukan kami sahaja.Penuhla kereta VIVA naemah itu dengan barang-barang...kesian kereta baru itu...
BENDAHARI?
Mengutip duit ni bukanlah kerja seorang guru semata kerana dibantu AJK tingkatan,tetapi apalah nak diharap sangat pada pelajar untuk menyimpan duit yang melebihi RM200. Bukan kerana tidak percaya tetapi takut ada masalah lain pula yang timbul. Beberapa kejadian memberi pengajaran bermakna bila meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pelajar terutama melibatkan kewangan yang besar. NAmun, tidak dinafikan, memang ada pelajar yang cukup beramanah.
MANAGER?
Minggu depan pula nak launch Science math week..dilantik pula mengurus kuiz matematik tingkatan 2,3 dan 4.Dari membuat soalan,menjual dan menyebarkan kepada pelajar,mengutip soalan dan duit RM0.10 sehelai kertas, menanda seterusnya memilih pemenang adalah tugas semestinya. Mujur, kerjasama guru math yang lain amat dihargai.Duit dikutip untuk membiayai photostat kertas dan menampung perbelanjaan Minggu sains dan MAth yang langsung tiada dana. MAsing-masing guru guna duit sendiri..biasala tu..Sambutan hangat kuiz math bagi pelajar tingkatan 2 amat menggalakkan dan terasa nak memujuk ketua panitia menambah bilangan hadiah khas untuk pelajar tingkatan 2. Alhamdulillah, Kak Rose setuju tambah hadiah.
SUPIR
Semasa sedang sibuk-sibuk sukantara dan acara-acara lain sepanjang minggu itulah, tugas menghantar dan mengambil pelajar bola jaring yang terpilih ke latihan daerah di kompleks sukan Bandar BAru Salak Tinggi tergalas di bahu..Kiriman faks dari PPD yang sampai petang Rabu hanya diketahui pagi Khamis itu! Sabar je la..Rupanya Kak Ina kerani sekolah cuba menelefon untuk memberitahuku, berulangkali namun yang jawab adalah mesin suaraku. BAruku teringat, hari itu handset tertinggal di rumah dan aku pula sibuk bersama naemah membeli barang-barang di pasar selangor.KArenah budak bola JAring ini,erm biasala..macam-macam sikit..perlahan-lahan kuterapkan pelbagai nasihat sepanjang perjalanan kami dengan keretaku itu. Bertambah rancak pesan-pesanku kerana Ustazah Anizah menemaniku. Sepanjang perjalanan banyak pula soalan dan luahan mereka pada kami.Rupanya, memang begitulah mendekati pelajar...tidak semua mampu kita kenal dan rapat kecuali yang ada sebab untuk itu. NAtijah kebaikan yang diharapkan bukan ingin segera hasilnya namun, harapan supaya mereka menjadi lebih baik adalah sentiasa dihati.Perjalanan pergi dan balik sudah mengambil masa 1 1/2jam kerana singgah di rumah ustazah mengambil barang untuk khemah rumah sukannya pula.Sempat jugak beramah mesra dengan anak-anak kucingnya yang "ramai". Memanglah "ummu hurairah" ni peminat kucing.
TENAGA PENGAJAR
Sampai sahaja di sekolah terus masuk ke kelas. Mujur sempat kerana masa P&P ku pada hari Khamis bermula selepas rehat iaitu jam 11.20 pagi. Alhamdulillah.MAsa itu berterusan sehingga masa bali jam 1.05 petang.Huhh..rutin yang letih.
ON CALL MACAM DOKTOR JUGAK LE
Fikirku, selepas solat Zohor sempatla nak menanda buku latihan pelajar, menyiapkan rekod mengajar esok dan menaip minit mesyuarat Pusat Sumber, tiba-tiba dapat call dari Kak MAhani (jurulatih Bola Jaring) mengatakan, hujan di Kompleks Sukan dan pelajar nak balik awal..ishh..lari dah plan..mujur sangat dah terbiasa kerja ad hoc ni. Tanpa banyak bicara, terus mengambil mereka. Memang itu yang lebih utama kerana bimbang pelajar merayau entah ke mana...Cikgu juga yang kena..Cikgu oh cikgu..Sekadar aktiviti kecilku pada hari-hari yang tidak terduga!

SYUKUR
Alhamdulillah,ada perkara yang dimudahkan dan ada perkara yang kita perlu belajar menanganinya dengan bijak. Keluarga adalah sebahagian kehidupan selain kerjaya dan perkara lain yang kita lakukan.Moga Allah terus memberkati kehidupan kita. Doakan terus istiqamah. Usaha dengan sabar dan solat!

" Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..."

Selasa, 10 Februari 2009

Selamat Hari Lahir...My dear hubby!


Ketika menghadiri dinner ukp.Kepala shifa' sempat diusap Tok Guru.Alhamdulillah.Cuba tengok sebelah kanan, seorang lagi bapa mithali memegang anaknya...cuba teka siapa?jawapannya cari di bawah...

Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Moga ALLAH merahmati dan melimpahkan kurniaan terbaik sepanjang kehidupan kita. Terima kasih atas kasih sayangmu buat kami semua. Moga kita dikurniakan anak-anak soleh dan solehah penyejuk hati dan menerus perjuangan. Moga terus Istiqamah dalam perjuangan Islam! Kau sahabat kaulah teman...
 
Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Suami dan jua Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
 
Dari Ummushifa' dan Amiratushifa' with love...

jawapan:Safwan dan anaknya aliyah husna..

Isnin, 9 Februari 2009

Berdoaku menanti...Allah tempat mengadu segalanya!

AYAT SERIBU DINAR



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan kententuan bagi tiap-tiap sesuatu"
(At-Thalaq:2-3)


Allah pasti ada jawapan terbaik atas setiap peristiwa yang sedang kita hadapi. Semoga Teguh hati dan tabah jiwa para pejuang Islam walau di mana mereka berada. Amin.

Kesabaran Nabi Ayyub dan Tuntutan berdoa..

Memohon doa kepada ALLAH selama-lamanya adalah satu keperluan terutama kita sebagai umat Islam yang meletakkan Ad-dinul Islam sebagai agama yang hak.
" Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu " Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Mukmin ayat 60.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)menunjukkan bahawa doa menjadi penting dan perlu bagi setiap ummat.

Nabi Ayyub menghadapi ujian


Ujian kesabaran yang paling tinggi martabatnya bagi seorang nabi dihadapi oleh Nabi Ayyub apabila baginda mengidap penyakit kulit yang menghabisi seluruh kecantikannya, menghilangkan kekayaannya, menyentap kasih sayang anak dan isterinya seterusnya merenggut kekuatan para pengikutnya. Nabi Ayyub di tinggalkan bukan kerana benci mereka tetapi tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami oleh nabi Ayyub alahissalam.

Malaikat Jibril simpati

Penderitaan Nabi Ayyub amatlah menyayat hati sesiapa yang melihatnya apatah lagi malaikat yang sering menziarahi selain menunaikan perintah menyampaikan wahyu iaitu malaikat Jibril. Malaikat Jibril meminta Nabi Ayyub berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Allah Maha Pengasih dan PEnyayang pasti akan melayani doa dari kekasihnya itu...Namun, NAbi Ayyub dengan tegas menyatakan " Aku tak minta penyakit. Ini Allah yang beri dan aku perlu bersyukur!"..MAlaikat Jibril memujuk lagi..Nabi Ayyub masih dengan pendirian baginda " Ini Anugerah! Aku hamba yang bersyukur maka aku perlu terima..." Maka Malaikat Jibril bertemu Allah meminta supaya disembuhkan Nabi Ayyub. Dan Allah SWT meminta supaya nabi Ayyub berdoa kepadaNYA. Malaikat Jibril turun dan menyampaikan pengkhabaran tersebut.

Keadaan ini telah digambarkan dalam Firman Allah dalam surah As-Shaad ayat 41-44.
" Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya : Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".(Allah berfirman) : "Hentakkan kakimu; inilahair sejuk untuk mandi dan untuk minum. dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari kami dan pelajraan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah engkau melanggar sumpah. Dan sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat ta'at (kepada Tuhannya)"

Pengkisahan kepayahan hidup nabi Ayyub boleh dibaca di sini.

Maka, setiap daripada kita, layak dan harus berdoa selagi kita mengimani keperluan berdoa adalah milik setiap individu muslim.

Selasa, 3 Februari 2009

Kenapa Rempah Ratus?




1)Apakah anda kenal setiap nama dalam kotak ini?
2)Anda gunakan ini dalam masakan?
3)Atau digunakan dalam sebarang kegunaan harian yang lain?
4)Kenapa penting?
5)Bolehkah kalau tiada bahan seperti di atas?

Cuba jawab?

Air Zam-Zam Semakin kering?

Kelas semalam Ustaz HArun bercerita sedikit kisahnya ketika sedang menunggu flight untuk pulang selepas mengerjakan umrah. Ustaz sempat menyelak akhbar Saudi. Majlis FAtwa Saudi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan Air Zam-zam diperniagakan...Ianya adalah kerana...AIR ZAM-ZAM SEMAKIN KERING...suara ustaz direndahkan..riaknya menampakkan sedikit rasa terkilan..Air Zam-zam dalam botol 500ml pernah dijual dengan harga sehingga RM12 malah ada yang lebih mahal dari itu dan dijual di merata dunia. Alamat ini diberikan kepada orang-orang soleh di Mekah iaitu para penggubal fatwa. Aktiviti komersil ini telah menghilangkan keberkatan air Zam-zam yang suci.
Mulanya nada ustaz bercerita amat kami risaukan..apatah lagi berita itu up to date kerana ustaz baru sahaja pulang menunaikan umrah minggu sebelum cuti raya cina..Bila sedar bahawa keberkatan Air Zam-zam yang amat sempurna bentuk molekulnya dan kelihatan seperti permata itu tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan atas tujuan komersil.. Takjub bukan bila mengetahui bentuk molekulnya? Ianya hampir sama dengan air yang telah di bacakan dengan ayat-ayat suci AL-Quran.


Penemuan itulah yang telah dibuktikan sebelum ini oleh seorang profesor dari Jepun yang pernah saya ketahui ketika zaman belajar di kampus.Artikel itu boleh di baca di sini.

Namun, apabila keluar sahaja fatwa tersebut air zam-zam terus keluar semula...Alhamdulillah.Semoga ada pengiktibaran terbaik buat kita semua supaya kurniaan Allah itu tidak disalahgunakan....Sesungguhnya..AllAh Maha Luas PemberianNya... Bersyukurlah..

Sehari ini agak letih tapi cerianya bila...

Seharian masa p&p ku bertukar relief lantaran menjadi jurulatih bola jaring. Tidak lupa ku bekalkan kerja kepada para pelajarku di kelas. Bila bagi tajuk perbahasan antara pencadang dan pembangkang,mulalah pelajarku yang sudah tingkatan 2 itu menyebut..Oh, antara Umno dengan PAS ke cikgu? Bijak..bijak..Itupun sibuk dah menegur, eh cikgu datang tapi kenapa cikgu tak masuk kelas..." Cikgu train pelajar bola jaring.." Ooo...angguk mereka. Tapi itu bagi kelas yang ok dan ada kesedaran nak belajar, mereka akan risau, namun kelas yang hujung..hooray cikgu takde!...aku bagi gak kerja..apalagi latihan maths laa..so,siapkan..tak siap..kena!
Pagi lagi semua pemain buat larian 10 kali keliling padang.Warm up dan diteruskan latihan antara under 15 and under 18.Hari ini juga area jam 12.30,under 15 akan berlawan di kompleks sukan KLIA.Mereka akan lawan 2 buah sekolah, Sekolah seri Puteri dan SMK Dengkil. Esok, aku akan mengiring under 18 ke sana pula. MEreka akan berlawan dengan empat buah sekolah termasuk SMA Salak Tinggi dan SMK Teknik Sepang. Permainan secara liga. Kalau menang mungkin sampai ke petnag..If kalah pertengahan jalan, tengah hari kami dah balik! Moga ada cahaya untuk pecah rekod asyik kalah sebelum aku masuk sekolah ini lagi..huhu..InsyaAllah..SK Cyberjaya dah sampai suku akhir, alhamdulillah. RAbu lepas semasa cuti raya cina, mereka berlawan latihan dengan kakak-kakak sek menengah. Lepas jam 10, under 15 telah bertolak dengan Pn Mahani menaiki Trajet dan Avanza Cikgu Seri untuk pergi menyahut cabaran. salam dan minta doa restu cikgu! Doakan kami cikgu! Moga menang..lawan sekolah seri puteri tuu...
Aku meneruskan latihan under 18 hingga masa balik 1.10ptg. Di sambung dengan mesyuarat guru hingga jam 2.30 petang. Selesai solat zohor dan makan agenda hari ini disambung pula dengan latihan rumah sukan hingga jam 5...nampaknya sesi pagi petang keduanya sama...hari yang agak meletihnya..

Bila balik, sampai sahaja di rumah pengasuh, terlihat sahaja Amiratushifa' yang tersenyum comel..aduh..hilang sudah letihku..Mak Liza pula membekalkanku bubur kacangnya...nyumm..sedapnya.
"Ummi..." panggilnya dengan suara comelnya itu...Sehari yang letih tapi cerianya bila ku mendengar suara anakku yang semakin belajar hidup. Syukran Mak Liza sudi memberi kasih sayang buat Amiratushifa'!Moga diberkati kehidupanmu!

Jumaat, 30 Januari 2009

Ada apa dengan PPSMI?!

Petikan ini ku ambil dari Utusan MAlaysia...Ulasannya telah ku beri dalam bentuk cerita..akhirnya, kutemui pemikiran orang lain seperti kami juga.Merintihlah kita bila penjajahan minda ini masih sukar dirungkai...Implementasi dengan pelbagai program yang indah-indah sebutannya..hakikatnya..semuanya itu adalah..hasil penjajah!!!

Bacalah...kalau rajin nak mengikutinya.....akhir ulasan penulis di bawah sama dengan tajuk postingku sebelum ini...jadi, ke mana kita?


"IBU bapa bersama-sama Kementerian Pelajaran turut merasa gembira apabila mendapati keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini secara purata menunjukkan peningkatan dari segi prestasi secara keseluruhan.

Dan peningkatan prestasi ini termasuk dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang para pelajarnya telah melalui proses pembelajaran dalam bahasa Inggeris mulai tingkatan satu.

Tetapi kita sedia maklum bahawa mereka juga mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dalam bahasa Melayu. Justeru Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom membuat kesimpulan bahawa ia adalah kejayaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kesimpulan yang mudah ialah PPSMI tidak membawa kepada kemerosotan prestasi para pelajarnya. Maka ia boleh diteruskan sama ada dalam bahasa Inggeris sahaja atau dalam dwibahasa?

Namun, statistik kejayaan ini perlu dilihat secara lebih dekat manakala latar belakang para pelajar ini juga perlu dikenali.

Hakikatnya ialah 65 peratus pelajar yang menduduki PMR 2007 menjawab soalan dalam bahasa Melayu dan 33.1 peratus menjawab soalan campuran Melayu dan Inggeris. Cuma 21.5 peratus sahaja bilangan pelajar yang menjawab soalan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Jika andaian saya ini benar bahawa pelajar ini telah mengikuti pembelajaran sekolah rendahnya dalam bahasa Melayu termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik, ternyata majoriti mereka masih selesa dan mudah dari segi pemahaman untuk menjawabnya dalam bahasa Melayu.

Cuma 21.5 peratus (kurang daripada 1/4) berasa selesa menjawabnya dalam bahasa Inggeris. Begitu juga calon-calon SPM tahun lalu (2007) mereka keseluruhannya mengikuti pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan dan bukannya PPSMI di peringkat sekolah rendah. Prestasi mereka sedang kita nantikan.

Penguasaan bahasa Inggeris juga dikatakan meningkat sedikit dari 71.4 peratus memperoleh gred A, B, C, D, E tahun lalu (2006) kepada 72.5 peratus tahun ini tetapi di bawah prestasi tahun 2005, iaitu 73.8 peratus.

Mungkinkah kesimpulannya ialah pengenalan PPSMI di peringkat menengah rendah (mulai tingkatan 1) tidak menurunkan prestasi penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik tetapi tidak juga meningkatkan penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris secara ketara?

Bagi pakar bahasa yang arif dalam bidang ini, kemahiran para pelajar dalam Sains dan Matematik itu disebabkan oleh pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik yang mereka ikuti selama enam tahun dalam bahasa kebangsaan di peringkat sekolah rendah. Masa enam tahun telah memberi mereka keterampilan berfikir secara saintifik dan ini lebih tinggi bagi mereka yang mengikuti pembelajaran asas itu dalam bahasa ibunda atau bahasa nasional sesebuah negara berbanding jika mereka mempelajarinya dalam bahasa kedua seperti bahasa Inggeris.

Perkara ini juga menjelaskan kenapa masyarakat Cina menolak pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi kekal mengajarnya dalam bahasa Cina kerana mereka mendengar pendapat pakar dalam bidang berkenaan bahawa keterampilan (skill) dalam bidang Sains dan Matematik itu lebih mudah diperoleh melalui bahasa ibunda atau bahasa pertama. Keterampilannya akan menurun jika kita mempelajarinya melalui bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, kecuali bagi mereka yang sejak zaman bayi dan setiap hari bertutur dalam bahasa Inggeris di rumah, dianggarkan meliputi sekadar 0.001 peratus sahaja penduduk Malaysia.

Saya teringat nama seorang pakar neuropsikolinguistik abad ke-19 dari Jerman, Profesor Leibniz yang mengemukakan penemuan kajian saintifik beliau bahawa otak seseorang itu (sebelah kanan) lebih mudah dan cekap menyerap apa saja ilmu jika ia dipelajari melalui bahasa pertama atau bahasa ibunda kerana jika dipelajari melalui bahasa kedua (otak sebelah kiri) ia memerlukan proses penterjemahan dan akan menjadi lambat dan kecekapannya menurun sedikit. Di atas prinsip ini juga, Jerman yang pada asalnya menggunakan bahasa Inggeris yang dikatakan lebih maju pada ketika itu menukar haluan kembali menggunakan bahasa nasional Jerman untuk tujuan pembelajaran, dan negara itu meningkat maju berkali ganda dalam bidang sains dan inovasi.

Ini juga berlaku pada Perancis yang pada mulanya menggunakan bahasa Inggeris dan Jepun menggunakan bahasa Rusia yang merupakan bahasa kemajuan pada abad ke-17, 18 tetapi kemudian kembali menggunakan bahasa asal mereka yang terbukti berjaya membawa kemajuan kepada negara-negara berkenaan.

Malaysia untuk selama 14 tahun pertama setelah mencapai kemerdekaan (1957-1971) menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu (dua aliran) bagi tujuan pembelajaran. Pada waktu itu, sehingga 1969 kita mempunyai cuma sebuah universiti. Apabila memasuki era Tun Razak di mana DEB diperkenalkan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam aliran Melayu dilaksanakan, bilangan institusi pendidikan tinggi awam bertambah satu demi satu, kini melebihi dua puluh buah.

Juga, belum terdengar cerita ribuan pelajar kita yang dihantar ke luar negara mengikuti pelbagai jurusan di peringkat ijazah pertama. Sarjana dan doktor falsafah dikatakan tidak berkemampuan, tidak pandai, atau sepertinya kerana mereka mengikuti ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Malah kenyataan adalah di sebaliknya.

Kemungkinannya, sebagai jalan tengah, sistem pendidikan kita akan mempunyai dua aliran. Di peringkat sekolah rendah bagi sekolah kebangsaan, Sains dan Matematik diajar dalam bahasa kebangsaan kerana kecekapan minda dan berfikiran saintifik lebih mudah diasah dan diperoleh melalui bahasa pertama. Bahasa Inggeris diajar sebagai satu mata pelajaran wajib untuk memberi pendedahan awal dan memperkenalkan prinsip-prinsip asas. Kaedah pembelajarannya mestilah mesra pelajar dan penuh ceria.

Hanya pada peringkat menengah, boleh dilakukan peralihan sebahagian mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris bagi tujuan peningkatan penguasaan terhadap bahasa Inggeris. Juga bahasa Inggeris harus diutamakan dalam kegiatan kokurikulum.

Apakah di peringkat menengah dan universiti, mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris atau kekal dalam bahasa Melayu seperti dalam era 1971 – 2002 masih boleh diperdebatkan. Kalau PPSMI bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris, itu bukan cara penyelesaian yang bijak dan belum boleh dibuktikan.

Beberapa orang sarjana dalam bidang Sains dan Matematik di UKM pernah memberi pendapat bahawa hampir semua para pemenang Hadiah Nobel kajian Sains, Matematik dan Fizik adalah mereka yang membuat penyelidikan dan menulis dalam bahasa utama negara itu sendiri dan bukannya dalam bahasa asing. Jadinya, ke mana kita?

– DATUK DR. WAN HASHIM WAN TEH-

ULASAN BICARA MINDA


Sejak mula belajar di Universiti telah aku fikirkan, alangkah aku yang belajar di universiti yang menjadi mangsa berubah bahasa, sukar mendapat paling cemerlang dalam Subjek Sains dan MAtematik,inikan pula anak-anak muridku..namun, aku optimis pada masa itu tanpa sebarang syak dan menganggap semua itu cabaran menuntut ilmu dan aku akan menerima keadaan tersebut dengan menggalakkan diri supaya rajin dan terus berusaha untuk berjaya...orang lain boleh kenapa aku tak boleh...

Rupanya, anggapan aku memakan diri..dangkal aku tika itu..aku seolah membenarkan diri dibaham bahasa yang bukan bahasa ibundaku...kuselak helaian buku adikku yang terpaksa belajar bahasa Rusia untuk belajar di sana. Teringat pada celoteh temanku Adila, yang bersungguh belajar bahasa Jepun untuk belajar di Negara Matahari terbit itu... tapi kita di MAlaysia? belajar bahasa Inggeris untuk kekal sebagai tenaga pengajar paling berkelayakan dan berprestij di persada pendidikan di negara sendiri yang bahasa ibundanya bahasa Melayu...Siapa aku dan di negara mana aku berada?

Kepentingan apakah di sebalik semua ini? Atas nama setia pada agama, BANGSA dan negarakah semua ini mahu dilaksanakan?

"Kera di hutan di susukan, anak di pangkuan mati kehausan..kesiannya anak bangsaku!"

PPSMI, aku di mana?

Salam Jumaat

Alhamdulillah..penghujung Muharram dan permulaan Safar. Adalah permulaan yang baik bagi setiap niat setelah kita melalui bulan hijrah. Hijrah yang kita rukunkan dalam diri, moga sebati menjadi amalan..

Sesi Petang ke Sesi Pagi

Sesi pengajaran kali ini aku dapat mengajar sesi pagi. Itupun ada ceritanya...
5 Jan 2009 apabila mula sesi persekolahan, aku di tawarkan sesi petang oleh pentadbir dan namaku antara nama penting yang memegang jawatan Guru Pengawas , Setiausaha Pusat Sumber Sekolah, Setiausaha Peperiksaan,Guru Kantin dan jawatan bagi appreantice macam saya seperti Guru Kelas kelas yang paling akhir dan memegang satu kelas bersama tingkatan 6 (Pusat Sumber).
MEsej yang aku terima daripada Kak Suzara semasa tidak hadir mesyuarat 1 guru, yang berlangsung pada 30hb Disember. Saya di Terengganu kerana urusan penting keluarga.
" Tahniah Ain,wahh berat-berat jawatan Ain ni."
Satu lagi mesej dari kakak yang selalu menjadi idolaku ini, Kak Liza (Guru Media)" Ain, jawatan yang Ain dapat ni besar dan berat. Ain fikirlah baik-baik. Kalau boleh fikirlah pasal setiausaha PSS ni ye."

Aku mula bermesej dengan kak Aniza teman setiaku..kak Aniza adalah teman yang ditakdirkan kami sentiasa ada chemistry..walaupun mula kenal, kak aniza macam sombong..dah kenal..baiknya hati...dan kami dok sebelah menyebelah! Takdir bukan?!

"Kak, kalau boleh, saya nak minta pagi. Boleh ke dapat?" Mudah je dia balas..."Sori, ko petang"..alahai syahdunya aku..

Sesi petang adalah amat meletihkan bagi aku. Kebetulan tahun ini aku baru di terima belajar di darussyifa'.Sesi petang menguji tahap displin masa. Tahun lepas, aku memang berada di sesi petang dan tak mungkin aku berada awal di kelas bila melangkah keluar pagar sekolah,jam sudah hampir 7 malam. Perjalanan ke Bangi mengambil masa 25 minit. Aduhai.lewatlah untuk berjemaah maghrib.

Istikharah
" Puan Siti, pergi sembahyang dulula..nanti bagi keputusan " Pn Ng menyuruh aku sembahyang?! Memangla sudah masuk maghrib. Puan Hamidah (PK Akademik) dalam proses menjadualkan aku ke sesi pagi. Kak Anizalah punya kerja ni...Petang tadi jam 2 petang..Pengetua baru je ambik wudhu'nak solat zohor. Tetiba je Kak Aniza tegur dia terus cakap, Puan, ni Ain ni orang kuat kami dalam PSS. Kalau boleh dia tolong Liza waktu pagi. boleh tolong Pusat sumber sesi pagi" Selamba je kak Aniza cakap. Aku diam. Pengetua, " Saya ingat cikgu muda-muda ni elok petang. PAgi urus anak, petang pegi sekolah..Hanimah tu ada anak kecik, kemain suke dia dapat mengajar petang. Dia cakap boleh urus anak dia". "Takpela, kalau ko nak pagi..Midah, ko bagi Baya ni sesi pagi.." PEngetua bagi arahan. Direct je..Aku agak, pengetua sayang kak liza hehe..guru media yang banyak menaikkan nama sekolah di pelbagai peringkat selain beliau sendiri jenis yang diplomasi dan memahami.Kak Liza mengandung dan dia memang mengalami alahan.

Selepas aku solat maghrib, aku teruskan dengan istikharah..mohon petunjuk. Alasanku bukanlah besar bagi mereka yang tak tahu. Bagi aku, agak besar sebab aku yang nak belajar.Tak nak la datang lewat. Bagi Pn Ng, alasan aku setelah berbincang dengan suami..dan dia memang menggalakkan perbincangan.Aku dapat peluang tapi dengan beberapa syarat...

BISP

Aku mengajar pagi tapi dengan syarat jadualku dapat yang bukan option. Aku lulusan Kimia/Biologi. Tapi jadual waktuku mengajar matematik dan Bahasa Melayu!Wah, cabaran yang ditunggu telah tiba!Pn Ng dah pesan, kalau pagi, dapat mengajar Sains dan beleh dapat BISP ( Elaun bagi guru Sains dan MAtematik sahaja). Aku terfikir juga bila Pn Ng kata, jika mengajar subjek bukan option tidak boleh dapat BISP kecuali telah ambil option itu selama 3 tahun berturut-turut.Rugikah aku??? itulah sebabnya bila aku termangu terus saje Pn Ng kata " Pn Siti, pergi sembahyang dululah.." Memangla dia memahami..Ya Allah, kurniakan hidayah buatnya..Pn Ng terlalu baik bagi kami...mungkin faktor dia bekas guru Hal-Ehwal pelajar ketika di Sarawak membuatkan dia memahami kami."xpelah, xdapat BISP..sebelum ni tak dapatpun.." getus hatiku. Yang penting dapat ngajar pagi. Keputusan ku buat setelah berbincang dengan Kak Aniza, Kak Ita kakakku, suami , Pn Ng dan Pn Midah.

PPSMI

Moga keputusan ku ni tidak memautkan terlalu banyak hati duniaku. Apalah ada pada BISP yang kini menjadi kontroversi. PPSMI cukup mendatangkan kontroversi. Duit RM 109.60- RM122.40 sebulan bagiku berharga tapi nilai pengalaman inilah yang tidak ternilai harganya! Subjek Math adalah subjek idaman sejak aku di Universiti. Sayangnya, hanya kerana susahnya mengadap subjek math di kampus, aku sanggup drop di pertengahan jalan dan menggantinya dengan biologi...Rupanya, penting di sekolah kita ada dua option berlain supaya memudahkan kita membuat pilihan option bila-bila masa yang perlu membuat pilihan.

DILEMA POLEMIK

Aku cukup dilema. Matematik dan BAhasa Melayu. Gabungan yang menimbulkan polemik bagiku..MEngajar dengan bahasa mudah difahami pelajar lebih selesa berbanding mengajar dengan bahasa asing yang menwujudkan sedikit jurang antara kami.Bahasa Melayu memang amat kucintai..selain bahasa ibundaku bahasa jawa yang sudah ke mana arahnya itu..
Apatah lagi kelas tahun ini adalah kelas-kelas akhir.Pelajar yang lemah..tapi masih ada adap sopan denganku..alhamdulillah..sikap baik itu lebih mulia. Apalah guna berilmu kalau semakin berilmu semakin tidak berakhlak.. Aku terima sebagai cabaran dan amat memohon pertolongan Mu YA ALLAH! Akhirnya, PErkara yang aku pernah risaukan mengenai BISP terus lenyap...peratus penggunaan English dalam pengajaran Mathku tidaklah sebanyak mana bila dapat mengajar kelas ke 3 terakhir dan akhir ini. Penting bagiku, mereka faham dan dapat membuat latihan dengan baik...JAdi BISP tiada kena mengena dengan aku.. YA...aku yakin! Alhamdulillah..

Moga pelajarku memahami setiap pengajaranku..dimudahkan urusan mereka, jadi anak soleh-solehah dan diberkati segala ilmu mereka..Amin.

Asbahna wa asbahalmulqu...amsaina wa amsalmulqu..

Ahad, 25 Januari 2009

Sesuatu hal dunia yang sedang meniti di bibir...



Mungkin hari ni ada harapanku untuk memiliki kenderaan impian. Tapi entah kenapa kali ini impian ini mendesak..aku sedar, bukan mudah. "Kalau kail panjang sejengkal,usah di duga lautan dalam..". Tapi siapa tahu, "tuah ayam nampak di kaki, tuah shifa'...sangat bertuah". Selalu ku ingat pada posting seloka KK yang aku cipta berkenaan harta dunia...

Deretan kereta kecil kereta besar kami di Jeti
Sorento, BMW, Wish,Camry, Neo, Swift,Kelisa, Wira, Saga, Viva dan Myvi
Moga tidak mengambarkan hati jiwa maddhiyah duniawi
Doakan rezeki berkat, Infaq setia menjadi amalan kami

Ujian untukku hadir lagi...YA Allah..


" Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selain daripadanya!"

p/s : IStilah "terdesak" bila Wiraku meragam ckit..tapi,seperti memahami tuannya, Wiraku ini mudah lembut hati..terus dah tak meragam. Sampai la ni...syukur sangat..macam tau-tau je tuannya ada projek lain..Wiraku..moga terus setia berbakti...amin.. (TAA4296)

Sabtu, 24 Januari 2009

Marah Si kecil bila mengantuknya tidak dilayan...

Setahun 8 hari.Semasa majlis akad nikah Asyraf dan Yusni di dalam mahkamah. Yusni guna wali hakim kerana ayahnya telah tiada...Al- Fatihah..

Rindu menatap blog yang belum lagi dipublish pada sahabat-sahabat..baru sahaja membaca posting Saifulislam.com..ada karenah si kecil yang kadangkala membuat kita rasa gembira, marah,sayu dan terharu...pagi tadi,abushifa' ada program di Gombak. Anakku, shifa' bangun dan terus meminta susu. Setelah selesai munum susu bio lac sebotol, dia bermain sementara aku mula memasak bubur..Syukur, seleranya pada susu dan makan nasi,bubur dan biskut semakin bertambah selepas demam chicken pox baru-baru ni.Cuti Sabtu dan sempena Sambutan Hari Raya Cina ni, memberi ruang padaku mengemas rumah yang seminggu aku abaikan... selesai ummi masakkan bubur buat si comelku shifa',dia macam tau-tau sahaja makanannya dan siap.."mi,nak mamam" disebut berulang kali..ummi pun bawa semangkuk bubur ikan merah campur sayur sawi dan daun sup sebagai pewangi ke ruang tamu. Ummi pun minta shifa' duduk...

Apalagi, sicomel tu cepat-cepat mengangkat kerusi bunyinya itu dan duduk sambil senyum sebab selain bunyi kerusi, dia suka dapat makan..syok tengok dia macam tu.."ok, baca doa" umminya mengarah..Shifa' pun menadah tangan sambil mulutnya terkumat-kamit entah apa yang dibacanya..akhir sekali dengar "amin" sahaja..Ummi pun tolong bacakan doa.."Allahumma baarik lanaa fi ma razak tana waqina a'zaabannarr" masih lagi menadah tangan dan disambut dengan aminnya itu.."nak air" terang pemintaannya sambil menunjuk ke arah cawan berisi air bio aura tu..ummi pun bagi shifa' air dahulu sebelum makan nasi buburnya yang sedikit kasar. Shifa' memang dah boleh makan nasi, cuma umminya tak nak menunggu lama dia mengunyah nasi kasar. Lagipula,bila nasi kasar depan dia, mulalah nak berdikari makan sendiri..biasanya, sebelah petang baru dia ada peluang nak makan sendiri. Kalau tengahari kena makan betul-betul.

Sedang asyik menyuap Shifa', terdengar suara orang memberi salam..Ohh..rupanya abangchik dan Kak Bahiyah datang ke rumahku. Abangchikku sudah telefon terlebih dahulu. Tujuan kedatangan merpati sejoli ini ialah untuk menyerahkan borang dan surat tawaran pinjaman/biasiswa MARA adikku, Aida. Alhamdulillah, syukur dan dia minta aku jadi penjamin pertama..alamak, tak mahulah sebab dah jadi penjamin kepada anak saudaraku di ILP, Kuchai Lama. Abangku mengalah, akhirnya dialah menjadi penjamin pertama dan aku kedua.Pengorbanan kami untuk adik bongsu kami yang sedang berjihad menjadi seorang doktor di Ukraine.

Kebetulan sungguh, tengahari aku dah siap masak nasi dengan lauk sambal udang,kobis campur cekur manis masak lemak labu dan telur dadar akhirnya memikat abang dan kakak iparku yang tergesa-gesa nak ke Nilai kerana ada hal kata mereka.Mereka makan sambil ditemani anakku yang suka sangat teman orang makan. Pakcik pun bagi dia sepiring nasi putih. Sambil makan dia pun cakap macam-macam yang butirannya membuatkan orang tertawa. Pakcik dan makcik terhibur dengan shifa' yang keletah itu. Ummi pun tunjuk gambar pakcik pakai baju ijazahnya di UITM, shifa' terus minta dan mengambil lantas diciumnya gambar itu.." Terharunya!" kata pakcik. Gambar yang di kecilkan saiz pasport itu telah lama kusimpan dalam wallet sebagai sumber inspirasi. Cabaran abang chikku belajar sehingga dia menjadi pegawai Tadbir dan Diplomatik di SPP bagiku ada makna untuk keluarga kami.

Seusai mengurup, mereka bergegas ke Nilai rumah kakak kepada kakak iparku yang namanya hampir sama denganku itu.Kulihat shifa' leka bermain dan aku kemudian menyambung mengadap rezeki tetamu.Sedang aku sibuk mengemas dapur dan mengelap meja, aku dengar bunyi kertas di siat dan dikoyakkan. Hampir terjerit bila tengok shifa' mengoyakkan kertas dinding rumahku...alamak, dah koyak...apalagi..tengahari yang panas, ummi pun dah penat mujur agaknya ummi baru je makan nasi..perut kenyang tak jadi marah sangat..ummi marah sikit sebelum berpura-pura menggigit tangan shifa'. Agaknya nadaku sedikit marah dan tindakanku mem"babap" kakinya, shifa' pun nangisla...alahai sian pulak anak ummi ni...

Memangla si dia ni menangis sebab dah mula mengantuk..bila di beri susu, umpama orang mengantuk disorongkan bantal..terus terlelap..ummi yang sedikit sebak terus mencium pipi si kecil ini..anakku tidak tahu apa..umminya yang kena bersabar banyak..kes mengoyakkan kertas dinding selalu menjadi modal anakku sebab ummi selalu "sound" bila dia mula mengetis kertas..kertas dinding memang cantik..tapi kalau dah koyak..alamat cacatla pemandangan cantik dinding tu. Alahai ummi, kerana kertas dinding sahaja...Tapi Ummi tetap sayang Shifa' tak mengapalah kalau shifa' besar nanti, ummi nak shifa' tau, Shifa' kuat mengusik dan menyakat ummi dan abi walaupun masih kecil..budak cerdik..

Ahad, 18 Januari 2009

Karyaku disimpan cermat teman baikku..Syukran sahabat!

Syukran pada sahabatku yang sentiasa mengingatkan akan tugasku yang satu. Moga sentiasa dalam keredhaanNya.

Antara 2 pengertian. Kegagalan dan Kematian...

Al-Mukhlisah ilallah..

Rabu, 14 Januari 2009

Mengutip kilauan permata di DarusSyifa'

Segala puji bagimu YA Allah, Tuhan sekalian alam.. Yang mencipta segala yang terbaik buat setiap hamba yang engkau cintai. Yang MAha mendengar lagi Maha Melihat setiap desiran angin yang bertiup lembut, hembusan nafas yang mengitari ruang maya, setiap keluhan yang terdetik di jiwa, setiap bisikan hati yang melagu cerita...Selawat dan salam buat junjungan RasulAllah saw, kekasihMU yang terlalu setia..keluarga dan sahabat baginda...para penerus perjuangan agamaMU..

Kuletakkan segala bebanan yang tidak mampu kutanggung di bawah penguasaanMu..Yang Maha mengerti akan setiap sesuatu...Ku amat bersyukur atas segala kurniaanMu dan ku mohon atas segalanya ini akan tetap sentiasa Engkau redhai dan rahmati..

Pertama menjejaki kaki ke laman ilmu darussyifa' di Bandar Baru Bangi ini memberi satu pandangan di luar jangkauan pemikiranku sebelum ini..mengenali tempat ini melalui seorang temanku yang mengalami sedikit penyakit yang perlu diubati dengan cara yang diamalkankan di darussyifa' menyebabnya dia selalu meminta aku membawanya ke sini. Syukur, ada kilauan permata yang cukup mengamitku mendekati dan menjejaki cahaya ini. Moga terserlah kebaikan buat insan yang mengharapkan laluan terbaik untuk diri mereka...amin

Pamitan ustazah

"Anak bukan pelajar sini ye" tegur seorang makcik yang ku kira tenaga pengajar di situ."Bukan cik, ikut suami. Dia pelajar sini. "jawabku tulus. Memang lama dah aku perasan pandangannya padaku. Ku kira,bukan kerana dia kurang senang, aku merasakan dia bertanggungjawab menerangkan hal sepatutnya. " Kalau bukan pelajar, biasanya duduk di bawah, pelajar sahaja dibenarkan belajar di atas."katanya dengan riak lembut. Kufahami katanya lantas bersuara.."oh, yeke, saya tak tahu..dan malu juga sebenarnya menumpang ni..ingatkan takpe sebab ada kakak yang datang minggu lepas kata boleh naik atas.."aku teringat pada kak Lin yang mengajakku naik ke atas setelah habis zikir selepas solat maghrib dan hampir usai azan Isya'. Jemaah bangun dan solat sunat dan kami pun menyelinap masuk supaya kami dapat jemaah Isya' dengan Ustaz Harun Din sekali.Kak Lin bekas pelajar di situ, pertengahan 30-an,pengurus Nursery di jalan ampang.Sesibuk dia,tapi kadang-kadang ada kesempatan, dia hadirkan diri mengulangi menadah ilmu di situ.

Ustazah senyum. " Takpelah..kalau ada rezeki tahun depan, daftarlah jadi pelajar..mengandung ye..dah berapa bulan?"soalnya sambil matanya melihat ke arah perutku."Baru nak masuk 4 bulan". Terfikir aku, macamana ustazah ni tahu aku mengandung..sebab aku rasa perutku dah ditutupi dengan tudung labuhku.Fikirku, orang agak sukar perasan.Tapi ustazah ni boleh "detect". Ish.. terror ni.."Alhamdulillah, banyakkan doa, baca surah Maryam,Yusuf, Luqman dan amalkan doa-doa mathurat. Kalau dapat khatamkan seluruh Al-Quran setiap kali mengandung.Anak jadi lembut hati, sifatnya mudah dikawal dan sejauh mana dia pergi, anak itu akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah, InsyaAllah." Tutur ustazah itu sungguh bererti buatku.Ingatan untuk khatamkan Al-Quran itu jugalah yang selalu kak Long, iaitu kakak iparku ingatkan..Al-Quran itulah peneman jiwaku, sentiasa ku baca waktu senang, susah, sempit, lapang dan ku harapkan agar ia kekal sehingga saat akhir kematianku,amin..namun, kuakui, belum lagi mampu khatam setiap tahun. Seperti amalan seorang temanku, Baizura..teman karibku yang sentiasa khatam setiap kali bulan ramadhan..Aku sedar, ustazah itu tidak marah tapi mengharapkan aku hadir menjadi pelajar suatu hari nanti...InsyaAllah. Doaku sendiri.



Isnin, 12 Januari 2009

Syafakillah..Amiratushifa' Chicken Pox!


UJIAN TANDA KASIH SAYANG

Allah uji anakku, Shifa' yang sudah mencecah usia setahun 9 bulan. 5 April 2007-5 Jan 2009. Allah sayang, dan jadikan seseorang itu kuat maka akan diberi ujian..sejak kecil shifa' telah mengidap Ekzema. tapi peringkat sederhana. Abahku dan ibu mertuaku keduanya mempunyai sejarah mengidapi asma'..Alhamdulillah Shifa' tiada Asma cuma terkena sedikit rangkaiannya, Ekzema. Memang sejak dahulu kami mengusungnya ke pelbagai jenis klinik..dari Allopathy ke homeophaty..belum rezeki sembuh betul..cuma berkurangngan bila meningkat usianya...doaku, sembuhlah anakku..Allahu Syafi'..

DIKENALPASTI

Sabtu, 3hb JAn 2009, Shifa' menggaru mulutnya, lalu ditegur kak de, " nape mulut Shifa' tu ada bintik merah..macam nak naik cacar je?' katanye yang sudah berpengalaman luas..anaknya seramai lima orang. Izzah yang bongsu dah masuk darjah 1. Aku masih selamba, "Erm,biasala, adik memang ade ekzema, suka sangat nak menggaru.." " Cuba ko tgk betul2.."

"eh, yela.." "kena gi check ni..." Tanganku pantas merasa dahi Shifa'.."Suam..." Lalu aku dan hubby pun bergegas ke klinik Zubir berdekatan rumah kakak untuk rawatan lanjut dan pengesahan penyakit...Sah! adik kena chicken pox! Dalam jangka masa singkat suhu badannya naik..39 darjah celcius..Doktor nasihatkan letas ais kalau terlalu panas dan basahkan badannya. Doktor bekalkan calamine lotion untuk sapu,Uphamol ubat demam dan piriton ubat gatal. Sebab kat umah masih ada piriton, kami tak ambik dan dapat jimat ckit.Kalau Doktor Homeopati memang tak galakkan guna calamine lotion ni kerana menurut mereka, akan merencatkan pertumbuhan bintik dan tidak keluar habis. Kaedahnya, air kelapa sebaik-baik ubat supaya keluar semua bintiknya. Shifa' diberi minum air kelapa apabila demam panasnya sembuh iaitu selepas 3 hari. Alhamdulillah, semakin beransur kering.

ASAL MULA

Di Terengganu, gelaran "JINTUNGAN" diberi. Pertama kali aku dengar, aku bayang jin tergantung hehe..Jintungan @ Chicken Pox ...memangla penyakit berjangkit...Kami bercuti seminggu di Terengganu.Selepas itu, bawa mok dan izah berjalan di KL selama 5 hari kemudian balik Melaka bawa mok jumpa mak dan abah di Kg Tehel. Saja nak bawa jalan ke rumah baru yang siap bulan 5 baru ni. Merasalah mak dan abah dok rumah batu..dulu rumah kami kayu, pindah lagi, separa batu dan kayu dan kini, lebih selesa dengan anak menantu dan cucu yang kian bertambah.. Alhamdulillah..Kami kemudiannya ke kenduri kawan di Pahang melalui Tangkak, Segamat, Muadzam Shah dan ke Pekan. Sepatutnya, kami cadang tumpangkan mok dan Izah dengan sahabat baik, Ina dan HAfiszi namun, perasaan berat hati nak balik rupanya ada makna, semua sudah ALlah takdir...

RANTAIAN PEMBAWA

PAsal chicken pox ni pulak, mula-mula kena anak kak Ma, Tengku Danial 4 tahun, KAk Tengku BAlqis 8 tahun ,anak Ateh pulak si Ikram Mukhlis 9 tahun berjangkit ke kakak Thaqifah 3 tahun, anak kak Nor...Alhamdulillah, mereka semua dah sembuh dan boleh dah kalau nak gi sekolah atau nursery tu..sekarang Amiratushifa' (nasib belum sekolah tapi dah ada beg sekolah gambar budak perempuan pakai tudung bukan beg barbie yang budak perempuannya seksi.. Beli kat Mydin tau) dan Mok Ija yang baru nak jejak sekolah tingkatan 3..Yang kesiannya Mok Ija pun kena sekali...dah la tahun ni nak PMR, ujian awal tahun ada petanda positif InsyaAllah...amin..semua sepupu sepapat Shifa' di terengganu ni dah kena time cuti..shifa' dan mok ija je kena time orang sibuk nak sekolah...nasibla ummi dan abinya...kalau mok ija, Tok la kena jaga mok ija. Mujur Cik Dah balik teman mok sebelum berlepas ke kursus perguruan MARA di Port Dickson akhir Januari nanti.

JAGA IKUT SYIF..

Kami bergilir menjaga shifa'..malam bila menangis demam panasnya meningkat, Abi yang jaga. Ummi dah letih seharian dengan persediaan nak buka sekolah..Isnin,ummi tumpangkan Shifa' sekejap di umah mak Liza. Abinya Out-station. HAri Selasa ummi ambik juga cuti rehat sehari dan Khamis Abinya balik. HAri Jumaat kami bergilir separuh hari..mujur minggu pertama ngaja petang..but this week start mngaja pagi...kena juga letak adik kat umah mak Liza...doakan tak berjangkit kat orang lain..tapi kata orang..masa nak baik tula dia nak pindah kat orang lain...tapi itu kata orang...takdir ALLah??..doa la moga Allah tak Izinkan..amin..

HARAPAN

Moga Shifa' sembuh, sihat sokmo..amin YA ALlah..begitu juga anak saudara Firdaus Naim, yang kena jangkitan mata..KEsakitan ini amat sedikit dibanding dengan kesakitan anak-anak Palestin yang di dera mental fizikal, di tembak, di bunuh! Ya ALlah, jadikanlah anak-anak kami mujahid-mujahidah yang akan terus membantu agamaMu YA ALLAH! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR! TENTERA ISLAM PASTI MENANG!


Selawat Syifa\'

Ahad, 11 Januari 2009

SIMBAHAN DARAH DI BUMI PALESTIN

DOAKAN PALESTIN YANG DISIMBAH DARAH.




Doakan mereka dengan amalan QUNUT NAZILAH setiap masa terluang selain di baca di dalam solat atas selepas solat..

DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca

سَÙ…ِعَ اللَّÙ‡ُ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø­َÙ…ِدَÙ‡ُ ، رَبَّÙ†َا ÙˆَÙ„َÙƒَ الْØ­َÙ…ْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Disediakan oleh

Pejabat Mufti

Majlis Ugama Islam Singapura

2 Ogos 2006

ERTI DOA QUNUT NAZILAH


Maksudnya Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”