ASSALAMMUALAIKUM...

Dengan nama ALLAH...

Maha suci Allah yang sentiasa mengingatkan kita pabila kita lalai dan leka...lama tak dapat nak baca Al-Quran..rasa sayu hati,namun ku cuba mencari alternatif sebaiknya moga2 Allah kembali menguatkan jiwa yang sedikit gersang...Air segar daripada amal kebaikan yang sedikit moga-moga menatijahkan kesuburan hati dan jiwa kita..Maka, zikir adalah sebaik-baik amalan jika istiqamah dalam beramal buat mereka yang berpantang sepertiku..mamnu' minassolah..

AMALAN DARIPADA USAHA PARA IBU VETERAN

Alhamdulillah, ku cuba khatamkan Al-Quran dalam tempoh mengandungkan 'Ammar Shafi seperti mana yang cuba ku lakukan sepanjang mengandungkan Kak Long Shifa'..sedikit usahaku mohon Allah berkati. Usaha ini jugalah yang ku pinta agar para suami turut meraikannya..usaha bersama...Usaha sekelumit ini (nampak agak sukar bagi yang belum mencubanya, mencari ruang waktu menghabisi 30 juz dalam tempoh 9 bulan 10 hari +-...) selain usaha yang lain, memberi banyak kekuatan dan keringanan dalam memahami kepayahan dan kesakitan sepanjang tempoh mengandung kali kedua ini..Usaha ini didorong dan digiatkan oleh banyak penasihat-penasihat veteran yang menyemai benih dengan usaha gigih hingga hasil tuaian mereka "menjadi" dengan keimunan yang diidamkan..moga-moga Allah memuliakan mereka, para ibu yang berusaha...kuambil iktibar dari bacaan selain pengalaman-pengalaman orang lama yang ku cari dengan mata, tangan, lidah serta telinga yang melihat, merasa, membaca dan mendengar segala mutiara ilmu berguna...

SEMANGAT MENGATASI KUDRAT

Simptom kali ini lebih memberi keinsafan..Ummi mengandungkan Shifa' dalam keadaan Ummi masih belajar, mujur Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani banyak memudahkan Ummi dan Ummi sihat sokmo, untuk teruskan pengajian di tahun akhir...Syukur padaMu...Alhamdulillah..Sekadar bandingan tanpa niat ingin menyesali atau menyalahi keadaan..kali ini..Ummi dah bekerja dari pagi sampai ke petang (wp ada ketika dapatlah balik awal sedikit dari masa ofis) , kaki ummi selalu cramp,morning sickness yang menyebabkan ummi tak boleh tengok dapur dan memasak...(kesian kat abi, mujur kejap samapai 4 bulan jer..), sakit belakang, sakit pinggang dan beberapa keadaan keletihan yang menyebabkan ummi balik sekolah akan terus nak cari tempat nak landing terutama masa hari-hari dah sarat...namun Ummi sangat bersyukur, semangat Ummi mengatasi kudrat..ummi digagahkan dengan kehadiran orang-orang di sekeliling ummi. Kasih sayang juga sikap ringan tulang Abi, keletah riang dan comel kak long shifa' walaupun menghadapi macam-macam aksi tumbesarannya yang menggamit kesabaran dan kebijaksanaan menanganinya, kebaikan pengasuh kak long yang tak lokek menghulur bantuan, jiran-jiran yang prihatin, mak abah dan mok serta ahli keluarga yang mengambil berat, sahabat-sahabat yang baik hati sentiasa bertanya khabar, teman berkereta yang sentiasa bersedia bertukar ganti turn car pool, rakan sekerja yang memahami dan anak-anak pelajar yang akan lebih simpati melihat gurunya semakin sarat hari demi hari..

KESAKITAN YANG MENGUJI

Pernah satu hari ketika kandungan masuk 8 bulan , ummi sakit pinggang yang agak teruk..sampai di sekolah tak boleh nak jalan laju. Ummi rehat sekejap di bilik guru..rakan ummi dah tanya kenapa bila tengok ummi diam dan letak kepala di atas meja..tak pernah pulak dia tengok ummi gitu..Ummi kata sakit belakang/pinggang ckit jer..ngantuk gak..tengok jam,lagi 10 minit loceng nak bunyi untuk ummi masuk kelas..Ummi bangun dan nak siap-siap masuk kelas..ummi tahu, jalan je dah ambik masa 5 minit..kadang2 memang ummi lewat gak nak gerak dari tempat duduk tuh..bila sampai kat kelas, konon-konon cadangnye nak bagi diorang kerja, so ummi boleh rehat jap, tapi disebabkan kelas yang ummi masuk ialah kelas tingkatan 2 yang kedudukannya ke-2 terakhir, terpaksa ummi batalkan niat ummi..Ummi memang tak biasa mengajar sambil duduk..tak boleh..tak reti...tapi lepas dah ngaja dan bagi kerja tuh memang la duduk..ramai gak kawan-kawan pesan kalau boleh duduk time ngaja,doktor pun pesan gitu..tapi..hakikatnya..ummi tak biasalaa..lagi satu..pelajar ummi ni..kalau ummi duduk, ummi tak leh tengok muke sorang-sorang..kalau dapat kelas pandai,boleh tahan lagi..ummi duduk pun diorang akan pay attention..kalau kelas yang akhir nih..memangla ummi yg kena pay attention kat diorang...

DYNAMIC : SUKA HINGGA LUPA

Mujurla topik hari tu pasal Dynamics : FORCE...ummi punyelah seronok..hanya ummi yang memahami keseronokan itu..segalanya mengenai DYNAMIC adalah indah..keterkaitannya sangat rapat dengan Ummi..ummi implementasikan kecapaian Dynamics dengan DYNAMIC yang ummi faham dari beberapa konsep kehidupan..dengan banyak pandangan..anak murid ummi pun terloponglah pada hari itu bila ummi mengaitkan Dynamic dengan bermacam-macam kisah dalam kehidupan mereka seharian..contohnya,ummi tanya mereka: Manusia kalau jatuh, ke bawah atau ke atas? ( In english : Human being if they fall..up or down?)... if broken english, betulkanlah...OK, kawan-kawan cuba jawab dulu...

Konsep yang mahu diperluaskan ertinya...

In concept of gravitational force, teacher try to explainwith examples the existance of gravitational force like frictional force which have magnitude and direction..teacher can carry out an experiment to show each of types of forces but in this case teacher want to relate and show the meaning of the concept in life..so in campur bahasa pula ye..so ramai yang jawab, mestilah jatuh ke bawah teacher..ok..ermm..kalau teacher kata, manusia kalau jatuh memang ke bawah..tapi kalau jatuh dan mati..terus naik atas..ke mana? bila saya tanya begitu, mereka lopong kejap lepas tu ada suara jawab..ke langit la teacher..Saya uji lagi..Ye ke? mana awak tahu? (just nak dengar explaination simple but i like to hear from them..).. Bila kita jatuh ke bawah, bila mati roh kita akan naik ke langit..jawab seorang student lelaki yang memang kuat suaranya dan berani. Memang itu saya nak dengar..Konsep force (daya) graviti ini berlaku apabila sesuatu itu jatuh seperti buah durian yang gugur, bola yang melantun ke bawah dan syaratnya mestilah di atas permukaan bumi dan tidak terapung di udara serta bukan di dalam ruang vakum. Cumanya, ummi luaskan sedikit berkaitan konsep daya graviti dengan konsep jatuh ke bawah..secara alami tanpa paksaan, berlaku secara natural dan kejadian itu jika berkeadaan sebaliknya, apa yang akan terjadi?...maka gunung-ganang tak melekat, pokok2, rumah ,kereta dan segala benda terapung...kamu bagaimana?? dunia akan jadi apa?? maka anak murid ummi akan terus berfikir dan membayangkan..sebab itulah mereka terlopong...ummi suka dan ummi leka pada keadaan itu hingga ummi lupa pada kesakitan ummi..sesungguhnya proses pembelajaran dan pengajaran adalah terapi bagi ummi..i like to teach, to be a teacher and to have a good teaching and listening condition..bila ummi balik bilik guru, kawan ummi tengok ummi cergas dan senyum sambil bercerita..dia pun tegur.."Pagi tadi lembik je nampak, ni dah cergas semacam. Dah ok ke sakitnye?"..Ummi pun senyum sambil menjawab.."Dah jumpa ubatnye, dalam kelas tadi.."

PENDIDIKAN MEMANUSIAKAN MANUSIA : SATU HARAPAN

Cukup mencabar apabila mengajar di sekolah baru yang berubah-ubah keadaan. Daripada kelas besar, di kecilkan jumlah pelajar maka bilangan kelas bertambah..bilangan guru kelas bertambah..ummi dah 3 kali bertukar kelas..kali pertama dapat kelas akhir tingkatan satu, kali kedua dapat kelas ke-3 tingkatan 2 (2C) dan kali ketiga dapat kelas akhir (2E) bagi tingkatan 2..Ummi redha kerana ummi tahu Allah pilih ummi untuk menghadapi pelajar ummi dalam keadaan yang agak lemah motivasi mereka..Cuma ummi rasa pergerakan dan tindakan ummi agak terbatas dalam keadaan ummi sarat menunggu hari..setengah bulan sahaja ummi menghadapi mereka sebelum ummi cuti bersalin..pernah satu keadaan, hanya untuk membersihkan kelas baru, sikap mereka cukup sambil lewa, ummi sedikit tinggi suara, itupun ummi dah mengah...mujur mereka segera buat kerja yang di minta..Maka, ummi mengambil sedikit masa mengenali mereka..tak kenal maka tak cinta..dah jadi tanggungjawab ummi mengenali mereka lebih dari pada guru-guru lain sebelum ummi mengambil tindakan atas kesalahan mereka..kebanyakannya pelajar baru tingkatan 2 yang datang dari sekolah daerah puchong dan ada dari negeri lain.

FAHAMILAH LETAK DUDUKNYA...

Mereka berasal daripada pelbagai latar belakang keluarga..ada yang masih tidak tahu membaca, menulis dan mengira wp sudah tingkatan 2, ada 2 orang pelajar yang membantu ayahnya berniaga di pasar malam/bazar ramadhan dan siangnya mengantuk sahaja di dalam kelas, ada pelajar yang malamnya akan melepak di taman permainan hingga jam 3 pagi atas alasan siang jaga neneknya yang sakit dan lepas nenek tidur barulah dia boleh lepak dengan kawan-kawan, merokok, bergaduh, ada yang tinggal dengan 3 orang adik beradik dan neneknya yang bekerjanya sebagai orang gaji dan mereka tinggal dalam satu bilik di rumah majikan neneknya..bayangkan satu bilik dihuni 5 orang..mujur katanya buat sementara sahaja..dan pelbagai keadaan yang agak klise untuk ummi tuliskan kerana ummi ingin doakan kebaikan sentiasa bersama dengan mereka...ummi berdoa agar masa depan mereka akan disinari cahaya petunjuk..amin..ummi ingin sekali mereka sedar bahawa mereka itu masih banyak peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik..

SEDIKIT TAPI BERKAT..BERKAT..BERKAT...AMIN

Ummi ingin sekali memberi walaupun sedikit usaha dan perkongsian keinginan dan impian ummi dengan setiap orang. Begitu juga apabila ummi ingin mengusahakan sesuatu...mendidik di sekolah ummi memerlukan rakan seperjuangan yang sedia berkompromi, memahami aspirasi keinginan membentuk manusia...kadangkala tidak semua perkara kita akan mampu lakukan sendirian, kita masih memerlukan orang lain untuk membantu kita hatta untuk makan kita masih memerlukan pakcik nelayan untuk menangkap ikan untuk kita makan sekeluarga! Bila dalam keluarga, kita amat memerlukan suami dan suami amat memerlukan isteri juga anak-anak dalam usaha membentuk sebuah keluarga bahagia, diberkati dan anak-anak menjadi soleh solehah. Rezeki yang sama-sama kita dapati daripada usaha bersama akan dicicipi anak-anak dan itulah yang amat diharapkan agar diberkati. Moga-moga Allah berkati rezeki yang kita dapati..usah risau pada jumlahnya yang kecil asalkan kita sama-sama pastikan ianya bersih, suci dan halal. Mohon petunjuk Mu YA Allah..Moga-moga dirahmati,diberkati dan diluaskan lagi rezeki kita dalam pelbagai cara...Hanya Allah yang Maha pemurah dan tahu yang terbaik buat kita..Ya Allah Maha Pengurnia, kurniakanlah...

DOA PENERANG HATI

Ya Allah,Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan kami, YA Allah, Tuhan ynag mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.

"maka kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya" (Al-Anbiya' :79).

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahaiTuhan NAbi Muhammad SAW, selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. YA Allah tambahkan ilmu pada kami dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. YA Allah anugerahkan kami cahaya dengan cahaya ilmu Mu, dan jauhkan kami daripada lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.



Doa itu senjata mukmin..

Ummushifa' @ Ummushafi

Desa Saujana.
13 November 2009, Hari Jumaat..hamparan yang mulia untuk insan kembali kepada penciptaNya...

Hari sabtu, 14 Nov lepas kami menerima tetamu yg singgah sebentar di rumahku selepas ziarah keluarga sahabat, Ika yg meninggal di Johor Bahru..muka masing-masing sembab dan bengkak..keadaanku yg masih berpantang hanya diwakili suami yg ziarah bersama sahabat2nya, sempat
tahlil di rumah makcik Allahyarhamah..meninggalnya selepas zohor dan dikebumikan selepas maghrib..Tak sempat sahabat2 dari KL tengoknya buat kali terakhir namun mempercepatkan pengkebumiaan itu adalah lebih baik..

Sabarlah kalian..Kalian sahabat Ika dunia akhirat..Kematiannya baik dan mulia. Arwah Ika yg menderita kanser tahap kedua itu telah bersedia dengan kematian yg diidamkan.HAri JUmaat,memegang Al-Quran dan mengadap kiblat..Ibu bapanya yg sedang berada di Makkah juga pasti mendoakan anak sulungnya itu dalam keadaan terbaik..Itu juga doa arwah Ika di depanku bila kami mengiringi arwah Syafawati Jusoh yang meninggal semasa di kampus dulu.


26 Januari 2006,hari khamis malam Jumaat juga........

Hari kematian Syafa pada malam Jumaat... Kek birthday untuk Ika telah dibeli dan masing-masing rancang nak celebrate birthday Ika yang ke-22 pukul 12 malam nanti..namun, malam itu kek ika kami tak sempat makan dan di simpan dlm peti sejuk sebab semua bergegas ke hospital tengok Arwah Syafa yang baru sahaja eksiden motor,esok2nya pula masing2 sibuk dengan urusan jenazah dan aku sendiri mengiringi jenazah hingga ke kampung halamannya di Kelantan..Arwah Syafa tiada kecederaan teruk,cuma sedikit luka kecil di bahagian hidung..kematian kerana kecederaan dalaman..pengakhiran yang baik,
berpuasa sunat Khamis dan berbuka bersama rakan di rumah, selepas tunai solat Isya',malam Jumaat,ingin menghadiri mesyuarat post-moterm program Bina Insan di kampus.

Allah makbulkan doa Ika..


Ika cakap depanku dengan mukanye yg penuh positif. (sape yg kenal ika akan dpt bayangkan suara dan gayanye yg manja penuh positif nih..)
"kak, bagusnya syafa dpt meninggal malam jumaat..moga ada rezeki kita macam dia ye.." Dan..Allah makbulkan doa Ika..Alhamdulillah..adikku
..memang lama kita tak ketemu..masa dan jarak memisahkan namun, manusia yang hidup ini akan terus mengingati kenangan antara kita untuk dijadikan pengajaran kepada sebuah kehidupan..

YA Allah,moga Kau kurniakan kemuliaan dan keredhaan sepanjang hidup hingga akhir kematian kami..amin
Dari Allah kita datang..kepadaNya kita pasti kembali..sedikit kesusahan pasti memberi seribu makna dan hikmah yang sungguh luas..hayatilah dan selamilah...Al-Fatihah buat Ika kesayangan kami...

Merenung segala perancangan Allah yg Maha teliti, ada kebetulan yang membuatkan kita yang merasainya akan terus berfikir..Ucaplah Subhanallah Maha suci Allah...

p/s :Sungguh memujuk rasa...mendengar kuliah ustaz zahazan semalam di IKIM..usahlah kita menangis kerana manusia...menangislah kerana kurangnya amalan kebaikan kita, kerana banyaknya dosa kita, menangislah kerana kelemahan iman dan kurangnya amal ibadah kita...menangislah...Allah Maha mendengar..Air matamu akan menjadi penyejuk jiwa dan tatkala kau dicampak ke neraka lantaran dosa, air mata itulah membantu memadamkan api yang panas membara,insyaAllah...

Ya Allah, jauhkan kami dari api neraka..YA Allah ampunilah kami..



Al-faqir ilallah.. Ummushifa'


(Di stesen ERL, nak ke Langkawi naik flight bulan 8 hari tu, sibuk pasal H1N1 tu sebab semua jadi zorro:)...)

(Abi,ummi dan Shifa' di ketinggian 710M di atas paras laut di Langkawi..baru 7 bulan masa tu..boleh naik keta kabel dan flight lagi..Alhamdulillah)



Assalammualaikum...


Segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian Alam, Maha pemurah lagi Maha Mengasihani..Selawat dan Salam buat junjungan besar Rasulallah, keluarga dan sahabat baginda..Para salafus soleh dan orang-orang yang beriman yang telah mendahului kita...

Alhamdulillah hari ini hari ummi berhak merasai kebahagiaan dengan penuh kesyukuran...Ummi teringin menitipkan bicara buat insan istimewa di hati Ummi dan Abi...coretan ini khas daripada seorang ummi buat anakanda Ummi dan Abi, Nur Amiratushifa' @ Kak Long Shifa'..umpama perutusan seorang pemimpin penuh harapan di malam Aidilfitri..maka ummi sudi berkongsi coretan ini buat tatapan teman-teman dan sahabat ummi yang ummi rasa, mempunyai impian dan harapan yang sama seperti ummi...

Anak Ummi sayang,
Ummi akan melalui detik-detik seorang ibu yang akan membuat pengorbanan untuk melahirkan seorang lagi zuriat dan merupakan adik kepada kak Long Shifa' yang semakin cerdik,petah bercakap, semakin mengenali kehidupan.....dan ummi antara insan yang hadir atas pengorbanan seorang ibu yang selama 9 bulan 10 hari, malah mungkin lebih..mengusung perut yang semakin membesar dan sarat membawa ke mana sahaja kaki melangkah, bekerja mencari rezeki, memasak untuk mengisi perut ahli keluarga, mengemas untuk memastikan rumah sentiasa bersih kadangkala keluar untuk keperluan-keperluan kehidupan...adakalanya seorang ibu itu sakit pinggangnya, pening kepalanya,bengkak kakinya, letih lenguh tubuh badannya, dengan penuh sabar dan tabah seorang ibu teguh melaluinya...maka apabila tiba masa dan saat ketikanya...ada yang berjaya dengan mudahnya, ada yang agak sukar dan tidak kurang menemui syahid tika berjuang menghadapi saat getir kelahiran insan...hanya yang faham dan sedar akan terus mengungguli jasa bakti seorang ibu yang amat besar pengorbanan dan perjuangannya...Ummi berdoa, moga ummi diberi kekuatan dan dimudahkan urusan ini..amin

Anak Ummi sayang,
Ummi didewasakan dengan kasih seorang ibu dan sayang seorang bapa...Merekalah sumbu jiwa dan penyimbah semangat buat Ummi..Ummi amat berterima kasih pada mereka yang berada di sekeliling ummi ini..dari dahulu sampai tika ini...mereka akan selalu ada dan sentiasa ada, InsyaAllah...Ummi dikurniakan adik beradik yang saling sokong-menyokong dan berkasih-sayang lantaran itulah didikan mak dan abah ummi walau dalam apa sekalipun, tika susah dan senang..Zaman ummi kecil, atok dan nenek agak sibuk bekerja mencari nafkah buat ummi lapan beradik...kami membesar dengan keringat atok dan nenek yang mengambil upah menoreh getah dari estate ke estate. Atok dulu belum ada kebun getah sendiri...Ummi, Mok Usu, Pak Cik dan Mak Teh di jaga oleh Mak Ude dan Mak Ngah. MAk Ngah tika itu dalam keadaan kurang sihat kesan dari demam panas yang menyerangnya pada usia 11 tahun menyebabkan perkembangan mindanya agak lambat berbanding remaja lain. Sedangkan MAk Ngah mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang Penilaian Darjah Lima yang melayakkannya ke sekolah berasrama penuh, namun takdir Allah mengatasi segalanya..Mak Ngah di serang demam panas menyebabkan Mak Ngah kancing gigi dan perkembangan otaknya lemah selepas itu. Hayat mak Ngah tak lama..mak Ngah meninggal dunia ketika usianya 17 tahun akibat demam panas menyerangnya sekali lagi..kali ini mak Ngah tidak dapat diselamatkan...Allah pasti lebih menyayanginya....amin...

Mak Ude cukup sabar melayan karenah ummi adik beradik semua. Pengorbanannya besar buat kami adik-beradik. Bayangkanlah anakku, dalam usia 13 tahun, Mak Ude dah pandai segalanya...memasak, memang sedap, menjahit baju raya untuk adik-adik memang cantik, mengemas apatah lagi dan kerjanya mengangkut air dari parit di belakang rumah ke pelantar rumah kami lantaran rumah lama dulu tiada bekalan air paip, begitu juga tiada bekalan elektrik... luarbiasa kekuatan yang ada pada abang dan kakak-kakak ummi yang melalui zaman susah ketika ummi masih kecil dan belum mengerti banyak perkara... Mak Andak pula kecil-kecil sudah bekerja ambil upah jaga anak orang. Sedangkan usia mak andak baru masuk 11 tahun..budak darjah 5 dah pandai jaga baby. Itulah mak andak yang cerdas orangnya. Orangnya rajin belajar dan cepat dapat kalau belajar sesuatu... Pak Long pula antara anak kampung generasi pertama yang berjaya ke asrama Sekolah Sains yang agak terkenal di Melaka. Rezeki pak long akhirnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sentiasa jadi kebanggaan mak,abah dan orang kampung tika itu. "Anak penoreh getah masuk Universiti"...hati atok berbunga...hati nenek membuah bahagia...Atok kini mempunyai kebun getah sendiri. Atukldan neneklah bos dan pekerjanya...Alhamdulillah..barangkali hati mereka berbisik..syukur padaMu Ya Allah...berkati rezeki kami dengan kejayaan anak-anak...moga mereka terus bahagia dunia dan akhirat...


Anak Ummi sayang..
Tidak sia-sia keringat yang diperah di usia muda..di hujung usia tua, atok dan nenek menuai hasil..berjaya melihat kami adik-beradik semua ke menara gading dan kini dengan kerjaya masing-masing..semuanya bergelar graduan dan siswazah kecuali Mak Ude..tapi bagi ummi, mak ude adalah guru ummi..mak Ude dah membuat pengorbanan besar menjaga kami adik-beradik..Allah Maha Pengasih dan Penyayang...Allah memberi kurnia jauh lebih baik buat mak Ude yang akhirnya sampai jodoh awal dengan seorang lelaki budiman..seorang graduan Universiti dan kini seorang jurutera..Alhamdulillah..tuah mak Ude..berkat berbakti kepada ibu bapa dan adik-adiknya..kini mak Ude bahagia bersama 5 orang cahaya matanya. Salah seorang anak Mak Ude, Angah Hanif antara pelajar cemerlang PMR sekolahnya tahun lepas..

Anak Ummi sayang...
Ummi teringin menyampai pesan...anak ummi semakin banyak belajar..semalam, anak ummi dah pandai tanya.."kaki ummi sejuk ye..nak pakai stokin?" akhirnya, kak long ummi inilah yang pakaikan stokin di kaki ummi..hati ummi sejuk..ummi tinggalkan kak long di rumah mak ude hari ini sebab hari ini ummi dan abi ingin ke kelas darussyifa'. Anak mak ude, Kak Aini yang jaga kak long..mak ude bertuah..perangai kakak Aini sama macam perangai mak ude dulu-dulu. Rajin dan penyayang...kelebihan pada kak Aini..pandai dan bijak belajar. Peperiksaan Pertengahan Tahun kak Aini dapat nombor 1. Kak Aini baru tingkatan 2..ummi doakan kak Aini cemerlang PMR tahun depan..amin..

Anak Ummi sayang...
Biarlah kita tidak kaya-raya tetapi hati kita kaya dengan segala kebaikan dan sifat mahmudah iaitu segala sifat terpuji..anak ummi belajarlah menjadi anak yang solehah dan sentiasa memberi kebaikan buat insan lain...mengembirakan orang lain dan memanfaatkan kehidupan untuk segala kebajikan yang memberi erti di dunia dan akhirat. Menginsafi kehidupan ini hanya sementara, kita sentiasalah membuat segala amal kebajikan dan menjauhi larangan Tuhan..

Anak Ummi sayang...
Usah lupa pada jasa Abi..seorang insan mulia yang dititipkan Allah buat Ummi meneruskan kehidupan dengan penuh keberkatan..kehadiran Abi menyempurnakan kehidupan Ummi...melengkapkan tuntutan dan kesempurnaan agama Ummi...anugerah tiada ternilai..itulah Abushifa'..abi kak long...abi yang selalu sayang pada ummi dan kak long dan Angah (bakal adik kak Long, insyaAllah)...dari dahulu lagi dan sepanjang ummi mengandung inilah, abi sangat menjaga kak long..tidur abi yang kurang bila kak long demam dan muntah-muntah..abi yang bergegas bangun tatkala kak long minta susu di waktu malam..abi yang suka bawa kak long pergi ke surau solat Jamaah..sebab tu bila kak long dengar azan sahaja, kak long dah pandai cakap.."Abi, ummi ...jom solat..." Kak Long dah ambik sejadah dan bentang sejadah walaupun tak terbentang sangat...Kak Long dah minta " Ummi, nak tekung (telekung)..." Abi yang selalu hantar kak long ke rumah Mak Liza, pengasuh kak long yang baik budinya..Abi yang pandai memujuk kak long kalau kak long nangis-nangis dengan macam-macam sebab..Abi tu tak banyak cakapnya tapi sekali bercakap, menusuk rasa...Abi tetap humor orangnya..qanaah sifatnya dan tenang..penyejuk hati ummi dan kak long..

Anak Ummi sayang..
Membesarlah anakku dalam keredhaan Allah..moga terus dikurniakan keberkatan dalam kehidupan kita sekeluarga...Membesarlah dalam iman dan keyakinan pada Allah...Seperti pesan seorang ahli bijaksana Luqman AL-Hakim pada anaknya, begitulah pesan ummi pada anak kesayangan ummi...Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidupmu anakku..itulah cahaya yang tidak pernah padam hingga ke hari kiamat nanti..

ANak Ummi sayang...
Jadilah hamba yang selalu bersyukur dan tawadu' merendah diri..agar anak ummi ini menjadi anak yang solehah, begitu juga anak-anak sahabat ummi yang sama harapan dan impiannya seperti ummi...Sebenarnya, banyak lagi yang ingin ummi titip nukilan bicara ummi..bukan bermakna ummi ingin anak ummi terlalu sempurna tetapi belajar menjadi diri dalam acuan yang mulia...Setiap ummi pasti mendoakan segala kebaikan buat anak-anaknya...moga anak-anak ummi akan menjadi anak yang soleh dan solehah..amin ya rabbal 'alamin..

Salam ingatan penuh kasih sayang dari UMMI..

Sempena Hari Ulangtahun kelahiran Ummi...

Ummushifa'

13 Oktober 2009
Desa Saujana.
Salam Aidilfitri buat semua...

Semoga Ramadhan yang berlalu memberi banyak kebaikan buat kita semua...Menampung keperluan Syawal dan bulan seterusnya agar sepanjang tahun kehidupan kita berterusan dalam keberkatan dan keredhaan Allah...

"Syawal dirai penuh keinsafan
Moga luruh dosa diampunkan
Selawat dan salam buat rasul junjungan
Amalan soleh jadi pakaian
kekal kita dalam keberkatan
natijah terbaik hikmah Ramadhan"

Ya Allah...jadikan kami insan mukmin dan mukminah yang setia pada agama, beramal penuh ikhlas, berbakti tanpa culas, hidup dengan redhaMu dan akhir kehidupan yang penuh kebaikan dan kebajikan...amin YA Allah..

Kullu 'ammin wa antum bil khair...

Ingatan Tulus Abadi...
Ummushifa'
Abushifa'
Shifa'
"Hai...Cuba teka,siapa saya?"

Syukur atas kesempatan yang dikurniakan..

Alhamdulillah...kepada semua umat yang merasai peluang melalui ramadhan tahun ini. Mungkin dikalangan ahli keluarga,saudara-mara kita, sahabat-sahabat dan orang-orang yang kita kenali telah pergi meninggalkan kita di dunia ini dan mengecap nikmat ramadhan di alam lain..moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman...RAmadhan pasti memberi segala keringanan dan selamat dari azab selagi mana amal mereka di dunia seperti puasa,sedeqah,zakat fitrah dan segala amalan yang pahalanya berganda di bulan ini menerangi kegelapan dia alam kubur...Insya-Allah...

Ramadhan; Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya terlepas dari azab api neraka

Ramadhan penghapus dosa di antara dua Ramadhan. Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda :
"Solat yang lima, dan Juma'at ke Juma'at berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa diantaranya, jika dosa-dosa besar dijauhi."
( H.R. Muslim )

Tahun ini, ummushifa' menyambut 1 ramadhan di rumah baru kakak di Presint 11, Putrajaya..kami berkampung di sini..kebetulan suami sedang berada di medan "perang"..ummi dengan shifa' dok rumah mak andak..Sebenarnya, dah lama tak keluar rumah kecuali setiap minggu bermula bulan Julai, ada sahaja ummi perlu menghadiri kursus, mesyuarat peringkat sekolah, meeting PIBG, dan selebihnya ikut abi ke program2nya...kecuali perancangan ke Pulau Langkawi yang dirancang oleh adik dan kakak untuk bawa mak dan abah berjalan-jalan ...Alhamdulillah, kami join juga..

Shifa nak telekung..nak terawih..

Terawih hari pertama di Masjid Putrajaya..shifa' dah pandai minta telekung bila tengok kakak-kakak comel yang lain bertelekung...InsyaAllah, ummi cuba cari ye sayang...memang shifa' dah pandai minta...apa sahaja yang cantik dipakai ummi, dia pun nak...rantai, gelang,cincin,brooch,baju..hehe..budak perempuan memang begitu...umurnya dah masuk 2 tahun 4 bulan..suka ikut aksi orang dewasa..ummi dan abi dah kena selalu check perubahan sikap hari demi hari...dah pandai sebut takut hantu, eii chomelnye, ummi ni cantikk, nak pakai baju sendiri, nak makan ikan dsbnya...tapi belum pandai ke tandas sendiri..ummi masih dalam proses ajar supaya tak perlu pakai pampers lagi...InsyaAllah bakal jadi kakak bulan 10 ini..ummi mmg sedikit letih menghadapi ramadhan dalam keadaan sarat ini tapi amat bersyukur kerana tahun yang kedua dapat puasa penuh,insyaAllah..moga diizinkan...sama pada tahun mengandungkan kakak shifa' dulu...mohon moga dimudahkan segala urusan..ummi sangat menginginkan rahmat,keampunan dan kita semua terlepas dari azab api neraka sepanjang menikmati ramadhan yang pahalanya berganda-ganda...

Terawih di Masjid Besi

Ada kesempatan Allah beri pada hari ke-3 kami berterawih di Masjid Besi, Putrajaya..MAsjid yang belum siap sepenuhnya tapi dah boleh dibuat solat berjamaah..mujur mak andak dan mak teh boleh jaga anak-anak di rumah (mak teh baru dapat baby,memang kena dok umah),kebetulan kami baru sudah berbuka puasa beramai-ramai(adik-bradik) di rumah kakak..maka ada peluang ummi ikut solat terawih di masjid..ummi fikir,mujur tak bawa shifa'...keliling masjid kawasan berair...seram juga tengok...tidak sesuai bawa anak kecil yang tiada orang nak jaga...entah kenapa buat kolam keliling masjid...memangla fasiliti seperti escalator,lif,dan parking bertingkat disediakan..siap ada pintu gate automatik...tapi, tidak mesra kanak-kanak..tapi kalau nak kira cantik..first perkara yang ummi nampak,orang ramai ambik gambar...sampai habis terawih, time moreh pun oarng ramai bergambar sana-sini..amboi...

Jom...Balik Kampung Ummi...

Ummi minta izin abi yang berada jauh di utara tanahair untuk ummi balik kampung di Melaka bawa kereta. Mok su dan Shifa' teman ummi..Mak andak pesan balik siang hari sebab ummi ingat nak balik malam hari,boleh makan..hehe..Maka, hari Selasa Ummi drive balik Melaka..Sebelum balik, ummi balik rumah di Sg Merab.. kemas di dalam rumah sahaja (luar rumah rumput panjang belum lagi nak mesin..dah banyak kali orang datang nak upah mesin rumput tapi ummi seram sebab abi tak de di rumah..) , basuh baju, sarung kusyen, vacuum rumah...sampai lepas Asar lepas baju kering barulah kitorang keluar gi beli barang dan ole-ole untuk bawa balk kampung...cari juga susu Bio-Lac Shifa' di Era Edar..Shifa' suka susu ni..susu homeopathi keluaran bumiputera...Ummi beli setengah dozen...Tu pun dah RM 104.60...Kami sempat singgah di rumah mak ude di BAngi..lepas tu barulah kami bergerak balik... Mok Su terkejut tengok ummi drive..bertolak jam 5.50 petang, jam 7 petang kitorang sampai...Ummi sebenarnya tak perasan pun laju..tapi..harap2 selamat lah dari speed trap..InsyaAllah.Nenek dan atuk shifa' dah menunggu kami..nenek buat roti canai dengan kari dal ayam kampung..wah...memang favourite kami adik-beradik..roti canai yang emak uli..tiada tandinganya dengan mana-mana roti canai yang pernah kami makan...makanan air tangan emak berinti kasih sayang...bestnya..

Abi balik dengan senyuman

Alhamdulillah, Allah bagi kemenangan kepada jentera Islam yang berjuang... Pasti kemenangan dan hak memimpin Allah beri pada insan yang layak dan mampu...seminggu abi tinggalkan shifa'...dari jauh masa ummi ambik abi di Melaka Sentral, Shifa' dah tersengih-sengih tengok abi berjalan lesu ke arahnya...6 jam abi dok dalam bas yang sejuk,memang muka sedikit letih tapi bila dengan shifa' terus segar je mukanya...pernah satu pagi masa abi tak de, shifa' nangis..sayu bunyinya..ummi fikir shifa' rindu abi...memang, shifa' rapat dengan abi kerana sepanjang ummi mengandung, ummi sedikit letih melayan shifa' yang semakin keletah dan suka duduk atas perut...hanya di perut abinya dan belakang abinya dia boleh panjat-panjat bergurau senda..ummi..ermm...sorryla..nak dukung sekejap, bolehla..kesian kak long...tapi ummi tengok kak long semakin pandai berdikari...karenahnya semakin matang berbanding di awal kehamilan ummi dulu...kakak ada 2 bear dan1 sheep yang dia sayang..satu yang Tok bagi, satu lagi yang ummi dapat hadiah dari anak murid dan sheep tu Mok Su yang bagi dari Ukraine..kira sheep tu baby paling kecillah yang selalu kak long main tidur-tidurkan sambil nyanyi zikir..Laailahaillallah...

Balik Terengganu..

Kami ambil peluang cuti panjang ini, untuk balik Terengganu...sebenarnya dah lama tak balik, kalau ikut bulan, masa ngandung 5 bulan dulu balik sebab adik kawin...ni dah masuk 8 bulan ngandung baru balik,rindu dah kat sume..tok pun dah telefon dari minggu lepas tanya, jadi ke nak balik, lagipun turn raye tahun ni kat melaka, so kena balik awal di terengganu. due ummi mungkin after raye, InsyaAllah...Maka, hari Khamis pagi kami bertolak dari Melaka. Cadang nak lalu highway KL..so, singgah di rumah, Sg Merab , ke Ofis abi di KL dan kemudian meneruskan perjalanan ke Terengganu..Bila tengok abi letih, ummi minta nak drive.memang drive siang hari di bulan puasa agak letih sebabnya tak leh nak kunyah gula-gula mentos atau berenti makan...kecuali shifa' yang dah 2 kali minum susu...hehe..ummi ganti drive dari lepas genting sempah ke gambang...abi memang tak tahan silau matahari..mujur perjalanan kami diiringi cuaca yang lebih banyak mendung berbanding terik matahari..Mak bekalkan dengan rendang kering dan ikan patin masak tempoyak..harap-harap tahan sampai waktu buka di Dungun nanti...petang semalam kami sempat gi bazar ramadhan di Duyung, Melaka (still with face mask...)..beli daging dan tulang lembu..abi teringin nak makan sup tulang yang mak masak..alahai,memang abi peminat sup yang emak masak..kalau gi mana-mana, sup-sup itu takleh banding dengan sup yang mak mertua dia masak..yeke?..alhamdulillah..tapi kalau mok terengganu pulak..ikan masak asam dialah yang paling sedap...isshh..sorila..citer bab makan pulak...Alhamdulillah kami tiba jam 6.30 petang..cadang nak beli lemang kat tepi jalan di Kijal tapi pelik gak sebab tak nampak gerai lemang yang beroperasi..yang beroperasi hanyalah di alek* kiri..alek kanan,tak de..bukan rezeki kami rupanya..tak pela..sampai rumah kak Nor, sume orang sedang sibuk masak..rupanya diorang sume baru sampai juga di rumah kak nor..balik dari Kemaman membeli belah baju raya di BTM..katanya murah di situ...mujur ada chef terlatih..nasi lemak juadah berbuka memang menyelerakan..ada sambal ikan bilis, sambal ayam dan sambal ikan..pilih saje ikut citarasa...tapi yang sedinhnya, tak leh nak makan nasi lemak dengan gulai tempoyak mak..tak kena..so kita extend bawa ke masa sahur...

KElahiran Afi...

Ramadhan tahun ini juga menyambut kelahiran baby Afi, anak sedara yang baru..anak kepada Alu dan Aqilah..Tahniah, Afi lahir, 1 ramadhan lepas...comel..emaknyalah puas nak berpantang sepanjang ramadhan ini...moga sabar dan tabah...Bersama kelahiran itu, ada rahmat dan keberkatan yang mengiringi...amin..

Kisah Makan...


Dalam banyak-banyak cerita, cerita pasal makanan memang sinonim di bulan puasa...orang bercerita tentang menahan lapar dan dahaga di siang hari..tetapi di malam hari...segalanya menjadi 2 kali ganda...kadang-kadang ada istilah Qada' makan pulak...alahai...peluang ke bazar ramadhan ketika pulang bercuti di Melaka memang menceritakan segalanya tentang makanan...apa sahaja yang di cari..semuanya ada di situ..segalanya untuk pengisian fizikal kita iaitu perut..alahai istimewanya layanan untuk perut kita..bagaimana pula layanan untuk pengisian rohani kita?...tepuk-tepuk perut...tanya-tanya hati...

Tadarus..

Keluargaku baru usai buat majlis hari keluarga sebelum ramadhan tiba..kebetulan adik dari Ukraine balik bercuti dan kali pertama menyambut ramadhan di Malaysia sepanjang tempoh 6 tahun belajar di sana...mujur baki cuti termasuk bulan ramadhan...tahun ini, kakak-kakak rancang kami buat tadarrus kelompok mengikut keluarga masing-masing...Pembahagian surah di beri dari Juz 1 hingga 30...rancangnya agar dapat buat majlis khatam Al-Quran pada 29 Ramadhan di kampung. Syukur, moga kita semua dimudahkan urusan...Ummi fikir-fikir juga..kat sekolah pun nak buat tadarrus..alhamdulillah..moga-moga anak-anak pelajar ummi celik Al-Quran..walaupun masa singkat, ummi harap anak-anak pelajar ummi dapat hayati program tadarrus ini..moga kita faham juga berkenaan tadarrus ini..bacaan kita disemak oleh orang lain..selain membaiki,kita akan belajar untuk menerima teguran...menambah sifat yang baik pada diri...memang ada di kalangan kita,orang yang sukar ditegur..suka melenting dan panas hati bila ditegur orang...lebih2 lagi yang menegur tak kena cara...maka, kita belajarlah bersabar ya...

Semoga ramadhan ini kita sentiasa dilimpahi ketenangan dalan beribadah dan kesungguhan dalam semua amalan.Ummi mohon maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali ummushifa'..Selamat melalui bulan rahmat dan penuh keberkatan ini...salam ingatan...
Salam buat semua..ummushifa' mengharapkan sahabat dan teman-teman sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah Taala..

Segala perjalanan hidup kita telah ditentukan Allah..dari hal kehidupan, mula kita dilahirkan, dikurniakan ilmu,menjalani kehidupan, mendapat kebaikan atau ujian, mendapat jodoh, dikurniaan rezeki berupa anak, harta dan akhir kematian kita..semuanya..Hanya Allah yang tahu.

Membuka lembaran baru sebagai mukaddimah entry kali ini dengan menyandarkan kebesaran Allah sebagai MAHA TAHU yang amat luas penghayatan. Allah juga memiliki segala-galanya tanpa sebarang saingan kerana DIA MAHA PENCIPTA.

Sekolah baru
Alhamdulillah, bangunan sekolah baru semakin tampak berseri. Hari pertama kami sampai sahaja di sekolah tanpa kerusi , meja pelajar dan guru, bangunan kelas dan bilik-bilik kosong malah guru-guru mula bermesyuarat di bus stop di hadapan pintu pagar sekolah hanya kerana memilih tempat yang mempunyai tempat duduk. Menjadi pioneer (baca : perintis) tentu besar pengorbanan. Bilik makmal ada tapi kosong belaka, bengkel-bengkel, kelas-kelas khas , pusat sumber , bilik tayang dan semuanya mengambil masa untuk dilengkapi sebaiknya. Guru-guru bersandar pada kreativiti dan pengisian semata dalam penyampaian di bilik darjah. Bahan bantu mengajar dengan cara tersendiri...

Sekolah ini dibuka atas keperluan dan boleh dikatakan desakan para ibubapa penduduk di kawasan Putra Perdana yang saban bulan mengeluarkan belanja hampir RM160 untuk seorang anak demi bayaran pengangkutan anak-anak mereka ke SMK Cyberjaya.HAri pertama kami bermesyuarat, hari itulah sampainya surat kelulusan menduduki bangunan, betapa desakan itu amat terasa sedangkan keadaan hati-hati para guru belum reda menerima arahan perkhidmatan supaya berpindah sekolah mengikut aliran pelajar ke sekolah baru...Ada beberapa orang guru agak payah menerima kerana banyak faktor antaranya anak mereka bersekolah di sekolah lama, jarak semakin jauh dari rumah, faktor perlu melalui tol RM1.60 pergi dan RM1.60 balik setiap hari, faktor kesihatan kerana laluan dalam kawasan Pulau Meranti yang masih dalam pembinaan terlalu banyak habuk dan lori pasir yang keluar masuk, laluan jalan yang bengkang-bengkok tidak sempurna dan sebagainya.

Belajar menerima

Alhamdulillah, dapat sahaja panggilan telefon hari Selasa semasa cuti sekolah minggu ke-2 kebetulan memang menyediakan diri sekiranya dapat arahan pindah..."Assalammualaikum..Kak Ain ye, ni Lily.." " Oh Lily, apakhabar?" Lily merupakan kerani sekolahku..orangnya rajin dan peramah. Baru sahaja berkahwin, masih berseri-seri wajahnya bila tersenyum..."Sihat..." "Mesti ada hal telefonkan..akak kena tarik nafas ke?"
"Ha'ah kak..macamtulah rasanya...Surat baru je sampai, ada 28 orang guru yang akan pindah ke sekolah baru..pelik juga kenapa akak punya nama yang naik sebab akak dok Kajang..tapi nama akak sekali dengan Saadah yang dok Kajang juga..mungkin faktor opsyen dah penuh sebab akak dengan Saadah opsyen sama Sains dengan Matematik." "Ok, tak pe Lily, petang nanti akak gi sekolah ambik surat ya..nak kena terus kemas barang, sok dah tak sempat sebab nak antar adik ke Perak,rumah pengantin lelaki..." "Oh ye ke...ok kak, datangla..saya ada je" "Ok, terima kasih Lily"...Begitulah serba sedikit keadaan menerima panggilan telefon yang akhirnya membawa ummushifa' berhijrah ke tempat baru...

Alhamdulillah pindah sekali dengan Saadah, bolehlah kami meneruskan aktiviti "car pool" ke sekolah secara bergilir-gilir. Jarak sekolah dengan rumah kami lebih kurang 35 km mengambil masa lebih kurang 30-35 minit melalui jalan bengkang-bengkok yang menjadi laluan lori-lori mengangkut pasir,simen dan batu-bata selama lebih kurang 15-20 minit di Kampung Pulau Meranti. Sesiapa yang pernah menjalani latihan "jungle-trekking", saya kira bolehlah lulus melalui jalan seperti ini...

Mula Kerja

Mula-mula masuk mesyuarat terus dilantik jadi Setiausaha Mesyuarat Guru, guru bertugas minggu pertama persekolahan dan guru kelas 1J iaitu kelas terakhir tingkatan 1 di sekolah baru dan saya bertugas bersama rakan saya Puan Roslizawati yang sedang menunggu hari untuk bersalin! Ummushifa' take an adventure sebab rakan-rakan yang pindah semuanya sama level, sama cerita dan kami mempunyai barisan pentadbir yang cukup diplomasinya. Kekuatan guru berjumlah 32 orang pada awalnya mengawal pelajar hampir 500 orang pasti menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Faktor menerima arahan dan belajar mengawal keadaan serba baru bersama membuat kami saling bantu membantu bekerjasama. Alhamdulillah, sekolah yang kosong, semakin nampak wajah "sekolahnya".

Masuk minggu ke-2, guru-guru agak tersepit dengan keadaan kekurangan guru dan kami membuat kerja dengan bebanan yang bertindan-tindan. Belum kira kelas "relief", guru-guru yang namanya ada tapi mereka tiada menerima surat dari PPD, guru bersalin, guru cuti sakit yang lama atas faktor kesihatan dengan sijil sakit swasta yang belum endorse pada PPD menyebabkan pihak sekolah tidak boleh memohon guru ganti, kelas yang bertambah bilangan pelajar setiap hari, malah ada kelas tingkatan 2 kian mencecah hampir 50 orang di dalam satu kelas! Memang letih seorang guru mengawal kelas yang terlalu ramai terutamanya kelas-kelas akhir dan pelajar agak bermasalah...Ummushifa' tidak terkecuali mengajar Sains di kelas tersebut!Fuhh...boleh tahan..mengajar ibarat mengepung anak ayam...hehe..pandang kanan,kiri bising, tegur yang kiri, yang tengah dah mula mengusik-ngusik..hampir kesemua mereka datang dari sekolah sekitar Puchong dan tiada pelajar dari sekolah cyberjaya.

Minggu ketiga, kami menerima kunjungan dari Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Muhd Fuad Zarkashi...Dengan keadaan sekolah yang serba sederhana (sekolah pasang siap), kami berkemas mengikut kemampuan kewangan yang ada...sekolah kami masih belum menerima sebarang sumber kewangan kerana segalanya perlu melalui kementerian pendidikan. Dalam masa menunggu itulah, banyak urusan yang memerlukan sumber kewangan..akhirnya, para guru jugalah mendahulukan modal masing-masing dalam memastikan beberapa perkara berdasarkan perancangan asas dapat dilaksanakan..

Mengenali dan Mengendali

Keadaan hanya boleh dikawal apabila kita belajar mengenali dan memikirkan cara terbaik mengendali mereka. Semestinya setiap hari, masa dan ketika adalah berbeza situasinya. Seronoknya jika mengajar kelas di awal pagi...pelajar masih segar dan mereka lebih memberi tumpuan. PAda waktu pagi biasanya pelajar kelas sederhana sedia menerima segala ilmu dan mereka akan turut arahan guru tanpa gangguan kebisingan kelas..(belum banyak modal bercerita..) Namun, pelajar kelas akhir, agak pasif waktu pagi, aktif selepas rehat dan kian hiperaktif ketika masa-masa akhir waktu persekolahan. Istilah " ibarat cacing kepanasan" sinonim pada situasi tersebut. Jadual kali ini ummushifa' mengajar di awal pagi dan paling sukar pun beberapa waktu selepas waktu rehat dan tiada di hujung waktu persekolahan. Pernah seorang sahabat guru bertanya, apa petua yang saya pakai, kelas senyap tak bising time mengajar?Sebenarnya, masa tu ummushifa' mengajar kelas sendiri, 1J..memang diorang telah didoktrin pada awal mula belajar mengenai keberkatan ilmu..sikap hormat guru dan larangan bercakap ketika guru sedang bercakap kecuali jika ada soalan tertentu. Ditambah lagi, seorang guru kelas memang semestinya akan lebih berpengaruh terhadap pelajar kelasnya sendiri kerana banyak urusan berkaitan diri dan peribadi mereka diuruskan oleh guru kelas..peluang inilah yang perlu digunakan sebaiknya oleh guru kelas tersebut untuk lebih belajar mengawal dan mengendali pelajar mereka termasuk di kelas lain.

Bacaan Yasin dan Air Yasin

Alhamdulillah, sekolah kami menetapkan majlis bacaan YAsin setiap pagi Jumaat sebagai aktiviti wajib diikuti pelajar beragama Islam. Apa yang pernah ummushifa' rasakan, kesan bacaan YAsin amat berkaitan dengan kualiti pelajar. Ramai guru yang bukan daripada sekolah lama ummushifa' memuji sikap bekas pelajar sekolah Cyberjaya. Mereka membandingkan pelajar-pelajar tersebut dengan pelajar sekolah lain..Kebanyakan pelajar muslim sekolah Cyberjaya memang melalui aktiviti membaca YAsin setiap pagi Jumaat di sekolah lama. Sistem displin di sekolah lama juga menggunaakan kaedah minum air yasin bagi pelajar yang melakukan kesalahan displin.Ikhtiar dilaksanakan sebegitu agar pelajar tersebut akan lembut hatinya dan berubah sikap. Kebetulan Unit Displin dipegang oleh dua orang Ustazah yang dedikasi iaitu Ustazah Che Supiah dan Ustazah Suzara Makpol. Semoga usaha mereka terus diberkati.

Menitip Rindu

"Bila wajah menjelma, rindu padamu datang bertamu, bertanya khabar lidahku kelu..sekadar menyapa di angin lalu..."

Mesej kuterima dari partnerku di sekolah lama...aduhai..syahdu..memang dia antara orang yang sangat kuat meminta agar saya merujuk PPD dan minta supaya tidak dipindahkan..sebenarnya, dia juga rakan setugasku di Pusat Sumber sekolah. Sekolah kami terpilih sekali lagi mewakili daerah sepang untuk bertanding peringkat Negeri Selangor. Kakak Mentorku, Puan Norliza, guru Media dan Pusat Sumber pula sedang cuti bersalin...( kak liza dapat baby girl, tercapai hajatnya kerana 3 hero telah membarisi barisan hadapan keluarganya...itupun ada kisah yang mencuit hati..ada masa ummushifa' ceritakan..). Saya memangku jawatan Puan Liza sementara kerana jawatanku setiausaha PSS namun, takdir Allah mengatasi...akhirnya, kak Aniza (AJK BBM) merangkap partner setiaku yang kena jadi orang kuat di Pusat Sumber sekolah...

Solat Subuh dan buku menarik kaitan Sains dengan Islam dan kehidupan...

Pernah tak sahabat-sahabat bertanya pada anak murid mengenai solat Subuh mereka? Alhamdulillah..pernahkan...tapi jawapan apa yang kalian dapat dan perhatikan? Tentu mendukacitakan jika kategori kelas yang sahabat guru masuki adalah kelas bermasalah... Ada pelbagai situasi pelajar. Pelajar lemah tanpa segan silu mengaku tidak solat subuh, pelajar kelas bijak sanggup menipu untuk mengelak malu jika mengaku tidak solat subuh dan pelajar kelas sederhana akan membei alasan pelbagai sebab kenapa mereka tidak solat subuh....nak tahu situasinya, bertanyalah...ambil sedikit kejutan seorang guru yang bukan ustazah atau bukan guru subjek agama akan bertanya mengenai solat pada mereka...Kebetulan jadual mengajar kali ini ialah subjek Sains Tingkatan 1 dan 2, Sejarah Tingkatan 2 dan Pendidikan Jasmani Tingkatan 1. Jika ada peluang, kita sebagai guru sains atau guru PJ pun boleh...membacalah mengenai kaitan Sains dengan Islam atau kaitan Sains dengan kehidupan seharian.Memanglah setengah kelas yang bercampur dengan non-muslim, kita akan cuba memberi kaitan aktiviti seperti Tai-chi, meditasi dan pelbagai aktiviti semuanya dengan tujuan mencari ketenangan dan kesihatan individu.

Antara contoh buku menarik :

Tajuk : Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains

Pengarang : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok

Penerbit : Universiti Malaya

Berikut sinopsis buku ini yang telah saya petik dari link

Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Selain itu juga buku karangan Harun Yahya keluaran Saba' Islamic Media, buku karangan Dr Danial dan semua buku yang baik juga semua maklumat yang berguna memang baik dijadikan info tambahan dalam pengajaran kita seharian.

Rumah sahabat

Rumah kak Wan Siti Fatimah (Awe) rupanya berhampiran sekolah baru saya...Cuma kami masih belum berpeluang berjumpa. Kak Awe mengajar sesi petang di sekolahnya...Saya menerima mesej Kak Awe menyatakan dia pun berminat nak mengajar di sekolah ini .Melalui mesej kak Awe pada saya, kak Awe telah telefon PPD bertanyakan kekosongan, tetapi jawapan PPD menyatakan guru agama sudah cukup...realitinya, ustazah kat sini hanya ada 3 orang mengendalikan pelajar yang terlalu ramai. Kesian seorang daripada mereka yang sedang mabuk, morning sickness yang teruk. NAk ambik MC pun fikir banyak kali sebab kesian dengan ustazah yang lagi 2 orang nak kendali kelas agama yang bukan senang nak dikawal...pastinya keberkesanan pengajaran akan terganggu dek kerana kepadatan para pelajar setiap kali masa matapelajaran agama Islam berlangsung. Mungkin juga faktor kemasukan pada pertengahan tahun menyebabkan banyak perkara hendak diuruskan sehingga terlepas pandang dan mungkin juga pelbagai faktor melibatkan segala kelemahan manusia...Didoakan kak wan@Awe dapat rezeki pindah sekolah ini tahun hadapan..InsyaAllah...

Secangkir harapan

Semoga dedikasi kita dalam dunia pendidikan dipermudahkan dan dikurniakan segala kebaikan. Biarpun zaman semakin mencabar wibawa guru, anak-anak pelajar kita terus dipengaruhi keadaan massa, namun kita akan terus belajar dan belajar untuk mengajar. Kita adalah pelajar kepada seorang guru bernama kehidupan...

Allahumma yassir wala tu'assir....amin ya Allah...

Ummushifa'
Dari Cyberjaya ke Putra Perdana

Hijrah menuju Allah

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya
HASANAH.....
....Moga perjalanan hidup kita akan terus dipermudahkan.... amin YA Allah

.....Dari Cyberjaya ke Putra Perdana....







Salam buat keluargaku, saudara-mara, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan guru, senior-senior dan adik-adik junior...

Selamat Pengantin Baru , Selamat menerima kehadiran insan-insan baru dalam kehidupan dan Selamat mengharungi kehidupan dan semoga sentiasa dalam Iman dan keredhaan Tuhan ... Amin