Rabu, 31 Oktober 2012

Qurratu 'ayun Ummi abi:)

Assalammulaikum

Menjalani kursus dan berjauhan dengan suami dan anak-anak adalah dugaan yang manis...walaupun kasihan yg ditinggalkan namun sebagai menguji rasa rindu dan kasih insan tersayang, jarak itu menambah rasa...terasa mengulangi sedikit episod bercinta dan mngukir janji setia walaupun semua itu saya hanya dapat rasakan selepas perkahwinan kami..syukur Alhamdulillah..mudah2an Allah limpahkan kebaikan kepada kami segala rahmat dan berkatNya buat kami demi mencari keredhaanNyaa..ameen ya rabb...

ANAK KECILKU , RAHMAH

Dia comel. Mudah tertawa dan cepat belajar. Suka membuat mimik muka yang sangat mencuit hati dan suka menjuih lidah sambil buat bubble...aduh suka sangat dia...mula bertatih pada usia 9 bulan dan berjalan pada usia 10 bulan. Paling awal antara kakak dan abangnya yg masing-masing mula berjalan pada usia setahun dan setahun sebulan. Rambut kerintingnya halus,bila disikat dan dibelah sebelah kiri,naampak sungguh bulat mukanya! Aishahturahmah, sungguh rindu ummi...mula pandai sebut ummi,bismillah dan atak(kakak)..ifak(shifa')..dan membebel macam2 perkara. Aishah suka mengusik abangnya...dah abangnya boleh menangis hanya kerana Aishah melanggar permainan lego nya! aduh abang nih! kantoi la....Aishah sudah masuk setahun 2 bulan lebih...dah semakin laju dan laju..mg Aishah menjadi anak solehah...ameen ya rabb..

INI ABANG LAAA...

Abang 'Ammar suka baca buku.."Abu Ada Ayam"...suka baca walaupun sebutan agak sedikit pelat..bukan tahu baca pun tp sudah menghafal bacaan kakaknya yang sudah mula lancar membaca..syukur alhamdulillah...'Ammar belum pandai kayuh basikal dan masih memakai pampers..aduh..dah berapa kali training,failed sokmo disebabkan kelewatan melompat masuk ke dalam tandas. semua insiden berlaku di hadapan pintu tandas! aduyai anakku..heroku! Abang mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu..kalau nak dia akan minta sampai dpt wp terpaksa mengalirkan airmata...hero hindustan sungguhlah abang ni...dahla muka comel..geram ummi tgk dia nangis..aiiiyakk..my boboiboi..abang seorang yg sungguh prihatin..barang ummi,abi,kakak,dirinya dan aadik adalah barang yg dia akan jaga..contohnya kasut ummi,abi dan dia akan dia susun..kasutnya janganla hilang,amatla disayang..barang adik dan kakak dia yg alert letak kat mana..kalau nak cari barang atau jumpa barang,biasanya abangla orangnya..suka minum macam orang tua..kalau ummi buat kopi panas,dia pun suka kopi panas..'ammar ummi yang bijaksana..membesarlah dengan penuh kebaikan dan menyebarkan kebaikan buat ummat..ameen ya rabb..

KAKAK SHIFA'

Ermm..buat kali kedua..hari ni ummi kursus,abi yang pergi ambik buku rekod kakak..tahun lepas,abi juga yg ambik sbb ummi dalam pantang baby rahmah...kesian kakak..namun,syukur Alhamdulillah...kakak dapat no 2 daripada 18 pelajar dan MAtematik kakak dapat 100%...syukur..tahniah buatmu sayang...ermm...lama dah kakak minta nak pi hotel,mandi kolam renang...esok dtg ya dgn abi..insyaAllah...mg kakak dapat teruskan prestasi terbaik dunia dan akhirat..mjd anak solehah dan muslehah...barakallah sayang...ummi masih dilema untuk menyekolahkan anak ummi seorang ini pada tahun hadapan..kakak dah 6 tahun nanti..kakak minta nak sekolah kat genius aulad..sama macam kakak aliyah dan abang muaz...tp ummi fikir agak jauh dari rumah...kalau ada pengangkutan,mgkin ok..doakan laluan terbaik buat anak ku sayang....wahai kakak..mg menjadi pembimbing terbaik buat adik-adik...

Semoga anak-anak ummi dan anak-anak semua saudara dan sahabat ummi menjadi generasi pewaris nabi dan meneruskan perjuangan nabi menegakkan agama Islam tinggi di persada..ameen ya rabb!

~Ummi,CP..Port Dickson~1.05 pagi hotel tepi pantai~
~sungguh indah ciptaan Allah..subhananallah tabarakallahu ahsanul khaliqin..ameen~

Ahad, 28 Oktober 2012

Eidul Adha 1432H

Assalammulaikum....

Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Allahu Akbar 
La ilahaillahu wallahu akbar
Allahu akbar wa lillah ilhamd..
Syukur alhamdulillah lantaran Allah masih panjangkan usia untuk kehidupan kita semalam,hari ini dan akan datang yang semestinya belum tentu milik kita..Allah rezekikan pada kita kurniaan terbaikk iaitu sedikit bahagian dunia untuk dikongsi bersama penduduk dunia yang lain..laluannya melalui rezeki kurniaanNya pada kita...

Tahun ini tahun pertama ummi berpeluang menyertai perkongsian korban bersama adik beradik ummi yang berkongsi seekor lembu sebagai 6 bahagian korban dan 1 bahagian aqiqah.

Perkongsian tahun ini insyaAllah daripada Atuk Sayuti dan nenek Muslimah, Pak Long Zainal Ariffin atas nama anak bongsunya Puteri Syafinaz, Pak Ude Shahroni+Mak Ude Suzanah sekeluarga. Pak Andak Asnul Dahar dan Mak Andak Rozita, Abi shahrul zaman dan Ummi, Makwe @ Mak Uteh Minam Hj wadian dan Aqiqah Aqeelah Hannan.

Sebelum itu,kambing aqiqah Pak Cik Azam dan Mak Teh telah disembelih lebih awal untuk membuat Majlis Aqiqah dan masing2 digunakan untuk membuat menu nasi Arab pada hari korban dan seterusnya diadakan kenduri doa selamat sempena korban dan Aqiqah.

KORBAN

Lembu yang terpilih dan Allah telah rezekikan buat kami sampai malam hari raya...lembu berwarna perang gelap kemerahan itu diikat di bawah pokok durian abah. Lembu itu menjadi perhatian anak-anak buah ummi. Malam itu lembu sedikit terganggu namun kembali tenteram seketika kemudian..alhamdulillh.."wahai lembu, jalanmu  ke syurga terbuka luar...Mg jadi kenderaan buat kami di akhirat kelak...ameen"

KHUTBAH

Pagi hari raya semua orang bersiap untuk bersolat..semua tidak ketinggalan termasuk kakak shifa'...masa ummi kejutkan pagi hari raya, ummi bisik pada telinga kakak..."kakak, dah raya...kakak nak ikut nenek pergi solat tak?" kakak menggeleng kepala sambil matanya masih tertutup...mulut mula berkata"tak nak , nak solat dengan ummi" Ummi gulp...ehem..macamana nak khabar..."Ummi ni istimewa,macam kak ros upin dan ipin tu.." fuhh..berkesan..kakak buka mata dan bangun nak mandi..ummi mandikan dan pakaikan  baju raya dan abi terus bagi kakak minum susu. Ummi siapakn abang 'Ammar juga. Abang tak nak pergi surau...dia nak duduk dengan ummi...dah lama ummi dapat solat hari raya..janggal pula  rasa  bila tidak berpeluang solat hari raya kali ini. Biasanya memang ummi akan bawa anak-anak. ummi tanya pada abi.."Kena baca khutbah ke hari ini?" Abi belum pasti. tapi  umii tahu memang abi selalu kena baca khutbah dan bergilir menjadi imam solat raya..
"Tadi shifa' dok sebelah khatib baca khutbah" khabar adik iparku, naim. 
"Aiiikk, tak kaco ke abinya tu?"terkejut membayangkan shifa' kalau dia mengganggu abinya. 
"Tak lah, dia diam je.."jelas Naim. 
"Oh, alhamdulillah"lega mendengarnya. 
"Naim jadi imam tak?" tanyaku. 
"Sengaja dok belakang kalau tidak mesti kena punya.." sambungnya lagi "nanti kalau jadi imam orang komen cepat pulak.."katanya disambut dengan adik ummi "kak de kata cepat"..

InsyaAllah,komen yang membina..pastinya akan jadi imam terbaik suatu hari nanti...
Maka, pada pagi hari raya Abi merangkap imam dan khatib raya tahun ini di Surau Solok PAya Kundang..syukurlah,kepercayaan yang perlu dilaksanakan sebaik dan seikhlasnya..mg2 dikurniakan kebaikan dan keberkatan..ameen,
 
Apa yang paling seronok di surau kami ialah, setiap kali selepas solat pasti ada jamuan hari raya...setiap jemaah membawa juadah terbaik dari rumah masing-masing...sangat gembira saat yang dikongsi bersama makcik-makcik,nenek-nenek sekampung...kadangkala tangan kami berlaga dan mencicah kuah pada mangkuk yang sama! sungguh berkat dan kemesraan inilah yang menjadikan kami saling rapat dan dang ssayang untuk dibiarkan dimakan dek zaman...ummi tak dapat membayangkan masa akan datang...masa yang ada inilah yang sangat ingin ummi hargai dan nikmati...izinkan ya Allah...(walaupun tak dapat solat bersama kali ini, namun masih ingin membayangkan kemeriahan seperti selalu..)

KENDURI

Mak teh menjemput kumpulan marhaban kampung untuk majlis yang sekali seumur hidup buat setiap bayi yang dilahirkan...sedikit kemeriahan dengan juadah,marhaban,cukur jambul 3 orang baby (Aqeelah Hannan, Fitri Azfar, Amirah Najihah + 1 baby ummi (Aishaturahmah). Bersungguh makteh menghias buaian yang dibantu oleh kak wati dak abang. Hasilnya memang awesome!

Selepas solat jumaat,jemaah yang dijemput telah membuat bacaan tahlil dan doa selamat sebelum menjamu selera nasi Arab buatan Mak Ude Suzana..wah..sungguh sedap! Alhamdulillah..kakak Nuraini Shahroni yang bersungguh menyediakan kuah tomato nasi Arabnya..you're the best!

KERAIAN

Tahun ini merupakan Sambutan Jubli Emas Ulangtahun perkahwinan Atuk dan nenek..Abah dan emak ummi...Pak Cik Azam menempah pulut kuning buat keduanya untuk kami meraikan bersama-sama. Mg kalian dikurniakan kesihatan terbaik, panjang umur dimurahkan rezeki, kehidupan yang penuh keberkatan dan rahmah dari ilahi...mg terus dikurniakan kekuatan dan kebaikan sentiasa dihulurkan buat insan yang memerlukan...penuh kebaikan kebaikan kebaikan dan kebajikan kebajikan kebajikan..ameen ya rabb...

Moga Allah mengurniakan kebaikan,pahala dan keberkatan atas usaha kita mencari keredhaanNya..ameen ya rabb!

Jumaat, 12 Oktober 2012

Rehabilitasi Iman,Islam dan Ihsan

Assalammualaikum..

Tergiang-giang ingatan di beri oleh Prof Muhaya melalui segmennya dalam radio IKIM. Ingatan mengenai bicara hal-hal yang tidak berkaitan@tidak penting@perkara yang lebih banyak membawa kepada dosa daripada pahala....

Ingatan untuk diri sendiri..sempena kehadiran hari mulia...

Ingin meluaskan kebaikan selagi dikurniakan kekuatan dan sisa hidup yang masih berbaki...insan dipanggil pergi dan dijemput pulang dengan pelbagai cara...mudah-mudahan Allah berikan taufeeq dan hidayah buat kita sentiasa dan mereka yang sentiasa berada di sekeliling kita..ameen ya rabb..

Kesyukuran yang ingin diraikan dan disyukuri...

Tahniah buat adik iparku, Nor 'Aidah Lukman dikurniakan anak perempuan pada jam 10.59 malam Jumaat yang mulia...moga menjadi qurratu 'ayun dan asbab kita ke syurga dengan didikan terbaik dunia dana akhirat..ameen

Buat kakak iparku...kak Nor (Nor salwiah Lukman) dan abang Li( Cikgu Rosli Sayuti)...
Moga mendapatt haji yang mabrur dan terus diberkati kehidupan..dugaan tanda kasih sayang Allah pada kita..moga dikurniakan kesihatan terbaik dan selamat pergi dan kembali menjadi insan dan hamba Allah yang terus memberi manfaat buat ummah sejagat....

Buat kakak Iparku kak yah (Dr Bahiyah Abdullah) , isteri abangku Azam dan abang iparku, Dr Asnul Dahar suami kakakku, Puan Rozita yang masing-masing telah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Perubatan dan PhD dalam Pendidikan...semoga menjadi inspirasi buat diri ini yang masih meniti ruang dan peluang untuk menambah ilmu dan pengalaman...doakan doakan doakan...ameen..

Buat sahabat istimewaku...Nurwaina Rasit...
Syukur dan tahniah..barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama' baina kuma filkhaiyrr....
Gembira atas kebahagian dan pertemuan jodohnya..insan terbaik dunia dann akhirat buatmu hendaknya dan rezeki berganda Allah kurnia buatmu setelah melalui hujan badai dan kemarau kesedihan..fasa kehidupan baru  bermula dan pastinya dirimu terpilih menjalaninya dengan kehadiran insan-insan tersayang  yang sedang dimiliki....sangat suka dengan family wai yang sangat,mak yang sunngu bermotivasi walaupun seorang ibu tunggal...adik-adik yang sangat rapat...syukur padamu Ya Allah...

Buat sahabat2ku yang mendapat panggilan haji..mg mendapat haji yang mabrur...
Buat semua sahabt yang berbahagia dengan kurniaan2, bersyukurla...

Kesedihan yang diinsafi

Tuhan memberi kegembiraan dan kesedihan berselang-seli..sesuai dengan diri kita yang melalui kehidupan yang penuuh warna warni..memahami dan mengerti kehidupan manusia lain akan menjadikan diri kita akan sentiasa bersyukur dan terus bersyukur untuk setiap perkara yang kita lalui walaupun sedih dan gembira...

Moga Allah cucuri rahmat buat Supplier makmal sekolahku , Arwah en Rahim yang meniggal dunia semalam..Arwah baru sahaja memasang rel dan langsir makmal sekolah minggu lepas di sekolahku..mg ditempatkan kalangan insan beriman...ameen

Pneumonia
Semalam, Khamis (11.10.2012) bawa rahmah ke hospital Serdang...check-up pakar Paeds..sebelum ini Rahmah mengalami Pneumonia ( Jangkitan kuman dalam paru-paru).Semalam doktor kata dada rahmah ada bunyi. so, doktor declare Bronchitis..so rahmah kena ambil gas..menangisla anakku ini selama 10 minit gas dihidu dan disedut ke paru-paru...ummi pegang tangan,abi pegang kaki...mula-mula rahmah cool je..masuk 3 minit,mula menangis hingga ke sudah...kesiannya anak ummi...;( doktor Sarah Aishah memberi syor supaya rahmah mengambil vaksin tambahan khas iaitu Pneumacocol khas untuk paru-paru yang boleh elakkan jangkitan kuman..harganya RM180 sekali injection diberikan...tak silap akan ada 2 kali suntikan..terfikir tapi belum membuat keputusan...

Doakan

Doakan anakku rahmah kembali sihat dan bebas dari kuman dalam paru-paru itu...ameen insyaAllah..

Selasa, 25 September 2012

Kembara Izzah ke Mesir

ADIK IZZAH NAK GI MESIR

Moga Allah pelihara dirimu wahai adikku..
Moga diberikan kekuatan ilmu,iman dan amal...
Moga Allah melimpahkan segala rahmat dan kebahagiaan buatmu adikku..

Moga berjaya menuntut ilmu dan memelihara ilmu
Teruskan kebaktianmu di sepanjang kembara suci mencari redha Ilahi rabbi

Adikku Izzah...
Allah memiliki segalaNya
Pohonlah padaNya saat buntu menguasaimu
Pohonlah padaNya saat rindu datang bertamu
Pohonlah padaNya saat sukar menguasai lelahmu
Pohonlah padaNya saat getir menduga rasamu

Selangkah kita rapat padaNya
Seribu langkah Allah rapat pada kita
PERCAYALAH!


Kembara mencari CInta

Alhamdulillah hari ini dapat pengalaman entah ke berapa dan meluangkan masa mendengar luahan hati pelajar yang baru mengenal rasa suka.Barangkali mereka sedang diuji rasa dan percaya pada sesuatu yang belum pernah dialami. Pelajar saya ini seorang pelajar yang baik,jujur,boleh dikategorikan sebagai pelajar yg 'jurus' dan hensem orangnya. Dugaan bermula bila seorang perempuan ingin mendekati dirinya...aduhai..teringat pulak lagu Ainan Tasneem, aku suka dia...memang semua remaja perempuan begitukah sekarang??

GENERALISASI MINDA DAN MEMAHAMI MAD'U

AKU SUKA DIA


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

REHABILITASI IMAN
Ini saya ambil senikata lagu "Aku suka dia" dari laman web..just copy paste..perasaan ini dialami oleh mana-mana remaja perempuan..keseronokan pada rasa dan perasaan yang sedang dibuai...mgkinkah ini juga ini dikenali sbagai keinginan dan harapn yang jika tidak dikawal akan mengundang nafsu yang melulu dan nafsu lawwamah terus ke nafsu ammarah bis su'...

Kembali kepada kisah saya mengenai pelajar yang saya mengambil berat terhadap mereka...bila ditanya, mengaji dah khatam? belum katanya..terkejut saya..dia sudah tingkatan 5,lelaki, sulung,pakej baik,lurus,berjurus cumanya dia belum khatam Quran..saya mula risau...risau dia mudah jatuh terjebak dengan laluan tidak benar...dia takut jika 'girl' tu merajuk,dia tak tahu nak pujuk...dia takut girl tu marah sebab teacher tahu...dia takut..dia belum matang dan lemah lagi fikirannya mengenai "memuliakan bakal ibu kepada anak-anaknya.." dia belum tahu dan mungkin tidak tahu bagaimana cara memuliakan seorang wanita jika benar bakal isteri,ibu kepada anak-anaknya nanti.....

Maka, saya berpesan padanya dan mungkin akan berpesan pada sesiapa sahaja:
1) Habiskan khatam Al-Quran sebelum SPM..masih sempat lagi..insyaAllah
2) Belajar mengawal perasaan yang sedang diuji rasa sayang,rindu dan suka pada seorang yang berlainan jantina lantaran hasutan syaitan yang mengganggu konsentrasi iman dan ilmu kita.
3) Belajar mengawal tingkah laku yang membenarkan si gadis dekat dengannya tanpa sebab..
4) Belajar berkata tidak pada mana-mana ajakan untuk bercouple. Ingatkan wanita yang mengajak lelaki itu ber'couple' dengannya ialah wanita yang rendah akhlaknya..lantaran istilah malu sudah tiada..bukan setakat itu, diajak pula lelaki tersebut keluar "dating"...aduh...sungguh anak muridku yang sungguh berjurus ini sudah terjebakk dan mula suka dengan cara tersebut..selang-seli ajak-mengajak keluar..Ya Allah...
5) Saling mengingati bahawa kalian masih belajar,perjalanan masih jauh dan banyak perkara yang perlu dihadapi secara serius dan akan datang, masa depan adalah mudah bagi mereka yang berjaya mengemudi hati dan iman. 
6)Tegaslah dalam keputusan membina jati diri Muslim yang akan mewarnai musim perjuangan akan datang dari dunia hingga akhirat kelak..insyaAllah

DOA BUATNYA

Moga anak-anak muridku ini berjaya dalam perjuangan mengatasi perasaan dengan iman dan keyakinan...mengatasi rasa cinta pada manusia dan mengembalikan hak CINTA pada pemilik yang sebenar lantaran itulah yang paling UTAMA mereka fahami...hati kita adalah milik Allah...mintalah pada pemilik hati agar dikurniakan rasa cinta yang suci...kembara mencar cinta sejati adalah kembara mulia jika kita mengekalkan kemudi CINTA sebenar hanya pada yang ESA! sedarlah anak-anak ku sayang...mg kalian dimuliakan ALLAH..
Moga ditukar rasa cinta kepada manusia kepada cinta Azali Yang Maha Esa , Pemilik hati...Dia mampu menukar rasa benci menjadi sayang, rasa suka kepada duka ,rasa sedih kepada gembira. Maha Suci Allah yang  menjadikan rasa cinta yang sejati...Hidayah milik Allah...bolehlah kalian menghayati lagu ini dari NAJWA LATIF..dalam IKIM.FM pun ada..

http://www.youtube.com/watch?v=ALNcKnwFn_M&feature=relmfu

KU ADA MU (Ya Allah)

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Isnin, 28 Mei 2012

Menyambut ulangtahun perkahwinan di kampung tanpa disangka!


TAk sangka nak balik kg sebenarnya..hala tujunya sebenarnya nak ke kuliah ustaaz Azhar...pagi sabtu ada seminar di Universiti Malaya...kuliah UAI kat MAsjid Puchong sbb tmpat asalnya di PICC..

Di persimpangan jalan nak pi kuliah patang petang sabtu jam 6.30 ptg...
Tetiba mak telefon katanya "Kak ein..kat mana tu?durian dah mula jatuh...meh la balik..."
Terasa syahdu disebalik nada mak yg mengharap..aduhhhh..berdosanya sampai mak telefon ajak balik...mmg niatnya nak balik kg..tp ada kelas tambahan hari Isnin ni..after kelas mmg nak balik dan nak dok lama ckit kat kg...tp mak nak gi Brunei hari khamis minggu ni..So plan  berubah.. menunggu mak abah naik kl..tp bila mak dah telefon,tanpa fikir panjang..ummi ajak abi balik..mujur sangat abinya ok...dan xda  program hari ahad...

Syoknya dapat balik kampung! Mak Teh ada, Busu ada dan MAk ude ada..shifa' dan shafi sangat suka bermain dgn sepupu-sepupunya!

Tiada lain selain mengharapkan doa dari semua insan yang sentiasa disayangi...mak abah,kakak,abang,adik,abg ipar,adik ipar,anak,anak saudara dan semuanya..


From FB : "6th Anniversary... Syukran jazilan kepada isteri tersayang Siti Norbayah Haji Sayuti. pengorbanan, kesetiaan dan kecintaan daripadamu menjadi iri hati sang bidadari.."
dan hadiah suprise!

Set jam yang diidam..(sebenarnya jam tangan ummi dah pecah covernya...huhu)

TQ my dear speky hubby..inspirasi di hati...:)

Dialog depan Jusco :

Ummi : Abi pi mana tadi...

Abi: ada tgk2 barang td..

ummi: OWh, ada sale ke? (nada excited mendengo sale!)

Abi: ada sale baju kanak2..

Ummi: owh,ok..nanti kita gi boleh..

Abi: Ok,insyaAllah..tersenyum-senyum..(hihi,sebenarnya abi gi beli jam..kan kan...)

From our children..Kakak Shifa',abang 'Ammar dan Adik rahmah...we love u!



Musim buah-buahan di kampungku...





Alhamdulillah...MAha suci Allah yang Maha Pengurnia Rezeki...

Rindunya..nak balik kampung...sebenarnya, baru je balik minggu ni..tp sekejap je..makan durian..
Jom, kawan2 singgah kampung saya jika ke Melaka...

Jumaat, 9 Mac 2012

Rempah Ratus Hijrah dalam kehidupan Episod 1:Bilik Kecil di tengah bandar..

Assalammualaikum...

Maha Suci Allah yang menjadikan setiap kebaikan buat hambaNya...

Seruan Hijrah berkumandang lagi...saya sedang mengira detik demi detik untuk kami menginsafi kehidupan yang tiada bernoktah..Memulai hijrah dari status bujang kepada "married" tanpa melalui status "couple"..kami menyemai cinta dari tarikh kami bergelar suami dan isteri...Maka,bermula perjalanan kehidupan kami dari sebuah bilik kecil di sebuah rumah banglo mewah di tengah bandar, ke apartment tingkat 3 di kota metropolitan, kemudian dijemput bermukim sementara di perbatasan Elit Cyber atas tugasan kerja yang baru bermula, hampir selangkah ke Bandar serba ada Putrajaya walaupun masih mengekalkan ruang desa saujana mata memandang..kami menetap di rumah bertanah semi-D setingkat hampir di desa putra. Kemudian hijrah kami masih diteruskan di perbatasan sempadan Taman Desa,masih di rumah semi-D setingkat dan jodoh kami dengan setiap rumah sewa yang diduduki jarang kekal lama hinggalah di asak merasa penangan rumah teres 2 tingkat di kawasan penempatan yang sama. Mula pindah dalam keadaan sarat mengandung menyebabkan sedikit rasa ketidakselesaan memandangkan pergerakan turun naik dan ruang kosong yang memerlukan perhatian dan kemasan yang bukan sedikit.


Bilik kecil di rumah banglo