Selasa, 16 Jun 2009

Hijrah ku ke sekolah baru...

Hijrah menuju Allah

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya
HASANAH.....
....Moga perjalanan hidup kita akan terus dipermudahkan.... amin YA Allah

.....Dari Cyberjaya ke Putra Perdana....


Selamat Pengantin Baru , Selamat menerima kehadiran insan-insan baru dalam kehidupan dan Selamat mengharungi kehidupan sentiasa dalam Iman...






Salam buat keluargaku, saudara-mara, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan guru, senior-senior dan adik-adik junior...

Selamat Pengantin Baru , Selamat menerima kehadiran insan-insan baru dalam kehidupan dan Selamat mengharungi kehidupan dan semoga sentiasa dalam Iman dan keredhaan Tuhan ... Amin

Selasa, 9 Jun 2009

Rezeki bertemu Ulama'..

Setiap malam Isnin seperti biasa aku menapak ke atas bukit menuju ke tempat pengajian agama...Aku telah berwudhu' sejak di rumah supaya terus dapat solat maghrib berjemaah. Syukur suamiku balik awal... Shifa' dijaga oleh abinya itu..Jangan lasak sangat ye nak..abi letih tu...Ummi drive sendiri ke sana..dan alangkah terkejutnya tatkala tiba di perkarangan Darussyifa', tiada selipar atau kasut kelihatan.."Ke mana mereka?".."eh, takde kelas ke hari ni" soal hatiku...lantas aku terus menelefon adik sekuliahku Aziah. "erm,tak dapat.." Kudail pula nombor Rashidah, adik sepengajianku juga...xdpt juga..Minggu lepas aku terpaksa tidak hadir kerana balik terengganu, adik ipar kawin. Selasa, 5.30 pagi baru sampai rumah di Sg. Merab...Dan diriku mulai risau bila maghrib mula berlalu, terus ke surau An-Nur bersebelahan dengan tempat aku parking kereta..yang penting solat dulu...kulihat dari jauh memang ramai orang di surau An-nur. Siap ade orang masak-masak. Ish..malu pula datang surau time ade makan2 je..sebelum ni tak pernah singgah time maghrib camni..Yang penting solat...fikirku...Bangunan Surau An-nur pernah aku kunjungi sebelum ini. Surau ini antara yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti. Setiap pagi Ahad, ada sahaja kuliah ilmu untuk muslimat. Antara kuliah dengan jemputan penceramah seperti Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Badrul Amin dan ilmuwan yang lain yang mengajar bab feqah, ibadah, akhlak dan pelbagai pengisian rohani sebagai bekalan hidup para muslimat.

SOLAT MAGHRIB MEREKA BERIMAMKAN SEORANG ULAMA'
Terus sahaja aku naik ke tingkat atas. Surau yang dibaiki dan diperbesar dengan derma orang ramai kelihatan meriah dengan kehadiran penduduk sekitar yang mengimarahkan surau ini. Aku sempat mendengar doa dari imam solat maghrib. Terlewat sedikit walaupun ingin kukejar pahala jemaah masbuk..tak sempat...huhu..aku solat di belakang tatkala orang lain bangun untuk solat sunat ba'diyah. Usai solat dan berdoa, ku cuba cari wajah yang ku kenal.."Itupun Azi.." bergegas aku mendapatkannya..tapi dia sudah melangkah ke hadapan dan menyalami seseorang...aku berpapasan dengannya, sambil bertanya, salam siapa?"eh, kak ein..tu salam Ustazah Zailah..." Ku besarkan mataku melihat ke arah wanita tersebut...Ya itu ustazah Zailah..aku ke hadapan untuk bersalaman dengan ustazah..ku buang rasa malu kerana rasa ingin berkongsi aura dengan wanita yang sedang berjuang...moga aku turut diresapi roh perjuangan sentiasa...Ustazah tersenyum sambil menggenggam erat tanganku...aku membalas senyumannya dengan memberi salam.Aku kembali ke tempat Azi. Ada ruang untukku yang Allah telah sediakan di situ..syukur alhamdulillah...

REZEKI BERADA DI MAJLIS ILMU DAN DIPAYUNGI MALAIKAT RAHMAT
"Kak ein,minta maaf lupa bagitau, tak de kelas hari ni..Ada dinner dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz kat Surau An-Nur"..sms yang baru ku buka dan baca..."Alhamdulillah, nasib baik shidah lupa, dapatlah akak jumpa dan dengar ceramah Tok Guru malam ni..:)" kubalas kembali mesejnya. Dudukku betul2 bertentangan dengan Tok Guru walaupun dudukku jauh di bahagian muslimat. Ku naikkan kepalaku untuk melihatnya..yang nampak hanya serban putihnya sahaja..mujur ada skrin di hadapan sebelah kiriku, jelas wajah putih bersih itu kelihatan. PEngerusi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Guru Dato' HArun Din. Ustaz menyebut harapan besarnya supaya surau An-nur diluluskan untuk menjadi tempat orang ramai solat Jumaat. Walaupun pelbagai cabaran harus ditempuh daripada pihak-pihak tertentu, InsyaAllah Surau An-Nur telah ustaz isytiharkan akan memulakan solat Jumaat pada minggu ini..Amin.
WANITA BERJIWA KENTAL
Rupanya malam ini adalah sempena pelancaran Dana untuk Tabung Rantau Panjang, kawasan YB Ustazah Zailah...dan wanita ini menitipkan bicara ihsan memohon perhatian dan ucapan terima kasih atas kesudian pihak urusetia mengurus program untuknya wlaupun dalam jangka masa yang singkat. Air mata mengalir cukup menceritakan kepayahan dan beban ditanggungnya. Jauh hadirnya, kutahu bukan sebarang sebab...melainkan menitipkan salam kepayahan dari daerahnya kepada kawasan penduduk yang agak berada...Ku akui, Bandar Baru Bangi adalah kawasan elit sedang membangun dan penduduknya... alhamdulillah berpendidikan sempurna walaupun tidak semua..
Kuyakin, malam itu sedikit beban kewangan mampu dilangsai buat yang memerlukan. Wang yang masuk ke tabung hanya warna merah dan not RM50 kulihat dari balang lutsinar itu...InsyaAllah.

SEDEKAH MELONJAK PAHALA
Tuan Guru memulakan ceramahnya dengan menceritakan kepayahan beliau menjadikan Kelantan sebuah kerajaan Islam. PAda awal bergelar pendidik yang mengajar Tafsir Al-Quran, pada zaman MAGERAN, pernah kerajaan mengeluarkan waran tangkap kepada para guru agama dan guru pondok...beliau tidak terkecuali mendapat arahan untuk menghentikan aktiviti agama di tempatnya. Namun, perasaan tidak pernah berputus asa mengatasi segalanya dan akhirnya bila kerajaan Islam telah memerintah, tiada lagi halangan seperti itu.
Tok Guru turut mengingatkan keperluan sedekah dan infaq yang perlu diamalkan dalam hidup kita. Fadhilatnya besar seperti menyucikan harta, menambah sikap pemurah dan menenteramkan jiwa.
" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)"
Tuan Guru turut menjelaskan kaitan antara pemberi sedekah dan apa yang akan berlaku pada amalan sedekahnya itu. walaupun biasa kita dengar dan tahu tetapi apabila butir bicara itu keluar dari mulut seorang ulama' mulia, kukira frekuensi ayatnya cukup bergema dalam sanubari orang yang mendengarnya...suaranya tidak tinggi, bahasanya bahasa analogi ...gayanya merendah diri...jujur sebagai seorang murabbi...

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, adalah serupa dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap satu tangkai mengandungi seratus biji lagi, dan Allah menggandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah maha luas kurnianya lagi maha mengetahui.”

REZEKI KITA DIJAMIN ALLAH
Ilmu pengetahuan yang kita cari semuanya telah Allah mudahkan. Diberikan kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, otak untuk berfikir dan semua itu dari Allah. Susu getah yang keluar dari pokok atas izin Allah, maka penoreh getah beroleh rezeki dengan keluarnya susu getah itu. Nelayan yang menangkap ikan di laut beroleh rezeki apabila keadaan cuaca baik. Apabila musim tengkujuh, lain pula caranya mendapatkan rezeki.
IBADAH HANYA KERANA ALLAH
Wajib pada diri, akal dan dan agama supaya kita meletakkan tanggungjawab memelihara ibadah adalah untuk mematuhi perintahnya. Dalam bahasa lain membalas jasa Allah sedangkan Allah tidak perlu dibalas jasanya kerana sifat Maha Pemberi dan Maha Pengurnia yang Allah miliki. Maka, hanya dengan beribadah dan memelihara agama dapat kita

DI TUTUP SEGALA IKHTIAR TATKALA KEMATIAN TIBA
Kematian adalah pemutus segala ikhtiar manusia untuk mencari sebarang peluang membuat apa sahaja tindakan. Baik atau buruk amalan manusia akan mendapat balasan sementara di dalam kubur sementara menunggu hari kiamat. Manusia hidup di alam kubur dengan cara tersendiri sebagaimana bayi hidup di dalam perut ibu dengan cara tersendiri. Segala keadaan tersebut hanya Allah yang tentukan dan ciptakan untuk hambanya. Maha suci Allah Maha PEncipta, Subhanallah.
Firman Allah SWT :
“Pada hari ini ( Hari Kiamat ), Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu.” ( Yaasiin : 65 )
Kesaksian itulah secara jujur mengenai kita diperkatakan tanpa selindung. MOga Allah memberi rahmat dan petunjuk terbaik untuk kita membaiki segala salah silap dan kelemahan diri.
DOA TUAN GURU
Sebelum majlis berakhir, Tuan Guru menitipkan sedikit doa untk sama-sama kami aminkan
dalam sendu nadanya munajat memohon keberkatan.
"Ya Allah, jangan Kau jadikan sesuatu nikmat sehingga menyebabkan kami ingkar kepadaMu. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur. Ya Allah, kumpulkan kami bersama junjungan kekasihMu NAbi Muhammad SAW di akhirat kelak..."

MENYEMAI RASA RINDU PADA SETIAP KEBAIKAN YANG DATANG
"Kenapa ye kak, saya dapat ujian begini? Kenapa saya yang kena hadapi keadaan ini? Sakit hati saya kak...tak tertanggung rasanya..."
" Ya Allah, ujian ini tidak mampu kutanggung....aku kembalikan kepadamu keadaan ini lantaran ketidakmampuan aku menghadapinya YA Allah..."
Bila kita akan berjumpa dengan dialog sebegini? Ianya tidak berlaku tanpa ada kebaikan yang datang selepas itu. Pengorbanan hati dan jiwa yang dihadapi dengan sifat taqwa (takut pada Allah) akan menatijahkan kebaikan Maha Luas pada kita. TAnpa kita sedari, jiwa kita semakin kuat, diri kita semakin bermandiri dan semangat kita mudah pulih . Amalan kerohanian semakin kerap bersemadi dalam diri sehingga kita sembuh tanpa antibiotik mencegah virus mazmumah. Sifat kehambaan akan meluluskan ujian Tuhan dengan gred terbaik terhadap penerimaan, penjiwaan dan penghayatan dalam agama.
Allah menitipkan kebaikan pada manusia dengan pelbagai cara. Kita dikurniakan hidayah dengan pelbagai keadaan. Tatkala kita melakukan kesilapan, kesedaran mudah datang apabila kita bersedia menerima teguran Allah. Allah tegur dengan pelbagai cara. Kadangkala dihadirkan buat kita sahabat yang baik, musuh yang mengeluarkan kata-kata cacian, ayat Al-Quran yang tiba-tiba kita terlihat, nasihat dari mana-mana sumber yang diyakini, kata-kata seseorang tanpa kita sedari menyeluruhi kesilapan kita dan sebagainya.
"Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan rahmatMu pada kami,jadikan kebaikan ini dapat kami kongsikan dengan insan lain, jadikan rezeki ini berkat dengan limpah kurniaanMu dapat kami sebarkan dan Infaq setia menjadi amalan kami..."

ISLAM ITU PENUH KEKUATAN
Menurut Buku Syed Sabiq- Unsur kekuatan Umat Islam, unsur ke-5 menyatakan bahawa
"Harta kekayaan, memakmurkan bumi, memperkembang kekuatan alam, kemudian mengambil kemanfaatan dari yang ada di alam semesta, yang berupa kurnian-kurnian yang telah dilimpahkan oleh Allah, keberkahan-keberkahan serta kebaikan-kebaikannya. Selanjutnya dapat dibahagikan kepada seluruh anggota keluarga manusia seluruhnya secara cukup dan adil."
Semoga kitalah pembina unsur-unsur kekuatan Umat Islam itu..amin ya rabbal A'lamin...
Allahumma Yassir wa la Tu 'assir...