Khamis, 24 Disember 2015

Aisha dan Impetigo!

Allah beri sakit dan Allah beri ubatnya...sesungguhnya Allah amat pengasih dan penyayang pada hambanya..


Adik kena impetigo seminggu sblm ke Acheh..mula dengan bintik kecil,
(Gambar) setelah  2 hari balik dari Acheh dan mula demam..
Allahu Akbar..dugaan buatnya. Adik kuat Allah sayang...kali ini demam dan masuk hospital lagi kerana demam tinggi. 39 darjah celcius.Ummi bergegas pergi pada waktu petang kerana pagi itu ummi diuji dengan sakit pinggang. Kandungan mencecah tempoh 6 bulan kali ini mencabar bagi ummi.Sakit pinggang yang mencucuk. Mungkin kepenatan. Alhamdulillah..abi ringan tulang dan tidak jemu membantu..Basuh baju, sidai baju, memasak, membersihkan pinggan mangkuk, rumah dan menguruskan anak-anak.

EMPETIGO @ KUDIS API

Adik mula kena dengan tumbuh bintik atas kepala. Dia selalu garu, katanya gatal. Ummi hanya letak minyak habbatussauda'. Akhirnya bintik tersebut membesar dan berair. Akhirnya merebak ke bahagian tertentu di muka, bahu, dada, celah tangan dan celah kaki. tidak banyak tetapi agak perit kerana adik mula merengek tidak selesa. Di bahagian tangan keadaannya seperti gelembung bekas kena air panas. Ummi ingatkan kena ape.,,risau juga terkena air panas...masih terbayang abang 'ammar terkena air panas di kaki..Allah..,mg tiada yang teruk. Ummi bawa adik ke klinik Presint 9, Putrajaya. Doktor bagitau mgkin Empitigo tapi pada masa itu bintik berair masih belum banyak. Hnya kelihatan di tangan ada gelembung dan di kepala ada sedikit bintik berair. Doktor bagi ubat tahan gatal (Alleryl) dan ubat antibiotik sahaja.

SURAT DOKTOR UNTUK NAIK KAPAL TERBANG

Kali kedua ke klinik kerana muka adik dipenuhi bintik. Risau lagi 2 hari ingin berangkat ke Acheh, ummi ingin surat doktor untuk menyatakan bahawa bintik tersebut bukan cacar air@chicken pox, Gusar andai tidak dibenarkan naik kapal terbang. Mujur adik nampak aktif dan cergas. Ummi pun perlu surat pengesahan kesihatan kerana usia kandungan mencecah 24 minggu. Alhamdulillah surat keduanya selesai dan adik dibekalkan ubat sapu Fungisid dari doktor tersebut. 

SIHAT DI ACHEH

Di acheh, adik sihat waktu siang, malam sahaja nampak sedikit perit. Walaupun bilik berhawa dingin, ummi matikan penghawa dingin kerana sangat sejuk waktu malam. Kulit adik jadi kering. Ummi sedikit risau. Hari ke 3 kami bawa adik ke klinik di Acheh..kena bayaran Rp70 ribu dengan perkhidmatan mencuci kepala adik yang mula basah.
Cuci dengan Natrium Klorida,,,terkejut dia saya curi ambil gambar..ampun ya!
Di klinik ini doktor bagi preskripsi ubat 
ALHAMDULILLAH

Adik pulih dalam masa 2 minggu juga. Menunggu kulit kerasnya luruh dan betul2 kering. Ummi bersihkan dengan mandian biasa. Doktor bekalkan antibiotik tapi ummi ganti dengan habbatusauda'. Adik tidak mahu antibiotik itu. Ummi pun tidak sanggup bagi. 2 jenis antibiotik yang doktor bagi. Satu penisilin dan satu lagi cloxacilin...Allah...tisak sanggup. Maafkan saya doktor. Anak tidak mahu...ummi tidak mampu memaksa anak..mujur adik boleh dipujuk minum habbatussauda' (antibiotik semulajadi)..Ya Allah sembuhkan;ah anak kecilku ini..kasihani dia..syukur..adik pulih sepenuhnya dalam masa 2 minggu..dengan izin Allah dan berkat doa semua..syukur..kulit adik ummi teruskan dengan sapu krim natural yang mai usu jual ni,,

BAYBIE CREAM YANG AWESOME!



Alhamdulillah, tiada kesan parut yang ketara...syukur sangat. Bi iznillah:)

"Alhamdulillah 'ala kulli hal..wa astagfirullah 'ala kulli zanbin..."
Ya Allah..syukur atas segala hal dan ampuni kami atas segala dosa kami...aaminn ya rabb:)





Rabu, 23 Disember 2015

Kembara Acheh Disember 2015

CATATAN KEMBARA JIHAD :MEMBENAM INSAF DIHATI

5/12/15 (Sabtu)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

URUSAN TEMPAHAN TIKET DAN PEMANDU PELANCONG

Pertama kali saya dan anak-anak mempunyai pasport:)

Barangkali Allah belum mengizinkan. Niat menjejak kaki ke haramain kami tangguhkan..Allahu..mg ada hikmah terbaik buat kami..kami menukar haluan menjejak serambi haramain..Allahu..redhailah perjalanan kami...aaminn

Suami yang menguruskan segala urusan tiket dan tempahan pemandu pelancong. Kami memilih perjalanan paling bajet tetapi berdoa sepenuh hati moga jadi penuh bermakna. Niat membawa ibu mertuaku dan adik ipar agar bersama-sama merasai perjalanan iman kali ini.

'AMMAR SHAFI DAN 'AISHATURAHMAH PERTAMA KALI NAIK BELON

Subhanallah..Maha Suci Allah yang mengizinkan kami menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur Internatiol Airport 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh. 'Ammar dan 'Aishaturahmah sangat gembira melihat awan dan teruja bertanya pelbagai soalan. " Cantiknya awan:) !" katanya gembira...Rahmah pada ketika ini ada sedikit infeksi pada kulitnya namun kami mendapatkan surat doktor untuk menyatakan bahawa infeksi tersebut bukan cacar air@chicken pox. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah melepasi imegresen. 

KEMBARA BERMULA

Penerbangan Air Asia kami sangat mengujakan. Suami menempah makanan supaya kami dapat mengalas perut. Alhamdulillah.Pertama kali menjejakkan kali negara di luar Malaysia adalah sesuatu yang manis! Sampai sahaja jam 9pagi..schedule terus bermula..di sambut oleh seorang pemandu, Faizal yang menbawa van Pregio berwarna Silver dan pemandu pelancong merangkap kenalan suami Ustaz Muammar. Walaupun kami di sapa oleh pakcik berkemeja biru untuk membantu membawa barang-barang, suami menolak cara baik kerana kami boleh membawa sendiri. Adik ipar, Izzah membantu suami membawa troli. Saya, mok dan anak-anak mengikut dari belakang. Sampai sahaja di hadapan pintu masuk, seseorang melayangkan kertas A4 yang tertera nama suami. Izzah yang ternampak lantas memanggil suami. Termetrailah perkenalan kami dengan Ustaz Muammar.

Kami di bawa melihat makam mangsa tsunami yg di tanam secara 3 lapis di Tanah Perkuburan Massal Siron..antara tanah perkuburan terbesar yg memuatkn 46ribu mgsa.

Ke perkuburan wali Syiah(baca:Syeikh) yg dikatakan bahawa tsunami tidak mgenai makam ini..sdgkn makam ini di hadapan laut..wallahu 'alam.

MINUM KOPI ACHEH

Kami di bawa minum kopi di gerai tepi jalan. Pelbagai nama ko;i yang disebut..Allah...lupa sudaa namanya..yang "O"nya..yang bersusu, yang nisbah susu kurang dari kopi..ada namanya yang tersendiri..rasanya...errmm..boleh tahan sedap bagi saya. Bagi penggemar kopi...kena minum..baru tahu:)

KAPAL ATAS RUMAH



Kami kemudiannya, dibawa ke rumah yang di atasnya ada kapal yang dinamakan kapal pertolongan..(disebut kapal pertolongan kerana kapal ini kosong melawan arus tetapi betul2 berhenti di hadapan rmh 2 tingkat yg di duduki oleh seorang ibu dan 4 org anak kecil yang sudah hampir pasrah menunggu arus tsunami menghentam rumah mereka.)

Allahuakbar!..byk dengar cerita dari mulut org yang mengalaminya..belajar empati selain bertumbuh simpati mendalam dalam diri.

Ustaz Muammar yang membawa kami juga ini merupakan anak yatim piatu..hanya tinggal dia dan abangnya yg masih hidup..๐Ÿ˜”

KAPAL PLTD APUNG

Pada sebelah petangnya kami ke melawat kapal PLTD APUNG.Ya Allah, saya terjumpa sahabat lama yang belajar di Universiti, Cikgu Dalila yang membawa rombongan sekolah Sri Seremban ke Acheh. ALhamdulillah. Bertaut ukhuwah kami. 

Di dalam kapal terdapat muzium kecil yang berbentuk digital dan gambar yang menerangkan keadaan tsunami dan bagaimana kapal bergerak ketika tsunami berlaku. Allahuakbar..hebatnya kuasamu!

Di hati rasa sayu...besar sungguh ujian buat rakyat acheh...hebatnya kuasa Allah mengangkat dan mengapungkan kapal seberat ini hingga akhirnya menjadi tugu ingatan buat semua..

Laluan setiap jalan di banda acheh di temani pemandu bernama faizal yg turut kehilangan adik bongsunya.

Kiri kanan melihat pembangunan atas bencana yg berlalu sejak 10 tahun dulu membawa pelbagai erti pd kehidupan.  

Siapa kita ingin menjangka...kehidupan hr ini dan apa yg akn berlaku pd masa akan dtg..mg yg terbaik buat kita dan pasti punya hikmah yg mulia utk di jadikan pedoman kehidupan seterusnya..ampuni kami ya Allah...aamin ya rabb..

Solat jama' Maghrib dan Isya' di Masjid Raya  

Bingkisan Ole-Ole Hari Kedua dan ketiga di Acheh Darussalam

Perjalanan Jihad 
Melurus Niat
Memahat Hikayat
Mengaut iktibar
----------------------

MUZIUM TSUNAMI 




Lawatan ke muzium tsunami . Bantuan unicef dan negara2 Asean untuk membangunkn sebuah muzium peringatan merangkap tempat berkumpul@menyelamat jika berlaku sbrg bencana. Bentuk muzium seperti sebuah kapal. Jika kita punya PICC seperti sarang burung, bentuk kapal bangunan itu adalah pertamanya di dunia. 

Selain kronologi pra, pasca dan post tsunami, gambar dan tayangan video berdurasi 9 minit, terdapat bhn artifak tinggalan tsunami dan lukisan model simen gambaran tsunami melanda.  

Di dalam muzium, ada satu cerobong yg memuatkan nama mangsa tsunami disebut sumur berdoa. Dlm tu dipasang cd al Quran spjg masa..sayu je masuk tp sbgai org luar, kita hnya mmpu menitip rasa simpati tnpa empati..berat mata memandang, berat lg bahu yg menggalas, berat hati menanggung rindu hanya masa mngubat jiwa..Allahuakbar. .

Terdapat 3 langkah keselamatan yg mahu rakyat aceh faham jika berlaku bencana gempa iaitu: 
1. Gegaran
2. Amaran
3. Evakuasi (selamatkn diri)

Alhamdulillah, muzium ini walaupun belum sempurna pembangunannya mungkin... tetapi sampai tujuan pembinaannya buat kami sekeluarga.  Anak-anak sy byk belajar ilmu yg tidak mampu saya terangkan dengan kata dan bahasa biasa.Biarlah mereka melihat dan bertanya sesuai pada tempat dan waktunya. Insya- Allah...๐Ÿ˜Œ

KOS SARA HIDUP & MAKANAN ACHEH

Masyarakat aceh mempunyai kos sara hidup yg rendah. Dengan bajet hanya rm1000 cukup menampung seorang pria utk hidup. Jika mempunyai nilai gaji rm2000 bg mereka cukup mewah..Allahuakbar. .perkara ini di terangkan oleh pemandu pelancong kami hari kedua merangkap kenalan suami, Saudara Edi..beliau tidak terlibat tsunami kerana pada ketika itu menuntut di pesantren di hulu acheh.

Jika kita makan di banda Aceh, segalanya mampu menepati selera orang Malaysia.  Usah pelik, kitakan serumpun๐Ÿ’•. Bagi saya yg memang suka pedas dan masam, segalanya cukup.menyelerakan. Walaupun lauk itu adalah ikan tongkol (baca: ikan kayu) yang ditumis cili padi dan sedikit rempah gulai bersama nasi panas-panas! Belum lagi menikmati hidangan. Mee acheh dan Ayam Lepasss, ayam tangkap dan Kuah Pliek ue (gulai khas) yang begitu menyelerakan....Allahuakbar. Kos makanan sepinggan mungkin blh dikira dgn nilai hnya rm3.50 (Duit Malaysia!)

PASAR ACHEH

Datang ke pasar membawa jutaan ringgit..pulang dengan baki di tangan 5 ribu shj! :p




MELURUS NIAT

Niat ziarah bulan sekadar dtg melihat tetapi ingin mengingat...hidup kita atas dunia bukan sekadar seronok dan gembira..ada tangis sedih yang harus diambil kira๐Ÿ˜”...yang mewarna dunia hidup menjadi lebih bermakna..


MEMAHAT HIKAYAT

Di sebelah ptg, usai solat jama' takdim kira2 jam 3ptg..kami melewati masjid Rahmatullah....masjid yg kedudukannya hanya 400meter dr pantai acheh..

Sebaknya ditemukan dgn insan mulia ini...
Imam masjid yg telah kehilangan isteri dan anaknya..mendengar ceritanya cuba memahami perasaannya..tenang sahaja riak wajahnya pabila ingin mengatur bicara memulakan cerita..

Mujur..bahasanya begitu baik untuk saya fahami..

Imam memulakan ceritanya dgn nada mendatar..mengatur nafas tenang satu demi satu..barangkali setiap satu patah perkataan sudah di hafal..lekat pjalanan ceritanya. Walau perit..iman di hati mgatasi sedih yang mendasar.

Menurutnya, daripada 7000 penduduk yang mendiami di sini, hanya tinggal 600 orang yang terselamat.Imam telah kehilangan anak dan isterinya. Sehingga sekarang. .jasad keduanya belum di jumpai..๐Ÿ˜”Saat berlaku, penduduk kampung sedang bergotong-royong persiapan kenduri kahwin.

Beliau yg membantu memotong daging pulang sebentar ke rumah untuk bersiap-siap menunaikan solat dhuha. Rumahnya hanya 200 meter dari masjid.Tiba2 kurang lima minit sblm jam 8 pagi, beliau mendengar bunyi letupan yang sgt kuat. Di luar rumah warna langit berubah menjadi kuning kehijauan.Gegaran kuat gempa mnyebabkan beliau merangkak. Isteri dan anaknya berpaut di pinggangnya. Berhenti seketika. .beliau cuba bangun. Namun...

Ombak tsunami setinggi 12 meter memasuki rumah mengangkat dirinya melambung dan terapung...Allahuakbar. .terlepas pautan anak..terlepas pautan sang isteri. ..
Ombak membadai kampung ini sehingga ranap total. Menjadi lautan luas. Yang tinggal hanya masjid ini...๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Imam melewati solat zohor dan asar dgn membuat solat hormat waktu di atas sekeping papan pintu. Seluarnya carik di bhgn paha. Di carinya plastik hitam untuk menutupinya. 

Imam berdoa " Ya Allah..sampaikan aku ke seberang bukit sana ya Allah untuk aku dapat menunaikan solat maghrib. ."

Tanpa di duga..permukaan air yg penuh dengan sampah sarap dan kekotoran seolah2 ke tepi..yg kiri ke kiri, yang kanan ke kanan menyediakan satu ruang tengah yg luas untuk imam bergerak. Imam brjumpa pula dengan umbut kelapa yg terapung. .akhirnya, beliau berjaya ke seberang bukit dgn menolak kakinya..subhanallah..

PERJALANAN MENYUSURI PANTAI 

Kami di bawa melihat keadaan pantai Acheh yang sangat cantik. Subhanallah...tidak dapat dibayangkan bagaimana tingginya tsunami tika itu yang menenggelamkan kilang simen di hadapan pantai iaitu kilang Siemens yang ada sebuah di Malaysia. Kami juga di bawa ke perkampungan yang di bina oleh kerajaan Turki dan Arab Saudi. Cantik rumah mereka.

RUTIN HARIAN SANG IBU


Sama seperti ibu yang menguruskan anak pergi dan pulang sekolah:)
Tapi....xde helmet...mg selamat semuanya ya..!
Berkenan tengok vespa pink ini...canteekk:)

MAJALAH DORAEMON DI TOKO BUKU



'Ammar 'rajin' membaca dan kakak dengan baju percuma Achehnya..


MENGAUT IKTIBAR

Masa pasti mengubati jiwa-jiwa yg kehilangan manusia yg disayangi selama-lamanya..hanya Allah tmpat mngadu segala..yang yatim yang piatu, yang masih myimpan harapan atas kehilangan tnpa menemui jasad utk dimakamkan...Ya Allah...ampuni kami.Izinkan kami mengambil ibrah terbaik sebagai bekal hidup agar menjadi pedoman sepanjang zaman..aamin ya rabb.


๐Ÿ’žSalam ole-ole๐Ÿ’ž
Ummushifa'
Banda Acheh Darussalam
7/12/15
1730pm 
(Waktu Acheh)

* catatan diambil daripada wassap dan telegram kmdn diedit semula. Abaikan singkatan:)