Khamis, 22 Julai 2010

ummi sayang kalian...


"Ummi...peluk shifa'...nanti shifa' jatuh..." ujar kak long sambil duduk atas pangkuan ummi yang sedang menaip bbrp kertas kerja..leka dia melihat ummi menaip setiap perkataan dan akhirnya menjadi ayat-ayat...sementara itu,adiknya sudah tertido selepas menyusu tadi. Ummi peluk shifa' kemudian sambung menaip kerja lagi...shifa' senyap diam tengok ummi menaip..ummi tahu, shifa' ada permintaan dengan ummi...dia nak tengok kartun yang dia suka tengok..ada beberapa kartun yang ummi bagi shifa' tengok dalam youtube terutamanya kartun anak-anak islam dan A wise hen:) Tp buat masa ni, ummi nak guna komputer dulu ye sayang...shifa' sabar ye..:)

'Ammar pula baru je tertido selepas minum susu pegang botol sendiri. BAru je cekap nak pegang sendiri..Shafi menyusur mmg laju tp belum lagi merangkak, baru naik gigi bawah dua batang. Paling suka pergi dapur...huhu..Ummi memang usaha nak bagi 'Ammar breastfeed sepenuhnya namun hanya kekal hampir 8 bulan. Ummi dah mula bagi "Ammar minum susu kambing Hi-goat pada minggu ummi terpaksa ke kursus BTN di Maran, PAhang selama seminggu. Gusar stok susu tak cukup walaupun ummi dah standby 12 botol susu 8 ml menyebabkan ummi terpaksa ajar shafi susu kambing...ummi percaya kepada susu kambing kerana sunnah nabi minum susu kambing sejak kecil iaitu selepas putus susu dengan HAlimatus sa'adiah, ibu susuan nabi. NAmun, susu kambing mmg agak mahal..Hi-Goat dengan harga ahli, lebih kurang RM28 hanya ada 15 sachet satu packet bertahan 10-15 hari sahaja.Lebih-lebih lagi sekarang semua barang nak naik harga...tolonglah! Geram ummi..kesian pada orang yang semakin melarat dan miskin..yang kaya semakin kaya pula!! ( ter"emo" pulak!)

Bila Shafi masuk 9 bulan ummi akhirnya dengan sayu hati mula campur susu yang diminum kakaknya..biolac..susu homeophati...hati ummi sedih...teringat susah payah ummi menggalas beg susu Spectra 3 ke sekolah..siap ada cooler bag untuk ummi simpan susu...shafi membesar 6 bulan tanpa setitis susu formula..akhirnya Ummi ambil keputusan berat lantaran bekalan susu amat berkurangan..ummi tak pasti kenapa..Ummi cuba makan banyak,minum susu, makan jamu ASI,minta ubat tambah susu dari doktor,Maxolon (ubat tahan muntah/loya), minum susu soya,makan lobak putih namun tak menjadi..YA Allah, ummi pasrah bila tangok shafi menangis dan bila ummi sua susu kakak, dia minum dengan sepenuh hati...:)

Dan ummi yang masih berjaga menyiapkan soalan-soalan sempena persediaan percubaan PMR pada pertengahan Ogos nanti. Ummi sedang usaha menyiapkan modul-modul latihan yang ummi edit daripada soalan-soalan peperiksaan lepas. Ada yang ummi reka cipta berdasarkan contoh, ada yang ummi copy paste kerana ummi tiadalah pakar dalam membuat soalan yang menepati JSU (spesifikasi) Tugas ummi cukup memakan masa. Kesian pada kak long yang ingin ummi melayannya tika itu...Ummi pun pasang lagu nasyid kegemaran ummi...terhibur tengok kepala kak long mengangguk dan sesekali nak ikut bernasyid. (Lagu Alam Persekolahan-Mirwana).dan sebenarnya kanak-kanak sangat suka dengan muzik!(sekarang ni ada lagu yg ummi dengar dia slalu sbut..tarapapa..aissh..dpt kat mana le ni?!! Kat rumah ummi, TV dah rosak..sejak pertengahan piala dunia..kesian kat abi yg nak tgk Final tak dapat...dapat tengok ckit tu pun edisi sekerat nampak kaki, kepala kat bawah, hihi...TV rosak..Alhamdulillah..terliur juga nak tengok namun sedang tabahkan hati..terasa juga sunyi yang menghiburkan :)


Semalam kak long usik shafi sampai menangis..mula-mula memang tengok macam nak sayang dan bergurau dengan adiknya..tp rupanya dia belum mengetahui batas bergurau...habis dia wat "stongkol" dgn 'Ammar Shafi...Mula-mula adiknya diam...bila kakaknya tak tengok respon adiknya, dia buat kuat lagi..sampai 'Ammar nangis..tapi yang mmg menakjubkan macam selalu..'Ammar akan ketawa bila kakaknya ketawa...ketawa yang mmg kelakar sangat...aduhai..shifa' shifa'...shafi shafi..bukan itu sahaja, pernah kakak duduk atas badan shafi, ketuk kepala adik dengan semua permainannya...tp sama je gelagat shafi, nangis kejap, kemudian akan ketawa bila dengar ketawa kakaknya..:)


Ummi dan abi dah lama cuba training shifa' untuk diapers-free.tp usaha murni ummi masih belum nampak hasil yang memuaskan..kadang-kadang macam dah nak jadi tp ade je yang xjadi dan terpaksa dikira kena mula semula...sedih jugak sebab anak sahabat ummi, Muaz dah pandai wp umurnya lebih muda dari shifa' beberapa bulan...alahai ummi...pilih masa nak train mase cuti sekolah bulan 6 tp dua minggu bercuti di atas kereta dan dalam perjalanan..Kelantan-Terengganu-Melaka-KL..habis cuti, tak dapat lagi skill...aduhai..cuti 2 hari try jugak..kejap je..dah terlepas juga akhirnya...yang kelakar ayat shifa'.."Ummi, air tumpah..." huhu...ummi masih mencuba lagi setiap minggu ummi cuti..namun, setiap hujung minggu ummi sekarang amat penuh..Minggu ini sahaja ummi sekolah 7 hari seminggu! wooww...marvellous...Sabtu ini ada sekolah ganti tp tak jadi..(sbb xpasti..) tp diganti dengan LADAP..lagipun memang sekolah ummi ada Program terbesar sekolah tahun ini..SIHATON pada hari ahad..(TQ pada yg sudi derma untuk sekolah termasuk Kak Dah jiran, Mak Liza, Abi Muaz ,tauke-tauke dan hamba-hamba Allah..) dan Isnin kami cuti peristiwa..Alhamdulillah..esoknya nanti, adik ummi yg belajar kat Ukraine akan balik..insyaAllah..sudah tamat belajar nak jadi doktor...doakan yang terbaik untuknya:) PAsti dia paling rindu nak jumpa mak, abah adik beradik dan anak-anak sedaranya..termasuk 2 orang baby yang belum sempat jumpa live..'Ammar Shafi dan Farhah Liyana...

Opps...Shifa' belum tido lagi ye sayang, tadi dia diam je sebab ummi buatkan susu biolac + chocolatte..sedap melayan susunya...dan ummi nak taip sikit lagi dalam blog ini...kerja tadi dah selesai dan ummi rindu nk mencorat-coret blog ummi...


"Ummi, mana rantai shifa'?"tanyanye sambil pegang rantai ummi...

"erm, nanti shifa' pakai masa hari raya ok dengan baju cantik.."

Ummi sebut lagi...
"Shifa' nak raya, kena puasa dulu tau..."
"Nak!Nak puasa ummi.."
shifa' jawab gembira.

Er
rmm,ummi fikir...shifa' tahu ke agaknye puasa...
"MAsa bulan puasa nanti...shifa' tak boleh makan,minum dan minum susu tau.."...
"ok, boleh..."jawabnye cepat sambi membelek butang ketap tangan di baju ummi, ralit....

Ye la tu...budak baru pandai cakap ni belum tentu pandai buat...sama macam bila orang sebut dengan ummi, anak dah pandai cakap mesti dah pandai xpakai pampers...tp apa yang berlaku..mmgg pandai cakap..."ummi, shifa nak pakai pampers.."....huhu..
Ummi akan usaha lagi...

Scene sebentar tadi.....

Shifa' ambil tuala kecil 'Ammar shafi dan selimutkan adiknya yang tidur sambil menghisap jari...sambil menepuk-nepuk adiknya yang beralih arah tidurnya namun masih pulas....aduhai...sayangku shifa'...ummi sayang kalian.moga Shifa' jadi kakak dan anak yang solehah ye sayang:)


Dan masa untuk kakak tidur...muncul soalan dari mulutnya, "mana abi ummi?Abi kerja ye..." kesian dia sebelum tido nak tengok muka abi..tp mmg betul abi kerja..malam ni abi ada mesyuarat..lewat sikit baliknya..alahai anak abi ni:)

"ummiii... tepuk shifa'..."pintanya manja...

HAsbi RAbbi Jallallah...maafi Qalbi Ghairullah....nur Muhammad Sollallah....

Moga Allah pelihara kehidupan anak-anak kita dan pelihara diri mereka dari kejahatan manusia dan syaitan dan dari segala dosa dan maksiat...berikan keberkatan, rahmat dan segala kebaikan dunia dan akhirat dan juga jadikan mereka hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh...ameen ya RAbb... (ibu-ibu dan bakal ibu sambunglah dengan segala pengharapan yang baik-baik dan yang mulia kerana doa seorang ibu kepada anak-anaknya tiada terhijab nilainya di sisiNya...teruskan berdoa:)


Isnin, 5 Julai 2010

Karya Lama 2

Menongkah Musim

Dalam laluanku kini

Aku disapa deras arus zaman siber

Yang menghanyut dan menentang kayuhanku

Seorang wanita yang kerdil kuasa

Namun besar cita-cita

Wanita yang kecil dirinya

Namun luas saujana impiannya

Wanita yang nipis hatinya

Namun keras keping qalbi milikNya

Akulah itu

Wanita yang ralit menongkah musim

Yang kadangkala kalut

Tika sapaan menyongsang jerih keazamanku

Mencabar lalu mengoyah kelembutanku

Yang sedia menghias semaian budi

Sejak azali

Gagah nian aku menguatkan panji

Kekuatan diri

Namun segalanya tidakkan merobah

Ketetapan Tuhan

Setiap insan pasti punya kelebihan

Merantau luas alaf yang kian meruncing etika

Dengan amalan manusia

Yang celik mata

Namun hati gelap gelita

Yang diri mereka dibayangi

Jelmaan puaka nafsu dan material semata

Tanpa mengira status dan jantina usia

Pasti aku

Mencakna pemikiran bekalan Ilahi

Mengerti dan mengemudi kembali

Layar yang mengiringi

Pelayaran kali ini

Demi menempuh destinasi abadi

Dengan kejayaan hakiki

Ku yakin kini…

JanjiMu pasti.

Ain Al-Hasanah (2000)

UMKL

(An-Nisa Edisi 2)

Rabu, 26 Mei 2010

Mencari Cahaya dalam Gelita...karya lama..

Karya lama Ummi...


Mencari Cahaya dalam gelita...

Apabila falsafah pendidikan tiada di hayati
Falsafah Al-Quran kalam Tuhan dibiar pergi
LAntaran tipis iman dan tiada usaha faham dalam diri
kita perjudi kewujudan mulia insan
yang mahu dididik dengan segenap pekerti
mahu dituntuni

Setiap hari kita berhadapan masalah
ribuan gundah
cerita citra setiap kelakuan tingkah
anak murid pelajar yang sangat mencabar minda
kita jadi gelisah

Cukupkah sehari 70 minit mengadap muka renta
di dalam kelas seramai 26-30 jiwa mentah
Moga tuhan tunjuki jalan
laluan insan yang mahu mencari sinar
walau dalam kelam dan suram petang
mungkin itu lebih baik dari kemilau cahaya
walau terang kadangkala silap langkah
lantaran itu
sering sahaja manusia itu sesat
walau dalam cahaya!

Subang Jaya-9.30mlm
CC Gazebo
11 JUN 2006

Isnin, 11 Januari 2010

Kenapa STORMREADERS?

Salam buat semua...

Alhamdulillah,kita masih dipanjang umur dalam lingkungan iman dan Islam..Allah Maha Besar menjadikan kita sebaik-baik kejadian di alam ini...

"Walaupun usianya muda daripada saya, tapi dari segi ilmu, dia lebih tua daripada saya..." (Ustaz Zahazan)
Ayat ini antara isi pembuka bicara ketika mula menuturkan muqaddimah merasmikan pelancaran Stormreaders lembah kelang di Dewan Komuniti Manjalara. Saya kira ini memang ayat spontan seorang yang cukup merendah diri dan wibawa dalam bidangnya. Ayat ini cukup memuliakan orang lain yang berada bersamanya ketika majlis pelancaran tersebut iaitu sahabatnya sendiri yang berada di kerusi tetamu jemputan iaitu ustaz zamri (TV9).
Saya memilih untuk terlibat menjadi ahli stormreaders dengan kerelaan saya sendiri...pengaruhnya memang ada..apabila saya melihat beberapa orang tokoh agama yang saya hormati menjadi nadi perjuangan perniagaan ala baru ini...sudah lama saya mengintip peluang perniagaan internet..dan selama itulah saya amat berkira-kira untuk terlibat...takut untuk tersilap memilih..namun, saya bersyukur diperkenalkan dengan saluran baru perniagaan buku ini..mngkin ada sahabt yang telah lama terlibat dan berjaya..moga2 rezeki itu yang terbaik dan diberkati..
Sahabat2 boleh melayari www.stormreaders.net/sitinorbayah1 sekiranya ingin memahami perjuangan perniagaan ini...jika ingin terlibat,silakan ... jika tidak mahu memikirkannya, maka pilihan itu turut ada di tangan anda sendiri...
Moga-moga Allah Taala memelihara hati dan niat kita..ingin sekali berbicara dengan menulis dengan lebih panjang lebar namun, cukuplah dahulu buat masa ini..mudah-mudahan segala pencerahan akan kita dapati dengan langkah-langkah yang kita telah pilih dengan mengharapkan redha Allah semata-mata..amin..
"...dunia dan akhirat...segalanya dengan ilmu..."

Sabtu, 2 Januari 2010

Open your Eyes with Maher Zain


Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

p/s : Rabbi Yassir wa la Tu 'Assir..kehidupan ini terlalu banyak untuk kita syukuri dan terus insafi...Subhanallah...Maha Suci Allah...

Selasa, 8 Disember 2009

Membesarlah sayang dengan rahmat Allah (II)

'Ammar Shafi berusia 2 hari..masih guna selimut kakaknya..warna pink...:)

Salam buat semua...
Lama saya menyimpan post yg telah di taip ini...bermacam2 aktiviti sepanjang cuti yg melekakan jari-jemari untuk mencatat segalanya...melalui hari-hari tanpa dirakam secara visual zahir...namun, tetap di ingati dalam memori..mungkin serba sedikit kemudahan yg diberi Allah, catatan dibantu gambar2 yang dirakam secara langsung dan tidak langsung....

Bersalin itu pun rezeki!


Ya, bersalin memang rezeki. Seperti kata saya dan kata sahabat baik saya, maslina...Senang ke,susah ke, cepat ke, lama ke, normal atau sebaliknya semuanya Allah dah tentukan. Segalanya pasti yang terbaik buat seseorang. Ada sahabat saya mengakui antara normal dan ceaser, dia kata ceaser lagi senang...wp tak melalui proses berpantang tapi tak sesusah menjaga diri seperti orang berpantang! bila normal..semua ibu akan menjalani rutin bepantang seperti mengurut, bertungku, makan jamu,mandi air serom,berpilis dan mungkin menyalai...aduh...memang la kena bersabar...makan dan minum kualiti dan kuantiti amat terhad pilihan dan kandungan..sepinggan nasi,berlaukkan ikan panggang@ikan bilis,sayur sawi dan segelas air...cukup! Saya doa, moga2 biarlah segalanya normal..seperti tabii yang telah Allah tentukan..amin..

Kenapa?


Allah pasti meletakkan sesuatu dengan segala sebab yang paling munasabah. Hakikat penerimaan seorang insan menerima segala ujian bergantung pada kekuatan jiwa dan hati kita pada Pencipta yang Maha Mengetahui. Contohnya, saya pernah mendengar macam2 cerita mengenai hospital2 sebelum saya membuat pemilihan untuk bersalin.

Memilih hospita
l

Saya cuba untuk tidak berfikir membuat suatu permintaan yang agak sukar untuk suami dan saya sendiri apabila memilih hospital yang memerlukan kami mengeluarkan budget yg agak besar.Ya, dalam hati ada sedikit keinginan, nak merasai seperti yang dirasai oleh sahabat yang dapat sedikit keselesaan di hospital swasta yang Islamik. Layanan yang baik dari para jururawat,doktor yang prihatin dan kemudahan yang cukup mesra pengguna. Namun, sekadar keinginan yang saya telah tolak secara perlahan-lahan dalam hati. Cukup saya memegang kata-kata saya sendiri bahawa bersalin itu rezeki...di mana-mana pun jika rezeki kita mendapat yang baik, maka baiklah keadaan yang kan kita lalui itu.Saya menguatkan impian itu dengan memohon dengan banyak sekali pada Tuhan yang Maha Mendengar.

Antara banding dan perbandingan manusia


Hospital Putrajaya memang antara target saya untuk kelahiran kedua ini kerana rutin check up saya di kliniknya. Mujur kali ini saya sudah bekerja, maka saya punya GL mampu menampung kos rawatan.Namun, perasaan saya berubah apabila peristiwa semasa mengalami "braxton hicks" sehingga membawa saya ditahan sementara di bilik saringan wad bersalin. Entahlah, mungkin mood hari raya...jururawat pun jadi kurang fokus pada kerja mungkin...layanan yang saya terima agak kurang "berseri" . Hanya kerana gel yang tidak dibersihkan, lewat mengambil bacaan CTG(kiraan degup jantung bayi),silap memasang alat CTG, kekasaran semasa memasang alat CTG dan sehingga akhirnya, sekali sahaja melemparkan senyuman pada saya! itupun saya yang menegurnya..."Letih ke,nurse?".. Dia senyum kelat..Aduh, sakit perut saya tika itu bertambah sakit... Mujur doktor wanita yang merawat saya bermuka manis...saya tetap menyimpan sangkaan yang baik, mungkin hari bersalin nanti, keadaan yang lebih baik akan saya terima di hospital tersebut. Dan saya tetap ingin bersangka baik bahawa, jururawat itu mungkin menghadapi hari-hari yang penuh...menstrual flow! kerana dia manusia seperti kita...tiada yg sempurna.

Menanti detik-detik kelahiran...


4.30 pg hari rabu ummi terbangun dari tidur...sebenarnya, dah mula sukar nak tidur malam..2-3 hari sebelum tu...Ummi dah turun tanda ckit..ummi bangun terus sebab nak usaha buat amalan yang perlu..menghadapi saat-saat ini amat menginsafkan ummi...sayu,haru,penuh harap,debaran,cemas dan nekad bercampur-campur...kalau boleh, biarlah cepat sahaja masa berlalu dan baby ummi keluar dengan selamat...namun, ummi sedar, saat inilh memerlukan ketabahn dan kekuatan hati seorang ummi...terimbau saat melahirkan shifa'..ingat2 lupa rasa sakit yg menjengah...moga2 kelahiran ini dimudahkan juga..amin..pagi lepas subuh, ummi mesej kakak-kakak ummi dan sahabat baik ummi, ayang supaya tolong mendoakan...dan telefon nenek di kampung sekadar mengkhabarkan ummi telah turun tanda..ummi tahu, mak ummi tu jenis relaks..pengalaman melahirkan 8 org anak pasti membuatkan dia tidaklah sekalut mana..cuma pesannye, jika dah kerap contraction..pergilah hospital segera,bagitau mak..mak nak gi menoreh dulu dgn abah ko ni...dan ummi, syukur mak tidak terlalu risau...

Teringin makan...


Ummi makan telur separuh masak dan minum madu pagi tu sebagai sarapan..abi tanya nak pi hospital ke tidak? hati ummi masih belum nak pergi lagi..tp abi dah ambik cuti bila tahu ummi dah turun tanda..ummi rasa mengantuk sebab malam lewat tidur dan bangkit awal..ummi tidur semula jam 9.00pg hingga 11pg..abi tebas lalang kat luar rumah..bila ummi sedar,abi ajak keluar gi kajang...ummi pun ikut abi..shifa' kami tinggalkan di rumah pengasuh, memang mak liza, pengasuh shifa' tu yang bagitau siap2 supaya shifa' tinggal dengan dia bila ummi 'check-in' hospital..alhamdulillah..kami pergi bank, bayar bil telefon, bayar bil elektrik dan kemudian sempat singgah beli laksa..ummi teringin nak makan pisang pulak..isshh..macam2 pula..mesej dari ayang, supaya suh cari sampai dapat supaya tak kempunan..hihi...sebenarnya,sume mende tuh dah ade depan mata..cuma nak ngap je..=)

Solat dahulu...

Akhirnya, kami balik semula kat rumah bila hari nak dekat maghrib..solat maghrib dan isya' di rumah..malam ckit barulah kami ke hospital..sebelum tu, sempat solat hajat..minta petunjuk nak ke hospital mane..akhirnya, kami memilih ke hospital serdang..tempat kelahiran kakak shifa' dulu...2 kali pusing baru dapat parking...punyela penuh parking di situ...

'Check-in' Hospital Serdang


Jam 11.00 saya mula masuk ke bahagian saringan. Seperti biasa nurse check urin,then nurse buat CTG dulu untuk jantung baby,ambik darah,masukkan jarum dalam salur darah..itupun ambik masa sebab nurse pertama tak dapat kuarkan darah, terpaksa minta tolong kawannya untuk pasang salur darah..sakitla jugak..macam kena gigit kerengga..hihi..selepas menunggu jam 12.30 mlm barulah doktor check...dah buka 4 cm, boleh masuk labour room..ummi belum rasa sakit lagi..datang doktor lain pula jam 1.15 pg..pecahkan air ketuban..ummi rasa contraction agak laju tapi sakitnye masih boleh tahan..nurse bagitau..sakit ini akan berlarutan selama 6-8jam..saya diberitahu, mungkin akan bersalin 8pg esok..aduhai..lama lagi ke..

Detik cemas..kesakitan kian terasa...alhamdulillah...Abi di dalam labour room..

Alhamdulillah, abi dapat masuk ke labour room..jam 2 lebih ummi di bawa masuk ke labour room..abi suakan ummi air selusuh dan minyak selusuh..dua-dua abi bagi ummi minum.. lebih kurang jam 3 pg saya rasa sakit yang kerap dan kadangkala kuat..abang masih berada di sisi dan membacakan saya dengan bermacam doa..hinggalah dia melihat saya menahan sakit yang kuat..dan dia terus membaca yasin..habis satu surah yasin di bacanya, saya masih bergelut dengan rasa sakit tersebut...teringat saya kata-kata staff nurse semasa menunggu kelahiran shifa'.."sakit ni bagus, semakin sakit semakin bagus..sebab, bila sakit menandakan semakin dekat nak bersalin"...errr..betullah tu...datang nurse dan doktor apabila saya mengadu semakin kuat contraction dan rasa ingin meneran yang hadir sekali-sekala...mereka kemudiannya mengambil keputusan mahu memasukkan sejenis alat saluran mengesan oksigen di kepala bayi..abang tiada...entah ke mana menghilangnya...sedang sibuk nurse menyambung alat tersebut dari mesin dan mereka memeriksa.."Doktor, dah nampak rambut baby...dah full.."...Doktor terkejut dan kembali memeriksa bukaan.." Doktor bersuara...ok,puan boleh bersedia..teran sekarang..."..abang kembali menggenggam jari-jemariku..Alhamdulillah..abang ade semula..cukuplah menggenggam jari-jemarinya, ummi rasa satu kekuatan luar biasa hadir buat ummi...akhirnya 'Ammar Shafi selamat ummi lahirkan ke dunia pada jam 4.12 pagi yang indah...

Solat hajat memudahkan urusan...


Ummi tertanya-tanya ke mana abi pergi sekejap tadi...rupanya abi ke surau berdekatan untuk solat hajat...ummi terharu...suami mana yang sanggup melihat penderitaan isterinya..lebih2 lagi perjuangan melahirkan zuriatnya..dalam masa 10 minit itu, segala-galanya boleh terjadi...Allah Maha Mengetahui dan amat mengasihani..

Hadiah "kejutan"

'Ammar Shafi di angkat dan diletakkan di atas kulit ummi supaya bayi akan mengecam bau ibunya..skin to skin memudahkan bayi untuk meneruskan penyusuan selepas itu..aduhai..hanya Allah yang mengetahui perasaan ummi dan abi tika itu..scan 3 bulan tidak nampak jantina, scan 5 bulan pun baby pusing badan...ummi dan abi pasrah..moga2 anak kami sihat..namun, bila kami nampak jantina baby secara 'live'..subhanallah..baby boy yang comel..kurang berat dari kakaknye dulu..2.96kg..shifa' lahir dengan berat 3.34kg..air mata ummi yg mengalir..hilang sungguh rasa sakit...kalimat Alhamdulillah sentiasa ummi panjatkan buat Sang Pencipta..Ummi pandang abi, abi pandang ummi..kami tersenyum..syukur...

Rooming-in dan keluar wad awal...

Kelahiran insan yang dinanti..tulusnya wajahmu..

Ummi terus dapat menyusukan 'Ammar Shafi tp sekejap sahaja..sebelum subuh, ummi dan shafi dipindahkan ke wad biasa..Alhamdulillah..abi tunggu di katil wad..Ummi rasa mengantuk tapi tak boleh nak tidur..lepas solat subuh, abi jaga kami..hingga jam 7.30 pg, abi balik ke rumah..biarlah abi berehat di rumah..kami sihat alhamdulillah. 'Ammar shafi tidur sahaja tanpa banyak meragam..dia pun penat tak tidur semalaman..hihi...sepanjang ummi di wad, ummi dikelilingi dengan sahabat senasib dan ada yang masih menunggu masa bersalin...2 daripadanya akhirnya di'operate' denagn pelbagai sebab...Moga2 mereka tabah dan kembali sihat...

Tetamu datang ziarah dan tamu yang pergi...


Alhamdulillah, shafi buang air besar dan kecil membolehkan kami balik petang tersebut..Nenek, atuk,mak andak,pak andak,mak long,pak long dan mak ude mengiringi kami...sempat kami menerima kunjungan tetamu..Adik Aziah dan sharifah, Shidah dan Shahidah, Kak Nurul rakan sama sekolah, mak ude yang membantu membersihkan najis pertama 'Ammar....ada lagi sahabat yang hendak datang namun,tesilap tempat..mereka sangkakan ummi di hospital putrajaya..dan kebetulan mereka melawat anak Ramadhan dan khadijah yang sedang koma..takziah diucapkan..dan anak mereka telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis minggu berikutnya...innalillahiwainnailaihirajiun...Allah maha Kaya..moga diganti dengan rezeki yang lebih baik dan mulia..amin..kita ini tetamu di dunia ciptaanNya...datang dan akan kembali kepada Pencipta..Moga Allah memeberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka..sabar dan solat..

Berkat amalkan susu kambing,makan kurma dan pemakanan sunnah dengan izin Allah... posing di katil hospital bersama insan 'baru'

Ummi amalkan minum susu kambing dan makan kurma sejak mengandung awal, tengah dan akhir...memanglah ummi mengalami sakit pinggang dan kejang kaki sekali sekala namun kesan baik untuk baby ialah, shafi tiada demam kuning (jaundice)..syukur..mudah2an 'Ammar shafi dikurniakan kesihatan yang baik...amin..

Usia sebulan dan masuk 2 bulan...

2bulan...Doakan saya jadi mukmin profesional...amin..

'Ammar Shafi dah naik beratnye..4.9kg pada usia sebulan dan 6.1kg bila 2 bulan..dah makin pandai senyum dan ternganga mulut ketawa bila di agah..

Shafi...senyum...

Harapan buatmu anak-anakku...Mana satu yang besar?kakak ke adik?shifa' ke shafi ? :) just camera tricking...

Moga kalian membesar dengan rahmat Allah..menjadi anak soleh dan solehah..musleh dan muslehah...amin ya Rabb...

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidil Adha



Doakan untuk setiap pengorbanan yang telah,sedang dan akan kita lalui dirahmati Allah dan dikurniakan keberkatan sepanjang kehidupan..amin.

AQIQAH 'AMMAR SHAFI
Raya ke-3 Ahad malam Isnin...doakan 'Ammar jadi anak soleh dan musleh...
Jemput pada sahabat yang jauh dan dekat untuk hadir ke kenduri.
Rumah di hadapan Sek Men (A) Sultan Ismail, Dungun (SMASID).



Khamis, 19 November 2009

Membesarlah sayang dengan rahmat Allah..(I)


Semasa beraya di terengganu..ummi,kak long,tok dan abi..

'Ammar Shafi pada umur 13 hari...nak azan nih..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah...selawat dan salam buat rasul junjungan tercinta,keluarga dan sahabat baginda...

Saya 'Ammar Shafi bin Shahrul Zaman..Ummi lahirkan saya pada pagi hari Khamis, 15 Oktober 2009 bersamaan dengan 26 Syawal 1430 Hijrah. Saya lahir pada pukul 4.12 pagi..maaflah ummi,ganggu tidur ummi dan abi pagi-pagi ye..doakan 'Ammar jadi anak soleh ye ummi dan abi. 'Ammar lahir awal pagi sebab nak dengar azan Abi di telinga dan azan subuh pagi tu.Kalau boleh, 'Ammar nak je gi solat dengan abi...tengok ni, 'Ammar nak azan..Allahu Akbar..Allah
u Akbar..

Ummi nak "start" cerita nih..pasal kenangan kelahiran saya...

Ummi turun darah pada jam 4.30pagi hari rabu..Ummi sedikit risau walaupun dalam hati sangat bersyukur kerana Allah tunjukkan tanda..mudahla Ummi nak rancang masa..Ummi risau kerana orang kata kalau kembar darah kelahiran agak sakit...ummi pun bangun solat sunat, moga2 urusan dimudahkan dan kesakitan semasa kelahiran adalah kesakitan yang ummi mampu hadapi...ummi tahu itu adalah petanda yang jelas. Sebenarnya, ummi telah mengalami "braxton hicks" iaitu contraction pada minggu ke 37 dan 38...terrorkan saya sebut..ermm..braxton hicks..erm..ape tuh?nak tahu lanjut kena cari maklumatnye ye..


Beraya bersama "braxton hicks"

Semasa "braxton hicks" minggu ke 38, ummi ingat lagi...hari tu hari Sabtu ummi dalam perjalanan berkonvoi dari rumah mak andak di Putrajaya ke rumah nenek Mun di seksyen 3 di Bangi untuk berhari raya...biasalah, hari cuti, beraya sakan..PAgi-pagi lagi dah ke rumah mak andak..cadangnye nak berjalan lagi tp tiba-tiba Ummi terasa sakit perut semasa di rumah mak andak.Ermm, sebab makan nasi lemakkah? atau makan yang salah-salah
?ke salah ummi malkan lewat ckit?masuk anginkah?..Ermm... Ada sedikit contraction namun selang setengah jam. Ummi mengalami kekejangan kaki menyebabkan ummi jadi pening dan sedikit mual. Mak ANdak suruh rehat je..ummi tertidur, mujur abi ada jaga shifa' tuh..makan dan solat zohor di situ.mak andak masak memang sedap..tp sebenarnye ummi kata,time mengandung,semua yg orang masak,semua sedap..'ammar yg nak makan..hehe...Selepas solat asar, kami mula bergerak ke rumah cik mun. Perut ummi memulas dan sakit macam orang sakit perut masuk angin.. Ummi juga ada rasa contraction lama (mengeras) ,tp still ummi tahan lagi sakitnye...
Abi : Ummi nak gi hospital ke?..
Ummi jawab sambil pandang shifa' :erm..oklah, tp mcmana kak long ni, nak antar kat sapa..?.
Abi : Bawa jelah, if ada pape, abang antar rumah kak ita (mak Andak).

Ummi fikir juga, sempat ke ABi nak patah balik menghantar shifa' tuh..tapi ummi positif...belum nak bersalin kot..dan silap besar..Ummi terlupa nak bagitau mak andak sebab melayan perut yang memulas..Akhirnya Mak Andak yang telefon..

Mak Andak : ade kat mane nih?
Ummi
jawab,lemah : kat hospital.. ..
MAk Andak : Hah, ko dah nak bersalin ke !?...(cemas gak suara mak andak di hujung talian.)
Ummi : NAk check dulu..doakan tau..
MAk Andak : PAtutla orang tunggu tak sampai..kak ita dah dekat umah cik mun nih,tapi tak tahu jalan..tunggu ko tak sampai2..ingatkan isi minyak tadi.okla, ape2 bagtau ok. PAndailah kami cari rumahnye ni..

(Prihatin suaranya.Itulah kakak ummi yang ke-4. Seorang guru yang cukup dedikasi.)

Check-up di bilik saringan di hospital putrajaya .

Ummi via sms : Abi balik la dulu..macam lame je lagi nurse wat CTG untuk monitor jantung baby ni.
Abi via sms : Ye ke, ok. abang balik umah kak ita antar shifa' dulu ye.

Akhirnya..
Ummi disahkan sihat dan tiada lagi tanda-tanda bersalin. Itu hanyalah braxton hicks kata doktor wanita yang masih muda itu..Alhamdulillah.

Masuk minggu ke-39..


Hari Sabtu ummi masih ke sekolah kerana ada LADAP (latihan dalam perkhidmatan) dari jam 8pagi-2 petang, ke rumah terbuka sahabat ummi, Kak wan Siti Fatimah dan kemudian pergi kenduri kawin junior ummi iaitu pasangan Aiman dan Izzah (Uniten vs UM) di Kelana Jaya. Ummi kata, abang uwais wafi tuh dah besar...dah boleh kena tinggal sebab ummi dan abi abang uwais tu nak pegi haji..semoga dapat haji yg mabrur..amin..Hari Ahad, Ummi keluar membeli katil baby, kotak baju dan barang dapur...nak pilih katil baby pun ambik masa..sebab dah survey lama..maka ummi dan abi pun decide beli kat baby centre..
harganya lebih murah berbanding di pasaraya lain macam carefour ke,tesco ke or mydin mall..mungkin sebab baby centre..Ummi beli jenama buatan China, Sweet Cherry warna biru gelap..kira okla tu..comel..Ummi baca doa beli barang : Allahumma firli waf tarli. Tu doa abang ummi aka pakcik Azam yg ajar supaya barang-barang yg kita beli akan tahan lama, dipelihara Allah..kalau beli emas yang disimpan, petua nak tahan lama..kena bayar zakat..kalau tak nak bayar zakat, kenalah pakailah barang kemas tu..jangan disimpan lama..
ni la katil 'ammar yg ummi beli..antara yang ok harganya sesuai dgn budget ummi..moga2 selesa buat 'ammar shafi..

Alhamdulillah, hari Isnin ummi dah ambik cuti awal seminggu. Ummi pun mengemasla barang-barang baby. Ummi letak satu tempat je..baju kakak ummi asingkan dalam kotak plastik yang jernih..senang ummi nak tengok barang ape ada dalam tu..selain buat laundry, ummi siapkan soalan peperiksaan untuk akhir tahun..ummi kena buat soalan Sains dan Sejarah tingkatan 2. Tak habis taip lagi...doa-doa moga sempat semuanya.
Malamnya, Ummi sempat pergi kelas Darussyifa'..Syukur..

Kelas Darussyifa'

MAlam ni ustaz ajar dah sampai abjad S..maka tajuk penyakitnya ialah Selsema dan Selusuh..alhamdulillah..tercapai hasrat ummi nak dengar ustaz ajar bab nih..sesuai dengan ummi..Untuk menyediakan air selusuh, ustaz ajar kombinasi bacaannya ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Lau anzalna..(surah al-hasyr ayat 21-24)

3. Selawat Syifa'
4. Doa Selusuh :
اللهم بِحَقِّ مريم وبِحَقِّ مَنْ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ سورةُ مريم خَفِّفْ عَنْهَا (سبوت نام) آلامها المَخَاض برحمتك يا أرحم الراحمين
5.Doa Pemudah.

Ummi syor sangat pada semua yang ingin sekali mempelajari ilmu ini, belajarlah sekiranya berpeluang...jika tiada kesempatan dan untuk kegunaan semasa keperlluan hari-hari boleh juga merujuk bacaan doa dan terjemahannya dengan membeli buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit. link

Sebenarnya,mak mertua ummi (tok) dah siapkan air dan minyak selusuh untuk ummi...tok pesan minum air bila dah rasa sakit..minyak boleh buat sapu kat perut bila-bila masa selain minum jika bikaan dan 3cm ke atas...ummi ingat dan akan ikhtiarkan segala pesanan tok..mudah-mudahan ada berkat ayat al-quran dengan izin Allah..

HAPPY BIRTHDAY UMMI

Ummi senyum depan 2 potong kek..tu pun cepat muak..kegemaran abi..:)

kakak posing..ambik gambar dulu sebelum kakak shifa' nak makan..

HAri Selasa, 13 Oktober 2009, hari jadi Ummi yang ke-28...tua dah ummi..:) Abi bawaUmmi sambut birthday di Secret Recipe, waktu petang after balik dari billion (membeli susu biolac Shifa' di booth ERA EDAR, terus beli sedozen..buat stok sampai ummi bersalin dan berpantang di kampung nanti)...Erm..abi belanja tapi ummi kata ummi dapat agak sebab abi tak surprise pun (klu abi nak wat surprise pun ummi dapat teka jugak..) hehe....alhamdulillah..dan anak ummi ni tak mau keluar lagi..nak rase kek dulu..nyum..nyum..sedapnye..

Cik Ma @ Kak Ma dalam Versi Ummi yang cerita.....

Alhamdulillah...pagi selasa, selesai taip soalan peksa akhirnya..send via email je kat kawan sekerja..minta print di sekolah..hari selasa tu juga ummi dapat tetamu istimewa..(semua tetamu ummi tu istimewa..) Kak Mazihah Mustaphy,hubbynye ustaz Nasir dan anak mereka, Irdina Ilmina yg petah, bijak dan cergas. Jumpa kak ma kat billion petang selasa tu..then diorang call nak dtg umah..bestnyer dapat tetamu yg lama tak jumpe nih..yang shahdunya kak ma bawa hadiah birthday..sebenarnya,tersebut pd kak ma masa salam dan berbisik di telinganya.."jumpa dengan akak ni umpama hadiah besday saya,kak..terharunya..Alhamdulillah..." pastu..tak sangka lak dia nak datang umah...Sebenarnya, setelah 6 tahun after kak ma keluar kampus..sekali je jumpa masa kelahiran anak kak ma, kami ziarah di kota damansara dulu..sekarang kak ma family dok dkt je dgn KUIS tu, bukit mahkota..kira dkt dgn kami la sebab ustaz nasir pensyarah di KUIS.

hadiah birthday ummi by cik ma (yg atas-box isi barang) cik ma ni peminat warna merah..hihi..yg bawah tu,hadiah untuk diri sendiri..:)

"UMMI" ummi...

Kak Ma sangat rapat dengan ummi di kampus sbb satu kolej..err..tukar ayat,ummi rapat dgn kak ma sbb kak ma ni adalah naqibah yang banyak bagi pengisian pada ummi dan kawan-kawan ummi..kak ma pelajar agama,ummi belajar sains..tp kelebihan kak ma,dia suka mengkaji sains dari perspektif agama..sebab tu kami banyak berkongsi selain aktiviti-aktiviti di kolej yang menyimpul ukhuwah erat antara kami..alhamdulillah..kak ma orang bukit payung,kuala terengganu dan ummi sempat hadir ke kenduri kahwin kak ma. Ummi hadir ditemani kak mazuin abd rahim (kak awin yang ummi rindu juga lama tak jumpa...) yang sarat mengandung 7 bulan mase tuh..ummi di amanahkan oleh husband kak awin supaya jaga kak awin tuh..hehe..alhamdulillah,perjalanan kami naik bas dimudahkan...

Cik Ma bawa banyak rezeki ke rumah kami malam tu...kata cik ma,ummi jangan masak/jgn susah buat ape-ape..cik ma nak beli makanan kat pasar malam ..rupa-rupanya cik ma bawa macam2..ada bihun dan mee sup, kebab dan jagung..ya Allah..ni untuk 10 orang makan nih! cik ma kata, ummi tak payah masak sampai besok hari rabu...terus g hospital, pastu bersalin..haha..murahnye rezeki 'ammar nih...alhamdulillah...ummi kata, itula cik ma..orangnye sangat particular, sangat ambik berat...sebab tu kat kolej dulu dialah ummi,dialah mama,dialah ibu...tempat ummi mengadu..

Cik ma : ein bersalin esok kot,tgk muka dah lain macam je...nanti bagitau kak ma ye..dah makan sup daging nih,mana tau panas lak..bersalin terus..

Ummi :Tak nak bersalin esok..esok hari rabu, nak bersalin hari khamis..

cik ma :Kenapa?

Ummi : HAri yang baik,insyaAllah..doakan ye kak..

Doa buat kak Dina


Kak Dina dan Shifa' sibuk bermain2..kak dina single lagi,belum ada adik. Ummi doakan kak dina dapat adik insyaAllah...amin..kegemaran kak dina ni,main komputer..alahaii anak zaman cyber, inilah hobi mereka dan anak ummi tak terlepas dari fenomena ini...kakak shifa' pandai dah sebut ultraman,ben 10..amboi..

Cik ma cerita pasal kak dina tegur guru di taska yang tak pakai tudung.."teacher,kenapa teacher tak pakai tudung?"..tak lama..akhirnya cikgu tu pakai tudung..kak dina ni matang..bagusnye..bakal mujahidah ansarullah..amin..

Ummi nak sangat sambung cerita ni..insyaAllah..mga2 Allah mudahkan..amin..

Terapi diri..

Cintailah Al-Quran..Rinduilah Al-Quran..

ASSALAMMUALAIKUM...


Dengan nama ALLAH...

Maha suci Allah yang sentiasa mengingatkan kita pabila kita lalai dan leka...lama tak dapat nak baca Al-Quran..rasa sayu hati,namun ku cuba mencari alternatif sebaiknya moga2 Allah kembali menguatkan jiwa yang sedikit gersang...Air segar daripada amal kebaikan yang sedikit moga-moga menatijahkan kesuburan hati dan jiwa kita..Maka, zikir adalah sebaik-baik amalan jika istiqamah dalam beramal buat mereka yang berpantang sepertiku..mamnu' minassolah..

AMALAN DARIPADA USAHA PARA IBU VETERAN


Alhamdulillah, ku cuba khatamkan Al-Quran dalam tempoh mengandungkan 'Ammar Shafi seperti mana yang cuba ku lakukan sepanjang mengandungkan Kak Long Shifa'..sedikit usahaku mohon Allah berkati. Usaha ini jugalah yang ku pinta agar para suami turut meraikannya..usaha bersama...Usaha sekelumit ini (nampak agak sukar bagi yang belum mencubanya, mencari ruang waktu menghabisi 30 juz dalam tempoh 9 bulan 10 hari +-...) selain usaha yang lain, memberi banyak kekuatan dan keringanan dalam memahami kepayahan dan kesakitan sepanjang tempoh mengandung kali kedua ini..Usaha ini didorong dan digiatkan oleh banyak penasihat-penasihat veteran yang menyemai benih dengan usaha gigih hingga hasil tuaian mereka "menjadi" dengan keimunan yang diidamkan..moga-moga Allah memuliakan mereka, para ibu yang berusaha...kuambil iktibar dari bacaan selain pengalaman-pengalaman orang lama yang ku cari dengan mata, tangan, lidah serta telinga yang melihat, merasa, membaca dan mendengar segala mutiara ilmu berguna...

SEMANGAT MENGATASI KUDRAT

Simptom kali ini lebih memberi keinsafan..Ummi mengandungkan Shifa' dalam keadaan Ummi masih belajar, mujur Allah Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani banyak memudahkan Ummi dan Ummi sihat sokmo, untuk teruskan pengajian di tahun akhir...Syukur padaMu...Alhamdulillah..Sekadar bandingan tanpa niat ingin menyesali atau menyalahi keadaan..kali ini..Ummi dah bekerja dari pagi sampai ke petang (wp ada ketika dapatlah balik awal sedikit dari masa ofis) , kaki ummi selalu cramp,morning sickness yang menyebabkan ummi
tak boleh tengok dapur dan memasak...(kesian kat abi, mujur kejap samapai 4 bulan jer..), sakit belakang, sakit pinggang dan beberapa keadaan keletihan yang menyebabkan ummi balik sekolah akan terus nak cari tempat nak landing terutama masa hari-hari dah sarat...namun Ummi sangat bersyukur, semangat Ummi mengatasi kudrat..ummi digagahkan dengan kehadiran orang-orang di sekeliling ummi. Kasih sayang juga sikap ringan tulang Abi, keletah riang dan comel kak long shifa' walaupun menghadapi macam-macam aksi tumbesarannya yang menggamit kesabaran dan kebijaksanaan menanganinya, kebaikan pengasuh kak long yang tak lokek menghulur bantuan, jiran-jiran yang prihatin, mak abah dan mok serta ahli keluarga yang mengambil berat, sahabat-sahabat yang baik hati sentiasa bertanya khabar, teman berkereta yang sentiasa bersedia bertukar ganti turn car pool, rakan sekerja yang memahami dan anak-anak pelajar yang akan lebih simpati melihat gurunya semakin sarat hari demi hari..

KESAKITAN YANG MENGUJI


Pernah satu hari ketika kandungan masuk 8 bulan , ummi sakit pinggang yang agak teruk..sampai di sekolah tak boleh nak jalan laju. Ummi rehat sekejap di bilik guru..rakan ummi dah tanya kenapa bila tengok ummi diam dan letak kepala di atas meja..tak pernah pulak dia tengok ummi gitu..Ummi kata sakit belakang/pinggang ckit jer..ngantuk gak..tengok jam,lagi 10 minit loceng nak bunyi untuk ummi masuk kelas..Ummi bangun dan nak siap-siap masuk kelas..ummi tahu, jalan je dah ambik masa 5 minit..kadang2 memang ummi lewat gak nak gerak dari tempat duduk tuh..bila sampai kat kelas, konon-konon cadangnye nak bagi diorang kerja, so ummi boleh rehat jap, tapi dise
babkan kelas yang ummi masuk ialah kelas tingkatan 2 yang kedudukannya ke-2 terakhir, terpaksa ummi batalkan niat ummi..Ummi memang tak biasa mengajar sambil duduk..tak boleh..tak reti...tapi lepas dah ngaja dan bagi kerja tuh memang la duduk..ramai gak kawan-kawan pesan kalau boleh duduk time ngaja,doktor pun pesan gitu..tapi..hakikatnya..ummi tak biasalaa..lagi satu..pelajar ummi ni..kalau ummi duduk, ummi tak leh tengok muke sorang-sorang..kalau dapat kelas pandai,boleh tahan lagi..ummi duduk pun diorang akan pay attention..kalau kelas yang akhir nih..memangla ummi yg kena pay attention kat diorang...

DYNAMIC : SUKA HINGGA LUPA

Mujurla topik hari tu pasal Dynamics : FORCE...ummi punyelah seronok..hanya ummi yang memahami keseronokan itu..segalanya mengenai DYNAMIC adalah indah..keterkaitannya sangat rapat dengan Ummi..ummi
implementasikan kecapaian Dynamics dengan DYNAMIC yang ummi faham dari beberapa konsep kehidupan..dengan banyak pandangan..anak murid ummi pun terloponglah pada hari itu bila ummi mengaitkan Dynamic dengan bermacam-macam kisah dalam kehidupan mereka seharian..contohnya,ummi tanya mereka: Manusia kalau jatuh, ke bawah atau ke atas? ( In english : Human being if they fall..up or down?)... if broken english, betulkanlah...OK, kawan-kawan cuba jawab dulu...

Konsep yang mahu diperluaskan ertinya...


In concept of gravitational force, teacher try to explainwith examples the existance of gravitational force like frictional force which have magnitude and direction..teacher can carry out an experiment to show each of types of forces but in this case teacher want to relate and show the meaning of the concept in life..so in campur bahasa pula ye..so ramai yang jawab,
mestilah jatuh ke bawah teacher..ok..ermm..kalau teacher kata, manusia kalau jatuh memang ke bawah..tapi kalau jatuh dan mati..terus naik atas..ke mana? bila saya tanya begitu, mereka lopong kejap lepas tu ada suara jawab..ke langit la teacher..Saya uji lagi..Ye ke? mana awak tahu? (just nak dengar explaination simple but i like to hear from them..).. Bila kita jatuh ke bawah, bila mati roh kita akan naik ke langit..jawab seorang student lelaki yang memang kuat suaranya dan berani. Memang itu saya nak dengar..Konsep force (daya) graviti ini berlaku apabila sesuatu itu jatuh seperti buah durian yang gugur, bola yang melantun ke bawah dan syaratnya mestilah di atas permukaan bumi dan tidak terapung di udara serta bukan di dalam ruang vakum. Cumanya, ummi luaskan sedikit berkaitan konsep daya graviti dengan konsep jatuh ke bawah..secara alami tanpa paksaan, berlaku secara natural dan kejadian itu jika berkeadaan sebaliknya, apa yang akan terjadi?...maka gunung-ganang tak melekat, pokok2, rumah ,kereta dan segala benda terapung...kamu bagaimana?? dunia akan jadi apa?? maka anak murid ummi akan terus berfikir dan membayangkan..sebab itulah mereka terlopong...ummi suka dan ummi leka pada keadaan itu hingga ummi lupa pada kesakitan ummi..sesungguhnya proses pembelajaran dan pengajaran adalah terapi bagi ummi..i like to teach, to be a teacher and to have a good teaching and listening condition..bila ummi balik bilik guru, kawan ummi tengok ummi cergas dan senyum sambil bercerita..dia pun tegur.."Pagi tadi lembik je nampak, ni dah cergas semacam. Dah ok ke sakitnye?"..Ummi pun senyum sambil menjawab.."Dah jumpa ubatnye, dalam kelas tadi.."

PENDIDIKAN MEMANUSIAKAN MANUSIA : SATU HARAPAN

Cukup mencabar apabila mengajar di sekolah baru yang berubah-ubah keadaan. Daripada kelas besar, di kecilkan jumlah pelajar maka bilangan kelas bertambah..bilangan guru kelas bertambah..ummi dah 3 kali bertukar kelas..kali pertama dapat kelas akhir tingkatan satu, kali kedua dapat kelas ke-3 tingkatan 2 (2C) dan kali ketiga dapat kelas akhir (2E) bagi tingkatan 2..Ummi redha kerana ummi tahu Allah pilih ummi untuk menghadapi pelajar ummi dalam keadaan yang agak lemah motivasi mereka..Cuma ummi rasa pergerakan dan tindakan ummi agak terbatas dalam keadaan ummi sarat menunggu hari..setengah bulan sahaja ummi menghadapi mereka sebelum ummi cuti bersalin..pernah satu keadaan, hanya untuk membersihkan kelas baru, sikap mereka cukup sambil lewa, ummi sedikit tinggi suara, itupun ummi dah mengah...mujur mereka segera buat kerja yang di minta..Maka, ummi mengambil sedikit masa mengenali mereka..tak kenal maka tak cinta..dah jadi tanggungjawab ummi mengenali mereka lebih dari pada guru-guru lain sebelum ummi mengambil tindakan atas kesalahan mereka..kebanyakannya pelajar baru tingkatan 2 yang datang dari sekolah daerah puchong dan ada dari negeri lain.

FAHAMILAH LETAK DUDUKNYA...


Mereka berasal daripada pelbagai latar belakang keluarga..ada yang masih tidak tahu membaca, menulis dan mengira wp sudah tingkatan 2, ada 2 orang pelajar yang membantu ayahnya berniaga di pasar malam/bazar ramadhan dan siangnya mengantuk sahaja di dalam kelas, ada pelajar yang malamnya akan melepak di taman permainan hingga jam 3 pagi atas alasan siang jaga neneknya yang sakit dan lepas nenek tidur barulah dia boleh lepak dengan kawan-kawan, merokok, bergaduh, ada yang tinggal dengan 3 orang
adik beradik dan neneknya yang bekerjanya sebagai orang gaji dan mereka tinggal dalam satu bilik di rumah majikan neneknya..bayangkan satu bilik dihuni 5 orang..mujur katanya buat sementara sahaja..dan pelbagai keadaan yang agak klise untuk ummi tuliskan kerana ummi ingin doakan kebaikan sentiasa bersama dengan mereka...ummi berdoa agar masa depan mereka akan disinari cahaya petunjuk..amin..ummi ingin sekali mereka sedar bahawa mereka itu masih banyak peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik..

SEDIKIT TAPI BERKAT..BERKAT..BERKAT...AMIN


Ummi ingin sekali memberi walaupun sedikit usaha dan perkongsian keinginan dan impian ummi dengan setiap orang. Begitu juga apabila ummi ingin mengusahakan sesuatu...mendidik di sekolah ummi memerlukan rakan seperjuangan yang sedia berkompromi, memahami aspirasi keinginan membentuk
manusia...kadangkala tidak semua perkara kita akan mampu lakukan sendirian, kita masih memerlukan orang lain untuk membantu kita hatta untuk makan kita masih memerlukan pakcik nelayan untuk menangkap ikan untuk kita makan sekeluarga! Bila dalam keluarga, kita amat memerlukan suami dan suami amat memerlukan isteri juga anak-anak dalam usaha membentuk sebuah keluarga bahagia, diberkati dan anak-anak menjadi soleh solehah. Rezeki yang sama-sama kita dapati daripada usaha bersama akan dicicipi anak-anak dan itulah yang amat diharapkan agar diberkati. Moga-moga Allah berkati rezeki yang kita dapati..usah risau pada jumlahnya yang kecil asalkan kita sama-sama pastikan ianya bersih, suci dan halal. Mohon petunjuk Mu YA Allah..Moga-moga dirahmati,diberkati dan diluaskan lagi rezeki kita dalam pelbagai cara...Hanya Allah yang Maha pemurah dan tahu yang terbaik buat kita..Ya Allah Maha Pengurnia, kurniakanlah...


DOA PENERANG HATI

Ya Allah,Tuhan yang mengajar nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan kami, YA Allah, Tuhan ynag mengajar nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada kami.

"maka kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kamilah yang melakukannya" (Al-Anbiya' :79).

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga wahai Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahaiTuhan NAbi Muhammad SAW, selamatkanlah kami dari kegelapan kejahilan dan lupa, dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. YA Allah tambahkan ilmu pada kami dan anugerahkan kepada kami kefahaman dengan rahmatMu wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. YA Allah anugerahkan kami cahaya dengan cahaya ilmu Mu, dan jauhkan kami daripada lupa dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkanlah kami kefahaman nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani daripada segala-galanya. Segala puji itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.



Doa itu senjata mukmin..

Ummushifa' @ Ummushafi

Desa Saujana.