Khamis, 21 November 2013

UJIAN TANDA KASIHNYA

id.cDengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani...

Maha Suci Allah yang menjadikan alam dan seluruh kejadianNya yang maha sempurna...

Tahun 2013 yang penuh ujian

Ujian yang pada diri
Ujian yang mengenai insan lain
Ujian yang diterima dicelah ujian insan lain
Ujian yang bahagia bersulam duka
Ujian yang duka bersulam bahagia

Ujian berbentuk lisan
Ujian berbentuk tulisan
Ujian berbentuk arahan
Ujian berbentuk kiraan
Ujian berbentuk bingkisan
Ujian berbentuk fikiran

Ujian sekadar hiasan
Ujian sekadar mainan
Ujian sekadar hembusan
Ujian sekadar titisan

Ujian meluntur mazmumah
Ujian melanyak lawwamah
Ujian menapis ikhlas hati
Ujian mengurung nafsu yang keji
Ujian mengajar akal budi

Ujian menuntut kesabaran
Ujian menuntut kefahaman
Ujian meruntun rasa hati
Ujian menitip empati dan simpati
Ujian menduga keimanan
Ujian menguji kekuatan fikiran
Ujian mengenal kaca dan intan
Ujian membentuk diri sendiri
Ujian memantap ilmu sebutir biji sawi
Ujian meningkat harga diri
Ujian membaiki amal kendiri
Ujian memulih jiwa nurani
Ujian menjernih taqwa di qalbi
Ujian mendekat pada Ilahi

Ujian diberi ingatan diri
Ujian dariNya semulajadi
Ujian itu qada' dan qadar
Ujian agar kita tegar
Ujian agar kita segar
Ujian agar kita pintar
Ujian agar kita malar
Ujian itu nikmat ilahi
Ujian itu hiburan hati
Ujian tanda kasih
Ujian tanda Cinta
Ujian tanda Ingat
Ujian tanda rahmat

Ujian itu pengikat
Ujian itu tautan berkat
Ujian itu buat sepakat
Ujian itu santunan cermat
Ujian itu penguat tekad
Ujian dariNya hadiah tanpa bungkusan

Ain Al-Hasanah 
___________________________________________________________________________

Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan dikembalikan...

FIRMAN ALLAH DALAM AL-QURAN

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

 Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.
[Al-Anbiyaa’: 35]

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
 [Al-Baqarah: 286]


أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
[al-Ankabut: 2-3]

Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.
[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]


[Ayat al-Quran :http://www.life-verses.protajdom/?p=458]

Tiada ulasan: