Ahad, 24 November 2013

Hari pertama di Darussyifa' seperti hari pertama di Madrasah Tarbiyah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sesuatu telah berlaku..sesuatu yang menggamit rasa hati kembali menjadi penuntut medan ilmu..Allah ya Allah..izinkanlah Ya Allah..

Pengalaman menadah ilmu menggamit perasaanku menukilkan kenangan itu. Allah Maha Berkuasa penuh Kasih dan rahmatNya..

Ujian pertama
Adikku seorang ini, sangat kuat hatinya didorongkan untuk mengutip pentarbiyahan di darussyifa' ini. Dialah antara yang kuat mengajak dan mendorongku selain suamiku..Ujian pertama ketika membawa motosikal pulang dari tempat kerja menuju ke bangi. Tiba di satu jalan di Bukit Bintang, motornya melalui jalan licin dan dia lantas mengelak kenderaan di hadapan. Akhirnya dia sendiri yang rebah bersama motornya. Alhamdulillah, ada hamba Allah yang simpati menghantarnya ke klinik berhampiran. Dapatlah 11 jahitan di bahagian atas kening akibat cermin matanya pecah. Adikku ini tak mengerti sakit apabila menunggang motosikalnya pulang tanpa cermin matanya. Tawakalnya memang tinggi..aku kagum itu..Lantas, didesak semangatnya yang cukup berkobar dan keizinan Allah, dia berjihad untuk tiba di darussyifa'. Ada sahabat yang menolong menghantarnya. Syukur, di sampai dengan selamat walaupun lewat sedikit iaitu selepas solat isya' 20 minit..

Dialah adik penguat semangatku..Rasyidah Jusoh..dulu di rumah sewa kami..selalu sahaja aku menggelarnya adik beradik dengan arwah Syafawati Jusoh..mereka pun pada mulanya belum mengenali..setelah mengenali, mereka jadi rapat. Apa taknya, keduanya bersuara kuat! Memang adik beradik! Kus semangat..:) Sekarang adik hebatku ini mengajar di Negeri Dibawah bayu, berjauhan dengan suami dan anak-anaknya. Moga tabah dirimu sayang..setabah dirimu yang ku kenali.

Seorang lagi adik penguat semangatku ialah adik Aziah Talibin. Adik ini semangatnya kuat. Sekarang menyambung pembelajarannya. Moga kalian dimudahkan segala urusan. Ameen..(ada cerita tentang amalan mereka berdua mengenai berkat doa yang di amalkan dan pengubatannya pada diri mereka sendiri..nanti jika berpeluang akan saya kongsikan)

Sesungguhnya yang  terus-terusan memberi semangat buatku belajar di Darussyifa' ialah suamiku. Pada masa kami bertunang, dia merupakan pelajar di situ dan setelah kami berkahwin, aku mengikutinya. Cerita itu saya ada kongsikan sebelum ini. Sila baca..

Ujian Sebenar di temuduga

Aku dan adik-adik yang bersamaku..Rasyidah dan Aziah telah menjalani proses temuduga dengan bacaan Tasmi' yang diadakan beberapa minggu sebelum kuliah bermula. Syukur, Tasmi' Al-Fatihah, Ayat Al-Quran, Ayat Kursi, Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir oleh seorang Ustaz yang merupakan tenaga pengajar di sana. Ada markah untuk bacaan dan kesalahan tajwid. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Belajar di Madrasah dan belajar menghafal al-Quran.

Ujian pada ayat yang kami pelajari...bacaan asas 10. MasyaAllah..ayatnya mungkin mudah bagi orang yang biasa menghafal dan memahami doa..tapi tidak padaku..kekuatan hafalan diriku pernah teruji ketika aku menuntut di Madrasah Sg Udang ketika cuti semester kedua tahun 2005. Niat asalnya sekadar memenuhi jemputan Mak Usu ku..namun bertukar rasa keinginan dan peluang membaiki diri, bertaubat, displin diri dan menghafal Juz 'Amma. MasyaAllah..Pengalaman ini terlalu berharga. Sehari disitu telah mengubah persepsiku 180 darjah..masyaAllah hebat kuasamu Ya Allah..aku malu ditempatkan satu dorm dengan seorang adik perempuan berumur 8 tahun tetapi telah menghafal 5 juz Al-Quran! Malunya YA Allah..aku malu...menangis aku di sebalik almari sementara kami dipanggil menunaikan asar kali pertama di madrasah itu setelah sesi suai kenal selama sejam. Aku tiba dihantar oleh abahku pada tengahari dan disambut oleh ustazh Norhayati. Semuanya berpurdah. MasyaAllah...perasan kerdil menyelinap dalam diri bila ustazah Norhayati membawa aku ke dorm yang dipenuhi oleh adik-adik di bawah usiaku..hampir semua! dan aku paling tua! seorang Mahasisiwi UM yang mahu menghafal Al-quran dengan cuti semesternya hanya 3 minggu..mana mungkin!!! Allah...Allah...nikmat apakah yang harus aku syukuri selain nikmat iman dan Islam ini...subhanallah..anak-anak ini sangat peramah dan mulia hatinya. Cepat sahaja mesra dan membantu aku..seperti kembali menjadi pelajar tingkatan 1 sekolah asrama yang baru mendaftar..Allah..comelnye diriku...:). 
Kisah ini akan ku sambung jika diizinNya suatu masa nanti.InsyaAllah..

 Permulaan Pembelajaranku di darusyifa'.

Isnin, 12 Januri 2009. Aku mengimbas dengan berpandukan buku catatan nota tulisanku sepanjang menghadiri kuliah. Lama kusimpan ilmu ini tanpa sempat berkongsi. Mudah-mudahan dilapangkan masa untuk terus berkongsi ilmu yang terlalu sedikit ini.

Alhamdulillah, hari pertama aku hadir kembali sebagai seorang penuntut. Menadah ilmu Allah yang tidak bertepi. Ybhg Dato' Tuan Guru Haron Din dijadualkan akan menyampaikan kuliah kali pertama usai kami mengerjakan solat maghrib, solat sunat ba'diyah dan zikir selepas solat.

Cerita sejarah Darussyifa' terdapat di sini..

Pelajar yang sampai awal pada jam 6.30 akan mula memenuhi ruang solat di atas. Berebut pelajar mencari ruang hadapan ataupun ruang yang mana bila tuan guru duduk, mukanya akan nampak dengan jelas. Aku turut tidak terkecuali. Kalau boleh mahu duduk ditengah supaya kepala tidak perlu disengetkan atau dipalingkan ke kiri atau ke kanan sepanjang pengajian nanti. 

Azan Maghrib berkumandang dan semua orang akan menunggu Tuan guru berdiri di tempat imam dan melafazkan ayat.. "Luruskan dan rapatkan saff " ...
MasyaAllah..kali pertama dengar, aku seolah-olah merasakan, benarkah aku telah menjadi pelajarnya? ..Allah..malu pada diri sendiri..

Usai solat maghrib, kami solat sunat ba'diah. Aku pada hari pertama pada mulanya agak terikut. orang buat, aku buat. Moga ada berkatnya. Alhamdulillah, pengajian berikutnya aku dapat membiasakan diri. Kemudian, kami membaca Yasin bersama kemudian disambung dengan asas 10. Perlahan-lahan aku mengikutnya. Terkial-kial. Malah terbelit lidah sebab masih belum lancar. MasyaAllah...aku perlu tekun mengikuti bacaan tersebut dengan berpandukan buku yang kami dapat sebagai bahan rujukan, bacaan dan hafalan. Bacaan ini habis hanya beberapa minit cukup sebelum masuk waktu Isya'..MasyaAllah..

Solat Isya' berjemaah diimamkan oleh Tuan Guru. Mengaminkan doanya. Allah..pengalaman ini membuatkan hatiku bergetar. Rasa Allah sangat sayang padaku ditempatkan aku yang banyak berdosa ini dikalangan hambaMu yang mulia..Allah..Usai solat, pengajian bermula...

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah salah seorang yang menyerah diri.”

Pertama mendengar butir-butir mutiara bicara seorang ulama haraki yang faqih dalam ilmu Fiqh dan Al-Hafiz ini membuatkan semua hadirin senyap. Suaranya jelas, walaupun intonasi temponya perlahan dan bicaranya dituturkan satu persatu. Kami bertalaqqi duduk menadah dengan bersila, berteleku, bersimpuh dan apa sahaja kedudukan yang asalnya adalah duduk menadah dan tok gurunya di hadapan,mengulas bicara di atas meja dan kerusi sedikit besar.

Anak kedua ini mempunyai abang dan adik yang turut terlibat dalam ilmu agama iaitu Ustaz Ishak Din dan Ustaz Hasan Din Al-Hafiz

Ustaz memberi panduan dan tatacara belajar. Pembelajaran akan berlangsung selama 1 jam 30 minit dan mungkin hingga 1 jam 45 minit. Ustaz memulakan cerita mengenai dirinya yang mempusakai ilmu dari ayahnya, merasakan kenikmatan, kepuasan juga merasakan untuk terus menghulurkan pertolongan jika diperlukan. Ustaz akan merasa bahagia apabila orang yang dirawat, diizinkan olehNya untuk sembuh. Ayah ustaz meninggal pada usia 63 tahun. Jenazah ayah dimuliakan apabila mufti hadir untuk imamkan solat jenazah. Allah..aku teringat kisah Ahmad Ammar..belum sempat lagi aku menukilkan sesuatu mengenainya..insyaAllah..kisah ini seolah mengulang sejarah kisah yang hampir denganku mengenai insan yang ku rindu hingga kini. Arwah Syafawati Jusoh.

Minat dan seronok membantu amalan
 Pesan Ustaz lagi, jika kita minat dan seronok melakukan sesuatu, perkara tersebut akan mendatangkan nikmat. Terutamanya kecenderungan dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya. Segala kebaikan tersebut akan beroleh atau dikurniakan ilmu atau hikmah yakni ilmu yang berguna.

Rasulullah SAW bersabda; “Hikmah itu adalah barang yang hilang dan milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.” (HR. Tirmidzi). Sambung ustaz lagi.."Ambillah walaupun dari seorang kanak-kanak."

Penyebaran Ilmu

Jika berpeluang untuk mengikuti kelas pengubatan, terdapat juga kuliah feqah  dan peluang untuk baiki Al-Quran, Fatihah, Tahiyat, Qunut dan Syahadah. Usah biarkan diri menjadi korban kepada sistem yang tidak mementingkan agama.  Ilmu yang ada sekarang tiada check and balance diakibatkan oleh Fundamental requirement (Al-Isti'jal). Sistem pendidikan agama menjadi semakin lemah.

(Al-Isti'jal : Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah.)

Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa nabi Adam dicipta dan diditupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniuapan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perkukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru  pada serba-serbinya…

Pembentangan Hasil Temuduga Markah  Tasmi' 

Seramai 299 orang pelajar baru telah ditemuduga. Hanya 37 orang sahaja mendapat markah penuh!
Bila di semak, muslimat seramai 68 orang hanya 8 orang yang mendapat markah penuh dan tahiyat akhir hanya 5 orang markah penuh! kata ustaz, Siapa yang baca fatihah tertinggal satu "lakh" - tidak sah fatihahnya.... Allah .. bagaimana pula dengan solat? desis hatiku menambah..Allah..Allah..perbaikilah ibadahku..
Ustaz menyatakan solat tidak sempurna bila bacaan Al-fatihah tidak betul... Allahu..baru sahaja terdetik di hati, ustaz segera menjawab. Seolah dia mendengar suara hati kecilku..kebetulan..

Ya Allah..teruslah memperbaiki kami dan memperelokkan akhlak kami..ameen..

Mula bertalaqqi

Kami diajarkan mengenai Asas 10 pertama dan menyebutnya untuk kami hayati dan perbaiki tajwid. Berikut bacaan asas 10 yang kami pelajari dan disertakan talaqqi yang dirakam secara mp3 untuk didengari..Moga bermanfaat buat sesiapa sahabat yang ingin menyambung pembelajaran ilmu perubatan Islam dari darussyifa'..insyaAllah..

Bacaan Asas 10 Pertama

Rujukan dicopypaste dari

BACAAN ASAS 10 PERTAMA
No.
Bacaan
Audio (MP3)

1

Surah Al-Fatihah
Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi  Maha Penyayang. (2) Segala  puji bagi Allah,  Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang  menguasai  hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah  kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)  mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Surah Al-Fatihah








2

Ayatul Kursi
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)

 

Ayatul Kursi




3

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit


Yaa-Baari’




4

Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof






5

Selawat Syifa’
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Selawat Syifa’




6

Selawat Tafrijiyyah
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.


Selawat Tafrijiyyah




7

Lauanzalna
Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)



Lauanzalna




8

Doa Menghindar Syaitan
Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia,  daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.


Doa Menghindar Syaitan




9

Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat






10

Doa Sulaiman
Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.


Doa Sulaiman





Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama

Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

Kategori
Kombinasi Bacaan
Kegunaan

1

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’


Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Lauanzalna


Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.


2

1. Surah-Al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Salam Selahtera Sulaiman
4. Doa Sulaiman


Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh


3

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah


Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya


4

1. Surah-Al-Fatihah
2. Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
     Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof

Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini


Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan.


5

1. Surah-Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi

Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem­baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak  3 atau 7 kali.



Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.


RANGKAIAN ZIKIR   

Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.

Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah Yaasin.


RANGKAIAN ZIKIR 

No.
BACAAN
Audio (MP3)
(Zikir beramai-ramai dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

1


2

3

4

5

6

7

8


 9




Tiada ulasan: