Jumaat, 1 Februari 2013

2013!

MasyaAllah, subhanallah... maha suci Allah yang menjadikan segala kebaikan buat hambaNya...

Umur semakin bertambah..kaki terus melangkah..meninggalkan segala kenangan, kebaikan, usaha gigih, sambil lewa, kejahatan, gembira, suka, jasa, bakti ,dengki,iri dan semua perkara yang pernah dilalui adalah tinggal sebagai sejarah...sama ada yang masa kekal dengan kita ini adalah kebaikan yang semakin berganda ataupun kebaikan yang hanya tinggal kebaikan pada nama bukan pada pahala..Allah..Allah...amat takut diduga demikian...apa yang mahu kita bawa pulang mengadapNya? 

Muhasabah 1

Allah...Maha suci Engkau menjadikan setiap dari kami peluang terus mencangkul dan menggali kebaikan demi kebaikan...mungkin selut riak, lumpur takbur, debu-debu bangga kadangkala mengenai diri..namun Allah masih titipkan rasa insaf menusuk naluri...Allah..Allah...mahu sekali membersihkan kekotoran terpalit ini dengan air ikhlas yang benar-benar ikhlas..apakan daya..ikhlas itu adalah rahsia kita dengan Allah yang Maha pencipta...sangat terkesan dengan kata-kata ustazah Nurhafizah Musa...antara ingat lupa kata-katanya..ikhlas itu menjadi rahsia antara kita dengan Allah sahaja..hatta sedikit derma atau sedekah yang kita berikan usahlah di cerita pada suami kerana ikhlas memberi itu adalah manisnya di antara kita dan Allah sahaja..masyaAllah...begitu sekali..InsyaALlah...moga-moga ada kebaikan dan kebaikan terus menjelma melalui laluan yang baik, persekitaran yang mulia, sahabat yang membimbing, rakan yang mengingatkan dan suami yang sentiasa mendoakan..sungguh tidak lupa, anak-anak yang memberikan inspirasi..Sungguh jasa abah,mak dan persekitaran yang pernah mendidik diri ini tidak terbalas...Allah sahaja layak membalas kebaikan dan kebajikan mereka...

Muhasabah 2

Allah..Allah..usahlah meletakkan pergantungan yang keterlaluan pada manusia dan harta..pastinya kira tahu keduanya bukan hak milik kita..ujian kadangkala diri ini turut merasa..ujian rezeki..
Sungguh pernah tiada duit mahu membeli ikan seekor untuk dibuat lauk...
Juga pernah antara duit minyak kereta atau duit susu anak..yang mana mahu didahului...
Pernah segan silu mohon tangguh dengan sahabat untuk membayar duit susu anak..sedikit kesukaran ini sungguh mematangkan rasa...menambah simpati pada yang kurang..
Sangat terharu dan syahdu bila sahabat datang dan mahu pinjam duit pada kita yang serba kurang pada waktu tersebut..bila kita dapat tolong sedikit..rasa sangat gembira yang sukar diungkap..MasyaAllah...

Cukup...mungkin kesukaran ini sangat jauh beza dengan kesukaran yang dialami oleh rakyat PAlestin..mereka yang diuji dengan ujian alam ujian peperangan ujian penindasan..fizikal dan mental mereka diuji..gempa bumi, kesakitan, kemusnahan harta benda dan kehilangan keluarga..Allah..Allah...apalah sangat dengan kesukaran kami ini...Allah..Allah...kami sungguh malu ya Allah...Zahir yang kelihatan sempurna..sempurnakanlah kesyukuran kami...Ameen..insyaAllah..
Alhamdulillah 'ala kulli hallin wa Astagfirullah 'ala kulli Zanbin...

Muhasabah 3

Ingin sekali meneruskan perjuangan dalam tarbiyah dan pendididkan..kecil usaha tapi berterusan..moga Allah bantu hambaMu ini..Ya Allah...inilah terapi terbaik buat diriku...mempunyai kasih sayang yang mahu dikongsi...moga anak-anak didikku sejahtera akal,iman dan amalnya di mana sahaja mereka berada..ameen ya Allah...

Muhasabah 4

Sangat ini mengurangi percakapan yang kosong dan tidak bermakna...MasyaAllah...subhanallah..moga setiap butir kata- yang  keluar dari mulut dan tingkah laku memberikan kebaikan dan penuh kebajikan..ameen


Muhasabah..muhasabah..muhasabah...teruskan..teruskan...

Tiada ulasan: