Assalammualaikum..
Tergiang-giang ingatan di beri oleh Prof Muhaya melalui segmennya dalam radio IKIM. Ingatan mengenai bicara hal-hal yang tidak berkaitan@tidak penting@perkara yang lebih banyak membawa kepada dosa daripada pahala....
Ingatan untuk diri sendiri..sempena kehadiran hari mulia...
Ingin meluaskan kebaikan selagi dikurniakan kekuatan dan sisa hidup yang masih berbaki...insan dipanggil pergi dan dijemput pulang dengan pelbagai cara...mudah-mudahan Allah berikan taufeeq dan hidayah buat kita sentiasa dan mereka yang sentiasa berada di sekeliling kita..ameen ya rabb..
Kesyukuran yang ingin diraikan dan disyukuri...
Tahniah buat adik iparku, Nor 'Aidah Lukman dikurniakan anak perempuan pada jam 10.59 malam Jumaat yang mulia...moga menjadi qurratu 'ayun dan asbab kita ke syurga dengan didikan terbaik dunia dana akhirat..ameen
Buat kakak iparku...kak Nor (Nor salwiah Lukman) dan abang Li( Cikgu Rosli Sayuti)...
Moga mendapatt haji yang mabrur dan terus diberkati kehidupan..dugaan tanda kasih sayang Allah pada kita..moga dikurniakan kesihatan terbaik dan selamat pergi dan kembali menjadi insan dan hamba Allah yang terus memberi manfaat buat ummah sejagat....
Buat kakak Iparku kak yah (Dr Bahiyah Abdullah) , isteri abangku Azam dan abang iparku, Dr Asnul Dahar suami kakakku, Puan Rozita yang masing-masing telah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Perubatan dan PhD dalam Pendidikan...semoga menjadi inspirasi buat diri ini yang masih meniti ruang dan peluang untuk menambah ilmu dan pengalaman...doakan doakan doakan...ameen..
Buat sahabat istimewaku...Nurwaina Rasit...
Syukur dan tahniah..barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama' baina kuma filkhaiyrr....
Gembira atas kebahagian dan pertemuan jodohnya..insan terbaik dunia dann akhirat buatmu hendaknya dan rezeki berganda Allah kurnia buatmu setelah melalui hujan badai dan kemarau kesedihan..fasa kehidupan baru bermula dan pastinya dirimu terpilih menjalaninya dengan kehadiran insan-insan tersayang yang sedang dimiliki....sangat suka dengan family wai yang sangat,mak yang sunngu bermotivasi walaupun seorang ibu tunggal...adik-adik yang sangat rapat...syukur padamu Ya Allah...
Buat sahabat2ku yang mendapat panggilan haji..mg mendapat haji yang mabrur...
Buat semua sahabt yang berbahagia dengan kurniaan2, bersyukurla...
Kesedihan yang diinsafi
Tuhan memberi kegembiraan dan kesedihan berselang-seli..sesuai dengan diri kita yang melalui kehidupan yang penuuh warna warni..memahami dan mengerti kehidupan manusia lain akan menjadikan diri kita akan sentiasa bersyukur dan terus bersyukur untuk setiap perkara yang kita lalui walaupun sedih dan gembira...
Moga Allah cucuri rahmat buat Supplier makmal sekolahku , Arwah en Rahim yang meniggal dunia semalam..Arwah baru sahaja memasang rel dan langsir makmal sekolah minggu lepas di sekolahku..mg ditempatkan kalangan insan beriman...ameen
Pneumonia
Semalam, Khamis (11.10.2012) bawa rahmah ke hospital Serdang...check-up pakar Paeds..sebelum ini Rahmah mengalami Pneumonia ( Jangkitan kuman dalam paru-paru).Semalam doktor kata dada rahmah ada bunyi. so, doktor declare Bronchitis..so rahmah kena ambil gas..menangisla anakku ini selama 10 minit gas dihidu dan disedut ke paru-paru...ummi pegang tangan,abi pegang kaki...mula-mula rahmah cool je..masuk 3 minit,mula menangis hingga ke sudah...kesiannya anak ummi...;( doktor Sarah Aishah memberi syor supaya rahmah mengambil vaksin tambahan khas iaitu Pneumacocol khas untuk paru-paru yang boleh elakkan jangkitan kuman..harganya RM180 sekali injection diberikan...tak silap akan ada 2 kali suntikan..terfikir tapi belum membuat keputusan...
Doakan
Doakan anakku rahmah kembali sihat dan bebas dari kuman dalam paru-paru itu...ameen insyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan