Maha Suci Allah yang menjadikan setiap kebaikan buat hambaNya...
Seruan Hijrah berkumandang lagi...saya sedang mengira detik demi detik untuk kami menginsafi kehidupan yang tiada bernoktah..Memulai hijrah dari status bujang kepada "married" tanpa melalui status "couple"..kami menyemai cinta dari tarikh kami bergelar suami dan isteri...Maka,bermula perjalanan kehidupan kami dari sebuah bilik kecil di sebuah rumah banglo mewah di tengah bandar, ke apartment tingkat 3 di kota metropolitan, kemudian dijemput bermukim sementara di perbatasan Elit Cyber atas tugasan kerja yang baru bermula, hampir selangkah ke Bandar serba ada Putrajaya walaupun masih mengekalkan ruang desa saujana mata memandang..kami menetap di rumah bertanah semi-D setingkat hampir di desa putra. Kemudian hijrah kami masih diteruskan di perbatasan sempadan Taman Desa,masih di rumah semi-D setingkat dan jodoh kami dengan setiap rumah sewa yang diduduki jarang kekal lama hinggalah di asak merasa penangan rumah teres 2 tingkat di kawasan penempatan yang sama. Mula pindah dalam keadaan sarat mengandung menyebabkan sedikit rasa ketidakselesaan memandangkan pergerakan turun naik dan ruang kosong yang memerlukan perhatian dan kemasan yang bukan sedikit.
Bilik kecil di rumah banglo
Sayang dengan memori ini..selepas saya berkahwin,saya sempat menetap sementara dengan kakak di Putrajaya selama hampir sebulan. Namun ketidakselesaan mula muncul apabila duduk serumah dengan rumah yang dipenuhi anak-anak kakak yang sedang membesar, sedikit malu dengan abang ipar, batasan aurat yang sentiasa hendak dijaga, saya yang baru berkahwin,sedang belajar dan suami yang menyambung belajar sambil bekerja. Apatah lagi jarak tempat belajar,bekerja dan tempat tinggal yang agak jauh, sedangkan kenderaan kami yang ketika itu hanya memiliki sebuah motosikal menyebabkan kami memilih untuk berpindah berdekatan dengan Universiti Malaya. Alhamdulillah, kami menyewa di sebuah bilik kecil di sebuah rumah banglo mewah berdekatan dengan UM. Hanya 5 minit dari tempat belajar dan 2 minit ke tempat suami bekerja. Suami boleh berjalan kaki ke tempat kerja. Syukur. Sesungguhnya rezeki telah Allah janjikan tatkala melafazkan akad..walaupun kami melalui suasana sedikit susah, kami amat bersyukur lantaran kami diduga ujian berdua,ketika kami mula bercinta selepas bergelar suami dan isteri..maka, setiap kami kami solat berjemaah, sentiasa menitipkan doa agar dirahmati dan diberkati perjalanan cinta dan kasih sayang kami dalam menggapai redha Ilahi..
Mengenali Budi dan Hati Tok dan Kak Ida yang sungguh disenangi
Tok berumur 82 tahun pada tahun 2006 ketika saya mula menetap di bilik di rumahnya. Tok sebenarnya bergelar "Datin". Namun, seorang yang cukup memesrai orang disekelilingnya. Pengalaman hidup tok sukar dijual beli dan terserlah pada kedut yang ada diwajah dan sinar pada tawanya menyerlahkan rasa puas pada hidup. Kagum pada Tok yang masih boleh menjahit baju, menggunakan mesin jahit lamanya merapikan telekung miliknya.Membuat sulaman bunga tanpa perlu melihat kertas. Masih menguli kulit karipap dan membantu memotong kentang karipap. Cara potongan kentang yang sempurna menggambarkan sifat keibuaan yang teliti pada tok yang memiliki 9 cahaya mata yang kesemuanya telah berkeluarga dan berjaya dalam kehipan masing-masing. Tok mempunyai pembantu rumah bernama Wahidah. Kami memanggilnya dengan gelaran Kak ida. KAk Ida orang kelantan. Bersungguh dalam setiap perkara yang dilakukan. Rajin dan sikapnya yang terus terang menjadikan kami mudah mesra dan tidak kekok mengenalinya. Tok membenarkan kami menyimpan makan di dalam peti sejuk di rumahnya. Pada mulanya, kami malu tapi tok memang bersungguh membantu. Sebenarnya, dalam bilik kecil kami, tok tak bagi masak, tapi saya dah outer ruang dan bahagian dalam buat dapur kecil..hihi...mestilahkan...nak masak untuk suami tercinta walaupun pada masa awal perkahwinan terasa sedikit kekok memasak makanan kegemaran suami...Kami ibarat asam di darat, ikan di laut..dalam kuali,jadilah ikan masak asam kegemaran suami yang berasal dari Terengganu..:) Saya mula belajar dari ibu mertua cara memasak makanan kegemaran suami..walaupun belum menguasai sepenuhnya, namun saya akan teruskan mencuba..insyaAllah:)
Menumpang Kasih Keluarga Angkat
Terasa kasih sayang Tok mengalir menggantikan tempat arwah nenek saya...sungguh dia menganggap kami seperti keluarga. Ada masa tok tak larat turun bawah, tok panggil saya naik atas untuk berkongsi cerita dan menonton televisyen bersamanya. Kebetulan rezeki kami, saya mengandung. Tok bagi macam-macam tips dan suruh saya makan benyak makanan berkhasiat. Tok selalu pesan pada kak ida supaya pastikan makanan yang di masak dikongsi bersama kami..Aduhai, tidak terbalas kebaikannya..hanya Allah swt yang layak membalas kebaikan buat Tok sekeluarg dan kak ida tersayang. Sepanjang bulan ramadhan, kami makan bersama. Saya masak juga dan makanan tersebut dikongsi. Selebihnya, memang kak ida yang masak. Pada ramadhan tahun tersebut, Tok buat majlis Iftar dan mengumpul anak-anaknya sekitar Selangor dan KL untuk solat terawih berjemaah di rumahnya yang memang cukup besar. Penuh halaman rumah dengan kereta yang pelbagai jenama dalam dan luar negara.
Mendekati Rahsia Mata cerah dan Tahajud Tok
"Kak, cerahnya mata tok boleh menjahit telekung dia tu.." kataku pada kak ida yang sedang memotong daging...Kak Ida memandangku.."Tok memang rajin ain,tok rajin solat sunat tahajud. Lepas subuh tok tak tidur, Zikir dan mengaji Al-Quran sampai waktu Solat Sunat Dhuha. Biasanya Tok turun bawah dalam pukul 9 pagi, sarapan ringkas makan roti dan minum susu. Tok jarang sakit kecuali demam dan selsema." cerita kak Ida padaku. "Owh, agaknya tok rajin mengaji Al-Quran, sebab tu mata tok elok terang ye.." Aku membuat kesimpulan mudah dengan sangkaan yang bersandar dari sebab yang disertakan contoh. "Ye, kak ida pun rasa macam tu..Alhamdulillah, kak ida ni jaga orang tua yang memang tidak banyak karenah, tak cerewet, ringan tulang cuma tok mungkin dah tua,tak larat nak bantu banyak..kak ida rasa beruntung duduk dengan tok ni.kalau rindu teringat mak kat kampung, kak ida tengok je muka tok.." sayu nada kak ida melahirkan rasa rindunya..aku turut merasainya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan