Rabu, 5 Oktober 2011

Segalanya dengan Izin Allah

Allah...Allah...Allah...

Besar sungguh kuasa Allah...begitu hebatnya ciptaanNya...begitu sempurna tanpa mengurangi sesuatu...

Syukur tidak terhingga dipanjatkan buatMu Ya Allah, Ya Rahman,
Ya Rahim...Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah...

SMS 26 RAMADHAN 1431H...

"Ameen ameen ya rabb..wp br buka 1cm,air ketuban ein kurang,tiada yg mustahil...tlg doakan shbatmu y byk bdosa ini..."

"salam, ein,in case nanti ein nk ke hospital,dah keluar tanda ke,ein hantar je shafi dan shifa ke rmh ayg. biar kami jaga,ayg xbalik chini sblm raya.tunggu mak chini dtg sini raya pertama..."

"insyaAllah mg dipermudahkan,kami doakan, hantar tau klu nak hantar.kluu tgh malam pun x apa. no prob.jgn risaukan kami ngan shifa shafi. baby baru aulawiyatnya..."

"Nanti kalau dah sakit,nak anta anak tel ya.."

"Salam ain,,ape khabar.."

"Patutla xnampak kat sekolah td..akak doakan dipermudahakan dan selaamt semua..dah bersalin,bgtau nanti..

"Akak doakan ain selamat. Kami kat dewan, Pengetua bagi duit raya...

"InsyaAllah semuanya akan baik2..be strong..may Allah bless u..hasbunallah wa nikmal wakil..

"InsyaAllah..blessed jumuah,bleesed ramadhan..Allah will ease everything n bring joy in ur life..ameen

"Semoga semuanya slmt..dah brp cm? nanti bgtau ye kalau dah bersalin..."

SMS MALAM 27 RAMADHAN 1431H..

"YA ALLAH...sahabatku ini adalah sahabat terbaik yg pernah Kau pinjamkan kepadaku..Maka bantulah di Ya Allah..disaat dia amat memerlukanMu..kuatkanlah dia ya Allah, kerana sungguh,dia tidak sekuatmana menghadapi ujian ini,limpahkanlah belas kasihanMu,wahai yg Maha mengasihani. hadapilah kesakitandenganpenuh redha, ALlah nak bersihkan diri kita..smg selamt melahirkan baby yg comel..:)

"Ya Allah..dirimu stiasa dlm doaku..Mlm ini malam 27 ramadhan. Moga2 Allah mudahkan. Mana tahu baby lahir ms malam lailatul qadar..:)

"Dalam tempoh 3 hari berbaki ini anggaplah mlm ini dan setiap malam adalah malam lailatul qadar yang penuh berkat. Jgn cari lailatul qadar shj ttp carilah Allah di setiap malam..bila ingatkan ein, masih terbayang saat2 berjuang seperti ein. Kita semua berdosa. sgt berdosa. Kita bertuah ein, dpt merasai sakit berslin di bulan ramadhan..Allah nak sucikan kita melalui cara ini... 22:04pm 26/8/2011 hosp serdang

"Ana faham perasaan ein. Ana masuk wad dgn bukaan 5cm tp xsakit lg. Hari kedua sakit dtg hinggalah kemuncak hr ke-4...4 hari x melihat Mukmin. Ein utamakan baby dulu..iAllah xlama..lepas ni, ein blh bw pulang adik baru utk shifa' dan shafi. Semuanya pasti berlalu. Kemaskan kesabaranmu dan think only the +ve ones. bila kt fikir +ve, Allah akan bg yg +ve"
22:59 pm 26/8/2011

"salam, ein mcmana skrg ye? dah brp cm buka?esok pg ayg jaga shifa ngan shafi ya. klu zaman balik esok pg,boleh dia hantar ke rumah..kaluu dia tak balik,kami ambik anak2 kt umah mak liza..." 1:11 am 27/8/2011

"If sakit,tekan buzz panggil nurse, Byk doa dan zikir. InsyaAllah selamat.." 1:39 am 27/8/2011

"Cmne sskrg?Makin kerap ke?nanti brg2 yg nak bw turun letak tepi siap2. senang nak capai. Beg tangan,hnset,baju baby..." (pampers abi lupa..:)) 2.18am 27/8/2011

"Br smpai. Ada kat parking. Dh nak ke labour room ke?" 2.47 am 27/8/2011

"Kuatkan semangat & sabar. byk doa & zikir. Kalu tak tahan, maklum pd nurse" 2:51 am 27/8/2011

"RAbbi yassir wala tuassir" 3:04 am 27/8/2011


..........................................................................................................................................................................

"dah gerak ke wad ke?" 5:02am 27/8/2011
..........................................................................................................................................................................

Alhamdulillah 'ala kulli hal wa Astagfirrullah 'ala kulli Zanbin...

YA HAyyun Ya Qayyum....

MAha suci Allah yang terlalu banyak memberi kebaikan buat hambaNya...terlalu belas kasihan terhadap hambaNya, terlalu mengasihi dan menyayangi hambaNya...Ya Allah, sesungguhnya janjiMu benar...selangkah kurapat kepadaMu seribu langkah Kau rapat kepadaku...tanpa ragu...tanpa syarat...wahai tuhanku Ya Allah..aku malu...aku malu...

..........................................................................................................................................................................

Kelahiran adalah dunia kecil ujian kehidupan..setiap perkara yg mampu dilalui oleh setiap manusia bermakna status ujian itu telah dicipta khas buat dirinya samada mahu ditingkatkan amalan dan mengukuhkan keimanan selain daripada memberi natijah berupa hikmah kehidupan. Maha Pencipta yang sangat hebat telah menciptakan setiap perkara bermakna untuk kita hayati. Justeru, medan ujian adalah medan nikmat dan rahmat. Walaupun kadangkala medan ini umpama medan penuh sengsara,likat dengan kesedihan,sarat dengan kepedihan, tenggelam dalam lautan kepahitan, dihimpit rasa sakit dan perit namun setiap kita harus mengimani " setiap kesusahan akan ada kesenangan"... 2:54 am (9/12/2011)

.........................................................................................................................................................................

Saya ingin berkongsi betapa rasa inginkan kebaikan untuk setiap perkara yg belum, sedang dan akan lakukan dengan semua..sehingga kelahiran anakku, Rahmah yang ke-3 ini begitu menjiwai hati.

SAHABAT TERSAYANG

Saya sangat menghargai kehadiran setiap insan dalam kehidupan saya....saya sayangkan semua yang sentiasa menyayangi saya. Biasalah,semua orang pun begitu juga...sangat suka perhatian dari orang lain terutama yang tersayang...Malah yang menyayangi dengan rasa marah,teguran yg menusuk rasa,sindiran yg menujah perasaan,sms yg menyantun ukhuwah dan segala-galanya saya ingin sambut dengan sepenuh kebaikan namun amatlah terhad kadangkala dek keterbatasan ruang waktu,tempat,ruang komunikasi,hatta di ruang facebook yang kononnya boleh online sentiasa pun kita tak mampu mengetahui semuanya ttg sahabat2 lama kita...ketahuilah sahabat-sahabatku,aku rindu kalian....

SEMANGAT YANG DIKONGSI

Suamiku..kekuatan dan kesungguhannya dalam usaha,doa dan tawakal memberi inspirasi bermaksa saban hari...ringan tulang menguruskan anak-anak. Semasa sedang sarat mengandung dan ketika menuntunku ke hospital serdang...itulah tanggungjawab sang suami yang tidak pernah susut..Mg diberkati,dimudahkan dan dimuliakan seluruhnya..ameen ya rabb..

Anak-anakku shifa' dan shafi yang sungguh memujuk rasa hati..kalian sudah bergelar abang dan kakak...membesar dengan ummi dan abi yang semakin sarat dengan pelbagai tanggungan dan tanggungjawab..bukan mudah namun kehadiran kalian cukup menceriakan dan menghiburkan..karenah yang bukan sedikit namun menguji rasa hati dengan gembira,sedih,marah,menangis,tawa dan segalanya mencuit perasaan..kakak usik abang,abang usik kakak, tarik rambut kakak,sayang kakak,shafi memang kuat mengusik kakaknya yang suka menulis..ada-ada sahaja karenahnya..namun,abang ini sungguh concern sifatnya..kalau ummi sebut adik pampers dah penuh,dia akan berlari tolong ambil pampers...aduhai abang 'ammar..kalau nak sesuatu memang bersunguh-sungguh..masyaAllah,sabar dan solat wahai ummi dan abi...mg2 mereka membesar dgn penuh kebaikan...shifa' sedang belajar solat dengan ummi dan mengaji dengan abinya..doakan ya..mudah-mudahan mereka menjadi anak soleh dan solehah...aemeennn....sayangnya ummi pada kalian,anak-anakku...

Pengasuh anak-anakku yang sangat 'willing' membantu menjaga anak-anak ketika kami di hospital...mg Allah merahmati kehidpan sekeluarga...

Emak ,abah dan mok (ibu mertuaku) sentiasa menghubungi dan berkongsi pelbagai cerita,memberi ketenangan rasa dan mendoakan sentiasa...sungguh diri merasa dekat dengan doa mereka...

Keluargaku...sentiasa berkongsi rasa dan ragam peribadi...anak-anak yang membesar,karenah setiap mereka dan cara melalui setiap perkara..wp kadangkala pengalaman didapati sendiri lebih baik,namun kita memerlukan pengalaman orang lain sebagai panduan diri...alhamdulillah..

Sahabatku,ana...berkongsi coretan rasa hati dan memahami keperitan yang telah digagahi..sungguh benar kuat hati dan jiwanya..ujian Allah beri padanya pada masa-masa yg turut dilalui...Allah MAha Besar..mg Allah akan beri jauh lebih baik dan terbaik...ameen ya Rabb..

Sahabatku Yuzi, sentiasa ada tatkala ada dugaan yg ingin dikongsi bersamanya..syukur padamu YA Allah atas kurniaan ini...

Sahabatku Marl,yg sudah mmpunyai 5 cahaya mata berkongsi sms dgn karenah anak-anaknya yang sedang membesar..aduh,bukan mudah ye...kebetulan marl baru mendapat anak kembar..keduanya perempuan. Baru-baru ni seorang dari kembar tersebut kena chicken pox...dan ini mesejnya "Apakhabar?baby sihat?Twins mar tgh kena chicken pox..haha..saje je kitorang jangkitkan bila sorang dah kena senang nak jaga"...hihi memang comel...terus teringat muka mar yg sememang comel itu..rindu..:)

Sahabatku Dr Us..baru dapat baby boy yg ke-3! tahniah,tahniah,tahniah...syukur Alhamdulillah..yg penting sihat anaknya..namapun sedap..ahmadinejad!

Sahabatku Eti yang sudi berkongsi ilmu dan menambah erti persahabatan...kalian sungguh mulia sahabat....

Semua yang sentiasa dalam ingatan...
sahabat sekolah rendah,menengah,universiti,sekerja dan seusrah yg memberi semangat pada kehidupan yang semakin mencabar kehidupan...
doaku kalian bahagia bersama kehidupan sekarang dan akan datang,diberkati dan dirahmati..ameen...

Syukran syukran syukran...semuanya dengan izin Allah...syukur Ya Allah...

smkpp
17 februari 2012
2.13 pm
Jumaat



Tiada ulasan: