13 November 2009, Hari Jumaat..hamparan yang mulia untuk insan kembali kepada penciptaNya...
Hari sabtu, 14 Nov lepas kami menerima tetamu yg singgah sebentar di rumahku selepas ziarah keluarga sahabat, Ika yg meninggal di Johor Bahru..muka masing-masing sembab dan bengkak..keadaanku yg masih berpantang hanya diwakili suami yg ziarah bersama sahabat2nya, sempat tahlil di rumah makcik Allahyarhamah..meninggalnya selepas zohor dan dikebumikan selepas maghrib..Tak sempat sahabat2 dari KL tengoknya buat kali terakhir namun mempercepatkan pengkebumiaan itu adalah lebih baik..
tetamu kami, serikan hatimu..bercahaya wajahmu..
Sabarlah kalian..Kalian sahabat Ika dunia akhirat..Kematiannya baik dan mulia. Arwah Ika yg menderita kanser tahap kedua itu telah bersedia dengan kematian yg diidamkan.HAri JUmaat,memegang Al-Quran dan mengadap kiblat..Ibu bapanya yg sedang berada di Makkah juga pasti mendoakan anak sulungnya itu dalam keadaan terbaik..Itu juga doa arwah Ika di depanku bila kami mengiringi arwah Syafawati Jusoh yang meninggal semasa di kampus dulu.
26 Januari 2006,hari khamis malam Jumaat juga........
Hari kematian Syafa pada malam Jumaat... Kek birthday untuk Ika telah dibeli dan masing-masing rancang nak celebrate birthday Ika yang ke-22 pukul 12 malam nanti..namun, malam itu kek ika kami tak sempat makan dan di simpan dlm peti sejuk sebab semua bergegas ke hospital tengok Arwah Syafa yang baru sahaja eksiden motor,esok2nya pula masing2 sibuk dengan urusan jenazah dan aku sendiri mengiringi jenazah hingga ke kampung halamannya di Kelantan..Arwah Syafa tiada kecederaan teruk,cuma sedikit luka kecil di bahagian hidung..kematian kerana kecederaan dalaman..pengakhiran yang baik, berpuasa sunat Khamis dan berbuka bersama rakan di rumah, selepas tunai solat Isya',malam Jumaat,ingin menghadiri mesyuarat post-moterm program Bina Insan di kampus.
Allah makbulkan doa Ika..
Ika cakap depanku dengan mukanye yg penuh positif. (sape yg kenal ika akan dpt bayangkan suara dan gayanye yg manja penuh positif nih..)
"kak, bagusnya syafa dpt meninggal malam jumaat..moga ada rezeki kita macam dia ye.." Dan..Allah makbulkan doa Ika..Alhamdulillah..adikku
YA Allah,moga Kau kurniakan kemuliaan dan keredhaan sepanjang hidup hingga akhir kematian kami..amin Dari Allah kita datang..kepadaNya kita pasti kembali..sedikit kesusahan pasti memberi seribu makna dan hikmah yang sungguh luas..hayatilah dan selamilah...Al-Fatihah buat Ika kesayangan kami...
Merenung segala perancangan Allah yg Maha teliti, ada kebetulan yang membuatkan kita yang merasainya akan terus berfikir..Ucaplah Subhanallah Maha suci Allah... p/s :Sungguh memujuk rasa...mendengar kuliah ustaz zahazan semalam di IKIM..usahlah kita menangis kerana manusia...menangislah kerana kurangnya amalan kebaikan kita, kerana banyaknya dosa kita, menangislah kerana kelemahan iman dan kurangnya amal ibadah kita...menangislah...Allah Maha mendengar..Air matamu akan menjadi penyejuk jiwa dan tatkala kau dicampak ke neraka lantaran dosa, air mata itulah membantu memadamkan api yang panas membara,insyaAllah...
Ya Allah, jauhkan kami dari api neraka..YA Allah ampunilah kami..
Al-faqir ilallah.. Ummushifa'
2 ulasan:
Salam
menyentuh hati dan penuh keinsafan. Pesan ustaz tu memang betul sangat.
YA Irtiyah...Moga kita terus diberi celik iman dan istiqamah dengan amal kebaikan walaupun sedikit..
Catat Ulasan