Rabu, 18 Mac 2009

Sambungan...Secebis kenangan kelahiran insan...

2 peristiwa mendebarkan
Nurse meminta ibu tersebut menahan dahulu supaya anaknya tidak lahir atas katil wad.Dua orang nurse sampai bersama sebuah troli dan ibu tersebut di kejarkan ke labour room sesegera mungkin. Doaku, moga selamat semua.Aku dan Acah kembali ke wad kami dan aku dengan debaran perasaan yang bercampur-campur. Antara berharap, excited, gementar dan tenang silih berganti. Kira-kira jam 3.30 pagi,aku tersedar. Alhamdulillah. Terdengar lagi nurse terkejar-kejar dengan troli membawa seorang lagi ibu yang ingin bersalin... Aku bangun dan terasa sedikit contraction..aku terbayang wan zorah..nyenyak ke dia tidur atau dia sedang berada di labour room..Moga kami selamat menghadapi saat dan ketika yang pernah dilalui oleh semua ibu-ibu di dunia ini..amin. Sempat ku lirik mata melihat sebarang mesej,tiada. Contraction terasa seperti minor period pain. Aku turun katil dan ambil wudhu'. Tahajud dan meneruskan bacaan Al-Quran dengan surah maryam dan Yasin. Amalan bacaan Surah-surah penting seperti Surah MAryam, Yusuf, Luqman selain Yasin dan bacaan surah-surah lain sering dianjurkan oleh mana-mana buku bacaan cuba ku ikuti sebaiknya terutama masa-masa third semester kandungan.
Mohon PadaNYA
Aku mesej dan miss call abang. Alhamdulillah dia dah bangun rupanya. 4.30 pagi nurse datang check dan maklumkan doktor akan check jam 6.45pagi dan doktor akan masukkan ubat..."induce" ke? Ya Allah, tak nak kena induce..aku tahu sakit. Itupun kak liza dan acah yang cite..doaku terus-terusan agar tidak kena "induce"..6.30pagi selesai solat Subuh, Abang naik ke wad dan kami tunggu doktor di depan bilik pemeriksaan. Doktor perempuan, Alhamdulillah. Bila dia check, dah 3 cm. Syukur, tak jadi induce dan doktor kata dah boleh quene ke labour room...Abang pun senyum. Dia pun turun semula ke bawah..Aku memang tak rasa sakit lg..betullah kata sahabat ku, Maslina Md Samidi..3 cm memang tak sakit..malam tadi kami sempat bermesej.
Berjalan merupakan senaman yang baik mempercepatkan kelahiran
Aku mulakan pagiku dengan bacaan Quran dari 7.30pg hingga 8.30pg. Aku mula berjalan dan merayau ke wad orang jam 8.30 pg. Nak tengok kak Liza kat 1st class wad. Dia ok,kami berbual. Kadang-kadang aku lihat dia menahan sakit. Kesan ubat yang ditambah dos untuk jenazah anaknya keluar secara normal..Tak boleh aku bayangkan...menanggung sakit untuk mengeluarkan janin yang sudah tidak bernyawa..besarnya pahala kak liza..mampu dia menanggung..Aku dan Acah meminta diri..rupanya kak liza pun nak berjalan dengan kami..kami pun berjalan ke wad kelas 2, menyapa orang lain yang senyum-senyum dengan kami..wah, macam pelawat le pulak..padahal pakaian kami serupa je sume..hehe..
Makan Telur separuh masak minum minyak selusuh mok
Jam 9.00pg aku telefon kak de bagitau perkembangan. Kebetulan memang mak dan abah dah ada kat umah kak de. Dia kata " nak makan telur separuh masak tak?" Aku jawab ok je. 9.45 pagi mak abah sampai hospital dan dikirim telur dan air zam-zam pada suamiku. Abang yang naik sekejap menghantar makanan tersebut. Aku makan dan minum air zamzam. Kemudian minum minyak selusuh yang mok bagi..Terasa tak boleh langkah laju-laju dan aku mula nak duduk atas katil. Aku kembali wudhu dan solat dhuha.Aku kembali baca Al-Quran. Rasa contraction semakin terasa dan kerap. Acah tegur.."Muka akak lain macam je..." Aku terasa nak baring pula sambil peluk Quran dan masih bertelekung..Ya Allah, aku dah mula rasa contraction yang semakin kuat dan kerap. Acah memanggil seorang sister (ketua nurse berpakaian biru) yang kebetulan lalu depan wad kami..Sister terus memanggil nurse dan mereka datang check, Dia minta aku berbaring dan bila check, dah 4cm. Sister tanya ada minum air selusuh ke..aku kata minum air zam-zam je..pasal minyak selusuh yang mok bagi tu, aku tak cakapla..Acah dah bagitau, jangan bagitau nurse, nanti kena marah...Lepas tu..sambil nak bagi ubat, nurse bising cerita pasal ibu-ibu yang ambil air selusuh ni boleh membahayakan janin. Nurse risau jika contraction terlalu kuat hingga tak sempat ke labour room nanti..Aku ingat pesan mok, minum bila dah terasa contraction kuat sahaja..Minyak selusuh adalah usaha atau ikhtiar yang dibuat untuk mudahkan kelahiran..Nurse bagi ubat buang air. Jam 11, acah teman aku ke tandas. Aku dengar hanset acah terjatuh dan mungkin pecah. Acah minta izin untuk balik ke wad. Aku masih dalam tandas. Aku kata, aku ok, tak pe..pi la dulu..
Acah menangis?
Balik Toilet aku tengok acah menangis..Aku tanya kenapa tapi acah tak cakap...dia sedang bercakap dalam telefon..perasaan risau melihat acah..tapi rasa sakit yang mula menjalar mengehadkan pergerakkan ku. Mak cik Indon tu datang dekat aku dan mengajar cara bernafas supaya tidak terasa sangat contraction. Caranya, tarik nafas dalam-dalam,telan air liur dan lepas nafas perlahan-lahan. Terima kasih makcik..sangat membantu mengurangkan rasa sakit...lafaz doa nabi Yunus tak lepas dari mulutku pabila contraction itu datang...
JAm 11.30 nurse bawa turun ke bawah dengan membawa pampers baby dan baju baby sahaja bersama kain lampin. Aku naik kerusi roda. Aku masih terbayang wajah acah yang sebak dan merah matanya namun sempat melambai dan mengucapkan selamat padaku..aku memandangnya..nak senyum pun jadi serba salah..cuma sempat ku ucap, "Acah, doa sama-sam ya.."
DI LABOUR ROOM (LR)
Abang sudah menunggu di labour room(LR).Jam 12 00 aku merasakan contraction semakin kuat..Tapi nurse yang check aku sempat tanya.."Anak first ke?" Aku jawab "Ya".."1st baby biasanya lambat,petang nanti baru bersalin" Nurse tu cakap dan terus berlalu keluar..aku dan abang berpandangan kerana kami ditinggal berdua dalam LR tu..12.35 aku tekan butang dan doktor check dah 6 cm. Baru terasa sakit yang lebih daripada tadi..huhu..abang tenang..Alhamdulillah, dia ada menemani. sekurang-kurangnya, aku terasa tenang juga. Jam 12.50 aku terasa sakit semakin kuat dan hendak meneran. 2 orang doktor dan 2 orang nurse mengadap aku. Abang berdiri disisi. Aku diminta teran dengan kuat dan doktor sempat mengajar, sebut Allahuakbar...Aku cuba sebut sekuat hati..kali pertama teran, doktor tegur supaya bernafas dengan betul. Katanya teran macam nak buang air besar..cuba lagi..aku pun tarik nafas dalam-dalam..kali ini sifirnya cuba ku ingat..
MELIHAT DUNIA
Alhamdulillah 2-3 kali teran, akhirnya, Nur Amiratushifa' selamat lahir. Jam 12.57 tengah hari. Doktor angkat shifa dan diletak sebentar atas perutku..dan kemudian mengangkat shifa' dan meminta aku isytihar jantina baby..sebut "perempuan".Aku tak dengar Shifa' nangis..risau. Kata abang, Shifa' terkebil-kebil matanya memandang abang..kemudian nurse "bawa lari" shifa' sebentar, kemudian datang semula..shifa' dah berbunyi..abang pun Qamatkan shifa'...Alhamdulillah..Syahdunya aku dengar iqamah tersebut..." Allah Maha Besar..Allah Maha besar...Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan NAbi Muhammad itu pesuruh Allah..MArilah menunaikan solat..Marilah menuju kejayaan..Allah Maha Besar..Allah Maha besar..Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.."
KEMBALI KE WAD
Sempat jumpa mak dan abah yang setia menunggu di luar..Aku di bawa naik ke wad. KAli ni wad lain. Wad bersalin. Acah dan kak liza sempat lawat aku. Aku kembali bertanya kenapa Acah menangis aritu..aku lihat mata acah kembali merah..dia bagitau, anak pertamanya masuk hospital Putrajaya dan disahkan mengidap Talasemia..Aduhai..Ujian buat mereka..YA Allah, kuatkan mereka untuk menghadapinya..Aku doakan Acah dan Kak Liza kuat. Oh ya, Kak Liza pun telah selamat lahirkan babynya pada jam 5 petang hari yang sama dengan aku.
SELAMATLAH SEMUANYA
Aku dibenarkan balik keesokkan harinya..Alhamdulillah..terima tetamu dengan hadiah yang sungguh bermakna..Terima kasih sahabatku Yuzi dan safwan yang menghadiahkan stroller buat shifa'..masya Allah...sangat terharu kerana amat membantu:)..Syukran keluargaku atas sokongan dan sahabat atas doa-doa yang tak putus..Doakan semoga anak-anak kita jadi anak soleh dan solehah..penyejuk mata, penawar hati...pemimpin ummah terbaik..amin..

4 ulasan:

Awanama berkata...

http://hafizfirdaus.com/content/view/30/55/

Moga tarbiyyah Ilahi menyubur segar Iman di hati, memekar mawaddah wa rahmah...

Awanama berkata...

salam ziarah... seronok baca pengalaman ein mase nak bersalin...emmm, teringat pengalaman akak mase nak bersalin anak sulung tahun yang sama dengan shifa'..- k. siti khadijah

Awanama berkata...

Penceritaan yang sangat menarik....kirim salam dekat shahrul zaman ye.
...from sairul azali

Awanama berkata...

Syukran sudi ziarah kepada hafizfirdaus,kak khadijah dan sairul..lama tak jumpa sedara sairul..moga semuanya dirahmati Allah..

Ummushifa'