Selasa, 10 Februari 2009

Selamat Hari Lahir...My dear hubby!


Ketika menghadiri dinner ukp.Kepala shifa' sempat diusap Tok Guru.Alhamdulillah.Cuba tengok sebelah kanan, seorang lagi bapa mithali memegang anaknya...cuba teka siapa?jawapannya cari di bawah...

Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Moga ALLAH merahmati dan melimpahkan kurniaan terbaik sepanjang kehidupan kita. Terima kasih atas kasih sayangmu buat kami semua. Moga kita dikurniakan anak-anak soleh dan solehah penyejuk hati dan menerus perjuangan. Moga terus Istiqamah dalam perjuangan Islam! Kau sahabat kaulah teman...
 
Selamat Hari Lahir

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Suami dan jua Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
 
Dari Ummushifa' dan Amiratushifa' with love...

jawapan:Safwan dan anaknya aliyah husna..

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih isteriku.. moga hidup ini bahagia selama-lamanya di samping shifa'dan dirimu.. terima kasih segala-galanya atas faham dan sabar mu...moga Allah menambah keberkatan buat kita semua

UMMUSHIFA' berkata...

Insya Allah..Hanya Allah yang layak memberi segalanya..Teruskan usaha dalam sabar dan solat..Moga terus dimudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita sentiasa...

Salam sayang..

Tanpa Nama berkata...

aiwah...bahagianya........
romantiknya...............
Bila lagi nak up date nih kak ein

honey744 berkata...

anda telah di tag - sila layari blog http://pentaskehidupan.blogspot.com/ untuk mendapatkan award anda

UMMUSHIFA' berkata...

mana ada masa try jugak nak update..komen la pape ye..thanks sudi jenguk ye zamry..bila nak ke syria?nikah dulula..ada gak org jaga..:)

UMMUSHIFA' berkata...

alamak..sudah kena tag..lum de masa lagi nak tag-mengetag...hehe..thanks honeyku..camne sekarang?aqilah dah jadi kakak tak? :)

Tanpa Nama berkata...

abu shifa', epi belated bday! huhu...

UMMUSHIFA' berkata...

TQ mok cu! miss u..amirah rindu mok cu! Abang man muka still mcm remaja ala-ala lebai kan..chomey gitu..hehe..ngumpat!

mokcu shifa' berkata...

amirah...amirah...amiratushifa'...mokcu cayang,mokcu kangen, mokcu windu serindu-rindunye...hehee..