Isnin, 9 Februari 2009

Kesabaran Nabi Ayyub dan Tuntutan berdoa..

Memohon doa kepada ALLAH selama-lamanya adalah satu keperluan terutama kita sebagai umat Islam yang meletakkan Ad-dinul Islam sebagai agama yang hak.
" Berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu " Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Mukmin ayat 60.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)menunjukkan bahawa doa menjadi penting dan perlu bagi setiap ummat.

Nabi Ayyub menghadapi ujian


Ujian kesabaran yang paling tinggi martabatnya bagi seorang nabi dihadapi oleh Nabi Ayyub apabila baginda mengidap penyakit kulit yang menghabisi seluruh kecantikannya, menghilangkan kekayaannya, menyentap kasih sayang anak dan isterinya seterusnya merenggut kekuatan para pengikutnya. Nabi Ayyub di tinggalkan bukan kerana benci mereka tetapi tidak sanggup melihat penderitaan yang di alami oleh nabi Ayyub alahissalam.

Malaikat Jibril simpati

Penderitaan Nabi Ayyub amatlah menyayat hati sesiapa yang melihatnya apatah lagi malaikat yang sering menziarahi selain menunaikan perintah menyampaikan wahyu iaitu malaikat Jibril. Malaikat Jibril meminta Nabi Ayyub berdoa supaya Allah menyembuhkan penyakitnya. Allah Maha Pengasih dan PEnyayang pasti akan melayani doa dari kekasihnya itu...Namun, NAbi Ayyub dengan tegas menyatakan " Aku tak minta penyakit. Ini Allah yang beri dan aku perlu bersyukur!"..MAlaikat Jibril memujuk lagi..Nabi Ayyub masih dengan pendirian baginda " Ini Anugerah! Aku hamba yang bersyukur maka aku perlu terima..." Maka Malaikat Jibril bertemu Allah meminta supaya disembuhkan Nabi Ayyub. Dan Allah SWT meminta supaya nabi Ayyub berdoa kepadaNYA. Malaikat Jibril turun dan menyampaikan pengkhabaran tersebut.

Keadaan ini telah digambarkan dalam Firman Allah dalam surah As-Shaad ayat 41-44.
" Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya : Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan".(Allah berfirman) : "Hentakkan kakimu; inilahair sejuk untuk mandi dan untuk minum. dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari kami dan pelajraan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah engkau melanggar sumpah. Dan sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat ta'at (kepada Tuhannya)"

Pengkisahan kepayahan hidup nabi Ayyub boleh dibaca di sini.

Maka, setiap daripada kita, layak dan harus berdoa selagi kita mengimani keperluan berdoa adalah milik setiap individu muslim.

Tiada ulasan: