Kelahiran ke-4... Putera kedua : Arshad Zubair
Allahumma solli 'ala saidina muhammad
Catatan berikut adalah menerusi aplikasi whats up:
(Berkisar mengenai seorang sahabat kesayangan kami,k sanora yang akan berangkat ke Italy..)
Ein: Kak San...sila bukukan kembaramu..tajuk : "Travelog Miss Traveller:)"
Nadiah : K sanora kerja apa sebenarnya? dah lama nak tanye..n dah lama jeles..
Ein: Ada sorang adik au lelaki..baru kuar buku tajuk Travelog Mr Traveller
Kuar MHI kelmarin, 50 buah negara dalam masa 15 hari..student UM
Ein:Fi amanillah kak san..!
Awe: K san kerja dengan syarikat minyak..tapi yang uruskan jual beli paip2 untuk menyalurkan minyak tu dari dasar laut..bisnes masyuk tu..pembeli paip dari pelbagai negara (ampun k san kalau tersalah fakta) k san yang selalu berurusan dengan pembekal paip tu.tu yang ke obersi memanjang tu..
Ein: MasyaAllah..Bionic woman!
K Hasni : oooo ya x ya err..ada kerja kosong tak kak san?
Kak San..(icon tangan kuat)
Wan Zorah: Bestnya k sannn (icon kapal trbang)
20 Mac
Ahad
(Dah sampai Italy agaknye...)
k san : Tadi cari Masjid jumpa ...tp xleh parking
lain kali ada rezeki datang lagi
k san :(gambar minyak wangi berjenama)
dapat sebeban minyak wangi percuma
mengalahkan pakai minyak wangi
semua ni x ori tau
tp org tu nak kasi juga kita ambik je
pakai tu pakai tp bileh kira dengan jari(1.14 pagi)
k imah: j'dore..saya suka, saya suka..(1.15pagi)
K san, jaga diri baik-baik tau kat perantauan...setuju sangat dengan ein, akak buatlah buku travelog..jeles tengok k san jelajah 1 dunia..nak tumpang ikut xleh...err tumpang doa boleh x?..(love sign) 1.20pagi
k San : Kalau akak tulis buku...50 muka surat cerita pasa besi, marah orang buat "cerdik"..hihihi ...(saya dapat bayangkan muka k san klu dia cerita live!..haha)
Doa boleh insyaAllah
Akak pun harap doa adik beradik
k imalyne: Saling doa mendoakan..moga para malaikat turut sama mendoakan kita semua.. (1.23 pagi)
k san: Nak Tanya ni kalau tertekan block mcm mana nak activekan blk
shu akak terblock tanpa sengaja(icon sedih). Maaf jari tua ni.
k imalyne : Tang mana terblock tu?Ampun..xtau nak tlg.(1.27 pagi)
********************************************************************
Maslina : Mabruk ein, selamat terima (ikon baby). Selamat berpantang. (8.04pagi)
K Pidah :Ein dah bersalin ke?
Maslina : dah. Us Zaman update fb.bb boy. Tengok history group ein dok borak2 lg mlm td kan?relaks je(good sign)
***********************************************************************
Alhamdulillah thumma alhamdulillah...ummi terasa arshad telah memberi sedikit demi sedikit tanda dengan tendangan kecil dan kontraksi selang sejam bermula pagi Sabtu .Abi terlibat dengan program seminar di PWTC. Ummi mengawal rasa dengan banyak penyerahan pada takdirNya dan dengan doa moga segalanya baik-baik. InsyaAllah. K Long Shifa' Abang Ngah 'Ammar Shafi dan K Cik Rahmah sanagt teruja nak tunggu Arshad. Mereka sangat baik dan faham dengan keterbatasan ummi yang sedang sarat, K Long rajin kemas buku. K cik rahmah suka basuh pinggan (walaupun kecah basah sinki..alhamdulillah dia rajin!) dan abang ngah 'Ammar basuh kasutnya sendiri dan tolong ummi buang sampah.
Ummi masak,basuh baju, sidai baju. kemas bilik, siapakan baju baby dan selebihnya berehat sambil melipat baju-baju yang hampir menggunung tingginya! (Bestnye klau ada mesin lipat baju!!). Ummi asingkan baju sekolah uyang ingin di seterika, baju kerja ummi abi dan baju harian. Alhamdulillah mok beli bakul besar 2 buah..kemas sikit bila semuanya dimasukkan dalam bakul. Tidaklah penuh atas katil. Solat maghrib berjemaah dengan anak-anak dan makan...
Solat Isya'
Solat taubat
Solat Hajat
Tertidur dengan telekung
Merasa kontraksi pada tengah malam hampir jam 12.
Bangun dan jalankan mesin basuh. Hingga baju siap di basuh.
Membaca surah Yasin & (bacaan Ruqyah Asas 10)
Tertidur semula di tengah rumah dengan anak-anak
Terbangun pada jam 3.15
Detik demi detik...bangun dan catat pada secebis kertas..
3.15
3.27
3.30
3.36
3.40
3.46
3.52
4.00
4.04
4.09
4.15 (kuat)
Abaikan catatan masa dan mula bangun menyiapkan diri..
Ummi masak telur separuh masak 2 biji.
Bangun dan solat tahajud.
Baca surah maryam.
Makan kurma & telur.
5.00 pagi
Terasa nak buang air kecil dan besar.
MasyaAllah, sudah ada tanda.
Kejutkan abang. Abang terus mandi dan sidai baju.
Abang siapkan anak-anak. Mula bergerak ke hospital jam 5. 30 pagi. Berwasap dengan kak de bagitau ingin ke hospital.Alhamdulillah anak-anak ada yang akan jaga. Angah Hanif, anak k de tlg ambil mereka di hospital Serdang..
Daftar masuk bilik persediaan. Jam 548. Azan Subuh..Allah..dah siap-siap buang air dan ambil wuduk. Nak solat atas katil. Nurse datang check baru 2 cm. Allah..lagi 10 minit sakit..buka 3 cm. Doktor nak pecahkan air ketuban.. Allah..perasaan sgt tidak selesa..tapi tiada kekuatan nak sebut "tidak" pada masa tersebut. Nurse sedang ambil bacaaan CTG di perut yang belum stabil. Sambil tunggu doktor, Siap-siap pakai seluar bersalin.
Doktor tanye.."seluar apa ni?
Nurse bagitau, ni seluar untuk orang bersalin..
Doktor tanya lagi.."owh ada ye macam ni?"...
Nurse jawab " Ada sekarang ni..baru lagi..ada lubang tepi untuk injection".
Doktor mengangguk. " Dia selesa ke macam tu?".
Nurse memandang saya dan bertanya.. " Awak selesa?, kalau rasa nak buka boleh buka, takut nanti orang labour room marah sebab kita bagi awak pakai" terang nurse tanpa prejudis.
"InsyaAllah saya sangat selesa sebab tak sejuk..Alhamdulillah.! "
Doktor dan nurse akur dengan pilihan saya. Alhamdulillah.
Saya akhirnya ditolak ke labour room jam 650 pagi. Di sambut oleh nurse yang sangat lemah lembut dan tenang orangnya bernama Maria.Nurse maria tengok saya pakai seluar bersalin,
Nurse :, seluar apa ni?
Saya jawab.."Ini seluar bersalin.."
Nurse : Ooo
Alhamdulillah..ketika rasa nak mula sakit, abi ada disisi seperti biasa memberi semangat. Ummi cuba tenang,Ummi kembali mengingati sifir bersalin. Pada waktu kontraksi keras, tarik nafas telan air liur...alhamdulillah sedikit melegakan..hinggalah datang gesaan yang kuat dan nurse maria cukup tenang bersahaja sambil mengajar kami membaca doa nabi Yunus...Allah! nurse berusaha menyambut baby dengan sekali teran. MasyaAllah...Jam 7.39 minit pagi akhirnya, baby arshad Zubair selamat di lahirkan dengan berat 3.14kg dan ukur lilit kepala 33cm. Alhamdulillah..alhamdulillah.
Aiyyakk...Arshad dah terbuang air kecil betul-betul bila nurse angkat dia nak sebut jantina...tersenyum nurse bila arshad kuar saja dari perut ummi macam tu...Alhamdulillah..sihatkanlah tubuh badannya Ya Allah. Baby skin to skin dengan ummi..Alamak...di dah "poo poo" pulak...hihi...lawaknya budak sorang ni...da boleh kuar spital nampaknya...dah kencing dan berak...harapnyelah...
Ummi di tahan sehari untuk pastikan Baby dalam keadaan baik.Nenek dari kampung sampai bersama mak teh! Alhamdulillah...syukur... bawa makanan yang sedap..ayam ungkep!.kebetulan hari ahad, Doktor round sekejap sahaja. UImmi ditempatkan di wad kelas pertama..alhamdullillah cukup selesa...alhamdulillah...nenek teman ummi semalaman..anak-anak di rumah abinya yang jaga..
Alhamdulillah, tengahari Isnin, kami check out..Alhamdulillah..segala puji bagimu yaAllah....!
|
Senyum sambil tidur:) |
|
Tangan baby arshad br seminggu:) |
|
Manis k cik menyapa Arshad |
|
Abang ngah Ammar seronok pangku Arshad Zubair |