Khamis, 24 Disember 2015

Aisha dan Impetigo!

Allah beri sakit dan Allah beri ubatnya...sesungguhnya Allah amat pengasih dan penyayang pada hambanya..


Adik kena impetigo seminggu sblm ke Acheh..mula dengan bintik kecil,
(Gambar) setelah  2 hari balik dari Acheh dan mula demam..
Allahu Akbar..dugaan buatnya. Adik kuat Allah sayang...kali ini demam dan masuk hospital lagi kerana demam tinggi. 39 darjah celcius.Ummi bergegas pergi pada waktu petang kerana pagi itu ummi diuji dengan sakit pinggang. Kandungan mencecah tempoh 6 bulan kali ini mencabar bagi ummi.Sakit pinggang yang mencucuk. Mungkin kepenatan. Alhamdulillah..abi ringan tulang dan tidak jemu membantu..Basuh baju, sidai baju, memasak, membersihkan pinggan mangkuk, rumah dan menguruskan anak-anak.

EMPETIGO @ KUDIS API

Adik mula kena dengan tumbuh bintik atas kepala. Dia selalu garu, katanya gatal. Ummi hanya letak minyak habbatussauda'. Akhirnya bintik tersebut membesar dan berair. Akhirnya merebak ke bahagian tertentu di muka, bahu, dada, celah tangan dan celah kaki. tidak banyak tetapi agak perit kerana adik mula merengek tidak selesa. Di bahagian tangan keadaannya seperti gelembung bekas kena air panas. Ummi ingatkan kena ape.,,risau juga terkena air panas...masih terbayang abang 'ammar terkena air panas di kaki..Allah..,mg tiada yang teruk. Ummi bawa adik ke klinik Presint 9, Putrajaya. Doktor bagitau mgkin Empitigo tapi pada masa itu bintik berair masih belum banyak. Hnya kelihatan di tangan ada gelembung dan di kepala ada sedikit bintik berair. Doktor bagi ubat tahan gatal (Alleryl) dan ubat antibiotik sahaja.

SURAT DOKTOR UNTUK NAIK KAPAL TERBANG

Kali kedua ke klinik kerana muka adik dipenuhi bintik. Risau lagi 2 hari ingin berangkat ke Acheh, ummi ingin surat doktor untuk menyatakan bahawa bintik tersebut bukan cacar air@chicken pox, Gusar andai tidak dibenarkan naik kapal terbang. Mujur adik nampak aktif dan cergas. Ummi pun perlu surat pengesahan kesihatan kerana usia kandungan mencecah 24 minggu. Alhamdulillah surat keduanya selesai dan adik dibekalkan ubat sapu Fungisid dari doktor tersebut. 

SIHAT DI ACHEH

Di acheh, adik sihat waktu siang, malam sahaja nampak sedikit perit. Walaupun bilik berhawa dingin, ummi matikan penghawa dingin kerana sangat sejuk waktu malam. Kulit adik jadi kering. Ummi sedikit risau. Hari ke 3 kami bawa adik ke klinik di Acheh..kena bayaran Rp70 ribu dengan perkhidmatan mencuci kepala adik yang mula basah.
Cuci dengan Natrium Klorida,,,terkejut dia saya curi ambil gambar..ampun ya!
Di klinik ini doktor bagi preskripsi ubat 
ALHAMDULILLAH

Adik pulih dalam masa 2 minggu juga. Menunggu kulit kerasnya luruh dan betul2 kering. Ummi bersihkan dengan mandian biasa. Doktor bekalkan antibiotik tapi ummi ganti dengan habbatusauda'. Adik tidak mahu antibiotik itu. Ummi pun tidak sanggup bagi. 2 jenis antibiotik yang doktor bagi. Satu penisilin dan satu lagi cloxacilin...Allah...tisak sanggup. Maafkan saya doktor. Anak tidak mahu...ummi tidak mampu memaksa anak..mujur adik boleh dipujuk minum habbatussauda' (antibiotik semulajadi)..Ya Allah sembuhkan;ah anak kecilku ini..kasihani dia..syukur..adik pulih sepenuhnya dalam masa 2 minggu..dengan izin Allah dan berkat doa semua..syukur..kulit adik ummi teruskan dengan sapu krim natural yang mai usu jual ni,,

BAYBIE CREAM YANG AWESOME!



Alhamdulillah, tiada kesan parut yang ketara...syukur sangat. Bi iznillah:)

"Alhamdulillah 'ala kulli hal..wa astagfirullah 'ala kulli zanbin..."
Ya Allah..syukur atas segala hal dan ampuni kami atas segala dosa kami...aaminn ya rabb:)





Tiada ulasan: