Sabtu, 22 Oktober 2016

Ruang antara masa

Catatan lama (24/4/04)

Ruang antara masa

Antara Kebaikan dan kejahatan
Tersembunyi kejahilan dan kebenaran
Manusia datang dan pergi
yang tinggal hanya memori
Sejarah terpahat abadi

Siapa kita yang ambil peduli
Tingkah perasaan dan cetusan naluri
yang mahu bahagia dicetus
dalam naluri insani
kita kemudi sendiri

Antara Azam dan cita-cita
Tersembunyi usaha,kegagalan dan kemenangan
Insan terbilang dan terhina
dalam ukuran citarasa manusia
walau dalam kebaikan ada palitan kejahatan
walau dalam kejahatan ada natijah kebaikan
Siaplah manusia yang bijak mengerti
segalanya perlu kejujuran kendiri
yang tegar memaku hakikat
insan pasti akan mati
kita akan dihisab nanti

Jurus sangkakala
pada waktu itu
akan sampai masanya
mengenali semuanya
terperinci tanpa sembunyi lagi
antara kita
siapakah nanti
terbilang,terhina,dijulang dan dibuang!

kamis8
24/4
6.18ptg

Tiada ulasan: