Jumaat, 10 Julai 2009

Hanya Allah yang Tahu

Salam buat semua..ummushifa' mengharapkan sahabat dan teman-teman sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah Taala..

Segala perjalanan hidup kita telah ditentukan Allah..dari hal kehidupan, mula kita dilahirkan, dikurniakan ilmu,menjalani kehidupan, mendapat kebaikan atau ujian, mendapat jodoh, dikurniaan rezeki berupa anak, harta dan akhir kematian kita..semuanya..Hanya Allah yang tahu.

Membuka lembaran baru sebagai mukaddimah entry kali ini dengan menyandarkan kebesaran Allah sebagai MAHA TAHU yang amat luas penghayatan. Allah juga memiliki segala-galanya tanpa sebarang saingan kerana DIA MAHA PENCIPTA.

Sekolah baru
Alhamdulillah, bangunan sekolah baru semakin tampak berseri. Hari pertama kami sampai sahaja di sekolah tanpa kerusi , meja pelajar dan guru, bangunan kelas dan bilik-bilik kosong malah guru-guru mula bermesyuarat di bus stop di hadapan pintu pagar sekolah hanya kerana memilih tempat yang mempunyai tempat duduk. Menjadi pioneer (baca : perintis) tentu besar pengorbanan. Bilik makmal ada tapi kosong belaka, bengkel-bengkel, kelas-kelas khas , pusat sumber , bilik tayang dan semuanya mengambil masa untuk dilengkapi sebaiknya. Guru-guru bersandar pada kreativiti dan pengisian semata dalam penyampaian di bilik darjah. Bahan bantu mengajar dengan cara tersendiri...

Sekolah ini dibuka atas keperluan dan boleh dikatakan desakan para ibubapa penduduk di kawasan Putra Perdana yang saban bulan mengeluarkan belanja hampir RM160 untuk seorang anak demi bayaran pengangkutan anak-anak mereka ke SMK Cyberjaya.HAri pertama kami bermesyuarat, hari itulah sampainya surat kelulusan menduduki bangunan, betapa desakan itu amat terasa sedangkan keadaan hati-hati para guru belum reda menerima arahan perkhidmatan supaya berpindah sekolah mengikut aliran pelajar ke sekolah baru...Ada beberapa orang guru agak payah menerima kerana banyak faktor antaranya anak mereka bersekolah di sekolah lama, jarak semakin jauh dari rumah, faktor perlu melalui tol RM1.60 pergi dan RM1.60 balik setiap hari, faktor kesihatan kerana laluan dalam kawasan Pulau Meranti yang masih dalam pembinaan terlalu banyak habuk dan lori pasir yang keluar masuk, laluan jalan yang bengkang-bengkok tidak sempurna dan sebagainya.

Belajar menerima

Alhamdulillah, dapat sahaja panggilan telefon hari Selasa semasa cuti sekolah minggu ke-2 kebetulan memang menyediakan diri sekiranya dapat arahan pindah..."Assalammualaikum..Kak Ain ye, ni Lily.." " Oh Lily, apakhabar?" Lily merupakan kerani sekolahku..orangnya rajin dan peramah. Baru sahaja berkahwin, masih berseri-seri wajahnya bila tersenyum..."Sihat..." "Mesti ada hal telefonkan..akak kena tarik nafas ke?"
"Ha'ah kak..macamtulah rasanya...Surat baru je sampai, ada 28 orang guru yang akan pindah ke sekolah baru..pelik juga kenapa akak punya nama yang naik sebab akak dok Kajang..tapi nama akak sekali dengan Saadah yang dok Kajang juga..mungkin faktor opsyen dah penuh sebab akak dengan Saadah opsyen sama Sains dengan Matematik." "Ok, tak pe Lily, petang nanti akak gi sekolah ambik surat ya..nak kena terus kemas barang, sok dah tak sempat sebab nak antar adik ke Perak,rumah pengantin lelaki..." "Oh ye ke...ok kak, datangla..saya ada je" "Ok, terima kasih Lily"...Begitulah serba sedikit keadaan menerima panggilan telefon yang akhirnya membawa ummushifa' berhijrah ke tempat baru...

Alhamdulillah pindah sekali dengan Saadah, bolehlah kami meneruskan aktiviti "car pool" ke sekolah secara bergilir-gilir. Jarak sekolah dengan rumah kami lebih kurang 35 km mengambil masa lebih kurang 30-35 minit melalui jalan bengkang-bengkok yang menjadi laluan lori-lori mengangkut pasir,simen dan batu-bata selama lebih kurang 15-20 minit di Kampung Pulau Meranti. Sesiapa yang pernah menjalani latihan "jungle-trekking", saya kira bolehlah lulus melalui jalan seperti ini...

Mula Kerja

Mula-mula masuk mesyuarat terus dilantik jadi Setiausaha Mesyuarat Guru, guru bertugas minggu pertama persekolahan dan guru kelas 1J iaitu kelas terakhir tingkatan 1 di sekolah baru dan saya bertugas bersama rakan saya Puan Roslizawati yang sedang menunggu hari untuk bersalin! Ummushifa' take an adventure sebab rakan-rakan yang pindah semuanya sama level, sama cerita dan kami mempunyai barisan pentadbir yang cukup diplomasinya. Kekuatan guru berjumlah 32 orang pada awalnya mengawal pelajar hampir 500 orang pasti menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Faktor menerima arahan dan belajar mengawal keadaan serba baru bersama membuat kami saling bantu membantu bekerjasama. Alhamdulillah, sekolah yang kosong, semakin nampak wajah "sekolahnya".

Masuk minggu ke-2, guru-guru agak tersepit dengan keadaan kekurangan guru dan kami membuat kerja dengan bebanan yang bertindan-tindan. Belum kira kelas "relief", guru-guru yang namanya ada tapi mereka tiada menerima surat dari PPD, guru bersalin, guru cuti sakit yang lama atas faktor kesihatan dengan sijil sakit swasta yang belum endorse pada PPD menyebabkan pihak sekolah tidak boleh memohon guru ganti, kelas yang bertambah bilangan pelajar setiap hari, malah ada kelas tingkatan 2 kian mencecah hampir 50 orang di dalam satu kelas! Memang letih seorang guru mengawal kelas yang terlalu ramai terutamanya kelas-kelas akhir dan pelajar agak bermasalah...Ummushifa' tidak terkecuali mengajar Sains di kelas tersebut!Fuhh...boleh tahan..mengajar ibarat mengepung anak ayam...hehe..pandang kanan,kiri bising, tegur yang kiri, yang tengah dah mula mengusik-ngusik..hampir kesemua mereka datang dari sekolah sekitar Puchong dan tiada pelajar dari sekolah cyberjaya.

Minggu ketiga, kami menerima kunjungan dari Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Muhd Fuad Zarkashi...Dengan keadaan sekolah yang serba sederhana (sekolah pasang siap), kami berkemas mengikut kemampuan kewangan yang ada...sekolah kami masih belum menerima sebarang sumber kewangan kerana segalanya perlu melalui kementerian pendidikan. Dalam masa menunggu itulah, banyak urusan yang memerlukan sumber kewangan..akhirnya, para guru jugalah mendahulukan modal masing-masing dalam memastikan beberapa perkara berdasarkan perancangan asas dapat dilaksanakan..

Mengenali dan Mengendali

Keadaan hanya boleh dikawal apabila kita belajar mengenali dan memikirkan cara terbaik mengendali mereka. Semestinya setiap hari, masa dan ketika adalah berbeza situasinya. Seronoknya jika mengajar kelas di awal pagi...pelajar masih segar dan mereka lebih memberi tumpuan. PAda waktu pagi biasanya pelajar kelas sederhana sedia menerima segala ilmu dan mereka akan turut arahan guru tanpa gangguan kebisingan kelas..(belum banyak modal bercerita..) Namun, pelajar kelas akhir, agak pasif waktu pagi, aktif selepas rehat dan kian hiperaktif ketika masa-masa akhir waktu persekolahan. Istilah " ibarat cacing kepanasan" sinonim pada situasi tersebut. Jadual kali ini ummushifa' mengajar di awal pagi dan paling sukar pun beberapa waktu selepas waktu rehat dan tiada di hujung waktu persekolahan. Pernah seorang sahabat guru bertanya, apa petua yang saya pakai, kelas senyap tak bising time mengajar?Sebenarnya, masa tu ummushifa' mengajar kelas sendiri, 1J..memang diorang telah didoktrin pada awal mula belajar mengenai keberkatan ilmu..sikap hormat guru dan larangan bercakap ketika guru sedang bercakap kecuali jika ada soalan tertentu. Ditambah lagi, seorang guru kelas memang semestinya akan lebih berpengaruh terhadap pelajar kelasnya sendiri kerana banyak urusan berkaitan diri dan peribadi mereka diuruskan oleh guru kelas..peluang inilah yang perlu digunakan sebaiknya oleh guru kelas tersebut untuk lebih belajar mengawal dan mengendali pelajar mereka termasuk di kelas lain.

Bacaan Yasin dan Air Yasin

Alhamdulillah, sekolah kami menetapkan majlis bacaan YAsin setiap pagi Jumaat sebagai aktiviti wajib diikuti pelajar beragama Islam. Apa yang pernah ummushifa' rasakan, kesan bacaan YAsin amat berkaitan dengan kualiti pelajar. Ramai guru yang bukan daripada sekolah lama ummushifa' memuji sikap bekas pelajar sekolah Cyberjaya. Mereka membandingkan pelajar-pelajar tersebut dengan pelajar sekolah lain..Kebanyakan pelajar muslim sekolah Cyberjaya memang melalui aktiviti membaca YAsin setiap pagi Jumaat di sekolah lama. Sistem displin di sekolah lama juga menggunaakan kaedah minum air yasin bagi pelajar yang melakukan kesalahan displin.Ikhtiar dilaksanakan sebegitu agar pelajar tersebut akan lembut hatinya dan berubah sikap. Kebetulan Unit Displin dipegang oleh dua orang Ustazah yang dedikasi iaitu Ustazah Che Supiah dan Ustazah Suzara Makpol. Semoga usaha mereka terus diberkati.

Menitip Rindu

"Bila wajah menjelma, rindu padamu datang bertamu, bertanya khabar lidahku kelu..sekadar menyapa di angin lalu..."

Mesej kuterima dari partnerku di sekolah lama...aduhai..syahdu..memang dia antara orang yang sangat kuat meminta agar saya merujuk PPD dan minta supaya tidak dipindahkan..sebenarnya, dia juga rakan setugasku di Pusat Sumber sekolah. Sekolah kami terpilih sekali lagi mewakili daerah sepang untuk bertanding peringkat Negeri Selangor. Kakak Mentorku, Puan Norliza, guru Media dan Pusat Sumber pula sedang cuti bersalin...( kak liza dapat baby girl, tercapai hajatnya kerana 3 hero telah membarisi barisan hadapan keluarganya...itupun ada kisah yang mencuit hati..ada masa ummushifa' ceritakan..). Saya memangku jawatan Puan Liza sementara kerana jawatanku setiausaha PSS namun, takdir Allah mengatasi...akhirnya, kak Aniza (AJK BBM) merangkap partner setiaku yang kena jadi orang kuat di Pusat Sumber sekolah...

Solat Subuh dan buku menarik kaitan Sains dengan Islam dan kehidupan...

Pernah tak sahabat-sahabat bertanya pada anak murid mengenai solat Subuh mereka? Alhamdulillah..pernahkan...tapi jawapan apa yang kalian dapat dan perhatikan? Tentu mendukacitakan jika kategori kelas yang sahabat guru masuki adalah kelas bermasalah... Ada pelbagai situasi pelajar. Pelajar lemah tanpa segan silu mengaku tidak solat subuh, pelajar kelas bijak sanggup menipu untuk mengelak malu jika mengaku tidak solat subuh dan pelajar kelas sederhana akan membei alasan pelbagai sebab kenapa mereka tidak solat subuh....nak tahu situasinya, bertanyalah...ambil sedikit kejutan seorang guru yang bukan ustazah atau bukan guru subjek agama akan bertanya mengenai solat pada mereka...Kebetulan jadual mengajar kali ini ialah subjek Sains Tingkatan 1 dan 2, Sejarah Tingkatan 2 dan Pendidikan Jasmani Tingkatan 1. Jika ada peluang, kita sebagai guru sains atau guru PJ pun boleh...membacalah mengenai kaitan Sains dengan Islam atau kaitan Sains dengan kehidupan seharian.Memanglah setengah kelas yang bercampur dengan non-muslim, kita akan cuba memberi kaitan aktiviti seperti Tai-chi, meditasi dan pelbagai aktiviti semuanya dengan tujuan mencari ketenangan dan kesihatan individu.

Antara contoh buku menarik :

Tajuk : Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains

Pengarang : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok

Penerbit : Universiti Malaya

Berikut sinopsis buku ini yang telah saya petik dari link

Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Selain itu juga buku karangan Harun Yahya keluaran Saba' Islamic Media, buku karangan Dr Danial dan semua buku yang baik juga semua maklumat yang berguna memang baik dijadikan info tambahan dalam pengajaran kita seharian.

Rumah sahabat

Rumah kak Wan Siti Fatimah (Awe) rupanya berhampiran sekolah baru saya...Cuma kami masih belum berpeluang berjumpa. Kak Awe mengajar sesi petang di sekolahnya...Saya menerima mesej Kak Awe menyatakan dia pun berminat nak mengajar di sekolah ini .Melalui mesej kak Awe pada saya, kak Awe telah telefon PPD bertanyakan kekosongan, tetapi jawapan PPD menyatakan guru agama sudah cukup...realitinya, ustazah kat sini hanya ada 3 orang mengendalikan pelajar yang terlalu ramai. Kesian seorang daripada mereka yang sedang mabuk, morning sickness yang teruk. NAk ambik MC pun fikir banyak kali sebab kesian dengan ustazah yang lagi 2 orang nak kendali kelas agama yang bukan senang nak dikawal...pastinya keberkesanan pengajaran akan terganggu dek kerana kepadatan para pelajar setiap kali masa matapelajaran agama Islam berlangsung. Mungkin juga faktor kemasukan pada pertengahan tahun menyebabkan banyak perkara hendak diuruskan sehingga terlepas pandang dan mungkin juga pelbagai faktor melibatkan segala kelemahan manusia...Didoakan kak wan@Awe dapat rezeki pindah sekolah ini tahun hadapan..InsyaAllah...

Secangkir harapan

Semoga dedikasi kita dalam dunia pendidikan dipermudahkan dan dikurniakan segala kebaikan. Biarpun zaman semakin mencabar wibawa guru, anak-anak pelajar kita terus dipengaruhi keadaan massa, namun kita akan terus belajar dan belajar untuk mengajar. Kita adalah pelajar kepada seorang guru bernama kehidupan...

Allahumma yassir wala tu'assir....amin ya Allah...

Ummushifa'
Dari Cyberjaya ke Putra Perdana

Selasa, 16 Jun 2009

Hijrah ku ke sekolah baru...

Hijrah menuju Allah

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya
HASANAH.....
....Moga perjalanan hidup kita akan terus dipermudahkan.... amin YA Allah

.....Dari Cyberjaya ke Putra Perdana....


Selamat Pengantin Baru , Selamat menerima kehadiran insan-insan baru dalam kehidupan dan Selamat mengharungi kehidupan sentiasa dalam Iman...






Salam buat keluargaku, saudara-mara, sahabat-sahabat, teman-teman, rakan-rakan guru, senior-senior dan adik-adik junior...

Selamat Pengantin Baru , Selamat menerima kehadiran insan-insan baru dalam kehidupan dan Selamat mengharungi kehidupan dan semoga sentiasa dalam Iman dan keredhaan Tuhan ... Amin

Selasa, 9 Jun 2009

Rezeki bertemu Ulama'..

Setiap malam Isnin seperti biasa aku menapak ke atas bukit menuju ke tempat pengajian agama...Aku telah berwudhu' sejak di rumah supaya terus dapat solat maghrib berjemaah. Syukur suamiku balik awal... Shifa' dijaga oleh abinya itu..Jangan lasak sangat ye nak..abi letih tu...Ummi drive sendiri ke sana..dan alangkah terkejutnya tatkala tiba di perkarangan Darussyifa', tiada selipar atau kasut kelihatan.."Ke mana mereka?".."eh, takde kelas ke hari ni" soal hatiku...lantas aku terus menelefon adik sekuliahku Aziah. "erm,tak dapat.." Kudail pula nombor Rashidah, adik sepengajianku juga...xdpt juga..Minggu lepas aku terpaksa tidak hadir kerana balik terengganu, adik ipar kawin. Selasa, 5.30 pagi baru sampai rumah di Sg. Merab...Dan diriku mulai risau bila maghrib mula berlalu, terus ke surau An-Nur bersebelahan dengan tempat aku parking kereta..yang penting solat dulu...kulihat dari jauh memang ramai orang di surau An-nur. Siap ade orang masak-masak. Ish..malu pula datang surau time ade makan2 je..sebelum ni tak pernah singgah time maghrib camni..Yang penting solat...fikirku...Bangunan Surau An-nur pernah aku kunjungi sebelum ini. Surau ini antara yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti. Setiap pagi Ahad, ada sahaja kuliah ilmu untuk muslimat. Antara kuliah dengan jemputan penceramah seperti Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Badrul Amin dan ilmuwan yang lain yang mengajar bab feqah, ibadah, akhlak dan pelbagai pengisian rohani sebagai bekalan hidup para muslimat.

SOLAT MAGHRIB MEREKA BERIMAMKAN SEORANG ULAMA'
Terus sahaja aku naik ke tingkat atas. Surau yang dibaiki dan diperbesar dengan derma orang ramai kelihatan meriah dengan kehadiran penduduk sekitar yang mengimarahkan surau ini. Aku sempat mendengar doa dari imam solat maghrib. Terlewat sedikit walaupun ingin kukejar pahala jemaah masbuk..tak sempat...huhu..aku solat di belakang tatkala orang lain bangun untuk solat sunat ba'diyah. Usai solat dan berdoa, ku cuba cari wajah yang ku kenal.."Itupun Azi.." bergegas aku mendapatkannya..tapi dia sudah melangkah ke hadapan dan menyalami seseorang...aku berpapasan dengannya, sambil bertanya, salam siapa?"eh, kak ein..tu salam Ustazah Zailah..." Ku besarkan mataku melihat ke arah wanita tersebut...Ya itu ustazah Zailah..aku ke hadapan untuk bersalaman dengan ustazah..ku buang rasa malu kerana rasa ingin berkongsi aura dengan wanita yang sedang berjuang...moga aku turut diresapi roh perjuangan sentiasa...Ustazah tersenyum sambil menggenggam erat tanganku...aku membalas senyumannya dengan memberi salam.Aku kembali ke tempat Azi. Ada ruang untukku yang Allah telah sediakan di situ..syukur alhamdulillah...

REZEKI BERADA DI MAJLIS ILMU DAN DIPAYUNGI MALAIKAT RAHMAT
"Kak ein,minta maaf lupa bagitau, tak de kelas hari ni..Ada dinner dengan Tuan Guru Nik Abd Aziz kat Surau An-Nur"..sms yang baru ku buka dan baca..."Alhamdulillah, nasib baik shidah lupa, dapatlah akak jumpa dan dengar ceramah Tok Guru malam ni..:)" kubalas kembali mesejnya. Dudukku betul2 bertentangan dengan Tok Guru walaupun dudukku jauh di bahagian muslimat. Ku naikkan kepalaku untuk melihatnya..yang nampak hanya serban putihnya sahaja..mujur ada skrin di hadapan sebelah kiriku, jelas wajah putih bersih itu kelihatan. PEngerusi memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Guru Dato' HArun Din. Ustaz menyebut harapan besarnya supaya surau An-nur diluluskan untuk menjadi tempat orang ramai solat Jumaat. Walaupun pelbagai cabaran harus ditempuh daripada pihak-pihak tertentu, InsyaAllah Surau An-Nur telah ustaz isytiharkan akan memulakan solat Jumaat pada minggu ini..Amin.
WANITA BERJIWA KENTAL
Rupanya malam ini adalah sempena pelancaran Dana untuk Tabung Rantau Panjang, kawasan YB Ustazah Zailah...dan wanita ini menitipkan bicara ihsan memohon perhatian dan ucapan terima kasih atas kesudian pihak urusetia mengurus program untuknya wlaupun dalam jangka masa yang singkat. Air mata mengalir cukup menceritakan kepayahan dan beban ditanggungnya. Jauh hadirnya, kutahu bukan sebarang sebab...melainkan menitipkan salam kepayahan dari daerahnya kepada kawasan penduduk yang agak berada...Ku akui, Bandar Baru Bangi adalah kawasan elit sedang membangun dan penduduknya... alhamdulillah berpendidikan sempurna walaupun tidak semua..
Kuyakin, malam itu sedikit beban kewangan mampu dilangsai buat yang memerlukan. Wang yang masuk ke tabung hanya warna merah dan not RM50 kulihat dari balang lutsinar itu...InsyaAllah.

SEDEKAH MELONJAK PAHALA
Tuan Guru memulakan ceramahnya dengan menceritakan kepayahan beliau menjadikan Kelantan sebuah kerajaan Islam. PAda awal bergelar pendidik yang mengajar Tafsir Al-Quran, pada zaman MAGERAN, pernah kerajaan mengeluarkan waran tangkap kepada para guru agama dan guru pondok...beliau tidak terkecuali mendapat arahan untuk menghentikan aktiviti agama di tempatnya. Namun, perasaan tidak pernah berputus asa mengatasi segalanya dan akhirnya bila kerajaan Islam telah memerintah, tiada lagi halangan seperti itu.
Tok Guru turut mengingatkan keperluan sedekah dan infaq yang perlu diamalkan dalam hidup kita. Fadhilatnya besar seperti menyucikan harta, menambah sikap pemurah dan menenteramkan jiwa.
" Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)"
Tuan Guru turut menjelaskan kaitan antara pemberi sedekah dan apa yang akan berlaku pada amalan sedekahnya itu. walaupun biasa kita dengar dan tahu tetapi apabila butir bicara itu keluar dari mulut seorang ulama' mulia, kukira frekuensi ayatnya cukup bergema dalam sanubari orang yang mendengarnya...suaranya tidak tinggi, bahasanya bahasa analogi ...gayanya merendah diri...jujur sebagai seorang murabbi...

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, adalah serupa dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap satu tangkai mengandungi seratus biji lagi, dan Allah menggandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah maha luas kurnianya lagi maha mengetahui.”

REZEKI KITA DIJAMIN ALLAH
Ilmu pengetahuan yang kita cari semuanya telah Allah mudahkan. Diberikan kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, otak untuk berfikir dan semua itu dari Allah. Susu getah yang keluar dari pokok atas izin Allah, maka penoreh getah beroleh rezeki dengan keluarnya susu getah itu. Nelayan yang menangkap ikan di laut beroleh rezeki apabila keadaan cuaca baik. Apabila musim tengkujuh, lain pula caranya mendapatkan rezeki.
IBADAH HANYA KERANA ALLAH
Wajib pada diri, akal dan dan agama supaya kita meletakkan tanggungjawab memelihara ibadah adalah untuk mematuhi perintahnya. Dalam bahasa lain membalas jasa Allah sedangkan Allah tidak perlu dibalas jasanya kerana sifat Maha Pemberi dan Maha Pengurnia yang Allah miliki. Maka, hanya dengan beribadah dan memelihara agama dapat kita

DI TUTUP SEGALA IKHTIAR TATKALA KEMATIAN TIBA
Kematian adalah pemutus segala ikhtiar manusia untuk mencari sebarang peluang membuat apa sahaja tindakan. Baik atau buruk amalan manusia akan mendapat balasan sementara di dalam kubur sementara menunggu hari kiamat. Manusia hidup di alam kubur dengan cara tersendiri sebagaimana bayi hidup di dalam perut ibu dengan cara tersendiri. Segala keadaan tersebut hanya Allah yang tentukan dan ciptakan untuk hambanya. Maha suci Allah Maha PEncipta, Subhanallah.
Firman Allah SWT :
“Pada hari ini ( Hari Kiamat ), Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan kaki mereka memberi kesaksian terhadap apa yang dilakukan oleh mereka dahulu.” ( Yaasiin : 65 )
Kesaksian itulah secara jujur mengenai kita diperkatakan tanpa selindung. MOga Allah memberi rahmat dan petunjuk terbaik untuk kita membaiki segala salah silap dan kelemahan diri.
DOA TUAN GURU
Sebelum majlis berakhir, Tuan Guru menitipkan sedikit doa untk sama-sama kami aminkan
dalam sendu nadanya munajat memohon keberkatan.
"Ya Allah, jangan Kau jadikan sesuatu nikmat sehingga menyebabkan kami ingkar kepadaMu. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur. Ya Allah, kumpulkan kami bersama junjungan kekasihMu NAbi Muhammad SAW di akhirat kelak..."

MENYEMAI RASA RINDU PADA SETIAP KEBAIKAN YANG DATANG
"Kenapa ye kak, saya dapat ujian begini? Kenapa saya yang kena hadapi keadaan ini? Sakit hati saya kak...tak tertanggung rasanya..."
" Ya Allah, ujian ini tidak mampu kutanggung....aku kembalikan kepadamu keadaan ini lantaran ketidakmampuan aku menghadapinya YA Allah..."
Bila kita akan berjumpa dengan dialog sebegini? Ianya tidak berlaku tanpa ada kebaikan yang datang selepas itu. Pengorbanan hati dan jiwa yang dihadapi dengan sifat taqwa (takut pada Allah) akan menatijahkan kebaikan Maha Luas pada kita. TAnpa kita sedari, jiwa kita semakin kuat, diri kita semakin bermandiri dan semangat kita mudah pulih . Amalan kerohanian semakin kerap bersemadi dalam diri sehingga kita sembuh tanpa antibiotik mencegah virus mazmumah. Sifat kehambaan akan meluluskan ujian Tuhan dengan gred terbaik terhadap penerimaan, penjiwaan dan penghayatan dalam agama.
Allah menitipkan kebaikan pada manusia dengan pelbagai cara. Kita dikurniakan hidayah dengan pelbagai keadaan. Tatkala kita melakukan kesilapan, kesedaran mudah datang apabila kita bersedia menerima teguran Allah. Allah tegur dengan pelbagai cara. Kadangkala dihadirkan buat kita sahabat yang baik, musuh yang mengeluarkan kata-kata cacian, ayat Al-Quran yang tiba-tiba kita terlihat, nasihat dari mana-mana sumber yang diyakini, kata-kata seseorang tanpa kita sedari menyeluruhi kesilapan kita dan sebagainya.
"Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan rahmatMu pada kami,jadikan kebaikan ini dapat kami kongsikan dengan insan lain, jadikan rezeki ini berkat dengan limpah kurniaanMu dapat kami sebarkan dan Infaq setia menjadi amalan kami..."

ISLAM ITU PENUH KEKUATAN
Menurut Buku Syed Sabiq- Unsur kekuatan Umat Islam, unsur ke-5 menyatakan bahawa
"Harta kekayaan, memakmurkan bumi, memperkembang kekuatan alam, kemudian mengambil kemanfaatan dari yang ada di alam semesta, yang berupa kurnian-kurnian yang telah dilimpahkan oleh Allah, keberkahan-keberkahan serta kebaikan-kebaikannya. Selanjutnya dapat dibahagikan kepada seluruh anggota keluarga manusia seluruhnya secara cukup dan adil."
Semoga kitalah pembina unsur-unsur kekuatan Umat Islam itu..amin ya rabbal A'lamin...
Allahumma Yassir wa la Tu 'assir...

Sabtu, 23 Mei 2009

Nostalgia Zaman Sekolahku..

Dunia Baru Islam
Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi
Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam


Us, Marl, Ala dan diriku
Teringat kenangan di sekolah SHARODZ dulu..sebegitu kuat juga ingatanku kepada sahabat lama yang sering bermain di kelopak mata tika waktu-waktu yang melewati ruang kenangan. Ia datang tiba-tiba menjelma tanpa dipinta..

AKRAB PERSAHABATAN
Kerinduan menggamit aku tatkala teringat sahabat Uswatun Hasanah (Us) yang kini masih mengejar cita-cita menggenggam PHD dalam bidang Kimia di UPM, Marliana Ismaon (Marl) sekarang seorang jurutera Petronas di Kerteh, Sharatul Izah dan Sahazati ( pelajar cemerlang sekolahku) yang kini bergelar pensyarah di UTEM Melaka dan masing-masing masih mengejar tingkat tertinggi pendidikan. Doaku moga kalian bakal bergelar Doktor, profesor dan pakar dalam bidang masing-masing. Sri Indrayani yang kini menjawat jawatan penting dalam JKR Negeri Melaka, moga cepat naik pangkat...temanku yang teliti dalam setiap kerjanya..Siti Hasrah yang kini sedang meneruskan tugas mulia sebagai guru jauh di Baram , Sarawak.Bekas pegawai Sains yang akhirnya memilih bidang perguruan sebagai medium perjalanan menggapai kebahagiaan dan kepuasan hidup..Moga kita semua terus istiqamah..Maslina Alias yang baru menamatkan zaman bujangnya..seorang pengurus di tempat kerjaya...lama kita tak jumpa ye?..ini kenangan kita bertujuh yang saya selalu semat dalam ingatan...

RAKAN PANTUN
Bila menghantar pelajar saya ke Pesta PAntun peringkat daerah, terus saya bermesej dengan rakan pemantun saya semasa di sekolah dulu..saja nak recall kenangan dengan diorang...dengan marl, kawan sanagt rapat..mak dia adalah mak aku jua..opah dia,opah aku juga..so kami kamceng sebab selalu time cuti suka gilir-gilir berjalan ke kampung sahabat-sahabat ni...Sahabat comel ku..Ummu HArieza yang kini seorang Doktor di hospital Putrajaya..wataknya persis namanya...seperti seorang ibu yang penyayang,seorang yang caring sesuai dengan cita-cita yang digenggamnya kini...Adik angkatku Nazihah..at the last..dia kawin dengan kawan suami sama sekolah KISAS..Dzulfadzley. Kembali bertaut ukhuwah kita insyaAllah. Tahniah atas kelahiran cahayamata kalian..

RAKAN REKACIPTA
Istimewa temanku ini kerana abahku rapat dengan arwah ayahnya ketika arwah ayahnya itu masih ada dah sering datang ziarah asrama..selalunya masanya mesti sama dan kereta abah mesti parking sebelah kereta nissan ayahhnya yang berwarna merah itu..Ayahnya pengidap kanser...ketika kematian ayahnya, Waina masih belajar di Nilam Puri, tetapi kehdiran sebuah bas pelajar dan Guru-guru Sharodz menunjukkan bahawa waina tetap diangkat sebagai tokoh sekolah yang perlu diingati.Inilah Ketua PElajar kami yang cukup dedikasi Nurwaina RAsit, guru JQAF di Muar. Kutahu, cita-citanya sebagai peguam ada sebab Allah belum izinkan..keadaan kelaurga yang amat memerlukan perhatiannya sebagai anak sulung...Setiap kali hari Raya,aku antara tetamu tetapnya...hingga abah sendiri pernah minta, jom kita pergi ziarah rumah waina..abahku sendiri sentiasa ingat nama waina..seorang yang cekap bahasa Arabnya,penasyid sekolah, pemidato sekolah, KEtua pelajar yang menjadi Lagenda adik-adik kerana bakti dan wibawanya.Ada kata-katanya sering diulang-ulang adik-adik umpama trademark yang sentiasa dikaitkan dengan dirinya..Kalau sudah kompang atau bongo di tangan semuanya menjadi irama dan lagu merdu sebagai halwa telinga kami...
Faradila Rosli dan Adilah adalah rakan rekaciptaku juga. KAmi terlibat dalam pertandingan rekacipta peringkat negeri dan berkampung di sebelah bilik Fizik yang telah kami ubahsuai menjadi bilik kami mencurah idea. Alhamdulillah, kami menang peringkat negeri. Tergiang ingatan bilamana lagu Brothers yang popular masa itu kembali terdengar di telinga.Kami tukar frasa "we are brothers" kepada we are sisters" opps tp bukan sister in islam ok...

RAKAN IHTIFAL
Tahun itu jugalah sekolah terlibat menjadi tuan rumah Ihtifal peringkat Kebangsaan..masa inilah hubungan kami semua semakin rapat. Skuad pengawas sekolah yang terlibat secara langsung... dah la kami sekolah perempuan, buat kerja budak laki..angkat kerusi,meja,memaku,memanjat dan segala perkara yang perlu kami buat, kami buat tanpa masalh..senangnya kerja dengan sahabat yang memahami..Sahabatku Nur Syamsinar, sibuk dengan keceriaannya, Dibantu dengan geng-geng ceria, Koreen, Nursiah Abas (pegawai SPP sekarang ni), Echah Sulai dan Aini Nordin. Kitorang ni, setakat nak memanjat tu, memang tak kisah ape sebab semua perempuan..tapi kalau dah keadaan yang agak bahaya, kami minta pak din tukang kebun tolong...pak din ni mudah menolong..anaknya pun bersekolah di sekolah kami. Aku jadi ketua bahagian trafik, haha..memang kelakar dengan sarung tangan putih ala-ala polis trafik.

RAKAN SEKELASKU
KT kami Normala Omar, Anim Rohani Md Zin, Aini Mistar, Tipot Yati, Zack Zarina Maarip,Ekin Norasikin Abu Bakar, Aruliza Suzani budak xdok asrama, Suzylina, Wani chomey,Nik Seridaiyana Nik Omar Al-HAdeed,Si kembar yang mula jadi kontroversi,last-last jadi gak kawan baik...Ayun dan Alin dan Liza budak Semabok. Aku kuarkan juga gambar kita ramai2 takut aku terlupa sebut...satu ingatan yang jadi amalan ialah, doa arwah ustaz Razali yang mengajar kita bila teringin bangun malam dan tahajud, bacalah ayat terakhir surah Al-kahfi...Alhamdulillah, bila keinginan itu ada, kita akan berusaha beramal dengan ilmu sedikit yang dititipkan buat kita.Moga kalian semua berada dalam kondisi yang mulia. Moga terus istiqamah dan ada rezeki bertemulah kita di mana-mana nanti,InsyaAllah..

KEHIDUPAN MENDATANG
Kehidupan perlu diteruskan..Kita amat bersyukur bila dipertemukan dengan manusia yang baik,mulia dan akhlak yang membina peribadi kita. Namun, usah kita lupa, kadangkala Allah temukan kita dengan manusia yang kurang baik, kurang berakhlak, dan mungkin pernah menyakiti hati semata-mata untuk menguji segala kebaikan yang kita ada..adakah kebaikan itu kekal menjadi milik kita atau lebur hanya kerana diacah sedikit ujian tuhan..Moga Allah memberi sesuai dengan kemampuan kita menghadapi seseuatu perkara...
Pesan Nabi SAW : Hadapilah sesuatu perkara itu dengan SABAR dan SOLAT! Moga dimudahkan segala urusan amin..

Ahad, 26 April 2009

INDUKSI DI PD

SALAM BUAT SEMUA...
2 minggu bukanlah masa yang singkat..apatah lagi meninggalkan suami dan si kecil shifa' yang sering rindu-rinduan..mujur tempat tidak terlalu jauh...Moga mereka berdua tabah sementara menunggu ummi yang masih bertukus-lumus dengan segala macam input yang digubal kerajaan. Nak dimuatkan dalam sistem ingatan..banyak perkara yang baru di pelajari..ada tanggjungjawab yang perlu dilunas.. Moga outputnya disaring cermat, sebaiknya... Teringat pada keluarga sudah jadi lumrah, teringat anak murid, sudah tentulah...entah ape yang mereka buat sepanjang ketiadaan kita..memanglah kerja sudah diberi..entah dibuat entah tidak...moga-moga Allah beri kekuatan dan kesedaran akan tanggungjawab dan amanah yang diberi guru...peperiksaan setengah tahun akan bermula 19 Mei ini..silibus hendak dikejar supaya sama dengan kelas-kelas yang lain juga. Apatah lagi tugasku membuat soalan Matematik dan Bahasa Melayu kertas dua. Ada yang dah siap cuma perlu di edit dan tunggu direzo... ~ kursus di Glory Beach Resort ni ada kelebihan dan kekurangan. Gambar tidak menggambarkan keadaan sebenar...Kelebihannya sebab bilik aku depan laut..tiap-tiap hari mengadap kebesaran Allah...moga ada pahala tersisip..kekurangannya dari segi servicenya lah selain pantainya kurang bersih berbanding pantai di teluk kemang..alahai...bilik seminarnya, tak kondusif untuk peserta yang seramai 100 orang. Silingnya yang rendah menyukarkan melihat slaid kerana skrin tidak boleh digantung tinggi . Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn Hj. BAjuri dah tengok sendiri. Kebetulan kuliahnya bertajuk "Integriti" sesuai dengan kapasitinya telah mengalami masalah teknikal. Moga ada pertimbangan sewajarnya untuk penyesuaian konsep integriti dengan pelaksanaannya...sukar juga nak jawab soalan peserta yang sering mengaitkan integriti dengan realiti yang berlaku...sapa nak jawab? Jujurlah dengan diri sendiri..~

DOAKAN DEN NAK PEKSO EK...RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR..amin

MEREKA YANG CEMERLANG!



ABAHKU SAYANG


EMAKKU SAYANG


MAK UTEHKU SAYANG (ADIK ABAH)

Apakah pekerjaan mereka dulu dan sekarang? Penoreh getah setia dan terhormat...sentiasa mengungguli kejayaan anak-anak. Berusaha dengan tulang empat kerat membesarkan anak-anak. Sentiasa memuliakan ilmu dan menghargai sumber alam...rezeki yang halal dititipkan buat kami anak-anak..Mak dan abah tak pernah lelah berbakti dan berbudi kepada tanah..cinta mereka erat diselangi susah diiringi senang...moga berkat dan rahmat sentiasa kekal dalam hidup kita...Terima kasih atas kehidupan dahulu yang payah kerana menjadikan manusia sentiasa bersyukur dan berusaha. Syukur atas setiap kemudahan..moga menjadikan kami insan yang sentiasa dirahmati, diredhai...

" YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa ibu bapa dan orang tua kami. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami dari kami kecil sehingga kini tanpa jemu...panjangkan umur mereka dalam redha dan rahmat kasih sayangMU...Amin YA ALLAH..
"

p/s: Gambo ni semua dah lame..den teringat kat mak,abah den..rindu..rupa-rupanya diorang nak mai KL datang kenduri abang kandungku,Azam dan isterinya kak Bahiyah yang akan pergi umrah minggu ni..InsyaAllah...moga dapat umrah yang mabrur dan dikurniakan rezeki terbaik...doakan kami juga ye...

Sabtu, 11 April 2009

Duniaku Guru

Berburu ke padang datar

dapat rusa berbelang kaki

berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi..


"Ok, yesterday I've explain about algebraic term and you all can recognize the unknowns, ok. So, we have to know when we use that term and its application...so, same like we learn about positive and negative integers, in algebraic term and its expressions also have addition,subtraction,multiply and division. For example, -2mn+4k. How many term are they?"

"two"..ok good. "That means you know about term..ok, try this, -4xz -5zx x 3z?" "err..erm..2..3.."..Ok, I want Aidil to answer...Aidil pun menggaru kepala.."Teacher, semalam saya tak datang,.." "Kenapa tak datang?"tanyaku. " Cuti rehat sebab dah seminggu latihan sukan,pertandingan dan kelmarin lawan bola sepak..saya belum faham lagi yang semalam, hari ni macam pening la sikit bila teacher ajar..." Aidil cuba explain secara diplomasi denganku. "Ok Aidil, duduk dahulu".."Terima kasih cikgu.." "ok, I want Huzairul answer it.." Sambil lambat-lambat bangun, menggaru dan tersenyum tersengih padaku. "err, teacher saya dah keliru. Teacher sebut term tu yang mana satu ye?" garu kepala lagi sambil tersengih...Aku tahu semalam dia datang dan kerja rumah yang aku beri semalam berkaitan tajuk berkaitan, dia antara orang yang mengangkat tangan tanda sudah siapkan bilamana ku tanya mengenainya sesudah mereka duduk setelah beri salam dan baca doa.." Awak faham tak saya ajar semalam?kenalpasti mana satu term?"tanyaku dalam nada mengingatkan."Semalam faham, tapi hari ni macam keliru ckit..teacher terangkan lagi boleh?"

Terangkan lagi bermakna teacher kena cakap in bahasa..memang pelajar InsyaAllah mudah faham..setakat 4 bulan mengajar mathematic untuk kelas ke 7 dan ke 9 (akhir) jarang ku guna BI pun kecuali semlam dah meeting PPSMI, galakkan penggunaan BI in learning diterapkan dan aku cuba untuk kesekian kalinya pada hari tu., try,.test, tengok camne..not too fluent but i'm try..namun...YA Allah, kasihanilah anak didik sebangsa denganku...muka mereka lebih banyak yang blur berbanding yang mengangguk ceria..

Lastly, memang jadi bercampur-campur la..bila explain in bahasa and when have important terminology they have to know, teacher have to highlight it..(biasanya begitulah)..latihan yang diberi tidaklah terlalu banyak..beberapa latihan akan di beri ketika di dalam kelas dan guru perlu melihat kerja pelajar supaya kelemahan dikenalpasti lebih awal sebelum mereka berdikari membuat latihan di rumah...(Yang siap kerana faham, Alhamdulillah..yang tidak siap kerana tidak tahu menulis..lain pula caranya...)

***********************************************************************************************

Muhyidin Yasin jadi Menteri Pelajaran?! "Alhamdulillah, kata kak Imah..biar dia tukar balik Sc& MAth ke BM semula..tak banyak kerja aku.." Kak Imah merupakan guru pembimbing SAL dan EMS merangkap Ketua Panitia BI di sekolahku.."banyak kerja nak kena buat..."katanya dan mungkin keluhnya.. EMS adalah sistem rakan taulan guru Bahasa Inggeris dengan guru Sains Matematik. Setiap tahun, ada sahaja guru-guru Sc Mate yang perlu ambil peperiksaan macam MUET la lebih kurang. Laporan, masa untuk Buddy system, Post mortem dsbnya..Aku tahu dan faham situasi kak imah..aku merangkap penolongnya dalam jawatan lain dalam academic iaitu bahagian peperiksaan , (SAP Head Count). KAk Imah juga dah jadi JU EMS daerah..ada juga ungkapan Puan pengetua semasa meeting PPSMI kebetulan kak Imah tak de kerana terlibat meeting lain.., "Jangan nanti si imah tu sibuk-sibuk jadi jurulatih kat sekolah lain, sekolah kita EMS tak jalan...Anak kera di hutan disusukan,anak dipangkuan kehausan..." Kasihan..guru pun tersepit... antara keinginan, kekuasaan, harapan tak bersandar dan kudrat yang diperah-perah... Dalam hal ini, ada kebaikan yang terserlah, ada keburukan yang semakin jelas, ada sinar yang terpancar dan sirna kembali menutupi ruang minda...mudah-mudahan ada laluan keluar yang terbaik dalam setiap masalah yang berlaku...


***********************************************************************************

Terlentang atau telungkupkah anak bangsaku or they have to move by hook or by crook..no matter what happen....to survive in the future...

***************************************************************************************
I love Bahasa Melayu...selain mengajar Math, saya mengajar Bahasa Melayu. Last 3 week melatih pelajar untuk pesta pantun peringkat daerah.. Alhamdulillah walaupun pelajar saya hanya mendapat Naib Johan Daerah Sepang sekurang-kurangnya mereka cukup berusaha meletakkan kedudukan sekolah antara yang terbaik selepas kedudukan Johan Pesta Pantun Daerah di menangi oleh Sek. Seri Puteri (SSP)..of course kemenangan itu saya terima just because Sekolah Asrama Penuh Seri Puteri more establish than my school...

Denai lama ke bendang padi
Di bentang lima jala serawan
Damai jiwa ikhlaskan budi
Didikan berguna lahirkan ilmuwan

Pendidik usaha melantun ajaran
Cermat bertutur selebihnya diam
Lahirlah mulia seorang insan
Pemimpin penyubur tinggilah Islam

Titip ingatan sepanjang pengalaman
Hikmah penyuluh terang cahaya
Mudahkan jalan tetapkan amalan
Doakan semua terus berjaya

*****************************************************************************************

Jumaat, 20 Mac 2009

Kenduri Arwah di rumah mertuaku

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Dungun jam 6.00 petang semlam. Itupun setelah singgah di beberapa tempat termasuk ofis hubby dan memulakan perjalanan melalui highway Duke eru ke Gombak dengan bayaran RM2.00. Saje nak try dan boleh elak jammed..
Mengubat Rindu Mok dan Mok Ija
Rindunya...dah lama tak balik..hampir nak masuk 3 bulan dah lamanya..Hari ini ada kenduri di rumah mok. Semua adik beradik abang berkumpul kecuali kak Ma dan Abang Syah yang berada di Sabah. Kebetulan mereka baru sahaja menimang cahayamata ke-4, Tengku Zulaikha. Kak Nor, Abang Li, Yu, Kak Gee, Abg Pu, Acik, AQilah, Edah,Izah dan anak-anak sedaraku sebelah suami, Rifqi, Aqilah (sama nama dgn birasku) ,Wafiq, Thaqifah, Ikram Mukhlis, Irdina dan tak lupa anakku Amiratushifa' menambah keriuhan dalam rumah mok yang cukup besar buat kami. Lantai papan, bila anak-anak dok berlari, berdentam-dentum bunyi kayunya..gedengang-gedengung..Ikram dan Wafiq dapat je layang-layang, diorang main sampai tak ingat nak makan tengah hari..syoknye sepupu dua orang tu kalau jumpa..padahal rumah diorang jaraknya sekangkang kera je..kecik ckit..sekangkang anak kucing yang baru lahir kat rumah mok ni..alahai, rezeki murah namanya bila kucing beranak dalam rumah kita...kata orang lama...ye ke?
Rezeki Kucing
Ye la..logiknya, memberi tempat yang baik untuk nyawa baru hidup umpama sedekah yang tidak terhitung..sapa yang tahu? Allah tahu..kecuali kita dok rajin citer semua kebaikan kita semata-mata nak dapatkan pujian orang...so, belajar niat supaya kebaikan yang Allah lorongkan pada kita, akan dijadikan panduan bermakna untuk orang lain dan kita akan terus dalam bimbinganNya..amin..
Kenduri dan Tahlil
Alhamdulillah majlis berjalan lancar iaitu dimulai dengan bacaan tahlil, doa dan kemudian makan. Kenduri lepas Isya'.Penuh rumah. Mok sentiasa ada pembantu yang setia..Kak Pah (ketua chef), Cik Ngah dan mbah Wok dah datang pagi-pagi lagi, Kak Nah (anaknya 9 orang, ibu tunggal), kak fadilah yang baru je lahirkan baby 3 bulan (Nur Shahidah Aulia) dan anaknya yang rajin,Husna selain kami anak beranak. Mereka merewang dari pagi sampai petang siapkan juadah. Mok dah siapkan nasi berkat buat mereka yang datang membantu.Moga Allah beri pahala terbaik bagi mereka.

Rabu, 18 Mac 2009

Sambungan...Secebis kenangan kelahiran insan...

2 peristiwa mendebarkan
Nurse meminta ibu tersebut menahan dahulu supaya anaknya tidak lahir atas katil wad.Dua orang nurse sampai bersama sebuah troli dan ibu tersebut di kejarkan ke labour room sesegera mungkin. Doaku, moga selamat semua.Aku dan Acah kembali ke wad kami dan aku dengan debaran perasaan yang bercampur-campur. Antara berharap, excited, gementar dan tenang silih berganti. Kira-kira jam 3.30 pagi,aku tersedar. Alhamdulillah. Terdengar lagi nurse terkejar-kejar dengan troli membawa seorang lagi ibu yang ingin bersalin... Aku bangun dan terasa sedikit contraction..aku terbayang wan zorah..nyenyak ke dia tidur atau dia sedang berada di labour room..Moga kami selamat menghadapi saat dan ketika yang pernah dilalui oleh semua ibu-ibu di dunia ini..amin. Sempat ku lirik mata melihat sebarang mesej,tiada. Contraction terasa seperti minor period pain. Aku turun katil dan ambil wudhu'. Tahajud dan meneruskan bacaan Al-Quran dengan surah maryam dan Yasin. Amalan bacaan Surah-surah penting seperti Surah MAryam, Yusuf, Luqman selain Yasin dan bacaan surah-surah lain sering dianjurkan oleh mana-mana buku bacaan cuba ku ikuti sebaiknya terutama masa-masa third semester kandungan.
Mohon PadaNYA
Aku mesej dan miss call abang. Alhamdulillah dia dah bangun rupanya. 4.30 pagi nurse datang check dan maklumkan doktor akan check jam 6.45pagi dan doktor akan masukkan ubat..."induce" ke? Ya Allah, tak nak kena induce..aku tahu sakit. Itupun kak liza dan acah yang cite..doaku terus-terusan agar tidak kena "induce"..6.30pagi selesai solat Subuh, Abang naik ke wad dan kami tunggu doktor di depan bilik pemeriksaan. Doktor perempuan, Alhamdulillah. Bila dia check, dah 3 cm. Syukur, tak jadi induce dan doktor kata dah boleh quene ke labour room...Abang pun senyum. Dia pun turun semula ke bawah..Aku memang tak rasa sakit lg..betullah kata sahabat ku, Maslina Md Samidi..3 cm memang tak sakit..malam tadi kami sempat bermesej.
Berjalan merupakan senaman yang baik mempercepatkan kelahiran
Aku mulakan pagiku dengan bacaan Quran dari 7.30pg hingga 8.30pg. Aku mula berjalan dan merayau ke wad orang jam 8.30 pg. Nak tengok kak Liza kat 1st class wad. Dia ok,kami berbual. Kadang-kadang aku lihat dia menahan sakit. Kesan ubat yang ditambah dos untuk jenazah anaknya keluar secara normal..Tak boleh aku bayangkan...menanggung sakit untuk mengeluarkan janin yang sudah tidak bernyawa..besarnya pahala kak liza..mampu dia menanggung..Aku dan Acah meminta diri..rupanya kak liza pun nak berjalan dengan kami..kami pun berjalan ke wad kelas 2, menyapa orang lain yang senyum-senyum dengan kami..wah, macam pelawat le pulak..padahal pakaian kami serupa je sume..hehe..
Makan Telur separuh masak minum minyak selusuh mok
Jam 9.00pg aku telefon kak de bagitau perkembangan. Kebetulan memang mak dan abah dah ada kat umah kak de. Dia kata " nak makan telur separuh masak tak?" Aku jawab ok je. 9.45 pagi mak abah sampai hospital dan dikirim telur dan air zam-zam pada suamiku. Abang yang naik sekejap menghantar makanan tersebut. Aku makan dan minum air zamzam. Kemudian minum minyak selusuh yang mok bagi..Terasa tak boleh langkah laju-laju dan aku mula nak duduk atas katil. Aku kembali wudhu dan solat dhuha.Aku kembali baca Al-Quran. Rasa contraction semakin terasa dan kerap. Acah tegur.."Muka akak lain macam je..." Aku terasa nak baring pula sambil peluk Quran dan masih bertelekung..Ya Allah, aku dah mula rasa contraction yang semakin kuat dan kerap. Acah memanggil seorang sister (ketua nurse berpakaian biru) yang kebetulan lalu depan wad kami..Sister terus memanggil nurse dan mereka datang check, Dia minta aku berbaring dan bila check, dah 4cm. Sister tanya ada minum air selusuh ke..aku kata minum air zam-zam je..pasal minyak selusuh yang mok bagi tu, aku tak cakapla..Acah dah bagitau, jangan bagitau nurse, nanti kena marah...Lepas tu..sambil nak bagi ubat, nurse bising cerita pasal ibu-ibu yang ambil air selusuh ni boleh membahayakan janin. Nurse risau jika contraction terlalu kuat hingga tak sempat ke labour room nanti..Aku ingat pesan mok, minum bila dah terasa contraction kuat sahaja..Minyak selusuh adalah usaha atau ikhtiar yang dibuat untuk mudahkan kelahiran..Nurse bagi ubat buang air. Jam 11, acah teman aku ke tandas. Aku dengar hanset acah terjatuh dan mungkin pecah. Acah minta izin untuk balik ke wad. Aku masih dalam tandas. Aku kata, aku ok, tak pe..pi la dulu..
Acah menangis?
Balik Toilet aku tengok acah menangis..Aku tanya kenapa tapi acah tak cakap...dia sedang bercakap dalam telefon..perasaan risau melihat acah..tapi rasa sakit yang mula menjalar mengehadkan pergerakkan ku. Mak cik Indon tu datang dekat aku dan mengajar cara bernafas supaya tidak terasa sangat contraction. Caranya, tarik nafas dalam-dalam,telan air liur dan lepas nafas perlahan-lahan. Terima kasih makcik..sangat membantu mengurangkan rasa sakit...lafaz doa nabi Yunus tak lepas dari mulutku pabila contraction itu datang...
JAm 11.30 nurse bawa turun ke bawah dengan membawa pampers baby dan baju baby sahaja bersama kain lampin. Aku naik kerusi roda. Aku masih terbayang wajah acah yang sebak dan merah matanya namun sempat melambai dan mengucapkan selamat padaku..aku memandangnya..nak senyum pun jadi serba salah..cuma sempat ku ucap, "Acah, doa sama-sam ya.."
DI LABOUR ROOM (LR)
Abang sudah menunggu di labour room(LR).Jam 12 00 aku merasakan contraction semakin kuat..Tapi nurse yang check aku sempat tanya.."Anak first ke?" Aku jawab "Ya".."1st baby biasanya lambat,petang nanti baru bersalin" Nurse tu cakap dan terus berlalu keluar..aku dan abang berpandangan kerana kami ditinggal berdua dalam LR tu..12.35 aku tekan butang dan doktor check dah 6 cm. Baru terasa sakit yang lebih daripada tadi..huhu..abang tenang..Alhamdulillah, dia ada menemani. sekurang-kurangnya, aku terasa tenang juga. Jam 12.50 aku terasa sakit semakin kuat dan hendak meneran. 2 orang doktor dan 2 orang nurse mengadap aku. Abang berdiri disisi. Aku diminta teran dengan kuat dan doktor sempat mengajar, sebut Allahuakbar...Aku cuba sebut sekuat hati..kali pertama teran, doktor tegur supaya bernafas dengan betul. Katanya teran macam nak buang air besar..cuba lagi..aku pun tarik nafas dalam-dalam..kali ini sifirnya cuba ku ingat..
MELIHAT DUNIA
Alhamdulillah 2-3 kali teran, akhirnya, Nur Amiratushifa' selamat lahir. Jam 12.57 tengah hari. Doktor angkat shifa dan diletak sebentar atas perutku..dan kemudian mengangkat shifa' dan meminta aku isytihar jantina baby..sebut "perempuan".Aku tak dengar Shifa' nangis..risau. Kata abang, Shifa' terkebil-kebil matanya memandang abang..kemudian nurse "bawa lari" shifa' sebentar, kemudian datang semula..shifa' dah berbunyi..abang pun Qamatkan shifa'...Alhamdulillah..Syahdunya aku dengar iqamah tersebut..." Allah Maha Besar..Allah Maha besar...Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan NAbi Muhammad itu pesuruh Allah..MArilah menunaikan solat..Marilah menuju kejayaan..Allah Maha Besar..Allah Maha besar..Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.."
KEMBALI KE WAD
Sempat jumpa mak dan abah yang setia menunggu di luar..Aku di bawa naik ke wad. KAli ni wad lain. Wad bersalin. Acah dan kak liza sempat lawat aku. Aku kembali bertanya kenapa Acah menangis aritu..aku lihat mata acah kembali merah..dia bagitau, anak pertamanya masuk hospital Putrajaya dan disahkan mengidap Talasemia..Aduhai..Ujian buat mereka..YA Allah, kuatkan mereka untuk menghadapinya..Aku doakan Acah dan Kak Liza kuat. Oh ya, Kak Liza pun telah selamat lahirkan babynya pada jam 5 petang hari yang sama dengan aku.
SELAMATLAH SEMUANYA
Aku dibenarkan balik keesokkan harinya..Alhamdulillah..terima tetamu dengan hadiah yang sungguh bermakna..Terima kasih sahabatku Yuzi dan safwan yang menghadiahkan stroller buat shifa'..masya Allah...sangat terharu kerana amat membantu:)..Syukran keluargaku atas sokongan dan sahabat atas doa-doa yang tak putus..Doakan semoga anak-anak kita jadi anak soleh dan solehah..penyejuk mata, penawar hati...pemimpin ummah terbaik..amin..

Rabu, 11 Mac 2009

Kenangan Kelahiran Insan Istimewa..




KELAHIRAN NABI MUHAMMAD PADA TANGGAL 12 RABIUL AWAL
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua. Tuhan yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tidak ada Tuhan selain daripadaNya, Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Sebab itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Utusan-Nya, nabi yang ummi yang percaya kepada Allah dan perkataan-perkataan-Nya. Ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk.” (Al-A’raaf: 158)
KELAHIRAN ANAKKU PADA TANGGAL 17 RABIUL AWAL
Tahun 2007, memberikan kenangan indah buat kami. Kelahiran puteri sulung kami,Nur Amiratushifa' pada tanggal 17 Rabiul Awal 1428 memberikan kegembiraan penuh makna. Alhamdulillah, Shifa' lahir bersama kembar-kembar kedua-dua mereka adalah hero iaitu anak-anak sahabatku Wan Zorah dan Wardati pada hari dan tarikh yang sama. cuma tempat dan masanya berbeza... Janji Allah.Kehadiran cahayamata dalam masa yang singkat amat dinanti.Kelahiran anakku sebenarnya telah melewati hampir 10 hari dari tarikh jangkaan. Tarikh jangkaan yang di beri oleh doktor ialah pada 26 Mac 2007. Mujur ketika itu, study week dan paper exam final aku pada bulan 5 nanti. Hakikatnya, kehidupn baru bermula apabila aku berkahwin ketika masih belajar dan menjalani kehidupan akhir di kampus sebagai seorang isteri.Allah sebaik-baik perancang!Rezeki buat kami hadir tanpa dirancang. Mengandung ketika masih belajar dan menghadiri kuliah dengan perut yang semakin kelihatan membesar...YA Allah, syukur atas kurniaan..
KELAHIRAN PERTAMA
Saban hari saya menerima mesej dari teman-teman bertanyakan khabar dan cerita. Termasuklah teman-teman setia yang tak jemu mendoakan. Al-maklum sajalah, kelahiran pertama cukup mendebarkan bagi setiap ibu dan pasangan yang pertama menimang cahaya mata. Syukur, pesan mak, mok (ibu mertuaku), kak long, kak de, kak ita dan kak ti sentiasa di hati.Mak dan abah pesan banyakkan sabar.Elak buat kerja berat-berat. Mok pesan jalan jangan laju-laju..hehe..agaknye mesti mok perasan aku jalan laju sebab rumah mok kat Terengganu rumah lantai kayu..isk..isk..lasak menantu mok ni..kakak-kakak pesan, jaga hati suami, selalu minta maaf dengan suami dan jaga hubungan suami-isteri. Mana yang baik, memang itulah yang cuba diamalkan. Syukur, sebab saya dan suami masing-masing berusaha mengkhatamkan Al-quran. Perkahwinan tanpa sempat bercinta sebelum kahwin amat istimewa. Mengenali Cinta yang lebih bermakna dan diredhai Allah itulah sering menjadi impianku.KEmudian, khabar emak dalam telefon pada kandunganku sedang melewati 28 minggu, emak dapat mengkhatamkan Al-Quran...Alhamdulillah.
MENUNGGU HARI-HARI EXTEND...
Abang sulungku meminta kami tinggal sementara di rumah mereka di Putrajaya. Sepanjang suami bekerja, aku di temani kak long seorang surirumah yang juga seorang tukang jahit agak profesional..bahasakan aku pulak ye..senang nak citer.. Menjahit baju orang Putrajaya...(ok gak..:) Bila masuk tarikh 12 rabiul awal, aku memujuk baby dalam perut supaya keluar. Boleh sama tarikh kelahiran nabi...tapi babyku masih khusyuk membaca kitab dalam perut umminya! (itu kata-kata ibu mertuaku..nak jadi imam syafie katanya..2 tahun dalam perut ibunya..ermm..macammanala besarnya imam syafie masa baby kan??ishh..ada fikir macamtu..kan..)
BERJALAN DAN BERMAIN BADMINTON
Setiap petang ada sahaja aktiviti...Suatu petang, menunggu suami balik dari kerja dan kebetulan anak saudaraku, Ariff yang berumur 12 tahun ketika itu mengeluarkan raket badmintonnya..banyak..ada 4 batang raket.Dia main dengan abangnya Azzif,16 tahun..aku lak..huhh..apalagi, ajak gak suami main secara single..pastu main regu..boleh tahan gak..kurang sikit dari Lin Dan dan Lim Chong Wei laa..pasangan beregu veteran pun kalah hehe...kemudian petang esoknya, sambil berjalan ke taman dan kemudian bermain bola baling dengan anak sedara, Aishah Izati yang ketika itu berumur 8 tahun. Ok juga, release tension...
MINUM AIR AKAR GENGGAM SITI FATIMAH
Seorang jiran kak long yang baru pulang dari Makkah, Cik Anim memberi aku sejenis akar untuk di minum katanya..akar genggam Siti Fatimah namanya. Bentuknya memang seperti tangan digenggam. KAtanya untuk air selusuh dan mudah bersalin...sebelum minum kena rendam dahulu. Apalagi, Kak Long rendam terus dalam air mineral yang diisi dalam mangkuk nasi yang besar...Wahh..genggam akar (akar yang kuncup) mula mengembang..Anak perempuan nih..kata cik anim..kalau anak lelaki tak kembang akarnya...aku diam aje..Teringat pada ibu mertuaku yang terus menghadiahkan tilam dan bantal berwarna pink ketika usia kandunganku baru mencecah 5 bulan!Aku pun minum dengan selawat... ada sedikit "contraction" tapi tidak kuat. HAri aku minum air itu pada 6 hari extend..tapi tak rasa gak..Mok pun ada bagi minyak selusuh yang mok buat sendiri guna santan kelapa asli. Mok dan siap baca doa dan mok pesan minum masa dah rasa sakit nak bersalin. MAsa-masa ini juga elok minum air kelapa. Kata orang tua, anak yang keluar nanti bersih...
ABANG SULUNGKU TAK BOLEH TIDUR MALAM
Aihh..kalah bininya nak bersalin..adiknya nak bersalin pun dia dah riso..kejap-kejap tanya, "kak ein tak sakit lagi ke?" (kak ein tu nama panggilan keluarga).TAu-tau je kak long citer malam tu dia kerap bangun dan turun bawah. Kebetulan kami dok bilik bawah.Kak Long pun pujuk dia.."Jangan riso, Zaman ada kat bawah tu..." (Zaman is my hubby).Aku yang dengar pun senyum-senyumla..kesian memangla..jadi orang riso pulak..aku pujuk lagi baby..."Baby sayang, bila nak keluar dari perut ummi ni? Sume orang dah tak sabar nak tengok.." Terasa juga si dia menendang..uihh..ada respon..Agaknye baby tu balas cakap " Japla ummi, tak habis baca kitab ni lagi.." hehe...
ABANG CHIK BAWA MAKAN SATE KAJANG KAT TAMAN WARISAN
Abang Long riso, abang chik pun riso..belum lagi abang yang lagi satu nih..abang nih memang berdebar je..tapi memang nampak dia tenang dan cool..memang dia macam tu..tu yang kita pun jadi cool gak..Abang chik kata, ko bersalin hari Khamis atau Jumaat tau! So, ko kena makan daging..bagi panas..aku kalau ingat sume2 peristiwa tu memangla kelakar.Abang chik bawa kami makan sate kajang. Memang best ada orang belanja. Malam tu terasa juga baby dalam perut aktif..pekena sate kajang kot..dia pun kata best agaknye..hehe..
MAKAN ANGIN DI MASJID PUTRAJAYA
Hari Selasa, abang long suh pi check juga..katanya takut apa-apa jadi kat baby..aku just menurut perintah..So, hubby call ofis bagitau cuti.Aku malas lak nak susahkan suami, kesian dia kerja. Sebabnya tak rasa lagi nak bersalin...Sampai je kat hospital...Bila doktor check, katanya ok, belum ada bukaan/jalan untuk baby keluar. Berat baby di timbang. Seorang doktor biasa dan seorang doktor pakar mengesahkan...HAmpir 3.8 kg. Kemungkinan baby besar katanya..Anggaran berat janin dalam 3.5 kg kata doktor pakar tu. WAh..betul ka..alamak, kena makan beras ponny terusla..tapi memang aku jadi cepat lapar..ade je nak mal mel, nak mengunyah..Kat situ maternity sume perempuan, Alhamdulillah. Memang itu yang aku inginkan..sangat mengelak kalau ada doktor lelaki..sekali je pengalaman doktor lelaki kat klinik putrajaya..itupun aku sengaja minta dan tanya, boleh tak kalau saya nak minta doktor perempuan check? Doktor lelaki tu tunjuk senarai nama petient yang tunggu di bilik-bilik lain. Fuhh,bilik doktor perempuan memang penuh. Lastly, dengan ditemani suami hanya nurse perempuan sahaja yang berada dalam tirai yang bertutup dan doktor lelaki tersebut mengarahkan nurse yang memeriksaku. Alhamdulillah. Lega den..Agaknye dia nampak suami den pakai kopiah,dia jadi segan juga..thanks abang..macam tok aji lak..Selepas balik dari hospital, kami bersiar ke Masjid Putrajaya dan mengambil gambar. Bolehla buat kenangan dengan keadaan yang sudah sarat tu..hehe..Kawin ambik gambar kat masjid,mengandung pun nak ambik gambar kat masjid..ishh..macam tak de kerja lain pulak masa tu..
MENCARI HOSPITAL YANG SESUAI
Melihat pada ekonomi, kami dah mula survey..Yelah, mengukur baju di badan sendiri..tak nakla menyusahkan orang lain..Ada simpanan pun, berfikir untuk keperluan lain selepas ini. Nak sediakan keperluan bayi, harian, aqiqah anak dan lain-lain lagi.Rate hospital putrajaya untuk kakitangan awam, okla..kelas dua dengan bayaran ditanggung kerajaan. Tapi kami, kalau tanggung sendiri, hampir RM400 untuk bayaran kelas dua kerana hospital putrajaya tiada kelas ketiga.Kami masa tu masih belum bekerja. Walaupun aku masih student, kad pelajar tidak boleh digunakan untuk bersalin. Hubby pula kerja swasta separuh hari di PERKIM dengan gaji sekodarnya, sambil mengambil kelas master di UM..klinik panel pun tak de.Bila orang tanya, kenapa tak bersalin kat hospital putrajaya, aku coverline je..aku yang tak nak..hehe...Mujur keinginan aku tak macam orang lain yang mungkin selesa di klinik swasta dan yang penting mereka berada..Aku amat bersyukur kerana Allah masih menganugerahkan keinginan yang cukup sederhana pada kehidupan. Berpada pada apa yang ada.Aku survey harga hospital pada hari selasa. Pada hari Rabu,aku menyerah diri ke hospital atas arahan pihak klinik putrajaya yang membuat pemeriksaan rutinku. Bersyukur ketika mendaftarkan diri pada hari ke-10 di hospital serdang yang hanya perlu membayar RM 15 untuk keselesaan di kelas ketiga namun fasiliti yang baik. Faktor hospital masih baru dan patient masih belum ramai.HAri itu juga sahabatku Wan zorah mendaftar di hospital. Kami berdua bertukar-tukar cerita. Aku di tahan wad kerana sudah ada bukaan 1 cm. Wan pula 1.5 cm..hehe..macam kelakar pulak..sebab kami asasi sama-sama,masa di LM aku setiausaha, dia bendahari,dok sebilik ketika menyewa di RZ dulu, belajar fakulti yang sama di UM, ambik sains pendidikan sama-sama,then kawin tarikh yang sama 3/6 kemudian nak bersalin hari yang sama..takdir bukan?Alhamdulillah..cuma wardati je lain fakulti dengan kami..dia fakulti sains komputer. Tapi asasi tetap sama-sama..hehe..
MENDAPAT KAWAN BARU DI WAD BERSALIN
Aku check in hospital lepas solat zohor di rumah. Suami yang menghantar. Aku pesan suruh dia balik kalau aku kena tahan wad. Sah, aku kena tahan wad!Masa di wad inilah aku mengenali penghuni wad yang sama Acah,wad kelas satu kak Liza, wad sebelah Cik Nah (makcik Indon), Kak Faridah (wad kelas dua) , Mei Lin (nama yang kurang jelas..seingat aku macam tu la bunyi namanya) budak cina Sarawak umur 17 tahun dan seorang staff nurse yang aku sudah lupa namanya.Wad aku kelas ketiga. Ada 7 katil sahaja. Aku dan acah je dalam tu. Syoknya kami. Setiap penghuni wad ade cerita berbeza. Cepat je aku berkenalan dengan diorang sebab kitorang senasib. Masin-masing saling mengharap untuk dikuatkan hati.Topik cerita tak lari dari bertanya asal mana, anak ke berapa, tinggal kat mana,kerja apa...mesralah kami walau berbual dalam masa yang singkat...

ACAH
Acah mengandung anak kedua walaupun usianya 2 tahun lebih muda dari aku ketika itu. Aku dah masuk 25 tahun, acah baru 23 tahun. Tapi mukanya matured. Sebab tu,awal-awak tegur dia aku panggil dia kakak.. Acah mengandung 8 bulan tapi dia demam. Sebab itu kena tahan wad.Anak sulungnya baru nak masuk 2 tahun. Dia berkahwin ketika belajar di UITM. Suaminya ahli perniagaan. So, kayalah kan...Isteri tak kerja pun tak pe..Alhamdulillah, pengalaman Acah banyak dan dia seorang yang happy go lucky, suka berkongsi, amat mengambil berat walaupun baru sehari aku kenal.
KAK LIZA HOSPITAL
Kak Liza pula kawan baru acah juga tapi kerana acah dah 2 hari di wad itu, dia telah kenal kak liza dahulu dan dia perkenalkan pada aku. aku tulis nama dia dalam hanset kak liza hospital. Senang nak ingat masa bila aku jumpa dia.Kisah kak Liza, kisah sedih...Dia mengandung anak ke 4 dan masuk 8 bulan kandungannya. Namun, anak di dalam kandungannya telah meninggal dunia! Innalillah..Kak Liza nampak tabah. Dia mula bercerita bila aku ajukan soalan kenapa..?Mula-mula dia sakit kaki.Memang biasanya ibu mengandung akan sakit kakinya dan kadangkala bengkak-bengkak. Dia lumurkan minyak panas dari kaki hingga ke atas betis. Sebelum itu, dia baru sahaja menjalani pemeriksaan mingguan kerana usia kandungan 8 bulan, pemeriksaan doktor akan menjadi sekerap seminggu sekali.Perkara yang pelik selepas dia menyapu ubat tersebut, kakinya memang rasa lega sedikit tetapi baby dalam kandungan seperti lama tak bergerak. Biasanya bila dia baring atau duduk, akan terasa baby bergerak. Mula-mula dalam 2 jam pertama dia tak rasa sangat. Selepas masuk jam ke 4 dan seterusnya, dia rasa baby memang tak bergerak macam biasa. Dia pelik dan panik. Di ajak suaminya pergi ke klinik berdekatan. Doktor mengesahkan anaknya telah meninggal. Menangis Kak Liza...aku sebak..tak dapat bayangkan kegembiraan hendak menyambut anak ke 4 begitu sudahnya..Besar pahala Kak Liza..8 bulan mengendong anak dalam perut..Allah sayang... anak-anak yang meninggal masa kecil akan jadi penyelamat terbaik untuk kedua ibu bapanya di akhirat nanti..kak liza ke hospital kerana doktor mahu anaknya keluar secara normal.so, k liza di'induce'..sakit katanya...Ya Allah..begitu ujiannya..
CIK NAH
Cik nah seorang pekerja Indon yang bekerja sebagai tukang cuci di Bandar Kinrara.Dia mengandung anak ke-5. 4 anaknya di Indonesia. Anak yang sulung dah 20 tahun, yang ke- 4 dah 6 tahun. Dia dimasukkan ke hospital kerana "bleeding".Usia kandungan sudah 8 bulan.Mujur dia orang berusia dan berpengalaman.Suaminya buruh binaan dan dapat status pemastautin tetap. So, dia layak ke hospital kerajaan walaupun ada bayaran sedikit yang di kenakan.Itu yang dikhabar. Sedar tak sedar bila berbual dengan mereka, aku lega sedikit sementara menanti malam.
MEI LIN
Gadis cina dari sarawak ini mengandung pada usia terlalu muda bagi aku la..kecuali zaman dulu..usia 17 tahun patutnya ambil SPM tapi dia dah mengandung 8 bulan. dia berkahwin muda tapi asyik marah-marah. Dengan kami dia selalu merungut pasal ibu mertuanya yang jaga dia. Katanya, "itu perempuan,jaga saya ada sebab. dia nak anak ini.." Rupanya baru ku tahu, air ketuban Mei Lin dah pecah,sebab tu dia selalu meraung sakit dan marah-marah. Ditambah pula dengan perasaannya yang tidak keruan..Mei Lin dijaga diwad supaya kelahirannya normal dan aktivitinya dipantau. Dia marah nurse sebab inject dia..kami pun take part ckitla nasihatkan dia supaya sabar..kebetulan masa tu,aku dan acah merayau ke wad mei lin. dia di kelas dua..dan masa itulah kami nampak mak mertua(menurut mei lin) menyuap bubur nasi ke mulutnya...baiknya mak mertua..si mei lin ni geleng-geleng kepala tak nak..Aiyya..manyak syukurla ada mak mertua itu macam baik..Cerita mei lin ni kami dapat juga dari staff nurse kat situ. Mei lin dan 2 minggu duduk di wad rupanya...kesian dia..kejap sakit kejap baik..

SOLAT KETIKA BELUM MELAHIRKAN ANAK
Aku mula mencari arah kiblat ketika mahu tunaikan solat Asar. Pesan Kak Nor, kakak iparku, arwah ayah selalu ingatkan ketika dia menunggu masa kelahiran walaupun laluan/jalan sudah ada,sedikit darah akan terkeluar namun bukan darah nifas, maka kita dituntut tunaikan solat. Aku pun tanya nurse..alamak nurse tak tahu..mungkin nurse baru kot..aku telefon abang..abang baru sudah solat asar di surau tingkat bawah.Dia pun naik atas sebab waktu melawat baru mula jam 5 petang sampai 7 malam.Abang menunjukkan arah kiblat. Aku solat duduk atas katil hospital.Acah dan Kak liza kebetulan ada dan pada masa itu aku belum lagi berkenalan dengannya. Selepas solat dan berbual dengan abang sekejap, makanan sampai.Aku ajak abang makan sama tapi dia tak nak. Pujuk jugala sampai dia makan..hehe. After dinner, abang nak balik mandi dan ambik baju kat rumah abgku di putrajaya. Aku ok je. LEpas itulah baru aku berbual dan berkenalan dengan Acah dan kak liza. Aku tertanya juga diorang tak solat? dan aku terangkan pada mereka, selagi belum melahirkan anak, darah yang keluar belum dikira darah nifas..maka, kita wajib solat..diorang memang tak tahu rupanya..Alhamdulillah..ada peluang aku nak sampai ilmu.Selepas maghrib aku teruskan dengan bacaan Al-Quran..Aku perhatikan Acah tengok sahaja aku solat, tapi dia..aku berhentikan seketika bacaanku..
" Acah, ada telekung tak?Nak pinjam akak punya?"tanyaku. "Eh, tak pela kak.Ada telekung kat bilik sembahyang kot"ujarnya dan dia berlalu. Solat di sana barangkali. Aku teruskan bacaan hingga hampir ke Isya' dan terus solat Isya. Alangkah berdebarnya, hanya Allah yang tahu. Mohon pada Allah agar dimudahkan segala urusan kelahiran dan dikurniakan masa terbaik. Aku sambung baca surah Luqman..Aku mesej pada wan, macamana dia rasa sekarang..mesejku tidak berbalas..barangkali dia berehat..atau barangkali dia sudah ke labour room fikirku! Aku belum rasa ape-ape lagi..bukaan 1 atau 2 cm memang relax la..ada kawan aku, boleh sempat balik dari Pahang balik Kelantan naik keretapi walaupun dah buka 2 cm.
MENDENGAR JERITAN DEMI JERITAN YANG CUKUP MENDEBARKAN
Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam. Rupanya suamiku datang semula menghantar baju sejuk buatku. Dan dia...tido dalam kereta..alahai..kesiannya.. aku baru nak terlelap..layan blues ckit sambil baca doa-doa dan mata semakin layu...tiba-tiba terdengar jeritan, kemudian aku terbangun..Acah pun sama. Kami berpandangan..macam faham-faham saje, kami turun dari katil dan mencari arah datang bunyi. Rupanya dari wad kelas dua...Tercungap suara itu.."Dia dah nak keluar dah..dia dah nak keluar dah..." Disebalik tirai itu juga kami dengar suara nurse. Agak tinggi nadanya.." Jangan teran dulu! Jangan teran dulu!" .....(bersambung...)
Nantikan cerita seterusnya...InsyaAllah..