Ahad, 26 April 2009

MEREKA YANG CEMERLANG!



ABAHKU SAYANG


EMAKKU SAYANG


MAK UTEHKU SAYANG (ADIK ABAH)

Apakah pekerjaan mereka dulu dan sekarang? Penoreh getah setia dan terhormat...sentiasa mengungguli kejayaan anak-anak. Berusaha dengan tulang empat kerat membesarkan anak-anak. Sentiasa memuliakan ilmu dan menghargai sumber alam...rezeki yang halal dititipkan buat kami anak-anak..Mak dan abah tak pernah lelah berbakti dan berbudi kepada tanah..cinta mereka erat diselangi susah diiringi senang...moga berkat dan rahmat sentiasa kekal dalam hidup kita...Terima kasih atas kehidupan dahulu yang payah kerana menjadikan manusia sentiasa bersyukur dan berusaha. Syukur atas setiap kemudahan..moga menjadikan kami insan yang sentiasa dirahmati, diredhai...

" YA ALLAH, ampunilah dosa-dosa ibu bapa dan orang tua kami. Kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami dari kami kecil sehingga kini tanpa jemu...panjangkan umur mereka dalam redha dan rahmat kasih sayangMU...Amin YA ALLAH..
"

p/s: Gambo ni semua dah lame..den teringat kat mak,abah den..rindu..rupa-rupanya diorang nak mai KL datang kenduri abang kandungku,Azam dan isterinya kak Bahiyah yang akan pergi umrah minggu ni..InsyaAllah...moga dapat umrah yang mabrur dan dikurniakan rezeki terbaik...doakan kami juga ye...

3 ulasan:

anakanda yg rindu berkata...

Yaa Robbi, betapalah anugerah ENGKAU kpd kami tidak terhitung byknya..

anugerah mempunyai ayahbonda yg tidak boleh digambarkn dgn kata2, nikmat mendapat cinta tanpa syarat drpd keduanya..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..kami bertuah yaa ALLAAH!

Panjangkanlah nikmat pinjaman ini lagi utk kami..

Smg kami smua menjadi ank2 penyejuk mata ayahbonda, anak soleh dan solehah sebagai aset ayahbonda tergolong di kalangan ahli Syurga-Mu..ameen2 ya rabbal alameen!

anakanda yg rindu berkata...

p/s: mak uteh itu bergaya juga ya! hihi.. cayang moktehku jua! blk ni nk mntak mokteh belanja RFC le..kuikui..

Unknown berkata...

oh...nak orng belanja ye..dah jadi doktor nanti belanja orang lak tau!