Abang Ammar mengusik kakak
"Adik...kenapa gigit kakak?" nada suara ummi sedikit garang. Adik tengok kakak yg sedang menangis. Kakak berhenti nangis dan kini tangannya mahu memukul adik pula.."Kakak!"ummi memanggil kakak sengaja menegaskan suara. Kakak sudah tahu sebab ummi bernada begitu.."Adik buat kakak.." Adunya dalam esak yg sudah semakin reda. "Kakak kan solehah. Kakak yang solehah takkan balas adik kuat-kuat.." Tahu apa reaksi kakak?? "Yeay,kakak solehah" Lantas dia terus cium adiknya..Ummi masih memanggil Ammar, adik. Kadang-kadang panggil abang,kadang-kadang panggil angah dan selalunya memang ummi panggil nama penuhnya 'Ammar Shafi.
Ana Solehah yang diminati kakak
Istilah solehah sangat disukai. Besar pengaruh beg ana solehah, buku ana solehah dan majalah ana solehah pada kakak...alhamdulillah..itulah hadiah hari jadi kakak yg ummi tercari-cari. Akhirnya berjumpa juga beg bergambar si gadis comel bertudung itu di PKNS Bangi. Masa mencari tu,belum lagi ada pesta buku dan belum mengenali Galeri Ilmu secara dekat sehinggalah abi bertukar kerja di situ.
Kakak suka mewarna dan adik suka menconteng
Kakak minat mewarna. Sudah 4 kotak warna ummi beli untuk kakak. Kakak suka bawa ke sekolah. BAwa buku mewarna dan pensel warna sekali. Tapi kakak masih belum tahu jaga semua pensel warna kakak. Tidak semua yang di bawa ke sekolah akan di bawa pulang semula ke rumah. Pasti ada yang kurang. Biasanya abi yang akan mengasah pensel warna kakak. Kakak mula nak belajar mengasah pensel yang berada dalam bekas penselnya. Pantang ummi tersilap letak,kakak akan ambil pengasah yang di panggil "sharpener" itu untuk asah pensel warna. Habis berterabur sampah bekas asahan pensel warnanya itu. 'Ammar pun suka tengok kakak mewarna. Kadang-kadang 'Ammar suka "touch up'' hasil kerja kakak. Kakak marah juga tapi kadag-kadang kakak layan juga adik tu. Adik mula nak belajar pegang pensel dengan betul dan menconteng kertas. Bila dapat buat 1 garis dia ketawa. Suka sebab dapat tulis agaknya..
Berpeluang ke Pesta Buku
Abi bawa ummi dan anak-anak ke pesta buku. Hari tersebut abi sebenarnya diminta bertugas di Galeri Ilmu. KAmi mengunjungi gerai galeri ilmu dan kebetulan staf ramai bertugas. Promosi buku "Single but Not available" sangat rancak. Ummi melihat penulis buku itu dari jarak dekat, Masya Allah, muda lagi adik ni, baru 15 tahun usianya dan berjaya menulis novel remaja yang baik temanya! Sementara abi di gerai galeri Ilmu, ummi bawa Shifa' mengunjungi gerai di hadapan galeri ilmu..dan ummi sebenarnya tak larat nak dukung 'Ammar shafi! huhu, dan akhirnya abi tak jadi bertugas kerana memang buka gilirannya pada hari tersebut! Jadi giliran abi mendukung 'Ammar shafi!terlalu ramai orang pada hari Sabtu,hari kedua terakhir pesta buku..dan hari ahad,hari akhir abi akan bertugas..Apa yang shifa' beli? Buku mewarna Ana solehah lagi dan lagi...aduh, lengkap sungguh koleksinya...dan paling kelakar bila maskot upin dan ipin mendekati shifa'..dari jauh shifa' suka,bila dah dekat, shifa' pandang kaki upin yg besar,terus dia ke belakang dan memeluk kaki ummi.."Tak Nak!"jeritnya...dia takut le tu...hihi..Adik tercengang je tengok maskot tu..
Abi Demam dan tetamu kami
Ummi risau sebab abi dah mula batuk dan selsema..risau abi akan demam...! dan memang benar, habis sahaja pesta buku, abi balik sangat lewat malam Isnin tu. Ummi dan anak-anak sudah tertidur. Ummi tersedar sekejap dan merasa dahi abi, panas! Allah, Abi demam panas...ummi jangka kesan air-cond, kepenatan dan bermandi hujan kerana pergi dan balik menaiki motosikalnya itu! Walaubagaimanapun abi tetap pergi kerja pada hari Selasa kerana Isnin cuti hari pekerja. Moga Abi terus diberi kekuatan. Rezeki kami dikunjungi tetamu pada cuti hari pekerja merangkap ziarah orang 'demam'.. Kami dikunjungi adik junior um, Italayyamannsa dan suami (nama samaran) yang sebenarnya telah lama kami ajak datang ke rumah kerana kebetulan rumahnya di Kg Limau Manis. Ummi masak laksa penang..Ummi pun ajak sahabt baik ummi yang juga sudah lama merancang nak jumpa, Azlina dan suaminya Hafiszi bersama ank-anak dan teman sekampung ummi Yuzi,safwan sekeluarga.Berkampunglah kami pada hari cuti nan indah! Rindu teringat nostalgia! Mudah-mudahan itu penawar juga buat kami..tetamu hadir membawa rezeki dan membawa keluar dosa..InsyaAllah.
Sesungguhnya, ummi rindu sahabat-sahabat ummi..rindu ummi ini ummi titipkan dalam doa..buat semua sahabat ummi moga kalian berbahagia dan dilimpahi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan di mana sahaja kalian berada..Allah bless us..ameen.
p/s : Tahniah buat kak hasni hastuti & Sahudin kerana dapat hero! Dan tAhniah juga buat sahabat Rohana yang sedang ehem ehem..moga segalanya dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah hendaknya...ameen ya rabb!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan