Jumaat, 10 Julai 2009

Hanya Allah yang Tahu

Salam buat semua..ummushifa' mengharapkan sahabat dan teman-teman sentiasa dalam hidayah dan rahmat Allah Taala..

Segala perjalanan hidup kita telah ditentukan Allah..dari hal kehidupan, mula kita dilahirkan, dikurniakan ilmu,menjalani kehidupan, mendapat kebaikan atau ujian, mendapat jodoh, dikurniaan rezeki berupa anak, harta dan akhir kematian kita..semuanya..Hanya Allah yang tahu.

Membuka lembaran baru sebagai mukaddimah entry kali ini dengan menyandarkan kebesaran Allah sebagai MAHA TAHU yang amat luas penghayatan. Allah juga memiliki segala-galanya tanpa sebarang saingan kerana DIA MAHA PENCIPTA.

Sekolah baru
Alhamdulillah, bangunan sekolah baru semakin tampak berseri. Hari pertama kami sampai sahaja di sekolah tanpa kerusi , meja pelajar dan guru, bangunan kelas dan bilik-bilik kosong malah guru-guru mula bermesyuarat di bus stop di hadapan pintu pagar sekolah hanya kerana memilih tempat yang mempunyai tempat duduk. Menjadi pioneer (baca : perintis) tentu besar pengorbanan. Bilik makmal ada tapi kosong belaka, bengkel-bengkel, kelas-kelas khas , pusat sumber , bilik tayang dan semuanya mengambil masa untuk dilengkapi sebaiknya. Guru-guru bersandar pada kreativiti dan pengisian semata dalam penyampaian di bilik darjah. Bahan bantu mengajar dengan cara tersendiri...

Sekolah ini dibuka atas keperluan dan boleh dikatakan desakan para ibubapa penduduk di kawasan Putra Perdana yang saban bulan mengeluarkan belanja hampir RM160 untuk seorang anak demi bayaran pengangkutan anak-anak mereka ke SMK Cyberjaya.HAri pertama kami bermesyuarat, hari itulah sampainya surat kelulusan menduduki bangunan, betapa desakan itu amat terasa sedangkan keadaan hati-hati para guru belum reda menerima arahan perkhidmatan supaya berpindah sekolah mengikut aliran pelajar ke sekolah baru...Ada beberapa orang guru agak payah menerima kerana banyak faktor antaranya anak mereka bersekolah di sekolah lama, jarak semakin jauh dari rumah, faktor perlu melalui tol RM1.60 pergi dan RM1.60 balik setiap hari, faktor kesihatan kerana laluan dalam kawasan Pulau Meranti yang masih dalam pembinaan terlalu banyak habuk dan lori pasir yang keluar masuk, laluan jalan yang bengkang-bengkok tidak sempurna dan sebagainya.

Belajar menerima

Alhamdulillah, dapat sahaja panggilan telefon hari Selasa semasa cuti sekolah minggu ke-2 kebetulan memang menyediakan diri sekiranya dapat arahan pindah..."Assalammualaikum..Kak Ain ye, ni Lily.." " Oh Lily, apakhabar?" Lily merupakan kerani sekolahku..orangnya rajin dan peramah. Baru sahaja berkahwin, masih berseri-seri wajahnya bila tersenyum..."Sihat..." "Mesti ada hal telefonkan..akak kena tarik nafas ke?"
"Ha'ah kak..macamtulah rasanya...Surat baru je sampai, ada 28 orang guru yang akan pindah ke sekolah baru..pelik juga kenapa akak punya nama yang naik sebab akak dok Kajang..tapi nama akak sekali dengan Saadah yang dok Kajang juga..mungkin faktor opsyen dah penuh sebab akak dengan Saadah opsyen sama Sains dengan Matematik." "Ok, tak pe Lily, petang nanti akak gi sekolah ambik surat ya..nak kena terus kemas barang, sok dah tak sempat sebab nak antar adik ke Perak,rumah pengantin lelaki..." "Oh ye ke...ok kak, datangla..saya ada je" "Ok, terima kasih Lily"...Begitulah serba sedikit keadaan menerima panggilan telefon yang akhirnya membawa ummushifa' berhijrah ke tempat baru...

Alhamdulillah pindah sekali dengan Saadah, bolehlah kami meneruskan aktiviti "car pool" ke sekolah secara bergilir-gilir. Jarak sekolah dengan rumah kami lebih kurang 35 km mengambil masa lebih kurang 30-35 minit melalui jalan bengkang-bengkok yang menjadi laluan lori-lori mengangkut pasir,simen dan batu-bata selama lebih kurang 15-20 minit di Kampung Pulau Meranti. Sesiapa yang pernah menjalani latihan "jungle-trekking", saya kira bolehlah lulus melalui jalan seperti ini...

Mula Kerja

Mula-mula masuk mesyuarat terus dilantik jadi Setiausaha Mesyuarat Guru, guru bertugas minggu pertama persekolahan dan guru kelas 1J iaitu kelas terakhir tingkatan 1 di sekolah baru dan saya bertugas bersama rakan saya Puan Roslizawati yang sedang menunggu hari untuk bersalin! Ummushifa' take an adventure sebab rakan-rakan yang pindah semuanya sama level, sama cerita dan kami mempunyai barisan pentadbir yang cukup diplomasinya. Kekuatan guru berjumlah 32 orang pada awalnya mengawal pelajar hampir 500 orang pasti menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Faktor menerima arahan dan belajar mengawal keadaan serba baru bersama membuat kami saling bantu membantu bekerjasama. Alhamdulillah, sekolah yang kosong, semakin nampak wajah "sekolahnya".

Masuk minggu ke-2, guru-guru agak tersepit dengan keadaan kekurangan guru dan kami membuat kerja dengan bebanan yang bertindan-tindan. Belum kira kelas "relief", guru-guru yang namanya ada tapi mereka tiada menerima surat dari PPD, guru bersalin, guru cuti sakit yang lama atas faktor kesihatan dengan sijil sakit swasta yang belum endorse pada PPD menyebabkan pihak sekolah tidak boleh memohon guru ganti, kelas yang bertambah bilangan pelajar setiap hari, malah ada kelas tingkatan 2 kian mencecah hampir 50 orang di dalam satu kelas! Memang letih seorang guru mengawal kelas yang terlalu ramai terutamanya kelas-kelas akhir dan pelajar agak bermasalah...Ummushifa' tidak terkecuali mengajar Sains di kelas tersebut!Fuhh...boleh tahan..mengajar ibarat mengepung anak ayam...hehe..pandang kanan,kiri bising, tegur yang kiri, yang tengah dah mula mengusik-ngusik..hampir kesemua mereka datang dari sekolah sekitar Puchong dan tiada pelajar dari sekolah cyberjaya.

Minggu ketiga, kami menerima kunjungan dari Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Muhd Fuad Zarkashi...Dengan keadaan sekolah yang serba sederhana (sekolah pasang siap), kami berkemas mengikut kemampuan kewangan yang ada...sekolah kami masih belum menerima sebarang sumber kewangan kerana segalanya perlu melalui kementerian pendidikan. Dalam masa menunggu itulah, banyak urusan yang memerlukan sumber kewangan..akhirnya, para guru jugalah mendahulukan modal masing-masing dalam memastikan beberapa perkara berdasarkan perancangan asas dapat dilaksanakan..

Mengenali dan Mengendali

Keadaan hanya boleh dikawal apabila kita belajar mengenali dan memikirkan cara terbaik mengendali mereka. Semestinya setiap hari, masa dan ketika adalah berbeza situasinya. Seronoknya jika mengajar kelas di awal pagi...pelajar masih segar dan mereka lebih memberi tumpuan. PAda waktu pagi biasanya pelajar kelas sederhana sedia menerima segala ilmu dan mereka akan turut arahan guru tanpa gangguan kebisingan kelas..(belum banyak modal bercerita..) Namun, pelajar kelas akhir, agak pasif waktu pagi, aktif selepas rehat dan kian hiperaktif ketika masa-masa akhir waktu persekolahan. Istilah " ibarat cacing kepanasan" sinonim pada situasi tersebut. Jadual kali ini ummushifa' mengajar di awal pagi dan paling sukar pun beberapa waktu selepas waktu rehat dan tiada di hujung waktu persekolahan. Pernah seorang sahabat guru bertanya, apa petua yang saya pakai, kelas senyap tak bising time mengajar?Sebenarnya, masa tu ummushifa' mengajar kelas sendiri, 1J..memang diorang telah didoktrin pada awal mula belajar mengenai keberkatan ilmu..sikap hormat guru dan larangan bercakap ketika guru sedang bercakap kecuali jika ada soalan tertentu. Ditambah lagi, seorang guru kelas memang semestinya akan lebih berpengaruh terhadap pelajar kelasnya sendiri kerana banyak urusan berkaitan diri dan peribadi mereka diuruskan oleh guru kelas..peluang inilah yang perlu digunakan sebaiknya oleh guru kelas tersebut untuk lebih belajar mengawal dan mengendali pelajar mereka termasuk di kelas lain.

Bacaan Yasin dan Air Yasin

Alhamdulillah, sekolah kami menetapkan majlis bacaan YAsin setiap pagi Jumaat sebagai aktiviti wajib diikuti pelajar beragama Islam. Apa yang pernah ummushifa' rasakan, kesan bacaan YAsin amat berkaitan dengan kualiti pelajar. Ramai guru yang bukan daripada sekolah lama ummushifa' memuji sikap bekas pelajar sekolah Cyberjaya. Mereka membandingkan pelajar-pelajar tersebut dengan pelajar sekolah lain..Kebanyakan pelajar muslim sekolah Cyberjaya memang melalui aktiviti membaca YAsin setiap pagi Jumaat di sekolah lama. Sistem displin di sekolah lama juga menggunaakan kaedah minum air yasin bagi pelajar yang melakukan kesalahan displin.Ikhtiar dilaksanakan sebegitu agar pelajar tersebut akan lembut hatinya dan berubah sikap. Kebetulan Unit Displin dipegang oleh dua orang Ustazah yang dedikasi iaitu Ustazah Che Supiah dan Ustazah Suzara Makpol. Semoga usaha mereka terus diberkati.

Menitip Rindu

"Bila wajah menjelma, rindu padamu datang bertamu, bertanya khabar lidahku kelu..sekadar menyapa di angin lalu..."

Mesej kuterima dari partnerku di sekolah lama...aduhai..syahdu..memang dia antara orang yang sangat kuat meminta agar saya merujuk PPD dan minta supaya tidak dipindahkan..sebenarnya, dia juga rakan setugasku di Pusat Sumber sekolah. Sekolah kami terpilih sekali lagi mewakili daerah sepang untuk bertanding peringkat Negeri Selangor. Kakak Mentorku, Puan Norliza, guru Media dan Pusat Sumber pula sedang cuti bersalin...( kak liza dapat baby girl, tercapai hajatnya kerana 3 hero telah membarisi barisan hadapan keluarganya...itupun ada kisah yang mencuit hati..ada masa ummushifa' ceritakan..). Saya memangku jawatan Puan Liza sementara kerana jawatanku setiausaha PSS namun, takdir Allah mengatasi...akhirnya, kak Aniza (AJK BBM) merangkap partner setiaku yang kena jadi orang kuat di Pusat Sumber sekolah...

Solat Subuh dan buku menarik kaitan Sains dengan Islam dan kehidupan...

Pernah tak sahabat-sahabat bertanya pada anak murid mengenai solat Subuh mereka? Alhamdulillah..pernahkan...tapi jawapan apa yang kalian dapat dan perhatikan? Tentu mendukacitakan jika kategori kelas yang sahabat guru masuki adalah kelas bermasalah... Ada pelbagai situasi pelajar. Pelajar lemah tanpa segan silu mengaku tidak solat subuh, pelajar kelas bijak sanggup menipu untuk mengelak malu jika mengaku tidak solat subuh dan pelajar kelas sederhana akan membei alasan pelbagai sebab kenapa mereka tidak solat subuh....nak tahu situasinya, bertanyalah...ambil sedikit kejutan seorang guru yang bukan ustazah atau bukan guru subjek agama akan bertanya mengenai solat pada mereka...Kebetulan jadual mengajar kali ini ialah subjek Sains Tingkatan 1 dan 2, Sejarah Tingkatan 2 dan Pendidikan Jasmani Tingkatan 1. Jika ada peluang, kita sebagai guru sains atau guru PJ pun boleh...membacalah mengenai kaitan Sains dengan Islam atau kaitan Sains dengan kehidupan seharian.Memanglah setengah kelas yang bercampur dengan non-muslim, kita akan cuba memberi kaitan aktiviti seperti Tai-chi, meditasi dan pelbagai aktiviti semuanya dengan tujuan mencari ketenangan dan kesihatan individu.

Antara contoh buku menarik :

Tajuk : Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains

Pengarang : Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok

Penerbit : Universiti Malaya

Berikut sinopsis buku ini yang telah saya petik dari link

Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Selain itu juga buku karangan Harun Yahya keluaran Saba' Islamic Media, buku karangan Dr Danial dan semua buku yang baik juga semua maklumat yang berguna memang baik dijadikan info tambahan dalam pengajaran kita seharian.

Rumah sahabat

Rumah kak Wan Siti Fatimah (Awe) rupanya berhampiran sekolah baru saya...Cuma kami masih belum berpeluang berjumpa. Kak Awe mengajar sesi petang di sekolahnya...Saya menerima mesej Kak Awe menyatakan dia pun berminat nak mengajar di sekolah ini .Melalui mesej kak Awe pada saya, kak Awe telah telefon PPD bertanyakan kekosongan, tetapi jawapan PPD menyatakan guru agama sudah cukup...realitinya, ustazah kat sini hanya ada 3 orang mengendalikan pelajar yang terlalu ramai. Kesian seorang daripada mereka yang sedang mabuk, morning sickness yang teruk. NAk ambik MC pun fikir banyak kali sebab kesian dengan ustazah yang lagi 2 orang nak kendali kelas agama yang bukan senang nak dikawal...pastinya keberkesanan pengajaran akan terganggu dek kerana kepadatan para pelajar setiap kali masa matapelajaran agama Islam berlangsung. Mungkin juga faktor kemasukan pada pertengahan tahun menyebabkan banyak perkara hendak diuruskan sehingga terlepas pandang dan mungkin juga pelbagai faktor melibatkan segala kelemahan manusia...Didoakan kak wan@Awe dapat rezeki pindah sekolah ini tahun hadapan..InsyaAllah...

Secangkir harapan

Semoga dedikasi kita dalam dunia pendidikan dipermudahkan dan dikurniakan segala kebaikan. Biarpun zaman semakin mencabar wibawa guru, anak-anak pelajar kita terus dipengaruhi keadaan massa, namun kita akan terus belajar dan belajar untuk mengajar. Kita adalah pelajar kepada seorang guru bernama kehidupan...

Allahumma yassir wala tu'assir....amin ya Allah...

Ummushifa'
Dari Cyberjaya ke Putra Perdana

2 ulasan:

jalinanstormreaders berkata...

waa panjangnya cerita dia... huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

inilah kegunaan yang patut dipergunakan..hehehe