Ahad, 26 April 2009

INDUKSI DI PD

SALAM BUAT SEMUA...
2 minggu bukanlah masa yang singkat..apatah lagi meninggalkan suami dan si kecil shifa' yang sering rindu-rinduan..mujur tempat tidak terlalu jauh...Moga mereka berdua tabah sementara menunggu ummi yang masih bertukus-lumus dengan segala macam input yang digubal kerajaan. Nak dimuatkan dalam sistem ingatan..banyak perkara yang baru di pelajari..ada tanggjungjawab yang perlu dilunas.. Moga outputnya disaring cermat, sebaiknya... Teringat pada keluarga sudah jadi lumrah, teringat anak murid, sudah tentulah...entah ape yang mereka buat sepanjang ketiadaan kita..memanglah kerja sudah diberi..entah dibuat entah tidak...moga-moga Allah beri kekuatan dan kesedaran akan tanggungjawab dan amanah yang diberi guru...peperiksaan setengah tahun akan bermula 19 Mei ini..silibus hendak dikejar supaya sama dengan kelas-kelas yang lain juga. Apatah lagi tugasku membuat soalan Matematik dan Bahasa Melayu kertas dua. Ada yang dah siap cuma perlu di edit dan tunggu direzo... ~ kursus di Glory Beach Resort ni ada kelebihan dan kekurangan. Gambar tidak menggambarkan keadaan sebenar...Kelebihannya sebab bilik aku depan laut..tiap-tiap hari mengadap kebesaran Allah...moga ada pahala tersisip..kekurangannya dari segi servicenya lah selain pantainya kurang bersih berbanding pantai di teluk kemang..alahai...bilik seminarnya, tak kondusif untuk peserta yang seramai 100 orang. Silingnya yang rendah menyukarkan melihat slaid kerana skrin tidak boleh digantung tinggi . Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Tn Hj. BAjuri dah tengok sendiri. Kebetulan kuliahnya bertajuk "Integriti" sesuai dengan kapasitinya telah mengalami masalah teknikal. Moga ada pertimbangan sewajarnya untuk penyesuaian konsep integriti dengan pelaksanaannya...sukar juga nak jawab soalan peserta yang sering mengaitkan integriti dengan realiti yang berlaku...sapa nak jawab? Jujurlah dengan diri sendiri..~

DOAKAN DEN NAK PEKSO EK...RABBI YASSIR WALA TUA'SSIR..amin

7 ulasan:

anakanda yg rindu berkata...

isk2..x de integriti lgsg le camtu..kesian cikgu2. nwy..enjoy ya..hihi!

Irtiyah berkata...

Salam

oh.. penghuluwati rupanya. Hehehe.

http://irtiyah.blogspot.com/2009/05/kursus-induksi-ambilan-32009-di-glory.html

sya berkata...

salam ummushifa,
tak sangka dapat jumpa dalam dunia blog ni... :)
ingat saya lagi tak? :P
http://syayassir.wordpress.com/

AnimNaim berkata...

salam,
jumpa kita kat alamanda...macam best jugak sebab dah terbentuk ukhwah antara kita..

Tanpa Nama berkata...

SAlam buat anim,sya dan irtiyah kerana sudi ziarah...Sya saya sedang memikir..di mana dan bila kita jumpe ye...anim..bestkan kengkawan induksi kita..baru je nak cadang wat gathering..kak wan dah offer rumah dier nak wat nasi kerabu kat semenyih...kita tunggu ek...hehe..

ummushifa' @ penghuluwati 3/3009

Irtiyah berkata...

Salam

best la buat ghatering hehehe. Rasa best je group kita ni. Moga2 ukhwah berkekalan. Amin

sya berkata...

bayah? awak dah tak ingat saya? hehehe