Khamis, 18 Oktober 2007

Ungkapan Kenangan buat Ayah Mertua

Assalammualaikum...

Segala puji bagi Allah..Selawat dan salam buat rasul mulia, keluarga dan sahabat baginda..Sedikit masa kurniaannya..sangat berharga tika ini...

Berat telinga mendengar, hati terharu, mata hanya mampu merenung dan bahu yang memikulnya..apatah lagi..

1) Syukran pada sahabat yang tak putus mendoakan. Kematian ayah memang satu kehilangan. namun, alhamdulillah...ketabahan mak menguatkan kami redha dengan pemergian ayah di bulan mulia..ayah lama mengidap "gaot".Namun, lewat kebelakangan, penyakitnya seolah-olah sembuh..namun, sekadar menjadi asbab, ayah makan ubat yang di beri oleh Doktor klinik biasa. Ubat tahan sakit sepatutnya di makan setelah kita makan nasi atau perut berisi..namun, ayah kehilangan selera makan (ditambah bulan puasa) dan hanya menjamah sebelah biji buah epal...ubat tahan sakit memang ada syarat sebelum memakannya..kemudian sistem badan ayah menjadi lemah dan ayah terus di msukkan ke hospital. dari dungun ke kuala terengganu..langsung di tahan wad..kesakitan ayah tidak lama, Allah pasti lebih menyayanginya..Syukur, ayah terpilih menjadi tetamuNya di bulan Mulia ini..Al-Fatihah..inilah hadiah bermakna pada hari lahir saya yang ke-25 pada 13 Oktober lepas...moga Roh ayah dicucuri dan ditempatkan kalangan para solihin dan Siddiqin..

2)Salam takziah buat sahabat saya yang diuji. Saya menelefonnya pada Jumaat lepas dan tak dapat bercakap dengannya..Ustaz hilmi yamg menjawab.Katanya keadaan uya cukup lemah. Doktor masih belum mengeluarkan bayi yang gugur dan akan di keluarkan pada hari ahad (15hb).

3) TAHNIAH pada Caom..alhamdulillah..sampai masanya..dapat berkat dari sahabat baiknya Syukri (Tahniah!)..Ustaz Hilmi (KBD) dan tahniah juga pada ustaz Fadli dan Hanifah. Baru je jumpa kat library Akademi Islam..Hanifah bersemanagt buat assigment masternya dalam keadaan sarat mengandung..

4) Syukur Alhamdulillah pada sahabat yang terus dimurahkan rezeki...kerja yang baik di tempat yang mulia...(Tempat jatuh pandangan Allah ialah hati )..walau di mana kita berada..bila dah ada niat yang baik, Allah pasti akan pandu jalan kita...Selamat bekerja dan menabur bakti..kalian ditempatkan di suatu tempat yang memang sesuai dengan kemampuan kalian untuk menghadapi...( SABAR DAN SOLAT...)

5) TAhniah Caah...Syaza dah ada kawan...Syaza Amani...

6) Mohon maaf pada sahabat yang menghantar mesej takziah dan ucapan hari lahir..hanset tertinggal di KL dan ter"off"..so sending message failed..


Allah sangat menyayangi kita..diuji kerana disayangi..moga kita tabah menghadapi..doakan sahabat-sahabt kita..

" SELAMAT MENITI AKHIR RAMADHAN..ALANGKAH SEBAKNYA HATI JIKA INI YANG TERAKHIR...YA ALLAH..TAKUTNYA KAMI... ANDAI TERUJI YANG TAK MAMPU KAMI HADAPI...ATAU KAMI KEHABISAN NAFAS DAN TIDAK BERJUMPA LAGI DENGAN BULAN INFINITI RAHMATAN LIL A'LAMIN...KEHIDUPAN INI, JAUH DARI SANGKAAN KAMI YANG AMAT KERDIL INI..WAHAI PEMILIK SEGALA JANJI YANG ABADI...PEMILIK JIWA SELURUH MAKHLUK DI LANGIT DAN DI BUMI...MOGA SEDIKIT AMALAN YANG BAIK_BAIK AKAN TERUS ISTIQAMAH HINGGA PENGHUJUNG USIA NANTI...BUAT IBU AYAH, KELUARGA, TEMAN-TEMAN DAN SELURUH UMAT DI DUNIA INI...RAHMATILAH DAN BERKATILAH KAMI... AMIEN YA RABBAL A'[LAMIN.."

Buat seluruh sahabat yang sentiasa diingati....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
MOHON MAAF SEGALANYA DARI SAYA DAN SUAMI,
Salam ingatan tulus abadi....

Tiada ulasan: