Sabtu, 22 Oktober 2016

Naik Belon

Pengalaman Pertama

Mengelus mata
melihat awan tebal
Aku tenggelam
kagum dengan keindahan
tanpa sedar lidah menutur
kalimah syukur
Alhamdulillah
subhanallah

Aku lantas menoleh
Di kananku cermin lutsinar
Jelas segalanya di mata
Aku kini terapung di awan
Di bawahku bumi yang kutinggalkan
sementara cuma

Aku kini di dalam perut awan
meluncur laju di bawa pergi
ke destinasti yang pasti
kerana setiap perjalanan
pasti punya penghujungnya!

*Mendarat di Lapangan Terbang Kuching
11/8/04, 430 ptg

Tiada ulasan: