Rabu, 26 Mei 2010

Mencari Cahaya dalam Gelita...karya lama..

Karya lama Ummi...


Mencari Cahaya dalam gelita...

Apabila falsafah pendidikan tiada di hayati
Falsafah Al-Quran kalam Tuhan dibiar pergi
LAntaran tipis iman dan tiada usaha faham dalam diri
kita perjudi kewujudan mulia insan
yang mahu dididik dengan segenap pekerti
mahu dituntuni

Setiap hari kita berhadapan masalah
ribuan gundah
cerita citra setiap kelakuan tingkah
anak murid pelajar yang sangat mencabar minda
kita jadi gelisah

Cukupkah sehari 70 minit mengadap muka renta
di dalam kelas seramai 26-30 jiwa mentah
Moga tuhan tunjuki jalan
laluan insan yang mahu mencari sinar
walau dalam kelam dan suram petang
mungkin itu lebih baik dari kemilau cahaya
walau terang kadangkala silap langkah
lantaran itu
sering sahaja manusia itu sesat
walau dalam cahaya!

Subang Jaya-9.30mlm
CC Gazebo
11 JUN 2006

Tiada ulasan: